FOLLOWERS

Cerpen - Bukan Kerana Kebetulan


Aisya Safiya tarik-tarik cuping telinga sendiri. Dia salah dengarkah? Atau, papa yang tersalah cakap? Seraut wajah papanya dipandang tepat.
“Pa…. Sya salah dengar ke?”
No, it’s true.” Tuan Kamil senyum, menatap seraut wajah satu-satunya anak tanda kasihnya pada arwah Camelia yang sangat dia sayang. Rasanya baru semalam dia mendodoikan anak itu. Hari ini, dia lihat Aisya sudah cukup dewasa dan sudah tiba masanya untuk dia lepaskan tanggunjawab menjaga Aisya kepada lelaki yang dia boleh harapkan.
            “Paaaa... tak adakah orang lain selain dari dia?”
            “He is the best for you, sayang.”
            Oh! Aisya rasa dia ingin pengsan. Mengenali Azrul Haris sejak dibangku sekolah, sehinggalah lelaki itu melanjutkan pelajaran ke Jepun, dia tak pernah nampak apa-apa yang istimewanya pada Azrul selain dari perangai playboy dan sifat suka pentingkan diri sendiri lelaki itu. Makwenya kalau nak dikira tak cukup sepuluh jari dan kaki. Tukar perempuan macam tukar baju.
            “Esok Datok Hamdan akan hantar rombongan secara rasmi. Terus bertunang dan nikahnya sebulan kemudian.”
            “Hah?” Aisya benar-benar terkejut dengan penjelasan papanya. Kenapa tidak diberi ruang untuk mereka berdua berbincang? Dia sebenarnya dah lama tak jumpa Azrul. Rasanya kali terakhir dia jumpa lelaki itu ketika majlis kesyukuran sempena keberangkatan beliau ke Jepun enam tahun lepas. Tinggal berjiran di dalam kawsan perumahan yang sama tetapi masing-masing sibuk dengan hal sendiri.
            “Sya ada bantahan ke?”
            Bantahan? Bolehkah dia membantah?
            “Kalau Sya bantah, adakah papa akan tolak pinangan tu?” Aisya menyoal kembali. Setahunya, kalau papa sudah bercakap begitu, maknanya itu adalah ketetapan. Melainkan kalau papa bertanya pendapatnya.
            “Mereka itu keluarga baik-baik Sya.”
            Jawapan itu, sudah membuktikan kebenarannya dan sekarang dia hanya berharap yang Azrul menentang perancangan ini. Dia tidak mahu bersuamikan Azrul. Bukan hanya Azrul tetapi rasanya dia tidak layak untuk bersuamikan sesiapa pun.

***********************

            Penampilan Azrul yang smart dan kemas itu tidak pernah berubah sejak dulu. Cuma bezanya, Azrul nampak lebih matang seiring dengan usianya. Ya! dia harus akui bahawa Azrul lelaki sempurna yang memiliki segalanya, rupa dan kekayaan. Tengok saja keretanya, BMW X6.
            “Kita jumpa ni untuk apa?” Azrul membuka bicara. Pertemuan ini adalah permintaan Aisya dan dia hanya mengikut.
            “I tak rasa yang you tak tahu tentang pertunangan kita.”
            “Ya, I tahu. Kenapa? Ada apa-apa masalah ke?” selamba badak soalan Azrul buatkan Aisya terlopong.
            Dia mengharapkan Azrul membantah tetapi rupanya, Azrul juga dua kali lima. Peliknya, kenapa Azrul hanya bersetuju tanpa bantahan sedangkan antara mereka tidak pernah wujud perasaan istimewa. Lagi pun, tak mungkin Azrul tidak punya teman wanita.
            “Kenapa you setuju?” Soal Aisya.
            “Sebab rasanya pilihan mama dan papa paling bagus.” Azrul pandang Aisya atas dan bawah. Sejak mama dan papanya mencadangkan untuk meminang Aisya, dia sudah menyelidik dan mengekori gadis tersebut. Ternyata, tiada yang buruk tentang Aisya untuk dia tolak.
            “Tak ada cacat cela untuk I tolak.” Sambung Azrul bersama senyuman di bibir. Senyuman si kasanova yang mampu mencairkan hati ramai wanita tetapi tidak bagi Aisya.
            “Tak mungkin you tak ada kekasih.” Selar Asiya dengan cebikan di bibir.
            “Kalau ada pun, sekadar suka-suka tak salah kan? Yang penting, you tetap akan jadi yang sah.” Cukup bersahaja jawapan Azrul tanpa memikirkan perasaan Aisya.
Memang dia punya ramai teman wanita tetapi satu pun tidak sesuai untuk dijadikan isteri. Aisya ini pilihan mama dan papa dan dia rasa ianya pilihan yang tepat kerana keluarganya memang kenal rapat dengan keluarga Aisya. Mereka juga tinggal berjiran. Lagi pun, dia dan Aisya pernah satu sekolah. Cuma, ketika di zaman sekolah dulu, Aisya itu sangat susah untuk didekati. Garang dan sombong.
            Aisya mendengus geram. Jawapan Azrul seolah menghinanya.
            “Maknanya, I juga boleh ada teman lelaki, begitu?” soalan mencabar Aisya buatkan Azrul buntang mata.
            “Kalau sekarang you ada boyfriend, baik putuskan segera sebelum kita sah menjadi suami isteri.” Tegas Azrul sebelum bangkit dan terus berlalu pergi.
            Kan Aisya dah kata, Azrul yang dia kenal, selain dari suka bertukar perempuan, lelaki itu juga suka pentingkan diri sendiri.
Masa semakin suntuk dan Asiya perlu cari jalan lain untuk membatalkan semua ini. Jika tidak, dia tidak yakin yang Azrul mampu menerima dirinya. Azrul tidak mungkin boleh menerima dia seadanya. Itu dia cukup pasti.

