Pemandangan di petang Ahad(27 July 08) - Laluan di depan Booth Alaf21
Sempat bergambar kenangan bersama Murni Aqila(Sebutlah Namaku)
Belakang dari kiri : Pokcik(Mersik),Lis,Mala,Fira
Terselit kat tepi tiang tengah berpeluk tubuh sebelah kiri tu, Ziana.
Dua hari di Pesta Buku PKNS, pengalaman yang cukup menyeronokkan. Hari sabtu, pengunjung kurang sikit tapi hari Ahad memang ramai. Kalau kat Astro Awani, 10 minit rasa macam 10 jam, kat situ pulak, 2 hari rasa macam 2 jam apatah lagi bila ada Pokcik yang tak habis-habis menemuramah aku..hehehe..(jangan marah Pokcik)
Berkenalan dengan penulis Aida Adriani dan Murni Aqila serta beberapa kakitangan Alaf21 yang ramah mesra tu, rasa macam cepat benar masa berlalu. Selain itu, sempat juga aku mencuri masa menjengah booth JS dan beramah mesra dengan Kak Su(Noor Suraya), berkenalan dengan Naz(penulis Lily Buat Najah),aku dah baca buku tu..huhuhu..sedeh.... Di situ juga berkesempatan beramah mesra dengan Syud(penulis Tentang Dya) yang memang aku dah kenal dan pernah jumpa. Bukunya pun aku dah baca..mmm....bestttt!. p/s : Syud, Dya tu nama heroin saya utk next....huhuhu... xleh tukar sebab dah siap, tinggal nak edit aje.
Selain itu aku sempat juga singgah sekejap di booth Buku Prima, bersembang dengan Kak Ila(Ramlah Rashid) yang memang aku dah kenal dan bercerita tentang buku terbarunya Aku Cinta Kyra...huhuhu..., nangis dua tiga kali baca buku tu. Hari tu aku angkut semua koleksi buku dia minta signature..hehehe..sembunyi2.
Apa pun, kisah di Pesta Buku tu sangat menguja perasaan. Terima kasih yang tak terhingga buat Alaf21 kerana memberi aku peluang sebegini manis yang tidak pernah aku mimpikan sebelum ini. Benarlah kata orang, melakukan sesuatu yang kita minat adalah perkara yang paling seronok dalam hidup dan begitulah yang aku rasa waktu itu....
4 comments:
Teruskan menulis.
Abang Long...tak sempat kita nak bergambar, kalau tak blh tempek kat sini...
hai hani, julung kalinya kak ila singgah di sini. sedang merayau2, tup2 terjengah ke sini. kak ila akan link kan blog adik di blog akak, ya? tak bagi pun kak ila akan buat juga... hehehe
Kak Ila, hehehe....kita dah lama linkkan blog dia. Tak apa erk?
Post a Comment