FOLLOWERS

Cerpen


SEMERAH WARNA SENJA


ARIF ZAFUAN!!!
Ayuriana pejam celik mata. Dia sedang bermimpi atau memang satu kenyataan? Kalau mimpi, dia ingin cepat-cepat terjaga. Kalau kenyataan, dia mahu menyorok ke bawah meja. Atau, pinjam pintu ajaib dari Doraemon supaya dia boleh menghilangkan diri melalui pintu tersebut.

“Riana... kenalkan, ni business partner I, Arif Zafuan.” Suara Encik Rizal memperkenalkan makhluk Tuhan paling kacak yang pernah dia jumpa itu mengesahkan Ayuriana bahawa dia tidak bermimpi.

Ayuriana telan liur.  Terasa payau. Pertemuan ini sangat-sangatlah tragis. Jauh dia lari hingga ke pulau tersebut tetapi kenapa masih ada juga pertemuan ini?

“Rif, ni Riana, Operation Manager Ria Damai Resort. Satu-satunya orang kepercayaan aku dan satu-satunya orang yang bertanggungjawab meletakkan Resort ni ke tahap sekarang.” Bangga Rizal Iman memperkenalkan pekerja kesayangannya pada Arif Zafuan. Riana adalah nama singkatan untuk Ayuriana. Lebih singkat lagi ada yang memanggilnya dengan panggilan Ria

Apa tidaknya, sejak Riana menyertai resort tersebut dua tahun lepas, pelbagai aktiviti yang diperkenalkan oleh gadis tersebut dalam usaha menarik pelancong untuk menginap di situ. Hasilnya, Ria Damai menjadi terkenal dalam sekelip mata di Pulau Tioman itu.

Riana yang cantik, Riana yang bijak dan Riana yang sentiasa muncul dengan Idea segar untuk  melangkah lebih ke depan dari orang lain. Dalam diam dia mengagumi gadis tersebut. Dalam diam dia jadi admire pada wanita itu.

“Hai!” Riana menegur dengan anggukkan. Sejak bertudung, dia tidak lagi menghulur salam atau menyambut salam manusia yang bukan mahramnya. Kata ustazah, mengelak dari dosa-dosa kecil akan menjauhkan kita dari melakukan dosa-dosa besar.

“Errkk... Encik Riz, I ada oppoitment....” ucap Riana pada Encik Rizal sambil memberi isyarat tangan yang dia mahu pergi.


********

PANJANG langkah Riana. Kalau boleh dia ingin terbang tetapi namanya pun manusia, mana ada manusia yang ada sayap.

Duduk di bangku tepi pantai. Riana pegang dada sendiri. Kenapa getaran hatinya tak pernah berubah setiap kali menatap mata lelaki itu? Empat tahun lalu, itulah yang dia rasa setiap kali menatap sepasang mata milik lelaki itu.

“Ayu, kenapa pandang saya macam tu?” Soal Arif, memandang tepat ke wajah Riana. Hanya seorang saja di dunia ini yang memanggil namanya begitu iaitu Arif Zafuan.

“Mata awak buat saya tergoda.” Riana berterus terang. Benar, dia terpikat dengan Arif Zafuan hanya kerana sepasang mata milik lelaki itu. Mata hitam yang jernih kebiruan. Keturunan Arif memang berdarah campuran tetapi kulitnya sawo matang, macam kulit melayu asli.

Arif gelak kuat. Riana ni nampak saja pemalu dan sopan tapi kekadang bila bercakap dengan dia, dah tak tahu erti malu.

“Mata cari makan ni,” ujar Arif dalam gelak.

“Mmm.. cari makanlah banyak-banyak. Saya cungkil mata tu keluar, ganti dengan mata lembu, biar awak tahu cari rumput aje.”

Pecah berderai tawa Arif tatkala mendengar amaran tak masuk akal Riana itu. Riana..Riana... makin lama, rasa sayangnya pada wanita ini makin melimpah ruah. Berkali mengajak Riana menghalalkan hubungan mereka tetapi wanita itu menolak dengan alasan tunggu habis belajar dulu.

