FOLLOWERS

Andai Ku Tahu

Andai ku tahu
Bila tibanya ajalku
Akan kupohon
Tuhan panjangkan umurku
Kerana aku masih ingin
Melihat putra-putraku
Membesar dan menjadi dewasa
Di depan mataku
Andai kumampu
Menjadikan mereka
Seperti lukisan di hatiku
Akan kupohon
Tuhan jadikan mereka
Sebaik-baik insan
yang berjuang ke jalan-MU

Bicara Hati

andainya aku rambulan....
pasti malam akan gelap menunggu siang
kerana rajukku tiada yang sudi memujuk
andainya aku mentahari......
tentu bumi dilanda kemarau panjang
kerana menunggumu langkahku jadi kaku
andainya aku udara.....
telah lama manusia terhenti bernafas
Kerana kebisuanmu membekukan aku
kiranya kau tahu......
salju dingin pasti terbakar kehangatan
kiranya kau mengerti....
akulah manusia paling bertuah di bumi ini
kiranya kau terima......
terasa aku ingin hidup untuk selamanya.

Semalam Yang Indah

Semalam aku temui teman lama. Bukan bertemu tetapi berhubung melalui telefon. Tiga tahun menangis dan ketawa bersama dan terpisah kerana masa. Lebih sepuluh tahun menyepi akhirnya semalam dia meluahkan bahawa dia bukan lupa tetapi tidak mahu mengganggu kerana kami ada kehidupan masing-masing. Begitukah erti 'teman'?

Untuk aku, teman adalah begini :

Teman......
Detik memutar waktu
Turut memutarkan hati kita
Berkongsi rasa bersama
Menangis dan tawa bersulam rasa
Andai langit itu putih
Putih lagi warna persahabatan kita
Andai kaki langit itu jingga
Jingga lagi warna hati kita
Jadi...
Kenapa salahkan waktu?
Kerana ia tidak mampu
Mengubah warna itu
Kerana ia hanya sekadar masa
Yang hanya membawa kita
Menjadi dewasa bersamanya
Bukan mengubah hati kita
Menjadi manusia yang berbeza