********************

Aisya gelisah sendiri di dalam bilik. Azrul masih di bawah melayan sembang papa. Patutlah Papa kata Azrul is the best sebab lelaki itu memang pandai melayan orang tuanya. Mungkinkah ini bermakna, Azrul juga  pandai bermuka-muka?
            Bunyi pintu di buka dari luar buatkan Aisya berpeluh tiba-tiba. Dia bukan takut tetapi bimbang  jika Azrul tahu rahsia yang dia simpan sekian lama dan lebih membibmbangkan lagi jika Azrul tidak dapat menerimanya.
            “Azrul, you sanggup ke terima kekurangan dan kelebihan diri I?” Dia pernah tanyakan soalan itu pada Azrul sehari sebelum mereka diijab kabul.
            “I terima you seadanya.” Ringkas dan padat jawapan Azrul melalui corong telefon belum mampu menjadi sandaran untuk hati Aisya bertenang.
            “Sya...” suara Azrul yang kini sudah berada di depan matanya buatkan Aisya terkejut. Matanya membulat bagaikan ternampak hantu.
            “Hey! Kenapa ni?” Azrul layangkan tangan di depan muka Aisya.
            “You takut yer?” Azrul gelak perlahan. Dua tangannya mendarat di bahu Aisya dan memaut agar mengadap ke arahnya.
            “Muka you pucat.” Jemarinya naik membelai pipi mulus Aisya dan, jiwa lelakinya tiba-tiba bergelora. Aisya nampak sangat cantik malam ini.
            “Jangan takut sayang, I tak makan orang.” Azrul gelak lagi sekali gus cuba untuk menenangkan gelojak perasaan sendiri. Dia tidak mahu dianggapp sebagai gelojoh. Aisya itu sudah sah menjadi miliknya dan dia punya banyak lagi masa. Kalau bukan malam ini, malam esok tetap milik mereka.
            Azrul melangkah ke bilik air dan Aisya terus terduduk di katil. Gelisah dan resah, jemarinya bertaut sesama sendiri.
            Mendengar saja pintu bilik air dibuka kembali, Aisya terus bangkit berdiri secara automatik. Azrul yang perasan perilaku Aisya itu angkat kening sebagai bertanya. Langkahnya diatur ke meja solek, menyikat rambut dan menyembur sedikit pewangi. Dia rasa dirinya belum cukup wangi untuk memikat hati Aisya malam itu walau hakikatnya, Aisya kini sudah sesak nafas dengan aroma wangian Azrul.
            “Azrul...” Aisya membuka bicara.
            “Apa dia sayang?” sahut Azrul dan melangkah ke arah Aisya. Pinggang Aisya ditarik agar tubuh mereka bersatu. Suaranya dilembutkan gaya menggoda.
            Aisya telan liur. Belum apa-apa Azrul sudah menunjukkan skil kasanovanya. Dahinya sudah merenik peluh halus.
Saat ini dia nampak apa yang ada di mata Azrul dan dia harus berterus terang  agar harapan yang menggunung di dada Azrul tidak diranapkan begitu saja.
            “Azrul...I sebenarnyaa...” putus-putus suara Aisya.
            “Sebenarnya apa? Tak pandai?” Soal Azrul dengan pandangan redup. Hanya itu yang terlakar di fikirannya tetang ketakutan yang Aisya pamerkan saat itu.
Tubuh Aisya makin dipaut rapat ke tubuhnya. Kedua jemari Aisya melekat di dadanya seperti sedang menahan agar dada mereka tidak terlalu dekat.
            “Don’t worry. I’ll teach you.”  ujar Azrul dan bibirnya terus mendarat di leher Aisya.
            “I’ll start first.” ucapnya lagi dengan suara yang berubah dalam. Wangian yang terbit dari tubuh Aisya buatkan fikirannya melayang jauh naik ke awan.
            “Azrul!” Aisya tolak tubuh Azrul agar menjauh dan spontan perlakuan Azrul terhenti.
            Azrul kerut kening.
            “Ada yang tak kena ke? Atau, I terlalu mendesak?” soal Azrul.
            Aisya mengeleng.
            “I nak you tahu satu perkara sebelum kita pergi ke step yang seterusnya.”
            Azrul angkat kening tanda membenarkan Aisya meneruskan bicara.
            “I’m not a virgin anymore.” Senafas Aisya meluahkan. Terasa kebas seluruh wajahnya tatkala meluahkan sebaris ayat itu.
            Kaku. Azrul rasa masa bagai terhenti buat beberapa detik. dia pandang ke wajah Aisya yang masih berdiri tegak di depannya.
            “You tipu kan?” Azrul sangat mengharapkan yang Aisya mengatakan ya pada soalannya.
            “No, I tak tipu.” Sangkal Aisya.
            “Kenapa baru sekarang nak beritahu?” suara Azrul tanpa nada.
            “Ada beza ke you tahu sekarang dengan you tahu semalam?”
            “Yes!!” suara Azrul tiba-tiba meninggi. Dia berlalu ke arah sliding door dan keluar ke koridor. Rambut lurusnya diraut ke belakang.
            Adakah dia akan mengubah keputusan jika mengetahui tentang hal ini sebelum ijab dan kabul? Dia sendiri tiada jawapannya kerana sejak dicadangkan oleh mama, dia sudah mula sukakan Aisya.
            Aisya tarik nafas. Inilah yang paling dia takut. Sejak peristiwa pahit yang tidak pernah diketahui oleh sesiapapun itu, dia jadi trauma dan takut pada lelaki. Sehingga dewasa dia memang tidak pernah bermimpi untuk hidup berumahtangga dan bahagia bersama lelaki bergelar suami kerana dia yakin tak ada lelaki yang sanggup menerima wanita yang kekurangan sepertinya.
            Pun begitu, dia harus akur dengan permintaan papa. Dia tidak mahu papa sedih kerananya. Dia tidak punya sesiapa kecuali papa dan seboleh mungkin dia ingin mengembirakan papanya.
            “Azrul...” suara Aisya yang sudah berdiri di sebelahnya bagaikan angin lalu di telinga Azrul.
            Jemari Aisya cuba menyentuh lengan Azrul yang sedang memegang palang besi di koridor tersebut. Bagaikan terkena renjatan, Azrul menarik tangannya dan berlalu masuk ke dalam.
            Terluka, hati Aisya terguris dan berdarah dengan pelakuan Azrul itu tetapi dia masih mampu menampal luka tersebut sendiri. Yang penting sekarang ini dia harus memujuk Azrul agar tidak menghebahkan cerita ini. Jika pun Azrul tidak boleh menerimanya, dia ingin Azrul berpura-pura di depan keluarga mereka sekurang-kurangnya untuk tempoh beberapa bulan. Selepas itu, dia rela jika Azrul ingin melepaskannya.
            Masih di koridor, Aisya nampak lampu dipadamkan. Azrul bergerak ke katil dan terus baring di situ.
            Bersama nafas berat, Aisya melangkah masuk. Kakinya menuju ke katil dan tubuhnya di baringkan di sebelah Azrul yang membelakangkannya.
            “Azrul...” Aisya memanggil lagi. Mereka perlu berbincang.
            “Just sleep! I’m not in mood to talk.”
            Aisya ketap bibir. Moga bangkit esok hari, masih ada sinar untuk dia melihat Dunia yang indah ini.

