FOLLOWERS

Cerita Hujung Minggu

Sabtu, aku dan hubby ke sekolah anak-anak untuk ambil 'report card'. Apa yang buatkan aku tersenyum apabila bersembang dengan cikgu kelas, selain dari bercerita tentang prestasi mereka, ada juga terselit komen tentang novel..hahahaha..
Al-kisahnya pada hari guru yang lepas, anak-anakku beria-ia meminta novel MB untuk dihadiahkan kepada guru mereka. Nak tahu apa yang cikgu tu cakap?
"Saya menangis berkali-kali baca novel tu sampai suami perli saya...baca novel pun boleh nangis.."
"Tapi saya ada cakap dengan Faiz bila dia dapat B dalam subjek BM...'maknya pandai menulis sampai boleh buat novel tapi anaknya, buat karangan ayat tergantung-gantung'...ish! saya bimbang takut dia turun kelas...sayang sebab duduk kelas budak-budak pandai dan bercampur dengan mereka banyak kelebihannya."
Aduhhh.... aku turut bimbang bila dengar cikgu bagi komen begitu. Dua-dua anakku memang lemah dalam BM. Rasanya dah sehabis daya aku berusaha, hantar tuisyen dan ambil personal tutor tapi ternyata bakat tidak semestinya diwarisi....

Petangnya pula, kami ke Mines Wonderland menonton Transformer. Dah lama janji dengan anak-anak dan tiket pun hubby dah beli 2hari lepas.
Mulanya mengantuk juga sampai aku hampir terlelap tapi dah tengah cerita tu baru teruja. Kesimpulannya cerita tu memang best laaa...




Ahad pula aku saja menyibuk ke pesta buku Alaf. Sempat juga beli beberapa buah buku termasuklah buku si cilik Damya Hana - Ilham Hati. Dan sempat jugalah lepak dan bersembang dengan Kak Eka dan Pokcik Mersik.....

Salah satu buku yang aku beli


Sempat bergambar kenangan bersama Kak Eka

Puisi Buat Ardyana.....

Wajahmu lembut menyapa
Mengepung rasa mengurung jiwa
Hatimu.....
Keras bak kerikil jalanan
Hatiku....
Terasa sakit diguris ketajamannya
Lantas.......
Kesakitan yang terasa
Kulepaskan kata nista
Pun begitu....
Hati ini tidak pernah tahu
Bagaimana untuk membencimu
Jua tidak pernah mampu
Untuk berhenti menyintaimu
Pun tidak pernah bisa
Menghapus lukisan wajahmu
Senyummu....
Sering ada di setiap ruang udara
Namamu.....
Terbisik di setiap nafas yang kusedut
Rindu ini....
Hanya tersimpan untukmu
Cinta ini.....
Tercipta hanya untukmu


Kenapa Ardyana?
Sebab itu nama heroin dalam novel keduaku yang bakal terbit nanti.

Nak tahu dari siapa puisi ini?
Kenalah baca sendiri kisahnya nanti.

Award Lagi...

Dapat Award dari Bikash

:15:

Terima kasih kerena sudi memberi

:19:
Tapi...aku malas nak bagi nama untuk penerima seterusnya.
Sesiapa yang rasa dia nak..ambil aje...





Emosi

Tiba-tiba aku rasa macam nak nangis.
:13:
Tension dengan apa yang sedang dan akan berlaku untuk hari-hari seterusnya.
:09:
Tension dengan orang sekeliling yang tiba-tiba buat aku berjauh hati.
:40:
Tension dengan semuanya.....

Kadang-kadang aku terfikir sendiri...adakah aku ni terlalu lembut hati? Mudah simpati dan mudah menghulurkan bantuan sedang orang tidak pernah pun menghargainya? Hanya Tuhan yang tahu apa yang ada di hatiku dan biarlah Takdir yang jadi penentu.

Kalaulah hati ini seperti sejalur pelangi, biarlah warna-warnanya terus kekal mencantikkan pemandangan.

Semalam dan Hari Ini

Semalam, bangun pagi aku dengan rajinnya menyiram pokok2 bunga yang dah hampir kekeringan:23:. Pagi buta aku ajak hubby pergi Mines Shopping Fair jalan-jalan berdua :01:sebab anak-anak ke sekolah. Tujuan sebenarnya nak beli mini laptop yang dah lama aku idamkan :23:.