Setiap kali bertemu di kafe atau library universiti dengan alasan mahu mengulangkaji bersama, gelojak di dadanya sukar dibendung. Bukan sebab Riana berpakaian seksi. Riana sentiasa sopan berbaju kurung tetapi seksinya Riana pada tingkah dan jelingannya. Itu yang sentiasa buat dadanya berdebar tanpa perlu bersentuhan kulit.

Mungkin inilah yang dikatakan bila anak adam yang berbeza jantina berduaan, di antara mereka ada makhluk yang bernama syaitan dan makhluk itu akan menghasut fikiran, masuk ke pembuluh darah manusia mencipta nafsu serakah untuk melakukan perkara terlarang.
         
   “Kenapa lari?” soalan yang tiba-tiba menyapa telinga Riana dari arah belakang buatkan dia terus terloncat bangun.

            Arif Zafuan berdiri di belakangnya sambil berpeluk tubuh. Rambut yang terjuntai di dahi bergerak-gerak di tiup bayu pantai menjadikan pemadangan di depan mata cukup indah buat Riana. Sinar matanya tetap sama seperti dulu, cuma wajahnya nampak lain. Jambang yang tidak bercukur menampakkan dia lebih seksi dan mungkin faktor usia juga menampakkan dia lebih matang.

            “Kenapa lari ke sini?” Soal Arif kali kedua.

            “Bukan lari, berjalan aje tadi.” Jawab Riana, selamba dalam gugup.

            Arif tahan senyum. Riana tak pernah berubah.

            “Kata ada appointment tapi melangut kat sini buat apa? Bukan ke sekarang waktu kerja? Mengular?” berderet soalan Arif masuk ke telinga Riana.

            “Lebih kurang laaa..” jawab Riana, masih selamba. Dia ingin berlalu, tetapi lengannya cepat saja disambar Arif.

            Buntang mata Riana memandang jemari Arif yang kejap di lengannya. Kemudian, dia melilau melihat sekeliling, mana tahu kalau kalau ada pekerja Resort yang nampak dan akan menimbulkan gosip hangat. Encik Rizal baik dengan dia pun sudah menjadi topik yang paling hangat dibincangkan di situ, inikan pula kalau ada lelaki yang tidak dikenali memegang lengannya begitu.

            “Tolong lepaskan lengan I.” Riana berusaha melepaskan lengannya yang masih kejap dipegang Arif.

            “Kenapa? Takkan pegang lengan isteri sendiri pun tak boleh?”

            “Empat tahun Arif. Kalau pokok pun, dah lama mati tanpa air.” Tukas Riana. Empat tahun ditinggalkan tanpa kata, masihkah gelaran itu layak untuk dia? Entah! dia sendiri tidak pasti. Yang pasti, dia tidak mahu lagi memikirkan nasib hidupnya yang malang itu.
             

**************** 


PANGGILAN telefon dari emak di kampung buatkan kepala Riana makin berserabut. Ada orang datang merisik dan Riana tolak mentah-mentah. Ini bukan kali pertama malah sudah kali ketiga. Tetapi kali ini, emaknya betul-betul mengamuk.

Bukan apa, emak tidak suka dia merantau jauh-jauh. Kalau boleh emak mahu dia berkahwin dengan orang sekampung dan tinggal di kampung yang sama. Senang sikit kata mak.

‘Macamana nak terima lamaran orang mak, anak mak ni dah lama jadi isteri orang?’ jawapan itu hanya bergema di hati Riana.

Kalau boleh, dia nak aje tuntut fasakh untuk merungkaikan ikatan tersebut tetapi dia tiada apa-apa dokumen. Berkahwin di siam dan belum sempat didaftar di malaysia, Arif sudah pun meninggalkan dirinya tanpa khabar. Semua dokumen perkahwinan mereka ada pada Arif. Jadi, apa yang dia boleh lakukan?