**************

            Masa berlalu, Azrul tetap juga begitu. Rumah mereka hadiah pemberian Datok Hamdan di Puncak Jalil bagai hotel persinggahan buat Azrul dan Aisya hanyalah perhiasan untuk mencantikkan rumah tersebut.
            “Itu yang you mahu kan?  Berlakon di depan keluarga dan sudah terbukti....I’m a good actor in the world.” Azrul ketawa bangga.
            Ya, kalau ada anugerah pelakon hebat, Azrul layak untuk mendapat trofinya. Di depan keluarga, dialah suami paling penyayang tetapi di belakang keluarga, perempuan keliling pinggang.
            Sampai ke rumah diangkutnya perempuan pulang. Cuma yang Aisya tidak tahu, sama ada perempuan itu sampai ke bilik tidur atau tidak kerana mereka memang berasingan bilik sejak pindah ke rumah tersebut.
Terluka? Usah ditanya pada sebuah kelukaan kerana hatinya sendiri telah imune dengan semua itu. Kekadang dia tertanya diri sendiri, sampai bila dia harus dihukum begini?
Mungkin dia khilaf dan mungkin juga dia bodoh kerana terlalu percaya pada lelaki yang baru dikenali. Pun begitu, bukan dia yang mahukan semua itu terjadi. Dia diperkosa diluar sedar ketika mengikut lelaki tersebut keluar dan perkosaan itu dilakukan beramai-ramai.
Masih kukuh diingatan, malam itu dia diajak meraikan harijadi teman pada lelaki tersebut. Selepas meneguk minuman, dia seperti khayal. Dia seperti bermimpi melihat beberapa lelaki bergilir-gilir memeluk dan membuka pakaiannya satu persatu. Sedar-sedar dia sudah tidak berpakaian dan ditinggalkan di sebuah rumah kosong.  Puas dia menangis tetapi semuanya tidak dapat ditarik kembali.
Dia diamkan dan tidak mahu membuat laporan polis kerana bimbang reputasi papanya sebagai ahli perniagaan terjejas. Puas menjejak lelaki itu tetapi tidak berjaya kerana lelaki tersebut dikatakan telah berpindah sekolah. Dia kenal lelaki durjana itu  ketika mewakili sekolah dalam perlawanan Hoki antara sekolah peringkat negeri.
            Derap kaki sesorang mengembalikan Aisya dari lamunan. Siapa lagi kalau bukan Azrul. Mata bertembung dan Azrul larikan wajah. Pagi-pagi hujung minggu sudah smart bergaya, apa lagi kalau bukan keluar bertemu teman wanita.
            “I tak balik malam ni. Kalau takut, you baliklah rumah family.” Pesan Azrul tanpa memandang Aisya.
            “I ada buat sarapan. You tak nak sarapan dulu?” begitulah selalunya Aisya. Walau seburuk manapun layanan Azrul, dia tetap memainkan watak sebagai isteri.
            “I tak sentuh apa yang I tak suka dan I tak makan makanan yang tidak mampu menaikkan selera .” Azrul terus berlalu pergi dan buat kesekian kalinya, bicara Azrul bagai sebilah pedang mengguris sekeping hati Aisya. Lukanya memang  tidak nampak tetapi darah yang mengalir cukup untuk membuktikan lukanya amat dalam.
            Menitis lagi air mata Aisya. Kalau bukan kerana papa, dia memang sudah lama meminta Azrul melepaskan dirinya.
            “Azrul....I pohon pada you, tolong jangan ceraikan I sekarang. Tolonglah! Kalau you tak boleh terima I, tolong berlakon depan keluarga sekurang-kurangnya untuk tempoh enam bulan. Selepas itu, I akan cuba jelaskan pada keluarga dan you boleh lepaskan I.”
            Itulah rayuannya ketika bangkit selepas malam pertama itu. Dia sanggup merendah diri menyentuh kaki Azrul memohon simpati. Semuanya demi papa. Dia tidak sanggup melihat papa bersedih kerananya. Dia tidak sanggup papa menanggung malu kerana anak perempuannya diceeriakan suami setelah sehari menjadi isteri. Selepas tempoh enam bulan, dia boleh mencari alasan logik untuk memutuskan ikatan ini.
            Kini waktu sudah melewati empat bulan dan hanya tinggal dua bulan lagi. Tak mengapa, dia masih boleh bertahan.