Hari ni hari jadi hubby. Jahatnya aku, pagi-pagi aku tak wish dia happy birtday tapi aku cakap "Hari ni birthday awak...dah kira tua satu tahun..hahahaha". Dah tengahari baru aku hantar sms happy birtday kat dia.
HAPPY BIR
THDAY HUBBY. :30:


Hari ni juga aku telah berjaya melakukan sesuatu yang telah sekian lama aku mencubanya:05: . Akhirnya, dengan menggunakan laptop baru, aku telah berjaya men'download' dan mencedok emoticon untuk N3....:31:.
Terima kasih buat adik yang bernama Katrina kerana mengajar kakak yang tak berapa pandai ni..hehehe.... dan terima kasih juga buat Cik Amoi RojakStory di mana aku telah mencedok emoticon ni....

Sambungan ESQ..

Sebagaimana yang aku janjikan, aku ingin berkongsi pengalaman sepanjang 3 hari menghadiri Training ESQ...
Ada sesuatu yang terus masuk ke hatiku dan melekat di situ sehingga ke hari ini....

1. Sanggupkah 'di sana' nanti kita melihat anak-anak kita dihumban ke neraka dan mendengar mereka berkata "Ya Allah! itulah kedua ibu bapaku yang tidak pernah mengajar aku tentang agamamu...humbankan juga mereka ke nerakamu."

2. Seandainya kamu tidak dapat melihat kebesaran Alla s.w.t yang menjadikan alam maya ini, bukan matamu yang buta tetapi yang buta itu adalah hati yang ada di dadamu.

"Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya dengan melihat kesan-kesan yang tersebut mereka menjadi orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami dan mempunyai telinga yang dengan itu mereka mendengar? Sesungguhnya bukanlah mata yang buta, tetapi yang buta itu adalah mata hati yang ada di dalam dadamu"
~Surah Al Hajj 22 : 46


3. Undang-undang tidak pernah menyelesaikan masalah sebaliknya integriti di dalam diri manusia itu sendiri yang memainkan peranan. Apa yang penting, bagaimana untuk mendidik diri kita agar sentiasa melakukan yang betul berteraskan agama dan peraturannya.


4. Kita ini bukan siapa-siapa di sisinya..hanya setitik debu yang tidak bermakna. Jadi, kenapa kita harus sombong dan bongkak? Tidak ingin sujud dan tunduk kepadaNya sedang seluruh alam semuanya bertawaf sujud kepadaNya.
Bersambung.....

Perjumpaan Penulis

Perjumpaan Penulis yang di adakan di D'Palma Shah Alam pada 13 June 2009 cukup meriah dengan kehadiran hampir kesemua penulis Alaf21.

Bergambar kenangan bersama kak Eka, Kak Meen, Lily Suriani dan Kak Aida.


Dari kiri : Bikash, Shanika, aku, Sarnia, Hezzy, Intan, Rania dan Aleya

Ni geng yang sebengkel masa kursus novelis di D'Tekma UITM Shah Alam

Sebelah kiri aku tu Azhan, yg belakang baju merah tu Murad Arshad, Kak Meen dan kanan sekali tu Fadli Alkiti. Yang baju putih tu terkecuali...hehehe... sape tak kenal kakakku yang sorang tu, Sarnia Yasmin yang bukunya tengah meletop sekarang ni.


Ni bergambar kenangan bersama Kak Meen dan Fatin Nabila, adikku yang selamba tu..


Bergambar kenangan dengan otai-otai alaf21. Dari kiri : Awien(Editor), Faizal(yang designed kulit buku aku) kak lily, Ayu Emelda, Kak Ruby(Editor), Murni Aqila, dan Rose Harissa.

Ni pula bergambar kenangan dengan otai atau penulis idolaku, kak Anis dan di sebelah kiri tu, Fatin Nabila (yang selalu selamba bila bercakap)

Kenangan di PICC - ESQ Angkatan 34

Dari kiri : Hezzy Azra, Kak Eka Fahara, Lily Suriani, aku dan Kak Meen Zulaikha.

