FOLLOWERS

Pergi Tanpa Alasan - Bab 1

Rihana  tatap cermin di depan. Tanpa make-up warna warni, tanpa lipstick merah hati, tanpa eyeliner tercalit di mata. Namun, wajahnya tetap nampak cantik berseri. Anugerah Ilahi yang jarang sekali orang lain perolehi dan sepatutnya dia gunakan untuk kebaikan diri, bukan untuk memuaskan nafsu yang menguasai hati.

Kau takkan berubah kalau kau sendiri tidak berusaha untuk berubah Hana. Percayalah cakap aku. Kau tak kesian ke dengan mak ayah kau kat kampung? Kau sanggup tak di akhirat nanti dihumban ke neraka? Jangan pula nanti kau tuduh mak ayah kau tak ajar ilmu agama sedangkan kau sebenarnya cukup segala ilmu?’

Kata-kata Yatie, sahabat dunia akhiratnya di talian telefon sebulan yang lepas benar-benar menusuk ke hati dan jantungnya. Kerana itu dia terdorong untuk berubah menjadi manusia baru.
        
  Tudung-tudung yang tergantung dibelek satu persatu. Lebih dua puluh helai semuanya dan ianya dikumpul sebulan yang lepas. Ya! sejak dia terfikir untuk berubah sebulan yang lepas dia mula mengumpul tudung pelbagai warna.

Tatkala dia tercari-cari arah tuju ke arah kebaikan, dia ditawarkan pekerjaan. Berpuluh tempat dia memohon, hanya satu yang memanggil. Walau bukan syarikat gah di bumi Malaysia, dia terima juga dengan hati lapang. Ini merupakan satu kebetulan yang cukup indah menyambut niatnya dan hari ini adalah hari pertama dia melaporkan diri bekerja mencari rezeki yang halal setelah bertahun bergelumang dengan dosa.

Selesai mengenakan tudung, dia bergegas keluar. Tidak mahu lambat di hari pertama. Kondominium mewah Parkview KLCC itu disewa sendirian lebih setahun yang lalu. Selepas ini, dia tidak tahu masih mampu atau tidak untuk menyewa tempat itu dengan gajinya yang tidak seberapa ini.

Tiba di Menara Citibank Jalan Ampang, Rihana tarik nafas panjang-panjang dan berdoa di dalam hati agar langkahnya hari ini diberkati dan kekal selamanya.

Sebaik menutup pintu kereta, dia melangkah laju kerana bimbang akan terlambat. Saat itulah kereta BMW sport warna kelabu hampir melanggarnya, nasib baik lagi pemandunya sempat menekan brek kecemasan.

Terasa nyawanya hampir melayang. Wajahnya pucat tanpa darah. Dia hanya berdiri di situ tanpa mampu berbuat apa-apa.

Tatkala melihat wajah pemandu yang keluar dari dalam kereta tersebut, wajah Rihana yang pucat tadi serta merta diserbu darah merah. Dia pantas berpaling dan ingin kembali masuk ke dalam kereta. Dia akan buat pura-pura tertinggal barang.

Pun begitu, baru saja pintu keretanya dikuak, ia kembali tertutup akibat dari tolakan tangan lelaki tersebut.

Rihana tidak berani berpaling. Hanya berdiri mematung diri di situ. Liurnya terasa kering dan dadanya terasa sempit.

“Buat apa kat sini pagi buta? Jumpa ‘pelanggan’?” soal lelaki tersebut. Lelaki yang memang sangat Rihana kenal. Siapa lagi kalau bukan Hakim Mukhriz bin Datuk Adam Hakimi.

Rihana angkat kepala. Hakim senyum dengan kening terangkat, satu kebiasaan yang sering Rihana lihat. Tenang Rihana, jangan mudah menggelabah. Bisik hatinya sendiri.

“Do we know each other?” soal Rihana, lagak tenang sedang hatinya sudah seperti diletakkan roller coaster.