******************  

            Ketukan di pintu bilik memeranjatkan Aisya. Pastinya Azrul. Apa yang dia mahu malam-malam begini sehingga mengetuk pintu bilik? Mencarinya sampai ke bilik adalah sesuatu yang amat jarang Azrul lakukan jika bukan kerana terdesak.
            “Buatkan air untuk tetamu.” Nada arahan dari Azrul setelah Aisya menguak daun pintu.
            Tetamu? Selalunya tetamu yang Azrul bawa pulang ialah perempuan-perempuan  cantik yang Aisya sendiri tidak ingat namanya yang menjadi teman Azrul saban waktu. Yang peliknya, mereka semua tahu bahawa dia adalah isteri Azrul tetapi tetap juga menggatal dan duduk bergesel.
            Azrul sudah menghilang masuk ke biliknya. Perlahan Aisya atur langkah turun ke bawah. Benaknya sedang pelik kerana sebelum ini Azrul tidak pernah membawa pulang perempuan di waktu malam. Tak tahulah jika dia sudah tidur dan Azrul mengheret ke bilik.
Melihat wanita seksi yang berskirt pendek paras pangkal paha duduk bersilang kaki di sofa ruang tamu, Aisya telan liur. Ini bukan Tania atau Reena atau bukan juga Fifi yang biasa Azrul bawa. Ini orang baru.
            Aisya hulur senyum tetapi tidak dibalas. Mungkin orang baru ini tidak tahu bahawa dia adalah Aisya Safiya, isteri kepada Azrul Haris.
            Melangkah ke dapur, hati Aisya tersayat lagi. Sabarlah wahai hati, waktu cuma tinggal sebulan lebih saja lagi.
            “Dah siap bancuh nanti bawa ke depan.” Suara Azrul yang masih bernada arahan mengejutkan Aisya yang sedang melayan lara hati sambil membancuh air.
            Ketika melangkah ke depan sambil menatang sedulang air, telefon rumah berbunyi. Azrul yang duduk menempel bersama perempuan seksi itu mengarahkan Aisya mengangkatnya.
            “Tolong buka pintu, mama dengan papa ada kat luar ni.” Suara mertuanya buatkan wajah Aisya pucat tidak berdarah.
            “Kenapa?” soal Azrul yang perasan perubahan pada wajah Aisya.
            “Mama            dan papa, ada kat luar.” ujar Aisya.
            Buat seketika mereka saling berpandangan. Aisya mahupun Azrul bagai hilang daya untuk berfikir. Keluarga mereka tidak pernah datang mengejut begini lebih-lebih lagi waktu malam.
            Hon kereta berbunyi mengejutkan mereka. Sebelum sempat Azrul menghalang, jemari Aisya sudah pun menekan butang automatik membuka pintu pagar.
            Azrul masih blur saat Aisya melangkah membuka pintu rumah. Belum sempat berfikir di mana mahu disorokkan Erica, gadis kacukan yang dibawa pulang ke rumah itu, papanya sudah meluru ke arahnya.
            Pang!!  Satu tamparan padu singgah di pipi Azrul sebelum sempat dia membuka mulut bertanya tentang tujuan kedatangan papa dan mamanya.
            “Apa semua ni Azrul?” Melengking suara Datok Hamdan.   Beberapa keping gambar bersaiz A4 yang di print dari internet di lempar ke atas meja. Sakit dadanya melihat anak lelakinya  itu sedang bercumbuan dengan seorang wanita yang dihantar ke alamat emailnya. Lebih sakit lagi bila memikirkan tentang hati Aisya yang pastinya terluka bila gambar itu tersebar.
            Aisya yang sedang berpelukan dengan ibu mertuanya pantas melangkah ke arah bapa mertuanya. Gambar yang terdampar di atas meja kopi menjadi tatapan matanya. Sesaat nafasnya jadi sesak melihat adengan tersebut.
            “Ini siapa?” Soal Datok Hamdan, merujuk kepada perempuan berambut perang yang Azrul bawa pulang.
            “Errrkkk..pa, ni kawan Sya. Boleh tak minta Pak Jamil hantar dia pulang sekejap? Tadi dia datang dengan Sya.” Aisya bijak memusing cerita sebelum sempat Azrul membuka mulut.
            Datok Hamdan nampak ragu-ragu tetapi tetap mengangguk. Pak Jamil yang dimaksudkan Aisya ialah pemandu bapa mertuanya yang sedang menunggu di luar rumah.
            “You, jom I minta Pak Jamil hantar. Sorry ya, kami ada hal keluarga sikit.” Aisya pantas menarik tangan makhluk tuhan paling seksi itu menuju ke arah pintu dan meminta Pak Jamil menghantarnya pulang.
            “Baik kau cakap dengan papa sekarang! Siapa perempuan dalam gambar tu dan kenapa kau buat semua ni?” Datok Hamdan kembali naik angin, menekan Azrul yang sedang meneliti gambar yang sudah berada tangannya.
            “Pa... Sya percaya abang tak buat semua tu. Sekarang ni teknologi canggih, gambar boleh expose. Sya percaya ada yang sedang cuba untuk menjatuhkan perniagaan kita.” Sekali lagi Aisya bertindak bijak, cuba meredakan keadaan.
            Azrul yang terkebil-kebil kerana diasak oleh papanya pantas menuntas pandang pada Aisya. Dia sebenarnya tidak tahu untuk menjawab bagaimana kerana gambar dia dan Tania yang ada di tangannya itu memang semuanya benar belaka. Dia pernah melakukan adengan itu bersama Tania di sebuah Club terkemuka di ibu kota. Dan... buat kesekian kalinya dia harus berterima kasih pada Aisya.

