FOLLOWERS

'Masjid Besi'...edisi kedua..

Semalam aku pergi lagi ke 'Masjid Besi'. Kali ni aku bawa mak dan ayahku sekali, bersolat isyak di sana. Kebetulannya mereka berdua baru datang dari kampung.

Kali ni aku sempat merakamkan keindahan Kiblat Walk - Laluan mengadap kiblat yang memisahkan ruang solat utama dan ruang kolam yang seumpama istana Al-Hambra. Kolam itulah yang berfungsi menyejukkan udara yang bertiup dari luar.

Lihatlah keindahannya.


Berdiri di tengah-tengah Kiblat Walk yang disinari cahaya lampu yang cukup indah.


Bersama mak aku di ruang Kiblat Walk. Di sebelah kiri itulah kolam yang mengelilingi ruang solat utama

Lihatlah pemandangan di waktu malam dari Kiblat Walk

Sempat merakamkan kenangan kedua orang tuaku bersama dua anakku di tengah-tengah ruang solat utama. Kelihatan di belakang sana warna-warna keemasan ukiran kaligrafi ayat-ayat suci Al-Quran pada cermin yang mempunyai ciri istimewa, tidak memantulkan sebaran pancaran cahaya.



Masjid Sultan Al-Mizan...Indahnya Rumah Tuhan

Semalam aku rasa malas nak masak. kelipSebenarnya, bukan semalam aje tapi dah beberapa hari dapur aku tu sejuk tak panas-panas....sengihnampakgigi
Balik kerja aje, aku ajak hubby beli nasi lemak ayam berempah kat sebelah taska anak-anak tapi hubby pula mengajak ke putrajaya. Isk! sejak dia ada banyak projek kat Putrajaya ni, pagi petang siang malam ke putrajaya sampai nak makan malam pun kat putrajaya.

Yang aku tahu Putrajaya tu Alamanda jer, lainnya aku tak tahu tapi semalam hubby bawa aku pergi makan kat foodcourt di presint 9. Mmmmm...makanannya semua best2lapar. Rasa macam nak order semua benda tapi perut pula dah ketat semacam.

Hubby mengeleng kepala tengok aku makan sampai dia cakap " Saya tengok awak makan pun saya naik takut." Ewah! macam la dia tu makan sikit, walhal dia dah kenyangsenyum.

Lepas makan dia mengajak aku ke Masjid terbaru yang dikenali sebagai 'Masjid Besi' atau nama sebenarnya Masjid Sultan Al-Mizan yang terletak di Presint 3. Dia baru dapat projek kat situ, saja nak pergi tengok 'bebudak' dia buat apa.


Pertama kali melangkah kaki ke dalam masjid tu, wah! aku rasa macam nak terus tinggal kat situ. Sungguh cantik, tenang dan damai. Berkonsepkan seni bina kontemporari, berlatarkan Tasik Putrajaya, ianya cukup indah mata memandang.





Binaannya kerangkanya menggunakan 6ribu tan keluli iaitu 70 peratus dari keseluruhan binaannya dan setiap tiang serta dindingnya menggunakan crystalized glass menjadikan ia kelihatan berwarna putih dari jauh. Setiap panel dinding luar masjid yang dipanggil Masyrabiah ini diperbuat daripada anyaman besi tahan karat yang mempunyai ciri unik telus cahaya dan angin membuatkan kita akan rasa selesa dengan hembusan angin segar (patutla aku rasa udaranya segar semacam jer walau tak ada kipas atau penghawa dingin)menjadikan ia satu-satunya bangunan yang seumpama itu wujud di negara ini.

Tingkat 3, kawasan laman yang menempatkan ruang solat terbuka yang dihiasi air pancut di tengah-tengahnya. Yang hijau itu adalah rumput asli. Tengoklah anak-anak aku yang berdua tu berlari-lari keliling kawasan tersebut.

Ruang utama solat yang betul-betul di bawah kubah besi. Anak-anak aku sudah terlentang kat tengah-tengah ruang tu. Pada dinding cermin(dinding Mihrab) itu terukir ayat-ayat suci Al-Quran surah Al-Baqarah dan juga Surah Ibrahim. Uniknya cermin itu, ia tidak memantulkan kesan pancaran cahaya menjadikan ukiran ayat-ayat suci yang berwarna keemasan itu kelihatan jelas waluapun dari jauh dan seolah-olah ia terapung di udara.


Kubah yang paling atas sekali


Ada juga Kiblat Walk - Ruang kolam umpama istana Al-Hambara yang mengadap kiblat(gambarnya lenkali aku upload)



Review Bebunga Kasih....