Hakim gelak kuat, seolah Rihana buat cerita lawak versi antarabangsa.

“Rinnnn...rinnnnn...” Hakim geleng kepala. Rin adalah nama manja yang dia panggil walaupun Rihana tidak suka. Dia suka dengan nama pendek itu.

“Orang yang pernah I peluk siang malam, tak mungkin I tak kenal.” Hakim dekatkan wajahnya ke wajah Rihana membuatkan gadis itu melarikan wajahnya ke belakang.

Gadis? Masih gadiskah perempuan yang bernama Rihana ini? Entahlah! Dia sendiri kurang pasti sebab sepanjang kenal dengan hot stuff  di Rootz Dance Club ini sejak lebih enam bulan lepas, dia masih belum berkesempatan untuk meniduri perempuan ini. Dia masih belum diberi kesempatan untuk ‘merasai’ tubuh putih gebu wanita ini.

You balut tubuh you dengan kain kapan sekali pun, I tak mungkin tak kenal you.” Bisik Hakim dekat ke telinga Rihana.

Bulat mata Rihana mendengar ayat kurang sopan Hakim. Langkahnya terundur ke belakang untuk menjauhkan badannya dengan badan sasa lelaki itu.

You pakai macam ni supaya orang tak kenal you ke?” soal Hakim sinis sambil menilik Rihana atas bawah.

Mmmm... sopan sekali namun tetap nampak seksi di matanya. Walau dalam baju, dia mampu membayangkan bentuk tubuh Rihana. Putih gebu tanpa segarispun parut. Peliknya, dari hujung kaki sampai hujung rambut, yang menarik minatnya ialah dua biji tahi lalat yang terletak cantik di bahu kiri Rihana.

Hakim sedut nafas dalam-dalam. Rihana merupakan satu-satunya wanita yang sangat susah untuk dia bawa hingga ke atas katil. Satu-satunya perempuan yang hanya mampu dia pandang dan peluk jika bertemu. Walau dibawa ke hotel, Rihana punya syarat ketat. Tak boleh lebih-lebih. Sungguh dia tidak berpuas hati.

Ketika dia sedang merancang untuk memasang perangkap, Rihana tiba-tiba menghilang. Dia diberitahu bahawa Rihana berhenti kerja secara mengejut. Tidak disangka pula pagi ini dia ditemukan dengan wanita ini dan tidak disangka juga wanita yang dia cari-cari ini sudah berubah alim begini. Tetapi dia percaya Rihana sedang menyamar di atas tujuan tertentu.

“Ikut I.” Hakim sambar lengan Rihana.

“Hey! Lepassss!!!” Rihana menjerit.

“I bayar tiga kali ganda. Batalkan janji you dengan ‘pelanggan’ hari ni,” ujar Hakim penuh yakin.

“I dah tak buat benda-benda macam tu.” Rihana terus terang.

Pergerakan Hakim terus terhenti. Wajah takut-takut Rihana dipandang tajam. Betul ke apa yang Rihana cakap? Atau Rihana sebenarnya ingin lari dari dirinya?”

“Tolong lepas tangan I, please!” pinta Rihana nada tegas tapi takut-takut. Dalam ramai-ramai pelanggan yang pernah dia ‘temani’ Hakim adalah satu-satunya lelaki yang paling sukar dia kawal. Lelaki ini sangat panjang akalnya sehingga dia hampir-hampir tewas menyerah diri. Nasib baik lagi sempat berfikir waras.

“I bukan kenal you sejam dua Rin. You nak berapa ribu? Sepuluh? Dua puluh? I bagi cek sekarang. You pilih saja mana-mana hotel yang you suka. Hanya untuk satu hari. I rindu sangat-sangat, pleaseeeee...” senafas Hakim bersuara.

Just spend our time together. Not more than that, I promise!” Hakim angkat tangan tanda bersumpah. Sungguh! Dia rindu sangat-sangat. Rindu dengan segalanya tentang Rihana.

