FOLLOWERS

Penghujung 2008.....

Penghujung 2008 dan juga penghujung cuti sekolah ni,barulah aku berkesempatan untuk bercuti...Cuti-Cuti Malaysia aje. Itu pun pergi tanpa dirancang. Tetiba aje adik aku ajak pegi dan tetiba aje aku yang kepala tengah bengang ni setuju tanpa alasan apatah lagi adik aku yang uruskan segalanya.

Dapat hirup udara segar di Tanah Tinggi dan menjamu mata dengan pemandangan yg cukup indah, rasa macam refresh balik otak aku ni. Tiga hari dua malam duduk sana, rasa tak puas jalan2 dan beli belah.

Sebenarnya, aku dah lama teringin nak ke sana tapi tak berkesempatan. Bila ramai org kata Cameron Highland tu sekarang dah tak best mcm dulu, aku jadi tawar hati nak pergi. Tapi, bila dah sekali jejak kaki kat sana, aku mcm rasa tak nak turun2 ke KL lagi. Nyaman udaranya buat aku rasa tenang sangat. Rasa nak duduk aje kat Tea Shop tu minum secawan tea bersama sebuah laptop dan menaip dari pagi sampai petang, pastu tauke kedai tu mesti halau aku..hehehe...

Aku malas nak taip banyak2 sebab tengah penat lagi, baru sampai pukul 6 ptg tadi. Ni aku postingkan gambar untuk tatapan semua...



**********Anak aku candid masa kat taman bunga dalam strawbery Farm



************Tengah membeli belah kat pasar malam di Brinchang


************************Aku suka dengan warna bunga ni...



*********************Lagi kat Pasar Malam di Brinchang



**********************************Strawbery Farm



********************Pendek sangat, tak sampai nak tunjuk muka


***********Anak buah aku tengah makan strawbery yang dia petik sendiri


*********************** Pemandangan Ladang Teh Dari Tea Shop


********************** Bergambar kenangan kat ladang strawbery

Kerja Yang semakin bertambah....

Kerja! Kerja! Kerja! Kenapa semakin hari aku merasakan kerja semakin bertambah? Adakah aku yang makin tua ni dah tak pandai buat kerja atau sudah tercatat dalam sejarah pekerjaan, semakin lama kita bekerja maka semakin banyaklah kerja kita?

Oleh kerana aku yang dah hampir meroyan dek kerana fikir pasal kerja mengalahkan menteri kabinet yang kena hentam sebab kawasan jagaannya ditimpa bencana alam yang mengakibatkan kemalangan jiwa(nasib baik tak sakit jiwa), maka aku reka ciptalah tips untuk diri sendiri :-

1. Memo yang bersepah atas meja tu, lipat cantik-cantik dan ‘letakkan’ dalam tong sampah.

2. E-mail yang ‘berduyun-duyun’ masuk ke inbox tu jangan di buka sebaliknya terus pindahkan ia ke recycle bin.

3. Telefon yang sering menjerit kat atas meja tu, cabutkan wayernya atau perlahankan volumenya sehingga deringannya tidak mampu di dengar oleh anak telinga.

4. Duduk diam-diam kat dalam office dan buat-buat sibuk tenung kertas A4 kosong. Konon-kononnya tengah meneliti memo yang berjela-jela dari bos tentang Krisis Ekonomi Global....

5. Kalau ada staff yang suka mereka cipta masalah di tempat kerja, cakap dengan dia “Kalau nak kerja, tolong kerja baik-baik. Kalau nak main-main, tolong pergi main kat padang permainan. Kalau tak nak kerja, tolong blah!”

Peringatan Penting:
Jangan ikut tips di atas kerana aku menulis dalam keadaan kepala tengah bengang. Aku ulangi...Kepala tengah bengang dan hati tengah sakit. Kalaulah aku ada kuasa, nak aje aku sumpah orang yang suka jadi ‘kipas sate’ tu menjadi sesumpah (maaf kalau bahasa aku agak kasar). Biasanya kalau aku taip benda-benda begini, aku akan delete semula tapi mulai sekarang, aku nak simpan dalam rumah aku(aku punya suka la..sebab ni rumah aku) supaya bila aku terbaca nanti, aku boleh ingat waktu ni aku tengah bengang pada siapa.

Aku sering cuba untuk jadi insan yang sabar tetapi seringkali kesabaranku dicabar. Aku juga ingin sentiasa jadi insan yang baik tetapi seringkali juga kebaikanku disalah tafsir. So, aku harus jadi bagaimana? Jadi ‘orang-orang’ yang dari jauh memang nampak macam orang tetapi bila dekat nampak mcm hampeh! Atau jadi sesumpah yang boleh meniru gaya semua orang tidur?(masa kecik dulu aku percaya bahawa binatang ni boleh tunjukkan gaya aku tidur... langsung tak masuk akal).

Kalaulah aku boleh telan orang, memang satu-satu dah aku telan hidup-hidup. Masa tu pastinya aku bukan lagi manusia biasa tetapi dah bertukar jadi naga bermata satu yang muncul dari dasar tasik depan Mines Wonderland tu(Aku selalu berimaginasi bahawa tasik yang cantik dan tak pernah surut airnya tu ada seekor naga sakti yang akan muncul apabila aku menyerunya keluar..ceh! lagi tak masuk akal, aku dah mula merapu tak tentu pasal).

Peringatan untuk diri sendiri :
Aku kalau tengah bengang, sistem badan aku bertindak pelik di mana perut aku akan terasa lapar tiba2 dan aku akan bantai aje apa-apa makanan yang ada kat depan mata. Moralnya.... badan aku makin bulat semenjak dua menjak ni sebab ramai sangat yang suka buat aku bengang dan panas hati( teringat pulak peel si Tasya dalam MB, Cuma aku ni tak secantik dan sesabar dia tu....)

Kenangan lama....

Semalam, ketika aku sedang jalan-jalan cuci mata kat tempat kerja, tiba-tiba pandanganku tertancap pada seraut wajah seorang wanita. Wajah itu mengingatkan aku pada kenalan lama yang entah di mana dia berada waktu ini. Perkenalan kami cukup singkat tetapi memberi kesan yang amat dalam pada sekeping hatiku.
Waktu tu, aku masih seorang kanak-kanak nakal yang berusia 11 tahun(darjah lima)Ketika itu, sekolah di kampungku hanya ada satu kelas untuk setiap darjah.
Pada pertengahan tahun, ada seorang murid baru masuk ke kelasku. Dia aku lihat cukup pendiam dan terlalu merendah diri. Pada pandanganku, dia wanita yang cukup cantik, tinggi lampai, berkulit hitam manis dan berkening lebat. Paling aku suka ialah rambutnya yang hitam berkilat dan lurus panjang hingga ke paras pinggang itu. Melihat parasnya aku diburu rasa cemburu kerana apa yang dia ada memang menjadi impianku sebagai seorang wanita. Tetapi sebenarnya aku lupa, masih ada sesuatu yang lebih bermakna dari rupa paras yang cantik itu, ianya pastilah hati yang tulus.
Aku sering memerhatikannya. Dia tidak banyak bercakap. Mungkin kerana itu, kelihatan seperti dia antisosial dan tidak suka berkawan. Setiap kali waktu rehat, dia hanya akan duduk di dalam kelas sambil membaca.
Suatu hari, aku cuba bertanya kenapa dia tidak pernah keluar makan ketika waktu rehat. Nak tahu apa jawapannya?
"Saya tak bawa duit." Aku terdiam sejenak dan hati tulusku mula bergerak untuk meminjamkan dia duit.
"Kalau awak nak makan, saya pinjamkan duit saya." aku memberi tawaran tetapi kelihatan dia mengeleng kepala.
"Kenapa tak nak? Nanti awak bayarlah balik." Sekali lagi aku cuba membuat tawaran.
"Saya tak pernah bawa duit datang sekolah." jawapannya memeranjatkan aku.
"Kenapa?" Spontan aku bertanya.
"Saya orang miskin. Keluarga saya tak mampu." perlahan saja jawapannya sekali lagi memeranjatkan aku. Takkan dua puluh sen atau tiga puluh sen sehari untuk ke sekolah tidak mampu?(Waktu tu, sepinggan nasi di kantin sekoah boleh doberli dengan harga dua puluh sen dan air pula diberi percuma)
"Sepuluh sen pun tak boleh bawa?" Aku masih bertanya ingin tahu. Keluargaku walau pun tidka mewah, aku bebas untuk membawa berapa ringgit saja ke sekolah dan aku boleh mengambil sendiri wang tersebut di dalam laci kerana waktu tu, rumah keluargaku yang bersambung dengan kedai runcit itu akan kelihatan duti syiling bersepah di mana-mana. Kerana itu, aku jadi hairan apabila mendengar ada orang lain yang langsung tidak mampu walau untuk membawa sepulun sen untuk bekal ke sekolah.
Dia mengeleng kepala. "Keluarga saya orang susah. Dapat makan nasi sekali sehari pun dah cukup, itu pun hanya dengan ulam pucuk gajus atau pucuk ubi cicah dengan garam."
"Hah!" Aku terperanjat lagi mendengar penjelasannya. Aku tidak pernah dengar oarng makan nasi dengan ulam cicah garam. Setahu aku, selalu orang cakap kalau tak ada duit, makan nasi dengan ualm cicah budu.
"Kenapa tak cicah budu?" Mulut aku masih gatal bertanya.
"Dapat beli budu sekali sekala pun dah cukup baik. Apatah lagi kalau dapat ikan masin. Itu pun dah cukup mewah buat kami." Ikhlas nadanya menjawab soalanku.
"Saya anak pertama, adik-adik yang lainpun ada yang tak di hantar ke sekolah sebab tak cukup belanja nak beli baju. Yang saya pakai ni pun derma dari orang." Sambungnya lagi sambil menunjukkan ke arah baju kurung sekolahnya.
Aku tunduk melihat kasutnya, nampak lusuh dan berlubang di depan menampakkan hujung jarinya yang tak berstokin itu. Baju kurung sekolahnya kelihatan lusuh dan bertampal di tepi pesaknya.
Aku tunduk bermuhasabah diri. Betapa aku diberikan banyak kelebihan. Makanan tak payah nak cerita, kalau tak ada tiga empat jenis lauk memang tak sah sebab mak aku memang suka masak banyak-banyak. Walau adik beradik ramai sampai empat belas orang, ayahku orang business dan mampu memenuhi kehendak anak-anak walau tidak terlalu mewah.
"Awak asal dari mana?" Aku cuba mengorek cerita keluarganya.
"Mak saya orang Thailand tapi ayah saya orang sini. Kami baru pindah ke sini. Ayah saya menoreh getah dan pakcik tuan punya kebun tu bagi kami duduk di pondok tepi kebun getah dia."
Sekali lagi aku terkedu. Duduk di pondok maksudnya, sebuah rumah kecil tanpa bilik dan tanpa dapur yang dibina di dalam kebun sebagai tempat menumpang teduh ketika hari hujan.
Aku pandang wajah hitam manisnya. Tanpa sedar, tanganku bergerak mengeluarkan duit satu ringgit yang masih berbaki di dalam saku dan daku hulurkan padanya.
"Ambillah duit ni. Gunalah untuk beli makan. Kalau tak nak guna, awak simpanlah." Aku letakkan duit ke tapak tangannya dan dia kelihatan tergamam dengan pemberianku.
Selepas hari itu, aku terus menjadi sahabatnya tetapi tidak lama apabila aku dengar dia sudah pun berhenti sekolah. Aku sendiri tidak pasti sama ada dia berpindah ke sekolah lain atau terus berhenti dari bersekolah akibat kemiskinan.
Sehingga ke saat ini, aku masih ingat wajahnya dan masih ingat namanya yang seakan-akan namaku itu. Buatmu teman, moga kau bahagia walau di mana kau berada waktu ini.