Belum dua minggu Bebunga Kasih di pasaran, aku mendapat banyak komen. Yang mengejutkan aku apabila peminat novel, adik Azrin telah membuat review di blognya. Di bawah ni aku copy n paste reviewnya


peacepeacepeacepeacepeacepeacepeacepeacepeacepeacepeace

Bila tau saja yang baby second Kak Hani Fazuha dah realase, aku memang sangat excited tahap dewa nak dapatkan BEBUNGA KASIH... mujurlah, Seremban yang selalu mengalami tahap ketersampaian novel-novel yang agak berskala rendah ini akhirnya mengalami kadar kenaikan apabila tidak sampai seminggu, BEBUNGA KASIH sudah terpamer di POPULAR Terminal One. Tanpa banyak kata, terus aku capai senaskah dan terus berlari keluar dengan senyuman meleret (Tapi aku bayar dululah...=p).

okay bagi yang nak mengetahui sinopsisnya, silalah ke blog kak Hani Fazuha . Tak mau story lebih-lebih pasal jalan cerita BEBUNGA KASIH sebab ianya masih baharu di pasaran, jadi kenalah dapatkan sendiri okay???

Bebunga Kasih mempamerkan peningkatan Kak Hani yang sangat drastik, She improve a lot! Dari segi jalan cerita memang sangat menarik dan kepala aku tak pening nak mentafsir dan memahaminya kalau gune term pendidikan, ianya 'berpusat dan berfokus'... memang sangat tidak bercelaru dan memeningkan, malah cukup simple walaupun penuh dengan konflik Ardyana - merupakan watak utama cerita ini. Plotnya cukup tersusun dan teratur. That's why lah tak pening dan sangat menarik untuk dibaca.

Bagi aku, kekuatan Bebunga Kasih adalah gaya penulisan Kak Hani. Menggunakan sudut pandangan orang pertama yakni 'aku', cukup mendekatkan pembaca dengan Ardyana @ Dya. Setiap emosi, perasaan, jiwa dan rasa hati Dya, terpancar melalui bait-bait tulisan Kak Hani. Ya, bila kusut perasaan Dya, kusutlah yang aku rasa. Kalau sedih perasaan Dya, aku turut merasai sedih. Masa Dya geram, aku turut geram bersama-samanya. Begitu besar impak nukilan Kak Hani kali ini. Gaya penulisan yang cukup mantap dan setiap bait-bait tulisan memancarkan rasa hati Dya.

Selain itu, konflik yang dihadapi oleh Dya juga telah di highlight kan satu persatu dengan cukup teliti dan teratur. Bermula dengan kisah Dya yang dinodai oleh abang sendiri, Ayah yang tidak mahu mengakuinya sebagai anak dan sentiasa tegas terhadap hidupnya, Syamir dengan perasaannya terhadap Dya, kisah Encik Nasri dan pejabatnya serta bermacam lagi konflik yang dilakar dengan cukup teliti oleh Kak Hani. Tetapi konflik yang paling aku suka dan sangat meninggalkan kesan pada aku adalah kisah Dya dan Zarif.

Zarif bermula sebagai teman sekolah Dya yang cukup menjengkelkan sehingga membuatkan Dya terpaksa tinggal berjauhan dengan keluarganya. Kemudian mereka dipertemukan kembali di bumi kampus. Walaupun Zarif sudah berubah, Dya tetap tidak boleh memaafkan Zarif dan kemarahannya sentiasa memuncak apabila berdepan dengan Zarif. Sehingga satu kebetulan yang cukup manis apabila mereka disatukan dengan ikatan perkahwinan. Sepanjang perkahwinan, Zarif telah berubah dan menunjukkan sifat-sifat baiknya terhadap Dya, namun tetap membuatkan kemarahan Dya memuncak. Dalam ikatan perkahwinan mereka, masih ada lagi konflik yang muncul dan diselitkan.

Kak Hani juga berjaya melakar watak-watak dengan cukup 'roh' dan 'jiwa'nya. Setiap watak yang muncul membuatkaN pelbagai perasaan yang timbul dalam diri aku ketika membacanya. Geram, sedih, gembira dan teruja semuanya lengkap dipancarkan melalui watak-watak tersebut. Namun sudah tentu aku sangat menggemari watak Dya dan Zarif. Aku sangat mengagumi kesabaran dan ketulusan hati Zarif. Begitu juga Dya, aku salute pada ketabahan dan semangat yang ada pada dirinya biarpun dilanda pelbagai derita. Namun sudah tentu cinta Zarif merupakan penamat yang baik untuk segala derita yang dirasai oleh Dya. Kesudahan yang cukup manis diberikan pada akhir cerita ini.