Arif Zafuan.. nama itu berulang di hatinya. Berbulan mengenali lelaki itu di kampus UM dan berbulan memadu kasih baru dia tahu Arif Zafuan itu adalah anak ahli perniagaan berpangkat Tan Sri.  Dia sama sekali tidak menyangka kerana Arif seorang yang sangat low profile. Kekadang hanya berselipar jepun dan berjeans lusuh bila bertemu di kafe kolej. Hanya memakai satria Neo untuk bergerak di dalam kampus.

“I tahu you kenal Arif Zafuan.” Teringat kembali Riana apabila dia  tiba-tiba didatangi oleh dua orang wanita yang mencarinya di kolej. Seorang muda belia dan seorang lagi pertengahan umur yang nampak anggun dengan pakaian ala-ala Datin atau Puan Sri.

“Nama I, Eviana dan ini Puan Sri Kamelia, mama Arif Zafuan.” Wanita muda yang bernama Eviana itu memperkenalkan diri. Saat itu baru dia tahu rupanya kekasih hati yang bernama Arif itu adalah anak Tan Sri.

“Sebelum I pergi ke perkara pokok tentang kedatangan I ke sini, I nak you tahu yang Eviana ni adalah tunang Arif dan mereka akan dikahwinkan sebaik Arif tamat belajar nanti.” Kenyataan yang keluar dari mulut wanita yang dikatakan mama Arif itu buatkan Riana terkaku tanpa kata. Otaknya tiba-tiba gagal berfungsi.

“Look at your self dan bandingkan dengan Eviana. I rasa macam langit dengan bumi. So, kalau pipit, jangan bermimpi untuk terbang bersama enggang. Sila tinggalkan anak I dengan kadar segera sebelum I bertindak melakukan sesuatu yang akan menjejaskan.” Arahan berbau amaran yang keluar dari mulut Puan Sri kamelia itu buatkan Riana betul-betul panas hati.

“Puan Sri.. rasanya Puan Sri silap orang. Bukan saya yang cari Arif tetapi Arif yang cari saya. Jadi, ada baiknya Puan Sri cakap dengan anak Puan Sri sendiri agar jauhkan diri sari saya.” Riana bangkit dan terus berlalu pergi. Terjalinnya hubungan dia dengan Arif adalah kerana lelaki itu yang beria-ia mahu berkenalan dengannya dulu. Konon single tapi rupanya dah bertunang.

“Kurang ajar!!” jeritan Puan Sri sempat terdengar di telinga Riana.

Sakit hati mendorong Riana merajuk dan menyepikan diri daripada Arif berhari-hari. Ke kelas pun dia ponteng sebab tak mahu bertembung dengan lelaki itu.

“Ayu.... janganlah buat saya macam ni. Tolonglah! saya rasa nak mati tak jumpa jumpa awak tiga hari.” Suara Arif mendayu di talian setelah tiga hari Riana menutup talian telefonnya.

“Sayangg.. awak rajukkan apa sebenarnya. Saya ada buat salah ke?” Arif masih berusaha memujuk. Riana  mengangkat telefon sudah satu rahmat buat dia. Jenuh dia menunggu di lobi kolej untuk bertemu selama tiga hari itu tetapi Riana langsung tidak turun.

“Saya minta maaf kalau saya buat salah tanpa sedar.”

Riana tarik nafas. Rasa cintanya pada Arif tak pernah berkurang walau dia cuba untuk mengurangkannya.

“Awak tak salah apa-apa.”

“Dah tu? Kenapa tak nak jumpa saya? Telefon pun tutup.”

“Saya... tak ada mood.”

“Laaa... itu aje ke? Awak kan tahu, telinga saya sentiasa ada untuk awak luahkan apa-apa. Kalau ada masalah, kenapa tak cari saya?”

Riana terdiam. Benar, selama ini Ariflah tempat dia mengadu. Ariflah yang akan bantu apabila dia buntu untuk menyiapkan kertas projek.

“Jom turun, saya ada kat bawah ni.”

Berfikir sejenak, Riana bersetuju. Rasa cinta yang membara, mana mungkin dia mampu menjauhkan diri dari Arif. Apa nak jadi, jadilah. Dia tak mahu fikir apa-apa. Tiga hari tanpa wajah dan suara Arif, Riana rasa hidupnya seperti jasad tanpa nyawa.


