FOLLOWERS

Rumah TerbukaTun Dr. Mahathir...

Hari ni aku tak kerja. Bila hubby mengajak untuk ke rumah terbuka Tun Dr. Mahathir di Mines Resort, aku terus setuju tanpa berfikir panjang. Tak kiralah panas terik pun, aku nak pergi jugak.
:25:
Selalunya, lalu aje depan rumah dia yang terletak di dalam kawasan padang golf Mines Resort tu. Bukan semua orang boleh lalu ikut situ tapi sebab hubby aku ni kenal ramai orang kat dalam tu, maka kami boleh saja masuk ke situ.
:31:
Seperti hari ni, kami boleh terus masuk ke dalam sedangkan ramai orang hanya parking kereta kat luar dan tunggu tren di tengah panas terik untuk ke rumahnya.

Orang ramai tengah menunggu tren untuk masuk ke dalam kawasan rumah Tun


Pemandangan dari sebelah kanan rumah Tu Dr. Mahathir


Sempat bergambar di depan pintu rumah Tun sebelum menjamu selera


Orang ramai tengah beratur untuk bersalam dengan Tun dan isteri


Malas nak beratur, kami menjamu selera terlebih dulu


Sempat juga snap gambar Tun dan isteri ketika sedang bersalaman dengan orang ramai


Yang istimewanya, sempat juga bersalam dan bergambar kenangan dengan anak pertama Tun, Datin Paduka Marina Mahathir.

Masa sebelum makan tu, ada juga nampak Datuk Mukhriz tapi bila lepas makan, dah tak nampak dia. Tak sempatlah nak bergambar dengan dia. Pun begitu, memang tak rugi berkunjung ke situ. Macam-macam makanan ada, cuma perut aje yang terasa sendat sebab sebelum ke situ, kami dah pun makan nasi di rumah kawan hubby yang juga mengadakan rumah terbuka di Sungai Besi.






Aidilfitri Di Kuala Lumpur....

Salam Aidilfitri buat semua......:02:

Rasa macam dah lama aku tak update blog ni. Cuma sempat tempek gambar bersama ucapan Salam Ramadhan dan Salam Lebaran.:20:

Aku kesuntukan masa sebenarnya. Dengan kerja yang tidak menentu masa, rasa lelah dan letih.
:09:
Setiap tahun, tatkala bermulanya Ramadhan, tatkala orang ramai mula membeli belah untuk persediaan hari raya, waktu itulah aku mula pening kepala. Menghadapi kerenah manusia yang pelbagai ragam, aku jadi lelah sendiri.

Tahun ni aku langsung tak ada mood raya. Baju raya pun beli di saat-saat akhir. Cuti pun hanya 3 hari saja. Bukan tak dapat cuti tapi saja tak mau cuti sebab tak balik kampung, raya di KL saja. Sebab apa raya di KL?:22:

Banyak sebab yang tak mampu aku huraikan di sini. Sedih gak la sebab selama aku kawin, memang setiap tahun kami akan beraya di kampung aku di Kelantan. Sebab hubby memang orang KL, tak ada kampung halaman..huhuhu...

Pepagi raya telefon mak, aku tak nangis tapi mak aku yang hiba bila dengar suara cucu dia ucap selamat hari raya.

Tapi.... malam semalam mak aku telefon, bila dia kata dia nak buat ketupat dan kirim melalui adik aku yang akan balik ke KL ahad ni, aku jadi terharu. Nak tahu kenapa? Sebab pagi raya tu, bila aku sembang nga adik aku, dia cakap dia tengah makan ketupat yang mak buat. So aku kata sedapnya! tak dapat la aku makan ketupat mak tahun ni. Mungkin dia dah sampaikan pada mak aku dan... itulah kasih seorang ibu. Di mana pun kita, bagaimanapun kita, kasih dan ingatannya tak pernah luput.

Aku jadi teringat masa dulu-dulu. Masa aku masih remaja. Membuat ketupat daun palas memang menjadi tradisi orang Kelantan. Mak selalu membebel suruh aku belajar. Dari mula 'membuka' daun palas, mengadun pulut dan membungkus sebelum direbus, aku memang selalu tengok dan cuba belajar. Tapi, sampai sekarang tak pandai-pandai. Yang aku pandai cuma memotong tangkainya(entah betul ke disebut begitu) yang panjang itu dan masuk ke dalam periuk untuk direbus.

Aku jadi teringat pada arwah ayah, dia memang suka makan ketupat yang dicicah gula merah cair atau madu. Semuanya menjadikan aku rindu pada masa-masa lalu. Waktu arwah ayah masih ada, waktu kami sekeluarga berkumpul sebagai sebuah keluarga yang paling besar dengan 14 orang adik beradik dan 2 orang ibu. Semuanya sudah berlalu...meninggalkan banyak kenangan yang tersemat kukuh di sudut hati...........

Salam Lebaran....



Andai bicara terkasar bahasa,
Andai tingkah terkesan di jiwa,
Seiring takbir bergema di udara,
Ku pohon ampun di hari mulia

Salam Aidilfitri Buat Semua....
Moga Lebaran Ini Memberi Seribu Makna Buat Kita....