Ah! Sudah angaukah dia? Tak mungkin! Dia bukan lelaki sebegitu. Perempuan baginya seperti lampin pakai buang. Dah pakai, buang saja. Tak boleh nak cuci lagi. Cuma dengan Rihana ni, dia belum dapat-dapat lagi, macam mana nak buang.

“Sorry Hakim, I dah tak buat kerja-kerja tu semua. Tolong lepaskan tangan I. Dah lambat I nak masuk kerja ni.” Rihana kerling jam di tangan kanan. Tinggal lagi sepuluh minit untuk dia melapor diri.

You kerja kat sini ke?” Hakim bagai terkejut

“Tak!” Rihana cuba berbohong.

Dia tidak mahu Hakim tahu dimana dia bekerja. Hakim tentu kenal ramai tuan punya syarikat dan tidak mustahil Hakim juga kenal dengan bos tempat dia mula bekerja hari ini. Jika Hakim tahu, ia sangat bahaya kerana Hakim sangat berpengaruh dalam dunia perniagaan. Itu yang dia tahu dari Ray, bekas bosnya dulu.

“Habis tu, you buat apa kat sini sebenarnya?” Hakim cuba berlembut. Cara kasar memang tidak jalan dengan Rihana ni.

Rihana diam, mencari akal untuk berbohong. Apa dia perlu cakap supaya Hakim percaya?

“Kalau you nak kerja, mari kerja dengan I. Jadi PA I. Berapa saja gaji yang you nak, I sanggup bayar.” Hakim bersuara memberi tawaran sebelum Rihana membuka mulut bercakap bohong.

Rihana menggeleng. Bekerja dengan Hakim? Baik lagi dia jadi tukang sapu atau tukang jaga tandas.  Terjebak dengan Hakim akan berkemungkinan membuka jalan ke arah dosa. Aura hakim sangat kuat, berbeza sekali dengan lelaki-lelaki lain yang pernah dia temani dan dia bukanlah terlalu kebal untuk bertahan.

Keengganan Rihana buatkan Hakim rasa tercabar dan dicabar. Spontan tangannya bergerak pantas menolak Rihana rapat ke pintu kereta sebelum akalnya sempat berfungsi. Tubuh Rihana dihimpit sehingga dadanya dan dada Rihana bertemu rapat.

“Hakimmm!!!!” Rihana terjerit kuat. Dia tidak bersedia dengan tindakan Hakim yang agak ganas itu.

You nak ikut I ke hotel atau nak kat sini saja? Pilih, dalam kereta I atau dalam kereta you?” Hakim berbisik perlahan, sengaja mengugut. Wajahnya sudah begitu hampir ke wajah Rihana.



Rihana paling wajah ke sisi apabila nafas Hakim terasa panas menampar wajahnya. Saat itulah dia ternampak seorang security guard sedang membuat rondaan.

Tanpa lengah, dia tolak tubuh Hakim dan menjerit sekuat hati meminta pertolongan.


Hakim yang terkejut dengan situasi yang tidak dijangka itu terus berundur melangkah ke keretanya. Hatinya tiba-tiba jadi panas dan dia makin nekad, hujan atau ribut, petir atau gempa bumi, Rihana harus melutut di kakinya.

8 comments:

Ruunna Qizbal said...

best2

nursyafika said...

Nk lagi nk lagi,,,,,,

Sera Elya said...

missed bab 1. dulu tak sempat baca. nice :D

Unknown said...

Bestnye..tk sbr la pla nk tngu ni.

aisyah said...

Rihanna ingt dpt lari dr hakim..tp x..

Nur Hasliha Hasyida said...

cannot wait for it!

Anonymous said...

Entry sja buat sy x sng duduk...its 100% differents frm others....i luv it...will add to my collections soon

Unknown said...

Dear author,siapa nama penuh lelaki yg kat atas tu????