*******************

SEBAIK ternampak kelibat Riana, Arif cepat-cepat mahu menarik jemari gadis kesangannya tetapi Riana mengelak.

“Belum halal, tak boleh.” Riana berjalan selamba mendahului Arif.

“Jom kita halalkan, mahu?” Arif sudah menyaingi langkah Riana. Rindu yang membara di dada terasa gugur satu persatu sebaik menatap wajah cantik kesayangannya itu.

Langkah Riana terus terhenti mendengar soalan tak berapa cerdik Arif. Wajah Arif yang sedang tersengih menjadai sasaran matanya.

“Nak halalkan kena nikah, bukan boleh pegi curi sticker halal tampal kat dahi.”

Arif tergelak. Riana kalau berbicara selalu spontan yang melucukan. Sebab itulah bila bersama Riana dia akan ketawa tanpa henti.

“Kita nikah la sayang. Tak payah sticker, nanti saya cop guna bibir kat leher aje.”

Sekali lagi langkah Riana terhenti. Nikah? Bagus juga kalau dia dapat mencabar Puan Sri yang sombong tu dengan menikahi anaknya yang seorang ini.

“Okey! Jom nikah.”

“Hah?” Arif terkejut. Betul ke apa yang dia dengar? Ini bukan kali pertama dia ajak Riana berkahwin malah sudah berkali. Dia memang sudah tidak tahan menanggung rasa terhadap Riana. Bila berjauhan waktu cuti semester, bila melihat Riana berbicara dengan lelaki lain, dia rasa tak terjamin.

“Awak serius ke?”

“Serius.” Jawab Riana yakin. Entah apa yang merasuknya tetapi dia memang mahu merealisasikan impian untuk bersama Arif sebelum Puan Sri yang berlagak itu bertindak yang bukan-bukan.

“Tapi dengan syarat, nikah senyap-senyap. Tiba waktunya, baru kita umukan.”

Arif kerut kening. Kenapa nak nikah senyap-senyap pula? Walau mereka masih belajar, tak salah untuk mereka berkahwin. Lagipun, dia mampu. Bukan cakap besar, perniagaan papanya sekarang adalah perniagaan keluarga. Sebagai satu-satunya cucu lelaki di dalam keluarga, dia diberi pegangan saham yang agak besar dan dia mendapat habuan yang banyak setiap bulan. Setakat nak bela anak orang yang makan tak berapa banyak macam Riana, dia lebih dari mampu.

“Kalau nak nikah senyap-senyap, kena nikah kat siam.”

“Siam ke, Vietnam ke, saya tak kisah.” Riana menyengih.

Arif berfikir sejenak. Riana ni biar betul. Serius ke saja nak main-main?

“Tapi kalau nikah senyap-senyap pun, saya  tak nak pandang aje. Dah sah, mesti nak sentuh-sentuh.” Arif angkat-angkat kening.

“Kalau dah sah nanti, tang mana awak nak sentuh pun saya bagi.” Riana sengih lagi. Rasanya otak dia dah jadi tak betul. Tiga hari tidak bertemu dan mendengar suara romantik Arif, hatinya libang libu. Baru dia akui, dia memang tak boleh hidup tanpa Arif. Sebelum apa-apa terjadi dan sebelum Puan Sri bertindak yang bukan-bukan, baiklah dia ikat Arif dulu.

*************** 

BENAR-BENAR terjadi. Mereka benar-benar menikah di siam. Arif tidak tahu kenapa dia ikutkan kehendak Riana. Dia juga tidak tahu kenapa Riana mahukan begitu. Yang dia tahu dia hanya mahu memiliki Riana. Selebihnya, dia akan fikir kemudian.

Riana pula lebih kepada mahu membuktikan pada Puan Sri Kamelia yang dia mampu memiliki Arif walau pun tanpa restu.

“Dah ready?”

“Ready apa?”