E-mail dari Nur Hawa

Nur Hawa ni adalah salah seorang peminat novel dari singapura dan pertama kali aku terima email dari dia masa buku MB mula-mula keluar dulu. Masa tu dia hanya mengucapkan tahniah dan memuji MB sangat bagus.
Sebulan lepas tu, aku terima lagi email dari singapura. Rupa-rupanya adik pada Nur Hawa ni yang berusia 12 tahun dan aku terkejut apabila dalam usia yang sebegitu muda, dia boleh balun baca buku MB sampai dua kali dan boleh bercerita A sampai Z tentang apa yang dia baca dalam MB.
Lepas daripada tu, aku ada lagi terima email dari Nur Hawa ni sekadar bertanya khabar dan bertanya perkembangan novel terbaru. Tetapi, semalam email dari Nur Hawa berlainan rentak bicara. Dia bertanyakan tentang status 'anak luar nikah' dan apa yang aku tahu tentang anak luar nikah.




Sejenak berfikir, apa yang aku tahu erk? Rupa-rupanya, aku tak tahu apa-apa tentang itu kecuali hanya mendengar teori dan persepsi masyarakat tentang status anak itu. Jadi, soalannya membuka mata aku untuk mencari fakta dan aku copy & paste fakta ini untuk semua :

Kedudukan Anak Luar Nikah

Soalan:
Saya ada masalah yang menjadi pemikiran saya, begini ada pendapat yang mengatakan bahwa bila kita memegang anak haram maka kita berdosa. Apalagi bila memakan hasil masakannya ataupun bila ia lelaki kita tidak bisa menjadi makmun daripadanya. Apakah pendapat yang saya dengar itu benar? Bagaimana batas yang dimaksud anak haram, karena biasa terjadi seseorang yang misalnya telah hamil 2-3 bulan baru menikah apakah anak yang dilahirkannya kelak menjadi anak haram? Lalu katanya ia harus menikah untuk kedua kalinya dengan suaminya kembali agar anak selanjutnya bila ia melahirkan lagi tidak haram, karena nikah pertama adalah nikah untuk anak yang dihamilkan dan nikah kedua untuk anak-anak selanjutnyanya. Bila ia tidak nikah kedua kalinya maka ia berbuat zinah terus menerus. Apakah memang demikian ataukah sebaliknya? Anak pertama baik ia nikah pertama atau kedua kalinya tetap ia anak haram. mohon jawaban.

Jawapan:
Tidak ada anak atau zuriat yang dilahirkan ke dunia berstatus haram, bahkan kedudukan setiap insan disisi Allah adalah sama tidak kurang sedikitpun. Bahkan tidaklah mengikut fitrah dan syariat jika seseorang itu disebut dengan anak haram kerana tidak ada seorangpun ingin lahir ke dunia dalam keadaan dan berkedudukan haram. Sebenarnya anak yang lahir melalui perzinaan adalah anak yang suci seperti anak-anak yang lain, cuma yang haram adalah pekerjaan zina yang dilakukan kedua pasangan antara lelaki dan wanita yang menyebabkan lahirnya anak tersebut.
Kikislah jauh-jauh anggapan yang keliru yang selama ini menjadi anggapan umum tentang kedudukan anak luar nikah ini. Tidak berdosa memegang anak luar nikah, bahkan mendapat pahala jika kita menyantuni anak-anak tidak kira anak luar nikah atau anak yang diperolehi melalui pernikahan yang sah. Begitu juga memakan hasil masakannya tidak salah bahkan sama kedudukannya kita memakan makanan yang dimasak oleh orang lain. Jika bacaan al Qurannya baik, maka adalah lebih baik kita mengikutinya dan melantiknya sebagai imam.

Anak luar nikah ertinya kehamilan yang terjadi pada wanita tersebut tidak melalui pernikahan yang sah, yang hanya menyebabkan terhalangnya pembahagian harta pusaka menurut hukum faraid. Jika orang yang berzina tersebut menikah setelah kehamilan, dan setelah berlalu enam bulan isterinya melahirkan anaknya tadi maka anak terseut boleh di bin kan kepada bapanya. Jika isterinya melahirkan anak kurang dari tempoh enam bulan menurut mazhab Imam Syafei anak tersebut tidak boleh di bin kan kepada bapa terlibat sebaliknya di bin kan dengan kepada ibunya.

Jadi jika pasangan ini telah menikah ketika masa hamil hasil daripada perzinaan tadi maka tidak perlulah menikah kembali setelah kelahiran anak. Dan anak yang lahir tetap anak manusia yang suci bersih dan bukan anak haram yang haram adalah pekerjaan zina yang dilakukan kedua pasangan tadi. Jika seseorang menghina orang lain dengan sebutan anak haram, maka orang yang menghinalah yang berdosa sedangkan anak tersebut tetap sebagai anak yang suci bersih di sisi Allah SWT.

Kembalilah kepada konsep ajaran Islam yang sebenarnya dan tinggallah perkara yang bersifat khurafat dan bid'ah serta hargai insan lain tidak kira apakah mereka anak yang lahir hasil perzinaan ataupun lahir melalui pernikahan yang sah. Sesungguhnya tidak ada perbezaan antara keduanya di sisi Allah melainkan ketaqwaan kepada Allah SWT.
Wallahu A'lam.

Salam Aidiladha...