******************

Kepulangan keluarga mertuanya dihantar Aisya dengan genangan air mata yang bila-bila masa saja akan melimpah.
“Kenapa you buat semua tu?” Soalan Azrul mematikan langkah Aisya yang ingin memanjat anak tangga untuk ke bilik.
“Untuk bayaran balik diatas kesudian you ‘menyimpan’ I sebagai hiasan di rumah ni,” balas Aisya dan terus memanjat anak tangga.
Pintu bilik baru saja tertutup tetapi ia terus dibuka dari luar. Azrul yang sudah melangkah masuk terus mengunci pintu dari dalam.
“You buat apa ni?” Aisya sudah berdebar dalam hati.
Azrul diam tidak menjawab. Wajah Aisya di tenung lama. Kenapa dia nampak Aisya seperti jelmaan bidadari yang diturunkan ke bumi di malam hari?
“I nak hapuskan perkataan ‘hiasan’ yang you sebut tadi.” Azrul mengatur langkah menghampiri Aisya.
Semakin Azrul mendekat, Aisya berundur ke belakang sehingga kakinya tersekat di katil. Belum sempat Aisya melarikan diri, pinggangnya dipaut Azrul.
“Azrul jangan!” Aisya terjerit kecil tatkala bibir Azrul cuba menyentuh lehernya.
“I ada hak ke atas you Aisya and please..... let me do what I want to do.” Azrul makin rakus mencumbui Aisya. Dia bagai hilang kawalan fikiran. Yang ada dikepalanya, dia cuma mahukan Aisya.
“Tolonglah Azrul, I merayu. Tolong jangan buat I macam pelacur.” Air mata Fatia sudah lebat menitis keluar saat tubuhnya direbahkan Azrul ke katil.
I want you Aisya....”
Dan Aisya sudah tidak mampu berbuat apa-apa saat jemari Azrul memainkan peranannya.
Menangis dan menangis, malam itu Aisya menangis di dalam pelukan Azrul. Hangat pelukan itu tidak mampu menghangatkan tubuhnya.
Bangkit di subuh pagi, air mata Aisya mengalir lagi bersama aliran air pancuran di dalam bilik mandi.
Setelah selesai menunaikan solat subuh, Aisya terus ke dapur menyediakan sarapan. Itu adalah rutin hariannya walaupun apa yang dia masak tidak pernah disentuh Azrul.
Sedang sibuk membersihkan pinggan di sinki, terasa ada tangan melingkar di pinggangnya.
Morning.” Azrul menyapa bersama sebuah ciuman singgah di pipi Aisya. Pertama kali setelah hampir enam bulan tinggal sebumbung, Azrul mengucapkan selamat pagi padanya bersama sebuah ciuman. Hatinya jadi sebak tiba-tiba.
Belum sempat Aisya berkata apa-apa, kedengara loceng rumah berbunyi menandakan ada tetamu yang datang.
Mengelak dari matanya yang berkaca di pandang Azrul, Aisya pantas bergerak ke depan membuka pintu pagar.
Perempuan semalam muncul lagi dan Aisya sudah sesak nafas memikirkan rentetan peristiwa yang berlaku malam tadi.
Tanpa suara, Aisya atur langkah naik ke bilik, meninggalkan Azrul bersama wanita tersebut.
Seketika termenung di katil, pintu bilik diketuk dari luar.
“I keluar kejap.” Ujar Azrul yang tercegat di depan pintu bilik sebaik daun pintu dikuak Aisya.
Pertama kali juga Azrul memberitahunya ketika ingin melangkah keluar tetapi kenapa Aisya rasakan hatinya hangus terbakar?

***********

Azrul kemalangan! Itu yang diberitahu papanya ketika menjawab telefon seketika tadi. Bergegas dia berlari mencapai kunci kereta dan memandu ke hospital.
Tiba diwad, papa dan semua ahli keluarga Azrul sudah memenuhi kamar wad tersebut. Azrul baru saja sedar dari pengsan. Kakinya bersimen sebelah kiri dan tangan kirinya berbalut.
“Aisya, cakap yang benar dengan papa.” Datok Hamdan terus bersuara sebaik Aisya menyalami semua orang yang ada di situ.
“Cakap apa pa?” Aisya yang tidak tahu apa-apa terpinga-pinga bila diasak begitu.
“Perempuan semalam. Siapa sebenarnya?”
“Kenapa pa?” Aisya pandang wajah tegang bapa mertuanya dengan muka blur.
“Azrul accident dengan perempuan tu. Naik motor berdua.”
Oh! Rupanya Azrul keluar naik motor bikesnya. Aisya sendiri pun tidak pernah memboceng motor tersebut. Itu satu-satunya harta kesayangan Azrul yang dia tidak berani sentuh.
Wajah Azrul yang keruh dipandang Aisya tanpa perasaan. Saat itu, Aisya rasa dia sudah tidak punya pilihan lain selain dari berterus terang.
“Sya tak kenal perempuan tu. Abang yang bawa dia pulang ke rumah malam tadi.” Sebaik Aisya menghabiskan ayatnya, Datok Hamdan pantas meluru ke arah Azrul.
“Pa!” Aisya bertindak menghadang menggunakan tubuhnya melindungi Azrul dari tindakan bapa mertuanya.
“Tepi Sya! Papa nak Azrul mengaku sekarang.” Keras suara Datok Hamdan mengarahkan Aisya ke tepi. Sakit benar hatinya.
Malam tadi dia sudah mengesyaki sesuatu tetapi Aisya lebih bijak menyembunyikan perangai buruk Azrul. Sebenarnya sudah lama dia mendengar cerita buruk  tentang anaknya itu tetapi dia tiada bukti apatah lagi bila melihat anak menantunya nampak bahagia dan gembira.
“Pa, dengar dulu apa yang Sya nak cakap.” Aisya tidak berganjak, mendepakan tangannya menghadang bapa mertuanya dari bertindak kasar terhadap Azrul. Entah kenapa dia sanggup berbuat begitu dia sendiri tidak mengerti.
“Okey! Sya cakap sekarang, biar semua orang dengar.” Dato Hamdam memberi ruang pada menantunya.
Aisya tarik nafas panjang. Memandang wajah papanya sendiri yang tenang berdiri di hujung kaki katil.
“Sebenarnya, kami memang tak serasi hidup bersama dan kami sudah lama berbincang tentang perkara ni. Keputusannya, kami dah buat dan kami akan berpisah.”
“Aisyaaa!!!!” suara Azrul bergema di dalam bilik tersebut. Buat seketika mata mereka saling bertemu dan entah kenapa Aisya rasa dia ingin menangis di situ.
Thanks for the past six month.” Ucap Aisya perlahan. Suaranya sudah berubah serak.
            Ya! Masanya sudah cukup. Dia hanya meminta enam bulan dan dia tidak mahu lagi melanjutkan tempoh tersebut. Dia tidak mahu lagi menjadi beban pada Azrul.
            Aisya lihat papanya berpusing dan mengatur langkah perlahan keluar dari wad tersebut.
            “Sya, tolong tarik balik apa yang you cakap tu. Kita tak pernah berbincang tentang perkara ni kan?” Azrul bersuara. Turun naik dadanya menahan rasa.
            Aisya mengeleng. Dia mengatur langkah perlahan menyusul papanya manakala yang lain hanya mampu memandang dengan pandangan berkaca.