Buat Kak Hani Fazuha, congrats Sis! BEBUNGA KASIH adalah satu kisah yang cukup segala-galanya. Buah tangan terbaharu Kak Hanu ni, menunjukkan improvement yang sangat memberangsangkan dan drastik. Tahniah sekali lagi! FIVE STARS for you sis!!!


Terima Kasih Azrin...peace

Lagi Sedutan Bebunga Kasih


pompompompompompompompompompompompompompompompom


Akhirnya, Nyza menurut jua kemahuanku pulang se-belum majlis bermula. Kepulangan kami diiringi irama leteran dari mulutnya.

“Kau ni memang tak boleh dibawa ke majlis langsung! Belum sempat jumpa pengantin, dah sibuk nak balik.” Bebelannya berlarutan hingga ke rumah.

“Lain kali jangan ajak aku,” balasku.

“Habis tu, nak ajak siapa? Tunang kau?” tukasnya dengan cebikan di bibir.

“Hei! Jangan sebut-sebut pasal lelaki tu lagi ya!” Pantas aku memberi amaran dengan telunjukku lurus ke mukanya. Dia tergelak kecil melihat reaksiku.

“Frustlah tu!” sindirnya berlawak. “Benci, tapi suka,” sambungnya lagi.

Malas melayan, aku pura-pura pejamkan mata dan pekakkan telinga sambil menyandar ke sofa. Renungan Nyza yang duduk bertentangan denganku tidak aku hiraukan.

“Jangan ada benci, Dya. Takut nanti jadi racun yang akan membusukkan hati.”

“Baguslah! Tak payah aku susah-susah beli racun untuk bunuh lelaki tu,” balasku dengan mata yang ter-pejam.

“Sampai macam tu sekali kau benci dia. Jangan, Dya...benci-membenci sesama kita mengundang dosa dan ba-nyak musibahnya.” Nasihat Nyza aku telan tanpa rasa. Benar kata-nya, tetapi bagaimana untuk kubuang rasa benci itu?

Malas mendengar bebelan Nyza yang berjela-jela dan berangkai itu, aku bangkit ke bilik. Baru sahaja menutup daun pintu, telefon bimbitku terjerit-jerit minta diangkat.

“Hah! Apa hal?” Aku menjawab kasar setelah pasti pemanggilnya adalah Zarif.

“Kenapa tak cakap nak pergi majlis tu?” tanya Zarif lembut seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku antara kami. Nampaknya, kekasaran-ku menjawab panggilannya tidak memberikan apa-apa kesan pun padanya.

“Saya pergi dengan Nyza, bukan dengan jantan lain.” Aku menyindirnya sinis.

“Dya, please... saya bukan nak cari gaduh.” Dia cuba memujukku.

“Habis tu, awak nak apa ni?” soalku kasar.

“Saya ada ajak awak, tapi belum sempat saya habis cakap, awak dah tolak.” Dia meletakkan kesalahan itu di atas bahuku. Kalaupun aku menolak, itu tidak bermakna dia boleh sesuka hati keluar dengan perempuan lain, apatah lagi dalam keadaan kami sekarang.

“Awak marah ke?” Soalan bodoh yang keluar dari bibirnya hampir membuatkan aku tertawa. Untuk apa aku mahu marah?

“Tak adalah! Sukaaa... sangat!” Sengaja aku menekankan perkataan ‘suka’ itu.

“Okeylah! Saya nak tidur,” sambungku lalu terus me-nutup talian seperti selalu. Melayan lelaki itu hanya mengundang rasa sakit yang tiada penghujungnya.

Setelah menamatkan perbualan, aku termenung sambil berbaring. Sukarnya mencongak masa depan, sesukar hidup di masa silam. Sampai bilakah aku mampu hidup aman tanpa gangguan manusia bergelar lelaki?

Lama aku termenung, Nyza masuk setelah mengetuk pintu. Aku bangkit apabila dia melabuhkan punggung di birai katil.

“Kau marahkan dia ya?” Dia memulakan bicara dengan so-alan yang telah kuduga.

“Marah siapa?” Aku pura-pura tidak mengerti.

“Dya... Zarif tu bukan...”