Salam Aidiladha buat semua.... dah lama aku tak update blog ni. Bukan tak ada cerita, bukan juga tak nak bercerita tetapi masa bagai tak mengizinkan. Setiap kali tiba hujung tahun dan juga awal tahun, aku rasa macam nak meroyan. Kerja memang tak cukup tangan, rasa macam nak minta tambah lagi dua tangan.....huhuhu.... beban makin bertambah bila saat-saat kritikal begini, bos pula letak jawatan. Datanglah pula bos baru yang sangat cerewet.
Bayangkanlah, 8 tahun bekerja dengan bos yang tak kisah dan sangat perihatin, tiba-tiba aje bertukar dengan bos yang cerewet dan pentingkan diri sendiri. Ada ke patut dia bagi aku cuti raya 3 hari aje. Katanya, cuti birthday Sultan Selangor, dia punya turn dan dia dah siap booking hotel bermula dari 9hb. Maknanya aku cuma boleh cuti sampai 8hb, raya kedua aku dah kena masuk kerja sbb kalau dia tak ada, aku mesti kerja. Dia ingat nak balik Kelantan tu macam Kajang pegi Shah Alam ke? Punyalah aku bising sampai depan-depan dia aku cakap dia gila. Dia pula terlopong pandang aku tak terkata. Aku buat muka tak bersalah, isi juga borang cuti mintak lima hari dan letak atas meja dia. Last sekali, nak tak nak dia terpaksa bagi jugak. Katanya, kalau bos besar tanya, aku yang jawab. Ceh! Apa guna dia jadi bos kalau aku nak kena jawab kalau ada problem, baik aku yg jadi bos dan dia jadi Asst. aku, betul tak?
Dah dapat cuti tu, hubby aku pulak buat hal. Dia tak nak memandu malam, nak tunggu pagi baru nak bertolak. Kat situ pun dah rugi masa...Aduhhh... bodek punya bodek, last sekali pukul 2 pagi hari sabtu baru bertolak dari KL. Sib baik lagi bertolak mlm tu, klu esoknya tentu jam teruk sbb kes tanah runtuh jam 4 pagi tu. Ngam-ngam aku dah lepas lalu kawasan tu.
Sampai aje di kawasan hentian Beta jam 4.30 pagi, hubby aku dah tak tahan. Dia terus berhenti kat situ dan kami sekeluarga pakat tidur dalam kereta. Apabila kami mula nak bergerak kembali sesusah subuh, kereta dah berderet-deret di lebuh raya. Alamakkk...ni pukul berapa nak sampai neh. Nasib baik lagi hubby aku ni pandai sikit bab-bab jalan pintas ni. Entah jalan mana dia masuk, yang aku nampak cuma Felda Kechau. Kira oklah juga jalannya tapi yang tak ok tu dari Gua musang hingga sampai rumah mak aku jam 11 pagi, hujan tak henti-henti.
Kerana hujan juga, balik kampung kali ni aku tak ke mana-mana, melepak aje dalam rumah. Nasih baiklah pagi raya tersebut tak hujan. Ada juga hujan, cuma renyai-renyai aje. Kalau tak, mesti tak dapat tengok acara sembelih lembu.
Tradisi Raya Haji di Kelantan mmg berbeza sikit. Boleh dikatakan selang beberapa rumah aje mesti ada acara menyembelih lembu di kawasan rumah. Mereka akan pakat ramai-ramai, lepas sembelih ambil daging yg fresh(daging tu kalau diperhatikan, masih bergerak-gerak lagi masa kita duk potong untuk di masak) dan masak ramai-ramai. Pastu tu makan ramai-ramai. Siapa tuan rumah, akan sponsor apa yang patut.
Lepas makan, baru pulang ke rumah bawa balik daging masing-masing untuk dimasak dan dijamu pada siapa saja yang berkunjung ke rumah. Pesanan: siapa yg ada darah tinggi atau penyakit yang seumpama dengannya, duk rumah diam-diam. Bergerak aje, mesti orang jamu nasi berlaukkan daging, perut dan sup tulang lembu. Punyalah banyak, sampai aku nak termuntah bila bangkit pagi raya kedua tu, mak aku dah panaskan sup geabox. Musim begini, kalau letak lauk ikan masin kat tengah-tengah hidangan, tentu ikan masin tu yang direbutkan.
Untuk hari ni, setakat ni dulu cerita aku. Sebenarnya, aku ada banyak cerita lagi waktu balik kampung hari tu tapi nanti aku sambung bila ada masa. Di bawah ni aku loadkan gambar-gambar yang sempat aku rakamkan.


*menumbangkan lembu beramai-ramai*


*Acara menyembelih(siapa yang mabuk darah tak boleh tengok)*


*Menunggu hayatnya habis(siapa yang hati lembut tak boleh tengok, nanti nangis)


*Acara melapah beramai-ramai*


*Pesta banjir di jalan lama Pasir Mas/Rantau Panjang yang sempat dirakamkan oleh adik aku*

Bersihkan Sekeping Hati

Semalam, aku mengingkari sebuah pertemuan. Kenapa? Rupa-rupanya masih ada dendam yang belum terlerai melekat pada seketul daging bergelar hati menjadikan aku tidak ingin lagi ada pertemuan antara kami. Andai boleh dibersihkan, aku ingin punya hati yang bersih tapi, mampukah dibersihkan sebuah dendam andai ia telah lama berakar umbi di situ?
Andai membisu akan mengelokkan lagi keadaan, aku sanggup menjadi manusia bisu. Andai keadaan akan menjadi lebih baik jika aku tidak tahu segala cerita yang tersembunyi, aku juga sanggup menjadi manusia pekak. Tetapi, Tuhan tetap meginginkan aku menjadi manusia normal yang punya segala pancaindera. Mahu atau tidak, aku harus jua menghadapi segalanya sebagai manusia normal.

Tagged dari Kak Iris...

TAG - The face reveal -

Tag ni nampak macam lain sikit. Tak adalah susah sangat....

1.take a recent picture of yourself or take a picture of yourself right now
2.don't change your clothes, don't fix your hair..just take a picture
3.post that picture with NO editing
4.post this instruction with your picture
5.tag 10 people to do this.

Gambar ni diambil pada 01 Nov 08. Dan inilah yang paling baru.


Ini gambar terbaru aku dengan salah seorang blogger/peminat novel - Kak nOOr. Dia kata muka kami penuh macam bulan mengambang....Bukan bulan mengambang Kak nOOr tapi, pipi kita yang kembang...hikhikhik.

Aku nak tag dua orang aje...
1. Kak Durrah fatiha
2. Moon

Orang Baru




Ini anak buah aku yang baru berusia dua hari. Comel tak? Satu-satunya cucu perempuan untuk mak aku di mana lima cucunya sebelum ini termasuklah anak aku semuanya lelaki. Kerana dia satu-satunya perempuan, berebut-rebut kami mencadangkan nama dan macam-macam nama yang diberi membuatkan ayahnya naik pening untuk memilih.
1. Iman Awatif
2. Aleesya Qistina
3. Nur Iman Qaisara
4. Puteri Alisha Qistina
Itu adalah antara beberapa nama yang dicadangkan. Rasa-rasanya nama mana yang paling sesuai atau mungkin ada nama lain yang lebih elok???.....huhuhu..aku betul-betul jealous sebab aku memang teringin nak ada anak perempuan. Hubby aku lagilah, bila tengok anak perempuan orang lain, mulalah dia menyebut 'kalaulah kita ada anak perempuan, tentu cantik macam budak tu'. Mmmm...aku mulalah tarik muka sebab apa, dia sebut cantik macam orang lain, bukan macam akuu....Aku pujuk hati sendiri, tak apalah, anak buah pun macam anak sendiri sebab mereka semua panggil aku umi. Dengan kata lain, aku dah dapat anak perempuan...yeehaaa....

Kena Tagged Lagi.....

Bila tengok tagged dari Bikash yang panjangnya berela-ela ni, rasa macam nak tercekik. Soalan apa ni? Siapa yang mulakan ni?

Starting time:6.30pagi
Name : ZZ
Sisters : 1
Brothers : 4
Shoe size : sama saiz nga kaki mak aku dan juga kaki adik aku( cuba teka)
Height : Kalau pakai kasut tinggi tu, kasut aje yang nampak tinggi tapi aku tak juga tinggi-tinggi..huhuhu...
Where do you live : Putra Permai
Have you ever been on a plane : Ya
Swam in the ocean : Tak pandai berenang, takut mati tak bernisan.
Fallen asleep at school : Ya, tersedar bila pemadam papan hijau melantum atas meja...hikhikhik..malu tak terkata.
Broken someone’s heart : Entah! sebab tak nampak. Kalau pecahkan pinggang mangkuk tu selalulah.
Fell off your chair : Kerusi jatuh atas kaki tu adalah dua tiga kali. Sakit beb!
Sat by the phone all night waiting for someone to call : Siapa nak call malam-malam buta? Tidur lagi baik.
Saved e-mails : Yang penting aje
What is your room like : Tak ada perkataan untuk menggambarkannya.
What’s right beside you: Selimut & bantal
What is the last thing you ate : Biskut raya yang dah tinggal saki baki.
Ever had...Chicken pox : Masa kecik-kecik dulu.
Sore throat : Kekadang
Stitches : Tak pernah
Do you believe in love at first sight : 'Apa ada pada satu perkataan cinta selain dari huruf-huruf yang diciptakan manusia?'...hahaha..jauh betul melencong. Sebenarnya, ayat tu adalah tagline utk novel yg akan datang, itupun kalau diterima penerbit.
Like picnics : Suka, tapi mesti tempat yang terlindung dari matahari.
Who was/were... The last person you danced with : Diri sendiri(dalam toilet)
Last made you smile : Pagi tadi, anak aku cakap kereta aku bau macam hotdog. Tetiba aje dia rasa macam nak makan hotdog pepagi buta.
You last yelled at : Dah terlambat nak masuk kerja. Kena buka pintu pulak tu. Semua orang dah berkumpul depan pintu sebab tunggu aku sorang...
Today did you...Talk to someone you like : Hubby...dia kata aku tak sayang dia sebab asyik dia aje yang call aku tanya khabar,dah makan ke belum. Harapkan aku, sayang kredit nak buat call....
Kissed anyone : Private & Confidential
Get sick : Macam-macam sakit. Sakit kaki, sakit kepala dan paling kerap, sakit hati.
Talk to an ex : ex apa?
Miss someone : Arwah ayah... .
Who do you really hate: Tak baik benci-benci orang. 'Jangan Ada Benci'
Do you like your hand-writing : Kalau tulis ayat jiwang-jiwang tu, sukalaaa...tapi, yang suka tu cuma ayatnya aje...huhuhu...tulisan tangan kekadang diri sendiri pun tak tahu nak baca, buruk benar rupanya, kalah tulisan doktor.
Are your toe nails painted : Tak pernah
Whose bed other than yours would you rather sleep in : Tilam display yang cantik sangat kat sebelah office tu. Shoknya kalau dapat baring-baring kat situ time lepas makan tengahari(Perut kenyang, ngantuk giler)
What color shirt are you wearing now : Black
Are you a friendly person : Tengok waktu.
Do you have any pets : Tak ada.
Do you sleep with the TV on : Selalu..sebab orang lain yang tengok TV tu, bukan aku...
What are you doing right now : Membebel
Can you handle the truth : Tengok situasi
Are you closer to your mother or father : Rapat dengan sesiapa yang menyayangi dan disayangi.
Do you eat healthy : Makan aje apa yang ada.
Do you still have pictures of you & your ex : Ex apa? Semua ex aku ada.
If you’re having a bad day, who are you most likely to go to : Tak suka cari orang sebab kekadang orang tak suka nak dengar cerita sedih kita. Cari laptop, taip & delete then taip lagi pastu delete lagi...kerja gila tapi memang berkesan.
Are you loud or quiet most of the time : Bising bila rasa nak bising, diam bila malas nak bising.
Are you confident : Always Private & Confidential. Boleh tak jawab cam gitu sebab bila aku terima surat aje mesti ada cop P & C kat hujung paling atas surat tu....
5 things I was doing 10 years ago
1) Baru belajar nak jadi 'manusia'
2) Memikirkan apa akan jadi 10 tahun akan datang( hari ni la maksudnya tu)
3) Baru belajar nak jadi pekerja berhemah
4) Baru belajar nak jadi anak yang baik
5) Memikirkan apa aku nak jadi 20 tahun akan datang

