Semenjak Mengukir Bahagia (MB) berada di pasaran, ramai yang bagi pendapat, kalau Tasya tu dipadankan dengan Haris mesti lagi best. Huhuhu... aku pun tak pernah terfikir begitu. Jahat sangat ke Zahim tu? Tapi, tak semua manusia yang jahat itu akan kekal jahat dan tidak semua manusia yang baik itu akan kekal baik. Itu salah satu mesejnya...
Ada juga yang tanya bila nak buat sambungan. Hah! aku tak tahu nak jawab apa sebab masa mula-mula buat cerita tu lebih 5 tahun yang lepas, tak pernah terfikir untuk menyambungnya.
Semalam, ada lagi yang tanya tentang itu sebab dia cakap rasa macam cerita tu pendek sangat dan tak puas baca. Kalau sambung dan masukkan banyak lagi konflik, buat mereka berpisah dan Tasha kembali pada Haris, mesti best. Hish! kejam aje bunyinya. Rasanya aku tak sanggup nak buat.
Tapi..tak kurang juga yang tak puas hati dengan watak Nadia. Kata mereka, watak tu tak logik sebab orang yang bijak pandai dan berjaya dalam kerjaya takkan tak boleh handle masalah keluarga sendiri. Mmmm...mungkin itu pandangan masing-masing. Tapi persoalannya, adakah semua bijak pandai dan orang yang berjaya dalam kerjaya semuanya mampu menanggani masalah peribadi dengan cemerlang? Jawapan aku ialah tidak. Contohnya tidak perlulah aku berikan di sini tetapi cuba buka mata, tepuk dada dan tanyalah hati sendiri.
Apa pun, aku berharap agar MB mampu diterima baik oleh pembaca kerana aku menulis juga adalah untuk tujuan kebaikan.....
4 comments:
tahniah dik. dah mula dkenali & menerima komen membena dari pembaca. kak ila sudah membelinya tetapi belum sempat baca. bz benar kebelakangan ni. baru belek muka depan & belakang. ttpi kakak & kawan kak ila sudah melayarinya. mereka mengucap tahniah jg.
Kak Ila...
Terima kasih Kak Ila. Rasa mcm tak caya penulis dikenali ramai seperti Kak Ila tergerak hati utk beli buku saya. Apa pun, mengenalimu dan berkongsi kegemaran yang sama adalah sesuatu yg paling bermakna dlm hidup ini. Moga ukhuwah yg terjalin akan kekal selamanya dan memberi manfaat buat kita....
best noval tu ..x boring x rugi ambik masa baca heheh ...tahniah
Post a Comment