*****************

Aisya menangis dan menangis di sisi katil hospital. Walau papanya telah selamat, dia seperti tidak mampu memaafkan diri sendiri.
“Sya... jangan menangis sayang. Papa masih belum mati.”
“Pa!!” Aisya terjerit kecil apabila melihat papanya telah sedar. Sungguh, dia hampir putus nyawa tatkala melihat papanya terbaring dan dikerumuni orang ramai di luar pintu wad yang menempatkan Azrul.
Kejutan yang diterima membuatkan papanya terkena serangan jantung dan terpaksa menjalani pintasan jantung di IJN.
“Pa, Sya minta ampun....”
“Syyyy... Sya tak salah apa-apa.” Tuan Kamil cepat memintas.
“Mungkin papa yang silap mendesak anak papa.” Kepala Aisya diusap perlahan.
Sungguh! Dia sangat sayangkan Aisya. Dulu, dia rasa Azrul adalah pilihan terbaik untuk anaknya tetapi melihat ke mata Aisya hari ini, dia tahu anaknya itu lebih banyak sengsara dari bahagia.
“Papa tak bersalah. Mungkin kami yang tak ada jodoh,” ujar Aisya. Lengan tua papanya dipicit perlahan.
“Azrul macamana?”
Aisya ngeleng kepala. Sejak hari itu, dia tak sempat melawat Azrul. Siang malam dia bertapa di IJN menunggu papanya. Kedua mertuanya  ada juga datang melawat beberapa kali tetapi dia lupa untuk bertanya khabar.
“Pergilah tengok Azrul. Apa sekalipun, dia masih suami Sya sebelum disahkan oleh mahkamah.”
Aisya angguk kepala. Cukuplah dia membuatkan papanya jadi begini. Dia tidak mahu papa risau tentang dirinya. Itu janjinya pada diri sendiri.


*********************


Melihat Azrul yang terbaring lemah di sofa, dada Aisya jadi beralun. Kata ibu mertuanya, selepas keluar wad, Azrul tinggal di rumah keluarganya. Hanya petang semalam Azrul meminta Pak Mail menghantar pulang ke rumah mereka.
Dahi Azrul di sentuh perlahan setelah melihat lelaki itu seakan meracau. Panas! Azrul demam?
“Azrul! Bangun, you demam ni.” Bahu Azrul digoncang perlahan.
Mata Azrul terbuka sedikit.
“Sya...” Azrul senyum.
“You dah balik Sya?” Tangan Azrul bergerak memaut lengan Asiya yang sedang berdiri di depan sofa.
“Bangun! You demam ni. Mari I hantar ke klinik.” Mendatar suara Aisya.
Azrul bangkit tetapi kepalanya mengeleng beberapa kali.
“I tak nak pergi klinik. I nak makan. You tolong masakkan bubur untuk I ya?” Azrul seperti merengek, bagai anak kecil meminta sesuatu.
Aisya kaku. Buang tabiatkah Azrul? Selama ini mana pernah Azrul makan masakannya apatah lagi untuk meminta dia memasak.
Pun begitu, dia mengganguk jua sebelum melangkah ke dapur mencari bahan untuk memasak. Soal letih ditolak ke tepi. Entah kenapa, dengan Azrul dia jadi sangat lembut hati.
Sementara menunggu bubur masak, Aisya naik ke bilik untuk mandi dan menukar pakaian. Melihat katil, dia rasa ingin saja merebahkan badan tetapi memikirkan Azrul yang sakit, dia melangkah jua turun ke bawah.
“Azrul, bangun!” sekali lagi Aisya kejut Azrul yang kembali tidur. Bubur yang masih berasap di letak ke atas meja kopi depan sofa.
“Tu, bubur dah masak. Makanlah. Nanti makan ubat.” Masih mendatar Aisya memberi arahan.
“Tolong suapkan, boleh?” sekali lagi Azrul bagai anak kecil merengek minta disuapkan.
Separuh dari hati Aisya menghasut untuk menolak tetapi separuh dari hatinya yang belas ingin memenuhi permintaan Azrul. Sudahnya, dia mengangguk lemah.


**************** 

“Azrul, I nak sambung belajar.” Akhirnya Aisya meluahkan apa yang telah dirancang. Surat jawapan permohonanya untuk menyambung pengajian telah diterima dan dia berjaya menempatkan diri.
“Ke mana?” soal Azrul.
“Luar negara?”
“Negara mana?”
“Sebelum I pergi, kita selesaikan hal kita dulu.” Aisya tidak menjawab soalan Azrul.
“Hal apa?”
“Berpisah.” Hanya sepatah perkataan yang keluar dari bibir Aisya tetapi sudah cukup untuk mengehntikan degupan jantung Azrul. Sangkanya, Aisya sudah melupakan tentang perkara itu kerana beberapa hari ini hubungan mereka baik-baik saja. Aisya melayan makan dan minumnya dengan baik sekali sehingga dia rasa sudah benar-benar sihat. Namun, sangkaannya tersasar jauh.
“Kenapa harus berpisah Sya?”
“Masanya enam bulan yang I minta tu dah lebih. Kalau kita berpisah, you  bebas memilih siapa saja pilihan hati  you.”
“Sya...”
“Cuma itu yang I nak cakap.” Aisya pintas bicara Azrul.
“Sya....boleh tak kalau kita tak payah berpisah? I izinkan you sambung belajar.” Azrul cuba tawar menawar. Dadanya seakan ingin pecah memikirkan tentang kata perpisahan yang dipinta Aisya. Kenapa? Sebab dia sudah mula menyayangi Aisya.
Dulu, dia tidak pernah merasai semua ini. Tapi saat ini,  selepas kejadian malam itu, degup jantungnya seakan selari dengan rentah jantung Aisya dan dia tidak mahu kehilangan rentak itu.
“Kenapa perlu siksa diri sendiri? I cuba nak hilangkan beban you.”
“Beban?” Azrul kerut kening.
“Ya! Beban. Kan you pernah cakap I ni macam satu beban buat you.”
Azrul mati kata. Ya Rabbi! Dia pernah berkata begitukah?
            “I’m really sorry for everything I had done,” ucap Azrul perlahan. Sesalnya menggunung.
Dan mata Aisya terus berkaca.