5 things I would do if I were a billionaire
1) Bantu diri sendiri
2) Bantu keluarga
3) Bantu kekawan
4) Bantu Negara
5) Bantu yang memerlukan

5 of my bad habits
1) Susah nak berhenti kalau mula membebel
2) Susah betul nak senyum kalau tak ada mood
3) Susah nak percaya kalau dah pernah tertipu
4) Susah nak memaafkan orang yang sengaja melakukan sesuatu untuk menyakitkan hati
5) Susah nak meluahkan takut menyakitkan hati orang

5 places I've lived/living
1) Kampung Bendang Ikan
2) Kampug Joh
3) Taman Impian Ehsan
4) Taman Sungai Besi
5) Putra Permai

Tu je yang mampu aku jawab, maaflah kalau jawapan tak menepati soalan.....

Aku malas nak tagged ramai-ramai, dua orang cukup.
1. Meen Zulaikha
2. Fatin Nabila

....Sambungan

.....Keadaan tu buatkan aku rimas dan asyik fikir nak ponteng sekolah dan ponteng kelas. Walaupun aku suka subjek matematik tapi sebab guru kelas tu yang ajar subjek tersebut, terus saja aku jadi tak suka nak belajar. Ada satu ketika, aku lari pergi koperasi sekolah dan merajinkan diri bertugas di situ sebab nak lari dari cikgu tu. Baru aje nak bersenang lenang duduk bergoyang kaki, tiba-tiba muncul rakan sekelas kat depan pintu. "Cikgu panggil kau masuk kelas. Selagi kau tak masuk, dia tak akan mengajar."budak tu berkata dengan wajah bengang. Terus saja mataku terbuka luas memandangnya. Biar betul cikgu ni."Wei! cepatlah, kita orang semua nak belajar ni." Dia menyergahku.
Dengar rasa sebal di hati, aku mengatur langkah kembali ke kelas.
Tiba di kelas, semua mata pandang aku tapi aku buat muka tak bersalah terus melangkah masuk duduk di kerusi dan buka buku, kononnya bersedia untuk belajar. Ingatkan cikgu terus nak mula mengajar tapi rupanya dia mula membebel.
"Tak malu ke awak dengan abang awak? Awak tu kan perempuan, cuba buat perangai macam perempuan sikit." begitulah lebih kurang bebelannya.
"Hah! abang, balik nanti awak cuba mengadu kat ayah awak tentang perangai adik awak yang sorang ni." katanya pada abangku. Dia membebel tak berhenti sampai habis waktu. Semua orang tak pasal-pasal kena marah sama sebab aku. Lepas hari tu, aku takut nak ponteng kelas math lagi sampailah ke tingkatan lima sebab dia juga yang mengajar subjek tu. Tensionnya hanya tuhan yang tahu. Sampai ada satu ketika dah hampir nak exam SPM, aku ponteng ikut kawan2 pegi tengok wayang. Entah apa malang nasibku hari itu, aku terserempak dengan cikgu tu ketika baru keluar dari panggung, dalam perjalanan nak ke bus stop. Waktu tu dah hampir nak maghrib.
Sebagaimana aku terkejut, begitulah juga dia. Kami sama2 terhenti melangkah. Kawan2ku yang lain buat2 tak kenal terus melangkah. Tapi, mungkin mereka betul-betul tak kenal cikgu tu sebab dia tak ajar kelas sastera.
"Saya ingat awak boleh berubah tapi rupanya saya silap. Kalau begini gayanya, sampai bila-bila pun awak takkan berubah dan saya tak heran kalau awak gagal exam SPM nanti." Dia berkata sinis dan terus berlalu meninggalkan aku yang terkaku di situ. Waktu tu, ada pelbagai rasa bersimpang siur di hati aku, sedih, geram, marah dll.
Saat itu aku nekad, kata2 cikgu tu aku ambil sebagai satu cabaran. Aku cuba cover balik mana yang tertinggal di belakang walaupun aku tahu waktu tu memang sudah terlalu lambat untuk aku mengutip kembali apa yang telah aku tinggalkan.
Lepas SPM, aku rasa macam semua hutang aku telah berbayar. Tapi bila tiba time nak ambik result, rasa macam menggigil seluruh badan. Tengok member2 sekelas semua tersenyum lebar, aku makin takut. Apa yang lebih menakutkan lagi apabila tiba kat tempat nak ambil slip, cikgu tu ada kat situ. Rasa macam nak aje patah balik tapi bila lihat dia senyum, hati aku jadi kembang.
"Tahniah!" Sepatah ucapan yang keluar dari bibirnya buatkan aku terperanjat. Dalam hati aku cuma satu, dia nak menyindirku tapi bila mata aku tengok sendiri slip result, aku rasa macam nak pitam. Rupa-rupanya dia ucap tahniah sebab aku score A subject math. Ya Allah, saat tu aku rasa macam nak peluk dia. Kalaulah cikgu tu perempuan, dah sah-sah aku akan peluk dia.....Terima kasih cikgu, terima kasih dan terima kasih...Jasamu akan kukenang sehingga ke nafas terakhirku.......


**Tamat**

Cerita Di Alam Persekolahan

Waktu sedang menjawab soalan tagging dari Kak meen hari tu, tiba-tiba aje teringat pengalaman 'ngeri' time sekolah dulu. Alamak! sebut perkataan ngeri, nak bercerita pun terasa ngeri....
Kisahnya bermula ketika aku lepas PMR yang pada waktu tu disebut SRP. Aku memang tak meletakkan apa-apa harapan pada exam tersebut sebab aku sememangnya jenis yang pemalas. Duduk jauh dari keluarga dan menyewa dgn kekawan menjadikan penyakit malasku makin parah. Usahkan nak mengulangkaji, kerja sekolah pun kekadang tak siap. Kerana itu, bila tengok result SRP, aku macam tak percaya sebab dapat banyak A. Mulanya ingat mata aku dah kabur tapi lepas pejam celik beberapa kali, memang betul pun.
Lalu, aku ditempatkan di tgkt 4 aliran sains, kelas yang menjadi kebanggaan cikgu kerana di situlah terkumpulnya pelajar bijak pandai sekolah tersebut. Kebetulan pula'kembarku' juga ditempatkan di kelas yang sama. Kembar yang aku maksudkan bukan kembar seiras atau kembar tak seiras tetapi kembar berlainan emak. Ayahku kahwin dua dan kami dilahir di tahun yang sama, cuma bezanya dia lahir tiga bulan lebih awal dariku meletakkan dirinya sebagai abang.
Sepanjang bersekolah di situ, inilah kali pertama kami ditempatkan sekelas. Dia kaki study, memang sesuailah berada di kelas itu berbanding dengan aku yang pemalas ni, memang langsung tidak sekufu dengan mereka yang berada di kelas itu.
Lantas, aku memberanikan diri berjumpa Penolong Kanan utk minta tukar kelas. Tanpa byk soal, permintaanku diluluskan dan aku terus berpindah ke kelas perdagangan(Prinsip akaun). Rasa gembira sangat dapat masuk kelas tu sebab ada member yang sekepala tetapi kegembiraanku tak lama sebab hari kedua aje, ada seorang guru masuk jumpa guru kelas. Entah apa yang disembangkan aku tak dengar tapi sekejap tu guru kelas panggil aku pindah balik ke kelas sains. Rupa2 yang datang tu adalah guru kelas sains tersebut. Rasa macam nak tercekik aku waktu tu. Tapi terpaksa juga ikut sebab tak nak buat kecoh.
Ketika mengekori guru tersebut, aku katakan padanya bahawa aku sudah meminta kebenaran PK tetapi dia kata dia dah minta PK batalkan kelulusan permohonanku. Bila aku tanya kenapa, katanya "awak ada potensi" pendek aje jawapannya. Waktu tu, aku memang betul-betul bengang. Rasa macam nak cekik-cekik aje cikgu tu.
Hari-hari yang aku lalui dlm kelas tu rasa macam duduk dalam bilik sauna, panas dan membahang. Dahlah bengang dgn guru kelas, ada pula mamat yang baru satu tahun pindah masuk sekolah tu buat aku makin bengang. Duduknya pula betul-betul depan mejaku. Bila tiba time dia sengal, dia pusing belakang dan nyanyi2 lagu omputeh pada aku. Tapi bila time skrunya longgar, dia kata aku ganas macam jantan sebab aku suka tendang kaki kerusinya. Pastu, dia mulalah merapu-rapu tak tentu hala hingga angin aku turun naik tak menentu. Dia bukan tak hensem, memang hensem tetapi entah kenapa mata aku sakit sangat bila tengok muka dia.... Bersambung....