“Malam pertama kita.” Arif sengih lebar. Gaya orang tak sabar. Baru tadi Riana disahkan menjadi miliknya di sisi agama dan sekarang mereka dalam perjalanan menuju ke Hotel Narathiwat yang telah di tempah melalui online.

Riana senyum. Segan pun ada. Geram pun ada. Apa taknya, sambil bercakap, tangan Arif menjalar sana sini. Tahu la pemandu teksi tak faham cakap melayu tapi pemandu tu tak buta. Asyik pandang cermin belakang bila Arif berikan ciuman di pipinya. Malu sungguh. Gaya macam tak sempat tunggu malam aje Arif ni.

Sebelum ke hotel, mereka merayau mencari makanan. Tak susah untuk mencari makan di situ kerana kebanyakan peniaga beragama islam. Makan dan merayap, hampir senja barulah mereka check-in hotel.

Merah warna langit tatkala mentari meminta izin untuk masuh ke perut bumi dapat dilihat dari koridor hotel tempat penginapan mereka dan Riana sangat suka dengan pemandangan tersebut.

“Tengok apa?” soal Arif, datang memeluk isterinya dari arah belakang. Sejak sampai tadi, Riana begitu ralit berdiri di situ tanpa mempedulikan dirinya.

“Merah jingga warna langit.”

“Kalau dah ada merah tu, kenapa ada jingga lagi.”

Riana berpusing mengadap Arif. Terasa kekok tetapi dia cuba biasakan diri. Tangannya naik memeluk leher sang suami.

“Sebab merah tu warna cinta saya pada awak dan awak suka oren. Bila merah bertemu oren, terbit warna jingga. Mungkin itulah warna hidup kita nanti.” Riana merapu yang bukan-bukan kemudian tergelak sendiri. Merah warna cintanya memang benar tetapi jingga warna hidup mereka, entah betul entahkan tidak.

Riana ingin berlalu tetapi pelukan Arif mekin erat di pinggangnya menyukarkan dia untuk melepaskan diri.

Arif senyum. Bibirnya mencari leher Riana yang jinjang. Haruman Riana buat dia betul-betul tergoda. Rasanya, dah tak sempat nak tunggu malam.

“Saya nak buat tanda cinta saya kat leher awak. Kalau merah, maka merahlah warna cinta saya pada awak.”

Riana ketawa perlahan. Mahu mengelak tetapi sudah tidak sempat apabila ciuman Arif hangat menyapa lehernya.

*********************

MENJALANI hidup seperti biasa tanpa sesiapa pun tahu hubungan mereka. Setiap kali rindu, Arif akan menyewa bilik hotel berdekatan kampus untuk mereka melepaskan rindu dendam.

Tak kira siang atau malam. Kepala Arif memang terkadang tak betul. Kalau dia kata rindu, habis kelas tengahari buta pun dia akan heret Riana ke hotel. Sanggup habis beratus ringgit hanya untuk melepak dua tiga jam dan kemudian bergegas ke kelas semula jika ada di waktu petang. Begitulah kehidupan mereka tetapi rasa seronok pula. Adventure kata Arif.

“Assalamualaikumm..”Arif menyapa tatkala melihat nama sang isteri tertera di skrin telefon bimbitnya. Senyum di bibir terus melebar. Mendengar suara Riana di malam yang dingin begini, keinginan yang satu itu terus menjelma.

“Waalaikumsalammm..” balas Riana. Patutnya dia yang memberi salam tetapi Arif lebih pantas.

“Awak buat apa?” soal Riana.

“Tengah bayangkan awak depan saya sebab rindu.” Arif mengusik.

“Isk! Baru tengahari tadi jumpa kan.”

“Tu tengahari. Sekarang dah malam, lapar balik.” Arif seperti merengek.

“Laaa.. dah pukul berapa ni, tak makan lagi ke?” lurus saja Riana menyoal. Tadi Arif mengajak untuk makan malam bersama tetapi dia sibuk sangat-sangat nak siapkan assigment yang harus dihantar esok.

“Nasi dah makan, sekarang lapar benda lain.”