*************

            Lapan bulan masa yang cukup panjang menjadi seorang perantau tetapi ianya belum mampu untuk melupakan Aisya pada sejarah silam yang sangat menguji kesabarannya. Jika ditanya tentang rindu, banyak yang boleh dihuraikan tentang rasa itu di hatinya.
Pelik tetapi benar, yang dia kata sangat benci itulah sebenarnya yang dia rindu. Dia sendiri tidak tahu apa sebenar definasi rindu tetapi yang dia tahu, dia selalu ingatkan Azrul.  Entah apa yang dia ingat sebenarnya tetapi yang pasti semuanya tentang Azrul terakam kemas dalam memorinya. Bicara Azrul yang sentiasa tajam, wajah Azrul yang sentiasa masam dan tingkah Azrul yang sentiasa menyakitkan semuanya dia ingat.
Paling dia ingat tentulah rengekan Azrul yang meminta macam-macam darinya setelah pulang dari hospital. Baru dia tahu, dalam keras Azrul, dia rupanya sangat manja bila sakit. Spontan bibir Aisya mengukir senyuman saat gelagat manja Azrul terlayar di ingatan.
Tanpa Asiya sedar, tingkahnya diperhatikan dari jauh. Sepasang mata yang sangat merinduinya sedang mencuri pandang dari celahan pokok di taman tempat dia merehatkan minda.
Azrul tarik nafas yang terasa sesak tiba-tiba.
Sya, I miss you...a lot.” Hati Azrul berbisik perlahan.
Lama dia mencari sehingga sanggup berkali-kali merendah diri mengadap bapa mertuanya untuk bertanyakan tentang Aisya tetapi jawapannya tetap sama,  Aisya tidak mahu sesiapa pun tahu di mana lokasinya berada.
Berkali-kali dia menghalang tetapi Aisya tetap jua pergi. Malah bukan hanya dia tetapi seluruh keluarganya juga turut memujuk tetapi Aisya seakan sudah bulat hatinya.
Menyesal? Rasanya sudah terlambat untuk dia sesali apa yang pernah dia lakukan dan dia percaya luka yang dia guris di hati Aisya bukan sedikit calarnya.
Pun begitu, dia tidak mudah berputus asa sehingga akhirnya berjaya menjejak lokasi Aisya dan tanpa lengah dia terus terbang ke Seoul, Korea. Dari lapangan terbang, dia bergegas ke Seoul University dan apa yang dicari ditemui jua. Sungguh! Dia sangat-sangat rindukan wanita itu. Walau masa baiknya bersama Aisya cukup singkat, ia sangat memberi kesan ke hatinya.
            Aisya bangkit dari duduk. Sudah tiba masanya untuk dia pulang. Sehabis kelas tadi dia duduk merehatkan minda di taman yang indah itu.
            Pun begitu, kakinya bagai dipaku ke bumi saat matanya menatap seraut wajah yang sangat dia kenali. Tidak percaya tetapi itulah kenyataannya. Azrul sedang berdiri tegak di depannya.
“A...Azrul?”
Azrul angguk kepala. Matanya sudah bergenang air jernih. Pedih hatinya menanggung rindu tetapi adakah secalit rindu di hati Asiya untuk dirinya?
“Sya...” kedua jemari Aisya di paut.
“Sya sihat, sayang?”
Aisya tahan nafas. Mulutnya terus terkunci. Buat pertama kali, Azrul memanggilnya sayang selepas malam pertama perkahwinan mereka dan dia sudah tidak tahu bagaimana untuk menjawab soalan yang cukup mudah itu. Sudahnya , dia hanya menganggukkan kepala.
“You?”
Tanpa menjawab soalan Aisya, Azrul terus membawa isterinya ke dalam pelukan. Tubuh kecil molek itu didakap erat. Ubun-ubun milik Aisya dikucup berkali-kali. Tuhan, tolong ajarkan dia bagaimana untuk mengikat Hati Aisya kemas ke hatinya sebagaimana dia memeluk tubuh Aisya saat ini.
“Macamana you ada kat sini?” soal Aisya, cuba meleraikan pelukan Azrul. Tiba-tiba dia rasa seperti jatuh ke dasar lautan dan lemas di situ.
“I cari you, Sya.” Jemari Aisya disulam kemas.
“Kenapa?”
“Kenapa apa? Tak boleh ke suami cari isteri sendiri?”
Aisya mengeleng.
“Bila you sampai?” topik bicara diubah pantas. Sebut tentang suami isteri, Aisya rasa kurang selesa.
Just arrive. Terus datang sini.”
“You dah makan?”
Azrul mengeleng. Aisya tidak pernah berubah. Bila bertemu, makan dulu yang ditanya. Walau ketika itu dia tidak pernah melayan soalan Aisya tetapi setiap waktu dia pulang ke rumah, Aisya akan bertanyakan soalan yang sama, ‘sudah makan atau belum?’
“Nak makan dengan Sya boleh?”
            Aisya kerling jam di tangan. Sudah tengahari, dia juga belum makan. Lantas kepalanya diangguk perlahan.
            “Jom!” Aisya mendahului langkah.
“You tinggal kat mana?”
“Belum fikir lagi.”
Senyap. Langkah mereka sudah seiring.
“Kalau nak tidur rumah Sya boleh?” soal Azrul tiba-tiba.
Aisya panggung kepala. Sesaat mata mereka bertemu. Bolehkah dia berkata tidak sedang mereka masih suami isteri? Sebelum sempat akal menjawab, kepala Aisya sdauh terngguk perlahan.