TAGGED....

Huhuhu...first time kena tagging tapi Kak Meen punya pasal, boleh aje....

3 Tabiat buruk time sekolah
-Keluar kelas ikut pintu belakang sebelum cikgu tiba sebab tak suka cikgu atau subjek tu. Pastu pergi lepak kat kelas yang cikgu jarang masuk. Kat situ ramai geng yang satu kepala(otak gila-gila)
-Ponteng sekolah, naik bas ke KB pergi tengok wayang. Keluar dari panggung dua tiga tapak, terserempak dengan cikgu.
-Pakai kain senteng, stoking pendek, tudung tak serupa tudung. Bila ada spot check, sah-sah kena beratur mengadap guru disiplin sampai cikgu pun naik takut tengok muka org yg sama..huhuhu..ampun cikgu.....
Nota tak tahu malu: Time sekolah dulu memang jahat, tak tahu macam mana boleh terlepas masuk U.

3 Favourite subjek anda.... Kenapa?
-Math sbb memang selalu juara dalam kelas, macam kacang butir...ahaks (banggalah tu....)
-BM sbb memang suka mengarang cerita. Kalau buat karangan, tak tahu nak stop sampai terlebih perkataan yang diminta..hehehe.
-Agama sbb memang senang, sesuatu yang kita pelajari dari kecil dan amalkan setiap hari

3 Subjek anda tak suka... Kenapa?
-English sbb tak pandai ckp omputeh, tension betul bila cikgu tanya soalan. Duduk kelas paling pandai tapi hampeh...
-Geografi sbb susah nak hafal nama-nama tempat. Usahkan nama tempat, nama orang pun selalu lupa.
-Fizik sbb langsung tak masuk dalam kepala. Tak tahulah, otak ni memang betul2 bengap ke atau Fizik tu memang betul2 susah.

Menarik pada kamu....?
Mmmmm....bibir, bila bercakap.

Kamu paling suka...?
Tengok gelagat orang dan berfikir..kenapa, bagaimana, untuk apa dan bla..bla..bla... macam-macam timbul dalam kepala.

Anda tidak boleh hidup tanpa...?
Keluarga....

Setiap malam sebelum tidur siapa yang anda hubungi...?
Yang Maha Esa. Dengan doa, tidur malam itu bukan tidur yang terakhir.


Hahaha.... berjaya juga habiskan tagging ni. Mangsa aku seterusnya :
1. Murni Aqila
2. Ruby Hazry
3. Nacha

Ayat-Ayat Cinta



Desir pasir di padang tandus
Segersang pemikiran hati
Terkisah ku diantara
Cinta yang rumit

Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekadar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Ku pertaruhkan

Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkin ku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cintaku padamu

Bila bahagia mulai menyentuh
Seakan ku bisa hidup lebih lama
Namun harus kutinggalkan cinta
Ketika ku bersujud

Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekadar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Ku pertaruhkan

Kenangan Di Hari Lebaran

Entah kenapa lebaran ini begitu kuat menggamit ingatanku pada ayah yang telah lama pergi menemui Penciptanya. Tidak seperti lebaran yang lepas-lepas, pagi itu aku bagai tidak sabar untuk bersimpuh di depan pusaranya.
Saat kakiku melangkah ke kawasan perkuburan, aku jadi sayu apatah lagi bila melihat pusara ayah bagai tidak terbela dengan rumput yang tumbuh meliar serta ranting-ranting kering bersepah di atasnya. Sukar untuk menyatakan rasa hatiku saat itu, sedih dan sakit. Dia meninggalkan anak-anak yang ramai tetapi kenapa pusaranya bagai tidak terbela. Namun begitu, aku tidak ingin menyalahkan sesiapa. Aku tetap menyalahkan diriku sendiri walaupun aku tahu jarak yang memisahkan tidak memungkinkan aku untuk sentiasa berkunjung ke situ. Lantas, suara hatiku berbisik sendiri, kalaulah aku tinggal di kampung itu, mungkin tidak sukar untuk aku sentiasa melawatnya.
Menggunakan tanganku, aku bersihkan rumput dan ranting itu. Saat itu aku bagai ternampak dia sedang tersenyum padaku. Tanpa sedar, air mataku bergenang di kelopaknya. Andainya dia masih hidup…..dan kenangan lebih 8 tahun lepas kembali menerjah ingatan.
Saat itu, aku baru saja menamatkan pengajian di UPM dan terus bekerja di Sri Kembangan. Ketika Aidiladha hampir menjelma, aku tidak berjaya untuk mendapatkan tiket pulang ke kampung kerana waktu itu semua tiket telah habis dijual. Dua hari sebelum tibanya Aidiladha tersebut, buat pertama kalinya ayah telah menghubungiku. Semenjak melangkah kaki ke menara gading hinggalah memulakan kerja, itulah pertama kalinya dia menghubungiku dan bercakap denganku. Dia memang jarang bercakap dengan anak-anak, apa yang dia nampak tidak kena, selalunya disampaikan pada mek dan meklah yang akan menyampaikan pada anak-anak. Kerana itu, apabila dia menghubungiku dan bertanya tentang kepulanganku, aku jadi hairan. Katanya, dia mengharap sangat aku pulang. Kalau tak dapat tiket sebelum raya, ambillah selepas raya, janji pulang. Lalu aku katakan padanya, aku akan cuba dapatkan tiket, mungkin raya kedua.
Aku cuba lagi untuk mendapatkan tiket tetapi tetap tidak berjaya kerana memang semuanya telah habis dijual. Ketika itu, aku membuat keputusan untuk tidak pulang apatah lagi cuti memang tidak ada kerana baru lagi memulakan kerja.
Pada hari raya ketiga, aku menerima panggilan mengatakan ayahku sedang kritikal di hospital. Saat itu juga aku berkejar ke puduraya untuk pulang tetapi seperti yang aku telah tahu, semua tiket ke pantai timur telah habis.
Di depan kaunter bas aku menangis dan merayu memohon simpati agar aku dibenarkan menaiki bas malam itu. Aku tidak kisah walaupun terpaksa duduk di tengah laluan. Mungkin nasibku agak baik malam itu kerana ada seorang juga hamba Allah yang bersimpati padaku dan membenarkan aku menaiki bas yang dipandunya. Aku dibenarkan duduk di tempat yang dikhaskan untuk kelendan bas tersebut. Syukur pada Allah kerana di saat kesulitan begitu, Dia telah mengutuskan seseorang yang lembut hatinya untuk membantu. Kalaulah tidak kerananya, pasti malam itu aku akan tidur di hentian bas tersebut.
Tiba di Kota Bharu aku terus di jemput oleh abangku menuju ke Hospital. Saat melihat wajahku, mek terus menangis. Katanya, kenapa tak balik raya kedua. Katanya lagi, ayah yang beritahu bahawa aku akan balik pada pagi raya kedua. Kerana itu, ketika ayah tiba-tiba tidak sedarkan diri di pagi raya kedua itu, mereka semua tidak menghubungiku. Apabila aku tidak pulang hingga keesokan harinya, barulah mereka cuba menelefonku. Kerana itu, aku telah menjadi orang terakhir di kalangan anak-anaknya yang tiba untuk melawatnya di hospital tersebut. Sanak saudara yang jauh pun sudah dua hari berkampung di hospital itu.
Aku terus menangis. Melihat sekujur tubuhnya yang masih koma dan dikelilingi wayer, aku jadi tidak berdaya untuk berdiri. Sepanjang hayatku, aku tidak pernah melihat ayah sakit apatah lagi masuk hospital begitu.
Beberapa ketika, doktor masuk untuk memeriksa. Kata doktor, darahnya telah kembali normal dan sedikit masa lagi dia akan sedar. Tiada perkataan untuk aku gambarkan betapa aku gembira dengan perkhabaran tersebut. Namun, beberapa langkah saja aku melangkah keluar dari perkarangan hospital untuk bersarapan, ada suara menjerit memanggil aku agar cepat-cepat kembali ke wad. Ketika tiba di situ, aku lihat selimut putih telah menutup seluruh tubuh ayahku hingga ke kepala. Saat itu aku mengerti bahawa dia telah pergi menemui Penciptanya. Dan kata mereka, dua hari dia koma hanya sekadar untuk menunggu aku pulang menemuinya. Betapa aku terlalu sedih, sedih dan sedih…..dan ketika menaip N3 ini, aku masih sedih sehingga tidak sedar air mataku mengalir buat kesekian kalinya. Betapa dia terlalu ingin menemuiku tetapi takdirNya sudah ditetapkan begitu dan aku harus memujuk hati untuk menerimanya walaupun sehingga ke saat ini aku masih terkilan kerana tidak sempat memohon kemaafan darinya di pagi lebaran yang mulia.
Di pagi itu, aku sedekahkah Al-Fatihah dan Surah Yassin untuknya. Hanya itu yang mampu aku kirimkan untuknya sebagai seorang anak. Semoga rohnya dicucuri rahmat di sana..........