“Arifffff...” Riana terjerit di talian meletus tawa di bibir Arif.

“Miss you a lot.” Bisik Arif setelah tawanya reda.

“Sayang... jom kita cari rumah sewa. Hidup macam suami isteri yang lain.”

Riana mengeluh di talian. Ini bukan kali pertama malah sudah berkali Arif mengajak untuk menyewa rumah.

“Rif.. kita dah bincang kan, next semester kita menyewa. Rugilah dah bayar semua benda lepas tu nak keluar macam tu aje.” Riana memujuk.

“Takpe, saya lebih dari mampu.” Balas Arif.

“Saya tahu awak banyak duit, tapi boleh tak kalau kita jangan membazir benda yang tidak sepatutnya? Boleh tak bersabar sikit?” Riana sudah mula geram dengan kedegilan si suami.

“Benda lain saya boleh sabar. Tapi kalau tentang awak, saya memang tak boleh sabar. Entah-entah, esok saya heret awak ke hotel lagi.”

“Ariffff...” sekali lagi Riana sudah terjerit. Geram sungguh dengan kedegilan Arif yang sejak akhir-akhir ini semakin menjadi-jadi.

Deringan telefon bimbit di yang masih terpegang di tangan mengejutkan Riana dari kenangan masa silam. Nombor yang tidak dikenali tertera di skrin.

“Hello!” lemah suara Riana menjawab.
Senyap.

“Hello!!!” suara Riana sudah meninggi. Tak suka betul dengan perangai rang yang suka membuat panggilan tetapi tak tahu tak bersuara.

“Ayu...” sebaris nama yang disebut oleh si pemanggil di hujung talian buatkan Riana terus kaku. Hanya dia, Cuma dia satu-satunya manusia yang bernama lelaki memanggil namanya dengan panggilan sebegitu.

Tanpa sempat akalnya berfikir, tangannya terus menekan butang merah dan talian terus terputus.

Kenapa Arif? Kenapa baru sekarang awak hubungi saya? Kenapa tidak empat tahun yang lepas? Empat tahun dulu, saban hari dia menunggu panggilan dari lelaki itu dengan linangan air mata.

Mereka berpisah bukan kerana berselisih faham jauh sekali bergaduh besar. Mereka baik-baik saja sebelum Arif menerima panggilan telefon dari keluarganya yang mengatakan papanya dimasukkan ke wad. Dia sendiri yang mengiringi Arif hingga ke kereta ketika lelaki itu ingin pulang ke rumah orang tuanya.

Namun, selepas itu Arif tidak kembali lagi. Usahkan kembali, khabar berita pun tidak tidak diterima. Apa yang dia tahu dari Zamir, teman sebilik Arif, suaminya itu memohon untuk bertukar universiti. Ke mana, Zamir juga tidak tahu.


********************** 


ARIF mundar mandir di dalam biliknya. Dia ke Pualau Tioman untuk mencari tenang tetapi bebanan pula yang dia bawa pulang. Memandang wajah Riana yang baru, penampilan Riana yang berbeza, buat hati lelakinya bergetar tanpa henti.

“Kau jangan sesekali terfikir untuk dekati Riana. Dia budak baik, tak sesuai untuk dijadikan stok geli-geli kau.” Kata-kata Rizal, tergiang di telinga.

“Mana kau tahu dia perempuan baik?” soal Arif.

“Dua tahun kerja dengan dia, sudah cukup aku kenal hati budi dia. Dunia dia hanya kerja, kerja dan kerja. Bukan tak ada lelaki yang cuba nak tackle dia tapi dia buat tak tahu saja. Aku yang kacak bergaya di pun dia tak pandang, inikan pula yang biasa-biasa.” Ujar Rizal dan tergelak di hujung bicara.

Arif tarik nafas. Teringat kembali waktu mereka bercinta dulu. Bukan tak ada lelaki yang cuba nak masuk jarum tetapi Riana langsung tak pandang. Setia! Itulah perkataan yang sesuai untuk dia gambarkan tentang Riana

Tapi kalau setia, kenapa Riana curang di belakangnya. Apa yang kurang pada dia sehingga Riana sanggup menduakannya?