“Kalau tujuan kau masuk ke sini nak bercakap pasal dia, aku tak mahu dengar.” Pantas aku memotong dan kembali berbaring.

“Kalau tak mahu dengar, macam mana kau nak tahu cerita sebenar?” gumam Nyza.

Aku bingkas berdiri. Wajah Nyza menjadi sasaran mataku. Pun begitu, dia masih buat muka bodoh.

“Nyza, lelaki tu dah bergelar tunang aku, tapi dia sewenang-wenangnya keluar dengan perempuan lain yang juga merupakan kekasihnya di depan mataku sendiri. Apa lagi cerita benar yang ada selain kebenaran yang terbentang di depan mata?” luahku penuh perasaan.

“Kalau betul di hati kau tu tak ada apa-apa rasa untuk dia, kenapa pulak kau harus cemburu?”

“Aku bukannya cemburu...” Aku cuba menyangkal tu-duhannya. Tetapi dalam masa yang sama, aku mula rasa sangsi dengan diriku sendiri. Benar katanya... kenapa harus ada rasa marah dan sakit hati jika benar aku tidak punya apa-apa perasaan pun terhadapnya? Apa sebenarnya yang aku rasa waktu ini? Argh! Aku keliru.

“Marah yang wujud di hati kau tu adalah kerana rasa cemburu. Kau tak perlu nak nafikannya, Dya.” Nyza masih ingin mengelirukanku dengan hujah-hujahnya.

“Mungkin kau lupa yang aku ini sahabat kau.” Aku mula rasa tidak selesa dengan asakan Nyza

“Entahlah, bila tiba saja bab Zarif, aku rasa macam aku dah tak kenal kau lagi.” Akhirnya dia mengeluh perlahan. “Lagipun, bukan maksud aku nak menyebelahi sesiapa. Kau kawan aku, dia pun kawan aku.” Dia menyambung kata

“Sejak bila dia jadi kawan kau?” tukasku pantas, hairan dengan kenyataan yang dibuatnya.

“Dia bukan datang dengan Ikin hari tu, tapi terserempak dengan perempuan tu kat luar dewan.” Jawapan yang diberikannya terpesong jauh daripada soalanku.

“Mana kau tahu?”

“Dia yang beritahu.”

Jawapan Nyza meng-hairankan aku.

“Bila masa pulak dia beritahu kau?” Meletus soalan itu dari bibirku. Aku renung wajah serba salahnya dengan kening yang berkerut.

“Dia call aku tadi.” Akhirnya Nyza memecahkan rahsia. Sejak bila mereka saling berhubungan?

“Macam mana dia tahu nombor telefon kau? Sejak bila pulak kau rapat dengan dia ni?” Bertalu-talu soalan aku lemparkan kepadanya.

“Eh! Takkan dengan aku pun kau nak cemburu?” tempelak Nyza sedikit meninggi.

Cemburu? Benarkah aku cemburu? Kalau bukan cemburu, apa sebabnya aku marahkan Zarif? Adakah kerana dia tunanganku atau aku mengharapkan lebih daripada se-kadar satu ikatan bertunjangkan kehendak keluarga? Ah! Persoalan itu hanya berlegar-legar di kepalaku tanpa jawapan. Sudahnya, aku hanya mampu berharap moga apa yang berlaku nanti semuanya yang baik-baik belaka walau hakikatnya aku tahu di antara aku dan Zarif tidak mungkin akan wujud perkataan baik atau perkataan-perkataan yang seumpama dengannya.


pompompompompompompompompompompompompompompompomSebenarnya, tajuk asal cerita ini ialah JANGAN ADA BENCI tapi kena reject...pastu aku bagi MASIH AKU TERASA, kena reject jugak..last sekali aku cakap suka atilah nak letak apa...maka lahirlah BEBUNGA KASIH




Mood Jalan-Jalan...

Aku masih dalam mood rayacelebrate. Hari minggu pergi jalan-jalan ke Mines Wonderland...hehehe.. macam la takde tempat lain tapi tu jer la tempat paling best yang dekat dengan rumahsengihnampakgigi


Duduk melepak kat tepi tasik sambil minumminum


Juga sambil melihat bot-bot penumpang melalui tasik yang merentasi bangunan tersebut


Tengoklah betapa banyaknya ikan kat dalam tasik tu.


Anak aku yang kecik selamber dek jer dia duduk bersila kat depan TV di kedai game, tak peduli orang yang lalu lalang kat situ.

Sempat gak tengok Deepavali Decoration(ntah apa orang panggil neh!) yg kebetulannya berlangsung hari itu