SALAM AIDILFITRI......



sAlaM bUaT sEmUa.....
Biar sudah agak terlewat tapi aku tidak ingin melepaskan peluang yang hanya akan muncul sekali dalam setahun ini untuk mengucapkan sElAmAt hArI RayA aIdiLfItRi buat semua rakan dan pengunjung blog ini..... Terima kasih kerana sudi meluangkan masa menjengok ke sini dan terima kasih juga untuk semua yang menghulurkan salam aidilfitri....

Menghayati Sesebuah Cerita.

Dua hari lepas ketika sedang menunggu waktu kerja bermula, aku menyambung baca sebuah buku cerita. Kisahnya sedih hingga buatkan aku menangis. Tanpa aku sedari pada masa itu ada mata yang sedang memandang. Lalu, ada yang bertanya, "Baca buku pun boleh menangis ke?" Waktu tu aku cuma senyum sebab tak tahu nak jawab apa, malu pun ada.
Sebenarnya, aku bukan hanya menangis bila baca buku cerita atau menonton filem sedih tapi waktu menulis bab sedih pun aku boleh menangis kat depan laptop. Bukan hanya menangis, kekadang tu boleh tersenyum sendiri waktu tengah menaip kalau watak yang diceritakan itu melucukan.
Untuk orang yang tak tahu apa-apa mungkin akan kata aku gila tapi itulah sebenarnya cara aku menghayati sesebuah cerita. Sebelum menulis, aku akan mengambil beberapa ketika duduk termenung kat depan laptop untuk mengajak hati aku masuk ke dalam cerita tersebut. Tetapi, kalau fikiran tengah bercelaru atau badan tersangat letih, satu perkataan pun takkan keluar walau berjam-jam duk termenung depan laptop tu.
Kekadang tu, bila aku dah betul-betul menghayati dan idea tu tengah datang, ada pula yang datang mengganggu, rasa macam nak menjerit marah. Siapa lagi yang suka mengacau kalau bukan anak-anak dan hubby aku sendiri.
Waktu mula-mula menulis dulu, aku hanya mengadap komputer bila semua orang dah bermimpi sebab waktu begitu memang banyak idea akan datang dan waktu tu juga aku menulis secara sembunyi-sembunyi. Aku tak berani nak hebahkan sebab aku sendiri tak yakin ia boleh betul-betul terhasil menjadi sebuah novel. Lepas dah siap manuskripnya, baru aku beritahu hubby. Waktu tu pun, dia macam tak percaya aku boleh buat.
Sekarang ni, semua orang seakan mengerti dan pengertian itu cukup berharga buat aku. Terima kasih untuk semua.......

Banjir Kilat

Dua hari lepas, Kajang dilanda banjir kilat. Ianya sudah berkali-kali berlaku tetapi ini merupakan kali ketiga yang terburuk setakat ini. Air sungai yang melimpah begitu pantas sekali mengalir masuk ke dalam kompleks membeli-belah sehingga ke paras lutut dan merosakkan banyak harta benda. Paling teruk apabila pemilik kenderaan yang meletakkan kenderaan mereka di tempat parking LG komplek tidak sempat menyelamatkan kenderaan masing-masing kerana air naik terlalu pantas.

Jam lebih kurang 6.30 petang. Kelihatan banyak motosikal sudah terbalik dan ditenggelami air.


Lebih kurang 20 minit kemudian air semakin melimpah dan kenderaan sudah menjadi bersimpang siur, tidak pedulikan lagi tentang jalan sehala.


Keadaan di dalam bangunan komplek membeli-belah. Semua pekerja bertindak menyelamatkan apa yang sempat diselamatkan.


Keadaan selepas air surut. Ramai pekerja bertungkus lumus membersihkan sisa sampah yang dihanyutkan air deras.


Kenderaan sedang ditarik keluar dari tempat parking keesokan harinya.

Honda CRV yang ditenggelami air dan terpaksa ditarik keluar.

Persoalannya, sampai bilakah semua ini akan berterusan? Siapakah yang harus dipertanggungjawabkan untuk menyelesai masalah ini?

4 Pengantin

Cuti seminggu aku balik kampung sebab dua orang adik sepupu aku kahwin sekali gus. Asalnya mereka ini adik sepupu tetapi sebab ayah mereka kahwin dengan mak aku atau istilah pendeknya 'ganti tikar', maka jadilah mereka sebagai adik beradik tiri aku. Di bawah ini adalah gambar mereka berempat ketika majlis menyambut menantu di rumah kami. Yang dua lelaki tulah adik2 aku. Nampak sepadan tak?

Di bawah ni pula aku sempat bergambar kenangan bersama mak aku dan adik2 seayah. Cuba teka yang mana satu aku...hikhikhik..kena pakai tudung, nampak baik aje. Tapi hubby aku cakap, pakai tudung pun ok gak. Anak aku pula sempat tanya, kenapa mata umi nampak kuning? Hish! sebab baju warna kuning ke atau sebab tudung tu?

Di sini aku bukan nak cerita pasal pengantin tetapi nak cakap pasal set pelamin yang di reka sendiri oleh satu2nya adik perempuan aku.
Percaya tak, dia sendiri yang beli kain, jahit dan sendiri panjat untuk pasang? Ok tak? Semua set pelamin tu hak milik dia. Permulaan ni kami buat untuk adik beradik dan saudara mara. Akan datang tak tahu lagi.
Habis cerita pelamin, kisah bilik pengantin pula. Dua minggu sebelum balik kampung, adik aku dah telefon bagi tahu "bilik pengantin mak tunggu mu kelik". Hampeh betul, ingatkan balik kampung boleh relaks dan cari idea buat skrip, rupa-rupanya dah ada kerja menanti. Nak tahu sebab apa? Sebenarnya, aku pun ada buat set bilik pengantin.


Percaya tak, set merah tu aku sendiri yang reka, gubah dan jahit? Percaya tak, aku sendiri yang terpaksa panjat dan pasang sebab semua orang sibuk dengan tugas masing-masing..huhuhu... pukul 4 pagi baru boleh tidur, sampai demam sebab sakit badan.
Warna biru tu pula aku jahit juga tapi adik perempuan aku yang punya sebab dia belikan kainnya. Bilik itu pula dia yang panjat dan pasang, aku tolong tengok aje. Pendek kata, aku dgn adik aku walau pun perempuan memang boleh memanjat sebab kami dari kecil memang suka panjat pokok jambu batu kat belakang rumah.
Majlis hari tu memang besar-besaran, potong lembu satu ekor, sampai naik muak makan daging. Gambar di bawah ni, kepala lembu yang telah di potong dan orang kampung sedang bergotong royong memotong dagingnya.

Majlis diserikan dengan pelbagai acara. Paling meriah acara boxing(tinju) di depan pengantin. Ada juga acara silat gayung kanak-kanak dan dewasa. Semua gambar tak sempat lagi aku upload. Bila dah dapat nanti aku posting kat sini. Di hati sempat juga berbisik, masa aku dulu2 mana ada semua ni..huhuhu...sedih jugak.
Di bawah ni pula gambar yang sempat aku rakam hari tu. Tak banyak sebab sibuk duk tolong apa yang patut kat dapur. Kiranya hari tu aku jadi macam2, 'all in one'. Hari sebelum majlis, jadi tukang pelamin. Pagi2 lagi jadi tukang masak, goreng mihun sampai 10 paket untuk jamu orang ramai yang datang menolong. Tengahari jadi mak andam, touch-up apa yang patut dan petang pula jadi tukang kemas pinggan mangkuk. Sudahnya, malam itu aku tidur bagai orang mati, kalau gemba bumi pun rasanya aku tak sedar sebab dah terlampau letih.



