FOLLOWERS

TAGGED....

Huhuhu...first time kena tagging tapi Kak Meen punya pasal, boleh aje....

3 Tabiat buruk time sekolah
-Keluar kelas ikut pintu belakang sebelum cikgu tiba sebab tak suka cikgu atau subjek tu. Pastu pergi lepak kat kelas yang cikgu jarang masuk. Kat situ ramai geng yang satu kepala(otak gila-gila)
-Ponteng sekolah, naik bas ke KB pergi tengok wayang. Keluar dari panggung dua tiga tapak, terserempak dengan cikgu.
-Pakai kain senteng, stoking pendek, tudung tak serupa tudung. Bila ada spot check, sah-sah kena beratur mengadap guru disiplin sampai cikgu pun naik takut tengok muka org yg sama..huhuhu..ampun cikgu.....
Nota tak tahu malu: Time sekolah dulu memang jahat, tak tahu macam mana boleh terlepas masuk U.

3 Favourite subjek anda.... Kenapa?
-Math sbb memang selalu juara dalam kelas, macam kacang butir...ahaks (banggalah tu....)
-BM sbb memang suka mengarang cerita. Kalau buat karangan, tak tahu nak stop sampai terlebih perkataan yang diminta..hehehe.
-Agama sbb memang senang, sesuatu yang kita pelajari dari kecil dan amalkan setiap hari

3 Subjek anda tak suka... Kenapa?
-English sbb tak pandai ckp omputeh, tension betul bila cikgu tanya soalan. Duduk kelas paling pandai tapi hampeh...
-Geografi sbb susah nak hafal nama-nama tempat. Usahkan nama tempat, nama orang pun selalu lupa.
-Fizik sbb langsung tak masuk dalam kepala. Tak tahulah, otak ni memang betul2 bengap ke atau Fizik tu memang betul2 susah.

Menarik pada kamu....?
Mmmmm....bibir, bila bercakap.

Kamu paling suka...?
Tengok gelagat orang dan berfikir..kenapa, bagaimana, untuk apa dan bla..bla..bla... macam-macam timbul dalam kepala.

Anda tidak boleh hidup tanpa...?
Keluarga....

Setiap malam sebelum tidur siapa yang anda hubungi...?
Yang Maha Esa. Dengan doa, tidur malam itu bukan tidur yang terakhir.


Hahaha.... berjaya juga habiskan tagging ni. Mangsa aku seterusnya :
1. Murni Aqila
2. Ruby Hazry
3. Nacha

5 comments:

Meen Zulaikha said...

Hoho.. kaki monteng gak ghupernya! Sib baiklah kt jd 'manusia' gak, kan? Hehehe..

...:muRn! aQ!La a.k.a mOOn:... said...

kak hani... saja je ye nak dera moon. wahahaha.... alamak, terbongkarlah rahsia moon nanti. hmm... kena amik ms skit bleh ek.

Anonymous said...

Zue,

hahaha... macam kenal je nama orang no. 2 tu

-ruby-

HANI FAZUHA said...

Kak Meen...betullah! sib baik kita jadi 'manusia'...hikhikhik!

Moon....ni mmg nak bongkar rahsia masa dolu-dolu.

Ruby...sib baik kenal, ingatkan buat2 tak kenal.

nacha said...

eh! baru perasan yg sy kena tagged. nanti sy jwb ye.