FOLLOWERS

Novel Terbaru...



Khas buat semua.... Novel ke 5 saya  akan berada di pasaran tidak lama lagi di bawah penerbitan saya sendiri Idea Kreatif.

InshaAllah akan berada di pasaran 1st July 2013.

Sinopsis:

Rihana dan Hakim, dua nama dari dua dunia berbeza, ditemukan dalam kancah penuh dosa. Bagi Hakim, Rihana itu tidak ubah seperti pelacur kelas atasan. Bagi Rihana, Hakim itu sama saja dengan lelaki kaya raya yang harus dilayan untuk mengeluarkan duit dari poketnya.

Kahwin dengan I Rin, I’ll pay you two million.” - Hakim
Dua juta tidak cukup untuk membeli maruah I, Hakim”- Rihana

Segalanya berubah apabila Rihana bertemu hidayah-Nya dan meninggalkan dunia kelam untuk berubah ke arah kebaikan. Hakim jadi panasaran mencari Rihana yang hilang.
Bertemu kembali setelah enam bulan berlalu dan melihat Rihana yang ‘baru’, Hakim jadi sedar yang dia mahukan Rihana bukan kerana nafsu tetapi kerana rasa yang satu itu sudah meresap meracuni hatinya.
Namun, melihat Rihana makin rapat dengan Ridzwan, jutawan muda yang tidak kurang kacaknya buatkan Hakim rasa tergugat. Biarpun Ridzwan itu teman baiknya, tidak bermakna Rihana juga harus menjadi teman baik lelaki itu.
Bijaknya Hakim memerangkap telah mengikat Rihana dalam sebuah perkahwinan yang sangat rumit. Kerana Hakim itu sudah menjadi tunangan Nelly, Rihana harus menjadi isteri secara sembunyi. Namun, apa akan jadi bila kisah silam Rihana dibongkar dan dikorek hingga ke akar umbi?

Hakim, I rasa macam tak layak untuk you.”- Rihana
Walau I harus mati kerana memilih you, I tetap akan pilih you.” Hakim

Kalau mati pun dia sanggup untuk Rihana, apalah sangat jika dia harus kehilangan seluruh hartanya demi wanita itu.
Mampukah perkahwinan mereka bertahan bila hidup diuji kesusahan? Sanggupkah Hakim melepaskan Rihana ke tangan Ridzwan demi merungkai segala kerumitan?

~ Rin… your love is the only thing keeping me alive ~ Hakim

**********

Boleh juga membuat pesanan online sekarang, layari web ideakreatif www.ideakretif.net untuk mengetahu lebih lanjut.

Boleh juga walk in ke pejabat Idea Kreatif  beralamat di No 1, Bangunan Arked Mara Kajang, Jalan Reco, 43000 Kajang, Selangor pada 29hb & 30hb june 2013 untuk mendapat 20% diskaun.


Dan juga boleh dapatkan novel keluaran Idea Kreatif - June 2013, Dia..Random by Farah Husain.



Sinopsis Dia... Random Guy :

Kerana tidak mahu dicop sebagai ‘loser’, Alina Suffiya bertindak pantas menarik lengan jejaka ‘random’ untuk diperkenalkan sebagai tunangannya. Apa nak buat, hanya si random itu saja yang dia nampak ketika itu.
Hidup Zariel Amzar yang tenang dan damai tiba-tiba seperti menaiki roller coaster di taman tema. Ini semua perempuan psiko tu punya pasal! Gosip liar mula tersebar dan dia diberi tekanan oleh mama tersayang.
Suratan atau kebetulan? Mereka kini dibawah satu bumbung.
Amzar mengambil peluang untuk membalas rasa sakit hati. Alina dibuang kerja atas alasan mengurangkan perbelanjaan syarikat.
You are one heartless man! Saya harap…. Tak! saya doakan supaya awak dapat cari semula hati awak yang dah hilang tu.” - Alina
You know what, I take back my word. You ni bukan gila…but downright psycho. Go and get a treatment!”- Amzar.
Kita hanya merancang. Sangka Alin selepas peristiwa itu dia tidak perlu berjumpa si Random Guy lagi. Tapi takdir ada rancangan berbeza dan hidup mereka tidak lagi seperti dulu.
You ingat you ni tuan puteri ke nak kena berjemput segala?”- Amzar
Manalah saya tahu kena tunggu di bawah ni. Saya ingat encik ada di atas, saya naiklah!”- Alina
Mengenali seorang Amzar, perasaan yang  Alina kunci dalam hati, muncul kembali. Cik jantung mula berdegup kencang dan cik hati mengedik tak tentu hala.
Kemunculan Hairi yang cuba mendekati semula Alina, mengundang krisis di hati Amzar. Apabila Cik Kerani dilayan sedingin salju, dia pula diberi ‘layanan bahu sejuk’. Mengelabah pula nak memujuk. Walaupun mulut kata benci, hati mula menari!

‘Isshhh..kacau daun betul si Hairi ni. Dah pergi tu, pergi ajelah’.  Siapakah yang berjaya membuka kunci hati Alina –Hairi atau  Dia… Random Guy?


5 comments:

Anonymous said...

Salam.kak,novel nie dh kuar ke blom?ade jual dkt popular or mph x?sy dh tny kdai buku,tp x ad org jual.huhu.teringin nk bce buku nie

Anonymous said...

Kak,novel pergi tanpa alasan yer

Anonymous said...

Kak, pergi tnpa alasn dh kluar erk?

Unknown said...

Kak mcm mana klau sy nak oder novel ni

jody said...

novelnya emang bagus sob tapi kalok nyari novel yang kocak abis dan gak nge btin silah kan nih ane ada warng kecil2lan jual ebook novel raditya dika pokoknya seru ngaet deh ceritanya http://jualebooknovel.blogspot.com/