****************** 

Azrul resah di pembaringan. Badannya terasa tidak selesa. Yalah! Dia mana pernah tidur di sofa.
Namun, demi Aisya dia sanggup lakukan apa saya. Contohnya, saat ini dia sedang tidur si sofa keras ruang tamu rumah sewaan Aisya yang dikongsi bersama lima pelajar berlainan negara.
Sedang melayan resah, tiba-tiba dia ternampak bayangan Aisya perlahan melangkah menghampirinya. Cepat-cepat dia pejam mata, pura-pura tidur.
Aisya duduk melutut di depan sofa. Wajah Azrul dipandang lama. Sesaat nafasnya ditarik panjang dan ditahan lama.
“Ya Allah! Kalau lelaki ini yang telah KAU tulis sebagai jodohku,  KAU bukakanlah hatiku untuk menerima dia dan KAU bukakanlah hatinya untuk menerima aku seadanya.”
“Ya Allah! Seandainya takdirmu sudah tertulis aku harus hidup selamanya bersama lelaki ini, KAU perliharalah ikatan kami dari Syaitan yang direjam dan KAU berkatilah hidup kami dengan limpah kuniaanMU.” Aisya tersedu dalam doa yang dipanjat pada Ilahi. Dia tidak mengharapkan apa-apa, cukuplah calar dihatinya dibalut dan dijaga rapi.
Azrul yang mendengar doa Aisya itu sudah hampir pecah dadanya menahan sebak. Sungguh... dia bagai ingin menghukum diri sendiri.
Lama Aisya di situ sebelum bangkit untuk beredar masuk ke bilik. Namun, baru saja berpusing, tangannya terasa disambar Azrul.
Belum sempat dia berbuat apa-apa, tubuhnya sudah ditarik Azrul ke dalam pelukannya.
Sya..I’m sorry...Please forgive me, Sya....”
“Azrul?” Aisya tergamam.
“Please let me hold you for the rest of my life, Sya.” Azrul makin mengemaskan pelukannya. Buat pertama kali, air mata lelakinya gugur di bahu Aisya.
Kaku! Azrul menangis? Aisya bagai tidak percaya kerana Ego Azrul terlalu tinggi, setinggi Banjaran Everest. 
Pelukan dileraikan, kedua pipi Aisya dipegang kemas. Bibir Azrul melekat di dahi Aisya, lama sebelum beralih ke kedua pipi dan kemudiannya  berakhir di bibir.
Melepas rindu. Dari ruang tamu sehingga berakhir di bilik tidur Aisya dan kali ini, Aisya merelakan. Biliknya tidaklah sebesar mana dengan hanya sebuah katil bujang tetapi berada di dalam pelukan Azrul, Aisya rasa seperti berada di taman bunga yang luas.
“Sayang....”Azrul bersuara perlahan. Aisya yang masih di dalam dakapannya, dipaut rapat. Hangat tubuh Aisya buat dia rasa sangat selesa.
“Mmmmm....” Mata Aisya yang baru ingin tertutup kembali terbuka. Rasanya sekejap lagi azan subuh akan kedengaran tetapi Azrul masih tidak mahu membenarkan dia tidur.
I love you.” Bisik Azrul lagi entah untuk kali ke berapa malam itu.
“Mmmmm....” hanya itu yang keluar dari bibir Aisya. Dia senyum bahagia.
I want more than ‘mmmm’.... sayang.”
Aisya gelak perlahan. Pelukannya ke tubuh Azrul dieratkan. Dua jasad bagai bersatu menjadi satu. Bagi Aisya, cinta tak perlu diucapkan dengan kata-kata. Cukup dengan dengan perlakuan yang ditunjukkan.
“Azrul...” Aisya pula bersuara.
“Ya, sayang.” Jemari Aisya ditarik dan disulam bersama jemarinya.
Can you promise me?” soal Aisya.
“Apa?” dada Azrul tiba-tiba jadi berdebar. Bimbang jika Aisya minta yang bukan-bukan. Pengalaman menjadikan dia trauma apabila disebut perkataan berpisah.
“You takkan ungkit tentang kekurangan I.”
Azrul tarik nafas lega. Sebenarnya, dia memang sudah lupa tentang itu. Berada dekat dengan Aisya, hatinya hanya tahu erti bahagia.
“I’m promise.” Azrul angkat tangan gaya mengangkat sumpah.
I love you.” Bisiknya dekat ke telinga Aisya.
“Azrul...”
“Mmmmm...”
“Thanks” Aisya kucup lengan Azrul yang masih memeluknya.
“For what?”
“For everything.”
Pelukan makin dieratkan. Masing-masing hanyut dalam perasaan bahagia. Tuhan, jika ini mimpi, biarkan kami terus terlena.
“Aisya....”
“Mmmm...”
“Thanks for being my wife.”
Aisya pusing mengadap Azrul. Wajah kacak Azrul di tatap penuh kasih dalam samar cahaya bulan yang mencuri masuk ke biliknya.
“Hujung minggu ni kita ke Pulau Jeju nak?” soal Azrul. Tiba-tiba dia rasa ingin membawa Aisya honeymoon ke pulang yang indah itu. Alang-alang sudah berada di korea, baiklah mereka ke sana.
Sebagai jawapan, pipi Azrul dicium berkali-kali. Dia memang teringin ke pulau tersebut tetapi masih belum punya kesempatan. Peluang yang datang bergolek ini dia rasa sangat indah sekali.
Kadangkala hidup tidak seperti apa yang kita inginkan tetapi tidak sepertinya kita tidak boleh mencipta bahagia. Hati kita, hanya kita yang boleh mengajarnya.