Rahsia Hati Si Kecil






Suatu malam ketika aku sedang menidurkan dua putraku, tiba-tiba si adik yang berusia 6 tahun bangkit duduk bersila mengadapku.
“Umi... esok-esok kalau adik dah besar, umi jadi tua ya?” Soalannya buat aku termanggu seketika. Tak terfikir dia akan bertanya soalan sebegitu.
“Ya.” Sepatah aku menjawab.
“Habis, kalau umi tua, macamana umi nak kerja? Kita macamana?” Si abang pula menyampuk.
“Kalau umi dah tua, abang dengan adik pula yang kerja, umi dengan papa duduk rumah.” Aku menjawab.
“Kalau abang kerja, siapa nak jaga umi? Dah tua mesti tak boleh jalan. Abang pergi kerja mesti lambat balik” soal si abang bertalu-talu. Si adik masih bersila mengadapku yang sedang berbaring.
Dalam samar cahaya bulan aku lihat dia seakan sedang memikirkan sesuatu. Sebelum sempat aku memikirkan jawapan sesuai untuk soalan-soalan si abang, si adik terus bersuara dengan suara separuh tangis. “Adik tak nak umi tua sebab adik sayang umi.” Mendengar luahannya, aku terus menjadi sebak.
“Tak apa, abang ada. Abang akan jaga umi dan papa.” Si abang pula bersuara untuk menenangkan adiknya dan suaranya juga kedengaran sedang menahan sebak. Saat itu terasa kelopak mataku membahang panas.
“Kalau umi tua, adik masih boleh sayang umi,” pujukku kemudiannya dan terus memeluk si kecil agar baring di sebelahku. Seketika baring dia bangkit kembali.
“Nanti kalau umi tua adik tak boleh peluk umi sebab umi busuk,” luahnya lagi dengan suara yang sudah tertahan-tahan.
Aku hampir ketawa mendengar luahannya. “Takkkk... umi tak busuk walau pun umi dah tua.” Sekali lagi aku memeluknya.
“Kalau umi dah tua nanti mesti macam nenek ya? Mesti pakai serkup kepala hitam tu ya?” si abang pula bertanya. Sekali lagi aku hampir tergelak bila mengingatkan ibu mertuaku yang selalu memakai serkup kepala bewarna hitam itu.
“Nanti kalau abang besar, abang nak tinggal kat mana?” si abang pula bertanya.
“Abang carilah rumah lain. Rumah yang lebih besar dan cantik.” Aku menjawab.
“Tak nak! Abang nak tinggal sini jugak, tinggal dengan umi dan papa dan adik.” Pantas dia menjawab. Suaranya sudah sebak kembali. “Abang tak nak jauh dari umi.” Sambungnya lagi. Saat itu, aku tidak tahu bagaimana untuk membalas bicaranya. Rasa sebak yang berkumpul menyesakkan nafasku.
“Umi...adik tak nak umi tua.” Sekali lagi si kecil ulang ayat yang sama dalam suara yang sama menjadikan dadaku makin sebak dan aku tidak lagi mampu bersuara untuk menjawab atau memujuknya. Lantas aku pejamkan mataku berpura-pura tidur.
“Umiii...” si kecil terus memanggil sambil menunduk untuk melihat mataku.
“Umi dah tidurlah dik. Jangan kacau umi, umi mesti penat.” Si abang memujuk adiknya. Seketika semuanya diam.
“Dik, nanti kalau kita dah besar, umi dah tua, kita bangun pagi buat sarapan untuk umi ya? Kita sarapan sama dengan umi.” Si abang bersuara pada si adik.
“okey,” jawab si adik pendek. Terus air mata yang berkepung di kelopak menitis perlahan ke bantal. Banyak yang berkecamuk di hatiku sehingga malam itu aku tidak dapat memejamkan mata
1. Bagaimana budak yang sekecil itu boleh berfikir sejauh itu. Aku yang sudah bergelar ibu yang sentiasa sibuk dengan soal duniawi tidak terfikir apa yang akan berlaku untuk 20 tahun akan datang.
2. Dalam waktu yang semakin singkat untuk bersama anak-anak, tidak sedar rupanya anak-anak sudah semakin pandai biarpun usia mereka masih terlalu kecil.
3. Dalam waktu yang menuntut banyak perhatian, aku alpa dengan tanggungjawab sebagai ibu kepada anak-anak. Ada ketikanya saat letih menguasai diri, anak-anak nak bermanja pun boleh terkeluar suara yang meninggi dan adakalanya anak-anak merajuk kerana sering tidak punya masa untuk mereka. Pun begitu, kasih di hati yang mereka luahkan malam ini buatkan aku insaf sendiri. Mungkin tuhan ingin menyedarkan aku dari terus alpa dengan urusan duniawi......

Sambungan MB?


Semenjak Mengukir Bahagia (MB) berada di pasaran, ramai yang bagi pendapat, kalau Tasya tu dipadankan dengan Haris mesti lagi best. Huhuhu... aku pun tak pernah terfikir begitu. Jahat sangat ke Zahim tu? Tapi, tak semua manusia yang jahat itu akan kekal jahat dan tidak semua manusia yang baik itu akan kekal baik. Itu salah satu mesejnya...
Ada juga yang tanya bila nak buat sambungan. Hah! aku tak tahu nak jawab apa sebab masa mula-mula buat cerita tu lebih 5 tahun yang lepas, tak pernah terfikir untuk menyambungnya.
Semalam, ada lagi yang tanya tentang itu sebab dia cakap rasa macam cerita tu pendek sangat dan tak puas baca. Kalau sambung dan masukkan banyak lagi konflik, buat mereka berpisah dan Tasha kembali pada Haris, mesti best. Hish! kejam aje bunyinya. Rasanya aku tak sanggup nak buat.
Tapi..tak kurang juga yang tak puas hati dengan watak Nadia. Kata mereka, watak tu tak logik sebab orang yang bijak pandai dan berjaya dalam kerjaya takkan tak boleh handle masalah keluarga sendiri. Mmmm...mungkin itu pandangan masing-masing. Tapi persoalannya, adakah semua bijak pandai dan orang yang berjaya dalam kerjaya semuanya mampu menanggani masalah peribadi dengan cemerlang? Jawapan aku ialah tidak. Contohnya tidak perlulah aku berikan di sini tetapi cuba buka mata, tepuk dada dan tanyalah hati sendiri.
Apa pun, aku berharap agar MB mampu diterima baik oleh pembaca kerana aku menulis juga adalah untuk tujuan kebaikan.....








Pest Buku PWTC part 2

Sempat bergambar kenangan dengan salah seorang penggemar novel



Maaf sebab mengambil masa yang lama untuk posting peristiwa di PWTC hari tu. Entah kenapa semenjak dua menjak ni terasa macam tak cukup masa. Adakah masa yang semakin pendek atau aku yang tak pandai menghargai masa?
Mulanya, bila tengok nama-nama yang berganding dengan aku ke pesta tu, rasa macam kecut perut. Apa tak nya, semuanya nama-nama besar dalam bidang penulisan walaupun orangnya kecil-kecil. Aku ni pula, orang yang baru nak belajar merangkak. Tapi, bila berada bersama mereka, perasaan itu terus hilang sebab mereka ni memang peramah dan aku yang terlebih peramah ni memanglah sesuaiiii....
Pada mulanya ingat tak ada orang kenal tapi ada juga penggemar novel yang menegur dan minta bergambar. Pesta tu taklah berapa meriah sebab booth pun tak banyak macam Pesta Antarabangsa tetapi untuk ‘orang baru’ seperti aku ni, ianya cukup bermakna. Walaupun pengunjung nampak tak ramai tetapi gerai Alaf 21 tetap diserbu peminat-peminat novel sampai bersesak-sesak dan terlangggar-langgar kerusi yang aku duduk.
Untuk sesiapa yang terlibat hari tu, terutama sekali Kak Wan, Kak Meen, Damya, Leez, Fira dan sesiapa yang tidak tersebut namanya di sini, terima kasih...terima kasih ... terima kasih, hanya itu yang mampu aku ucapkan.....







Pesta Buku Malaysia di PWTC

Temui aku dan beberapa novelis Alaf21 yang lain di Pesta Buku Malaysia bertempat di PWTC pada hari Ahad (3 ogos 08).

Meen Zulaikha .................Hani Fazuha


Damya ......................Adida Adriana

PUTRAfm - Edisi ke 2

Tengah menunggu di luar Konti Putrafm sebelum ke udara


Bersama DJ Ed sejurus selepas ke udara


Sewaktu dibawa memasuki Konti Putrafm oleh DJ Edriana atau Ed, debar di hati tetap ada walaupun tidak sehebat debaran ketika melangkah ke Studio WW Astro Awani hari tu. Mungkin kali ni, aku telah berjaya mengajar hatiku agar sentiasa bertenang dalam menghadapi apa jua yang mendatang kerana apabila melibatkan diri dalam bidang ini, aku harus bersedia untuk menghadapi pelbagai cabaran terutamanya kritikan.
Sebelum ke udara, aku berpeluang beramah mesra dengan Ed dan juga pembantunya, Su. Dengan itu, aku tidak merasa kekok untuk bercerita apabila ke udara. Mula-mula tu terfikir juga, masa satu jam terlalu panjang tetapi pada hari tersebut, rasa macam tak cukup pulak satu jam tu. Maklum saja, dari cerita buku MB meleret-leret kepada cerita zaman dulu-dulu di mana aku juga pernah menjadi penghuni kampus tersebut selama tiga tahun...huhuhu...kalau bercerita nakalnya zaman bergelar siswi dulu, memang satu hari pun tak cukup.
Apa pun, satu jam tu memang kenangan terindah dalam hidupku. Terima kasih yang tak terhingga untuk semua yang terlibat kerana membuka jalan untuk aku merasai apa yang tidak pernah aku impikan sebelum ini.