Arif bergerak ke arah almari. Laci paling atas ditarik dan gambar-gambar telah meranapkan sekeping hatinya ditarik keluar. Satu persatu dibelek. Gambar Riana sedang bercumbu dengan Zamir, teman sebiliknya. Sungguh-sungguh dia tidak dapat menerima kenyataan tatkala menatap gambar-gambar tersebut.

Dia sendiri mencari Zamir dan lelaki itu mengaku. Saat itu, dia rasa macam betul-betul nak bunuh orang. Penumbuk sulung singgah betul-betul di muka Zamir buatkan temannya itu tersungkur menyembah lantai. Nasib baik lagi ada yang meleraikan saat dia meluru untuk membelasah Zamir. Jika tidak, memang ada yang jadi arwah malam itu.

Tapi.... kata Rizal, Riana sendirian tanpa lelaki. Kalau benar curang, kenapa Riana tidak bersama Zamir bila ditinggalkan? Otak Arif mula berfungsi mencari logik.

Sekejap! Zamir kan budak IT. Ada tak kemungkinan gambar itu gambar expose yang dicipta Zamir? Hati Arif tiba-tiba berdetak laju. Ada debaran muncul di situ. Tangan segera mencapai telefon dan menghubungi seseorang.

“John, esok pagi datang office I.” Telefon terus dimatikan sebaik mendengar orang kepercayaannya itu menjawab ya. John boleh membantu dia mencari pakar untuk mengesahkan keaslian gambar tersebut dan John juga boleh mengesan di mana Zamir berada waktu ini. Dia ingin bersemuka dengan Zamir sekali lagi.

*********************

MELIHAT Zamir yang diam, Arif  jadi hilang sabar. Setelah disahkan oleh pakar gambar itu adalah palsu dan sengaja di expose untuk tujuan tertentu, Arif terus mencari Zamir. Kini, lelaki yang pernah menjadi teman sebiliknya di kolej dulu sudah berada di depan matanya.

“Aku minta maaf Rif, aku memang bersalah.”

“Cut it short. Apa tujuan kau sebelum aku hilang seluruh sabar.” Arif tahan nafas. Seharian dadanya terasa sesak memikirkan apa yang telah dia lakukan pada Riana. Dia yang bodoh kerana percaya bulat-bulat pada gambar yang ditunjukkan oleh mamanya.

“Aku terdesak Rif. Mama kau yang paksa. Lagi pun, mama kau tawarkan duit pada aku. Waktu tu, aku memang sangat-sangat perlukan duit sebab mak aku sakit tenat kat kampung.” Bergetar suara Zamir menjelaskan. Gerun juga melihat wajah Arif yang seperti singa menunggu masa untuk menerkam mangsa.

“Aku sujud di kaki kau Rif. Aku minta maaf banyak-banyak.” Zamir melutut. Nafasnya ditarik panjang.

“Riana tak pernah curang pada kau Rif. Dia sangat-sangat cintakan kau. Aku sendiri yang lihat Riana menangis siang malam cari kau. Tiap-tiap malam dia tunggu aku depan pagar kolej semata-mata nak tanya khabar tentang kau.” Zamir tarik nafas lagi. Dia rasa ingin menangis tatkala terkenangkan wajah Riana yang sayu.

“Memang aku kejam Rif, sebab buat kau dan Riana jadi begitu. Tapi percayalah, aku terpaksa....”
Belum sempat Zamir menghabiskan ayatnya, Arif terus berlalu pergi.

“Hantar I pulang.” Arahan diberi kepada pemandu yang mengiringinya mencari Zamir bersama John.
Tiba di rumah, Arif terus meluru masuk. Tepat jangkaannya, mama sudah berada di rumah waktu itu.

Di ruang tamu, tidak kelihatan kelibat sesiapa. Langkah pertama untuk tarik perhatian mamanya, Arif hampiri almari sudut yang menempatkan barang hiasan kristal kesayangan mamanya. Sekali tarik, almari tersebut rebah menyembah lantai.