Dari kiri : Aku, Kak Meen, Kak Eka, Kak Haiza Najwa, Bos Alaf(Encik Nordin), Bonda(Iliani Maysara), Hezzy Azra dan yang terbongkok tu Lily Suriani.

Inilah geng kami yang selalu kecoh tak kira tempat...dari kiri : Bonda, Kak Meen, Kak Eka, aku, Lily dan Hezzy...Kak Haiza tercicir entah ke mana.



Pengalaman selama 3 hari di PICC cukup manis untuk dilupakan begitu saja. Jujur dari hati, jika diminta untuk pergi dengan duit poket sendiri, rasanya tidak mungkin kerana kosnya mencecah ribuan ringgit tetapi Karangkraf dan Alaf21 telah membuka jalan mudah untuk aku...terima kasih yang tak terhingga buat mereka yang terlibat.

Tiga hari di dalam dewan itu, tiga hari aku menangis. Rasanya, sudah terlalu lama aku tidak menangis begitu, sebuah tangisan dari hati yang amat dalam. Banyak yang aku belajar dan aku ingin berkongsi segalanya dengan semua orang.

* Bagaimana untuk mendidik diri kita agar sentiasa melakukan yang betul(jujur)?

Bersambung...

Demi Matahari...

Demi matahari
Dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila ia mengiringi
Demi malam
Apabila ia menutupi
Demi langit beserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada di hamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya

Demi matahari
Dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila ia mengiringi
Demi malam
Apabila ia menutupi
Demi langit beserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada di hamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya

Allah..Subhanallah
Allah...Subhanallah

Allah mengilhamkan
Sukma kefasikan dan ketakwaan
Beruntung bagi yang mensucikannya
Merugi bagi yang mengotorinya

Allah mengilhamkan
Sukma kefasikan dan ketakwaan
Beruntung bagi yang mensucikannya
Merugi bagi yang mengotorinya

Subhanallah....

Hanya yang pernah mendengarnya yang tahu betapa indah irama lagu di atas dan...aku suka semuanya pada lagu tersebut..terasa damai apabila mendengarnya....

Terima kasih semua...
Terima kasih di atas segalanya...






Seminar Terbesar ESQ 2009..




...dan aku merupakan salah seorang dari 1,000 peserta tersebut. Terima kasih Karangkraf, terima kasih Alaf21 kerana memberi aku peluang untuk duduk di tengah-tengah dewan PICC tersebut. Rasa bertuah yang hadir di hatiku tidak mampu aku ucapkan dengan kata-kata walau sejuta ayat aku susun untuk menggambarkannya... hanya Tuhan yang mampu membalasnya...

Pertemuan Yang Manis


Semalam, buat pertama kalinya aku bertemu Katrina Anis. Untuk pengetahuan semua, Katrina Anis itu memang benar-benar wujud termasuklah Razak Ashraf dan kisah yang aku garapkan tentang mereka adalah sebuah kisah yang benar-benar berlaku.

Selama 'bertemunya' di alam maya, dia sangat mesra dan manja. Sifatnya itu ditambah pula dengan otak yang sedikit 'gila-gila' macam aku jugak yang membuatkan kami 'ngam' bersama dalam masa yang cukup singkat.

Sepanjang pertemuan di alam sebenar, aku cuba halusi karektornya. Dia hanya nampak biasa-biasa untuk sesiapa yang tidak betul-betul mengenalinya tetapi, dia sebenarnya punya daya penarik yang tersendiri. Bak kata Razak Ashraf,"Apa yang orang lain tak nampak pada dia, itulah yang saya nampak. dia memikat dalam kategorinya yang tersendiri, sifat kewanitaannya, kelembutannya, cara dia bercakap, manja tetapi tegas."

Mmmmm...betul cakap Razak Ashraf kerana itulah juga yang aku nampak yang ada pada dia. Kerana kelembutan itu adalah kecantikan abtrak yang tiada batasan, maka dia kelihatan cantik dengan kelembutan itu. Dia memang pandai mengambil hati dan pandai memujuk tetapi apabila merajuk, keras kepalanya sukar untuk dilembutkan....