PUTRAfm 90.7 - Suara Kampus Terkini


Kepada semua warga kampus Universiti Putra Malaysia dan yang berada di sekitar Serdang, dengarkan PUTRAfm di 90.7fm kerana aku akan ke udara bersama DJ ED selama satu jam bermula dari pukul 12.00 - 1.00 tgh untuk rancangan Novel di PUTRA.
Aku pernah 'live' di Astro Awani tetapi belum pernah lagi 'live' melalui radio. Biarpun hanya boleh didengar oleh warga kampus UPM namun, rasa debar tu tetap ada. Apa nak cerita selama satu jam tu? Kata Kak Wan(Editor Alaf21), 'goreng' aje apa yang patut, cerita pasal buku Mengukir Bahagia(MB)...huhuhu... Kalau nak cerita pasal MB, 2 jam pun tak cukup. Mahu nak cukup, aku buat MB tu pun makan 2 tahun, takkan satu jam cerita boleh habis..hehehe...
Apa pun, harap-harap segalanya berjalan lancar....

Pesta Buku PKNS

Pemandangan di petang sabtu (26 July 08)



Pemandangan di petang Ahad(27 July 08) - Laluan di depan Booth Alaf21



Sempat bergambar kenangan bersama Murni Aqila(Sebutlah Namaku)
Belakang dari kiri : Pokcik(Mersik),Lis,Mala,Fira
Terselit kat tepi tiang tengah berpeluk tubuh sebelah kiri tu, Ziana.




Dua hari di Pesta Buku PKNS, pengalaman yang cukup menyeronokkan. Hari sabtu, pengunjung kurang sikit tapi hari Ahad memang ramai. Kalau kat Astro Awani, 10 minit rasa macam 10 jam, kat situ pulak, 2 hari rasa macam 2 jam apatah lagi bila ada Pokcik yang tak habis-habis menemuramah aku..hehehe..(jangan marah Pokcik)
Berkenalan dengan penulis Aida Adriani dan Murni Aqila serta beberapa kakitangan Alaf21 yang ramah mesra tu, rasa macam cepat benar masa berlalu. Selain itu, sempat juga aku mencuri masa menjengah booth JS dan beramah mesra dengan Kak Su(Noor Suraya), berkenalan dengan Naz(penulis Lily Buat Najah),aku dah baca buku tu..huhuhu..sedeh.... Di situ juga berkesempatan beramah mesra dengan Syud(penulis Tentang Dya) yang memang aku dah kenal dan pernah jumpa. Bukunya pun aku dah baca..mmm....bestttt!. p/s : Syud, Dya tu nama heroin saya utk next....huhuhu... xleh tukar sebab dah siap, tinggal nak edit aje.
Selain itu aku sempat juga singgah sekejap di booth Buku Prima, bersembang dengan Kak Ila(Ramlah Rashid) yang memang aku dah kenal dan bercerita tentang buku terbarunya Aku Cinta Kyra...huhuhu..., nangis dua tiga kali baca buku tu. Hari tu aku angkut semua koleksi buku dia minta signature..hehehe..sembunyi2.
Apa pun, kisah di Pesta Buku tu sangat menguja perasaan. Terima kasih yang tak terhingga buat Alaf21 kerana memberi aku peluang sebegini manis yang tidak pernah aku mimpikan sebelum ini. Benarlah kata orang, melakukan sesuatu yang kita minat adalah perkara yang paling seronok dalam hidup dan begitulah yang aku rasa waktu itu....






Cinta Monyet

Situasi : Aku sedang menyelongkar kisah cinta seorang sahabat.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

"Kau pernah jatuh cinta?" soalku dengan kening terangkat sebelah ala-ala Ziana Zain dalam filem lakonannya.
"Pernah, tapi cinta monyet." Acuh tak acuh Nyza menjawab.
"Oh! Kau bercinta dengan monyet ke?" Pantas aku menyoal balas dengan niat untuk berseloroh.
"Mmmm.. lepas putus, aku terus panggil dia monyet." selamba Nyza menjawab.
Aku terus terdiam. Sebab tu ke orang panggil cinta monyet? Kalau lepas putus kita panggil 'ex' kita tu hantu atau jembalang, adakah layak cinta itu digelar cinta hantu atau...cinta jembalang? Siapa yang boleh menjawabnya?

Apa Kata Hati

Berapa harga sebuah pengorbanan? Kalau udara itu mampu dihitung, nilai pengorbanan itu lebih besar dari itu. Begitulah besarnya pengorbanan masa yang harus aku berikan. Rupa-rupanya, bukan mudah untuk mendapatkan sesuatu yang kita ingini. Terasa waktu yang berdetik makin pendek sedangkan hakikatnya ia tetap sama sejak azali, 24 jam sehari.

Apa Syarat untuk bahagia? Untuk aku, bahagia itu tiada syaratnya kerana hati kita sendiri yang berhak menentukannya. Jika bahagia yang kita pilih, maka katakan pada hati kita 'aku bahagia dengan cara begini. Kerana itu, aku memilih jalan begini. Biar sering lelah mengejar masa, aku bahagia dengan caraku yang tersendiri.

Berapa nilai sebuah kejujuran? Tiada sukatan yang mampu dicipta oleh manusia untuk menilainya. Lantas, aku letakkan sebuah kejujuran dalam perjuangan ini dengan harapan sekeping hatiku akan sentiasa teguh dengan godaan.

Dari mana datangnya cinta? Untuk aku, cinta bukan dari mata turun ke hati tapi dari rasa menjadi sebati. Aku menerima apa yang diberi lantas, aku sematkan ke dalam hati. Katakan pada hati, beginilah rasanya sayang. Lalu, hatipun berkata 'ohhhh..aku akan ingat sampai bila-bila, sayang itu maksudnya cinta.



Terima Kasih


Merenung detik-detik semalam, aku mulai sedar, jika semalam yang berlalu itu tidak pernah aku hargai, maka aku tidak akan menjadi seperti diriku saat ini. Lantas, aku harus berterima kasih. Terima kasih untuk semua di atas segala-galanya.

Terima Kasih Tuhan,
Kerana memberi ruang aku bernafas.
Terima kasih ibu,
Kerana melahirkan aku ke dunia ini.
Terima kasih abang,
Kerana memahami dan mendorongku.
Terima kasih anak-anak,
Kerana menjadi sumber inspirasiku.
Terima kasih teman,
Kerana menceriakan detik waktu hidupku.
Terima kasih semua,
Kerana menerima aku seadanya.




Astro Awani - part 2


Tengah berdebar tunggu slot ww


Bergambar kenangan bersama Dang Suria sejurus selepas program berakhir



Orang kuat ww Fizah, Dang dan Zura



Seawal pagi aku dah tiba di Studio Astro Awani. Pertama kali bersua muka dengan Dang Suria, rupanya dia lebih cantik dari apa yang aku tonton di kaca TV. Orangnya cukup peramah dan cepat mesra.
Sementara menunggu slot ww, rasa jantungku macam tak normal degupannya. Macam-macam jawapan prepare dalam kepala tapi bila tiba waktunya, soalan lain pula yang Dang tanya. Aduhhh.... tergagap-gagap aku nak menjawab. Rasa macam nak sembunyi bawah meja bila fikirkan berapa ramai orang yang tengah tengok.
Dang cakap cerita MB macam cerita hindustan, dah baca nak baca sampai habis, dah tahu nak tahu lagi. Paling aku tak terduga tu bila Dang tanya, kalau buat cerekarama agaknya siapa hero dan heroin pilihan? rasa macam nak tercekik aku nak menjawab. Aku memang dah lama tak tengok tv cerita melayu sbb tv kat rumah aku tu kalau bukan siaran sukan(hubby aku yang kontrol) mesti cerita kartun(anak aku pulak yang kontrol), yang tinggal untuk aku cuma laptop. Dalam tergagap-gagap aku bantai aje nama Rosyam Nor dan Fasha Sanda sebab cuma itu yang aku kenal. Minta ampun banyak-banyak Abang Rosyam dan Fasha, tak pasal-pasal nama awak jadi mangsa keadaan hehehe...Member aku cakap sib baik tak cakap Shah Rukh Khan dan Rani Mukharjee..hahaha.... tapi kalau nak cakap Anjelina jolie nga Brad Pitt mmg tak sesuai cerita jiwang macam niii...
10 minit tu memang sekejap tapi bila duduk depan kamera dalam studio tu untuk pertama kalinya seumur hidup apatah lagi bila siarannya terus menerus, rasa macam 1 jam pulak. Fuh!... lepas dah habis tu legaaaa..sangat-sangat. Satu pengalaman yang cukup manis dan amat bermakna buat aku yang masih terlalu baru dalam bidang penulisan ini. Syukur pada tuhan kerana memberi peluang padaku untuk merasa manisnya sebuah kehidupan.