Tepat jangkaannya, bunyi kaca yang terhempat itu memanggil mama dan papanya meluru ke depan.

“Ya Allah, Arifff... Apa yang kamu dah buat ni?” Puan Sri Kamelia terjerit kuat. Tangannya naik memegang kepala.

“Mama lebih sayangkan kaca-kaca ni dari hati anak mama sendirikan?” Tenang Arif bersuara.

“Sekarang, Arif dah pecahkan semuanya. Arif nak tahu, apa yang mama nak buat?”

“Rif.. kalau ada masalah, bincang cara elok.” Tan Sri Kamil mencelah. Hatinya terdetik sesuatu. Anaknya yang sentaiasa nampak tenang dan menurut kata tiba-tiba saja bertindak diluar jangkaan.

Arif keluarkan gambar-gambar di dalam sampul yang terpegang di tangannya dan diserakkan ke atas kaca yang berkecai di lantai.

“Mama tahu kan, perempuan dalam gambar tu isteri Rif? Mama tahu kan, dia tak pernah buat kerja terkutuk begitu? Tapi, mama bayar kawan Rif sendiri untuk menipu. Mama buat Rif percaya penipuan itu.” Arif tarik nafas.

“Empat tahun ma, empat tahun Rif seksa diri dan selama itu juga, Rif gantung dia tak bertali. Kalau mama di tempat Rif, apa yang mama akan buat kalau mama tahu mama ditipu sekejam itu oleh ibu sendiri?”

“Arifff...” Tan Sri Kamil kehilangan kata-kata manakala Puan Sri Kamelia sudah terjelepuk ke lantai sambil menangis hiba.

“Arif dah kahwin pa. Arif kahwin dengan perempuan yang paling Arif cinta. Tapi, angkara mama, Arif  seksa dia. Angkara mama, Arif gantung dia tak bertali. Arif salahkan dia tanpa usul periksa. Arif tak sangka, mama sanggup aibkan orang sampai macam ni sekali.” Arif dongak ke atas, menahan air jernih dari gugur ke pipi tapi dia gagal.

Selepas empat tahun, dia menangis lagi. Kali terakhir dia menangis tatkala melihat gambar-gambar tersebut. Waktu itu, dia menangis kerana sakit hati pada isteri sendiri tetapi hari ini, dia menangis kerana sakit hati pada diri sendiri.

“Dia perempuan yang paling Arif cinta, pa.” Arif ulang ayat yang sama.

“Sebab itu Arif tak mahu berkahwin dengan Eviana. Hati Arif, jiwa Arif, semuanya ada pada Ayu. Walau sekuat mana Arif tarik kembali, Arif tak pernah mampu.” Arif berlalu naik ke atas. Baju dikemas ke dalam beg sandang dan dia bergerak turun ke bawah.

“Riff.. maafkan mama. Tolong jangan pergi. Mama hanya nak yang terbaik untuk Rif.” Puan Sri Kamelia terus menyambar tangan anak lelakinya.

“Yang terbaik untuk Rif adalah Ayuriana.” Arif terus menarik lengannya dan berlalu pergi.

“Arifffff... jangan pergi nak.”

Langkah Arif terhenti dan dia berpaling.

“Mama putuskan pertunangan Rif dengan Eviana. Kalau Rif berjaya pujuk Ayu, bermakna Rif akan kembali. Tapi kalau gagal, Rif takkan kembali. Anggap saja ini sebagai hukuman.” Terus Arif berlalu pergi.


 *************

RIANA termenung di lobi resort. Setiap malam kalau dia tiada aktiviti lain, itulah kerjanya. Duduk di lobi memerhati gelagat pengunjung sambil mencari idea untuk memperbaikkan lagi perkhidmatan yang diberi bagi memenuhi permintaan pelanggan.

Kekadang dia bertegur sapa dengan pengunjung dan berpura-pura menjadi pengunjung juga. Berpura-pura tidak tahu dan bertanya pelbagai soalan untuk mengetahui apa komen pengunjung.

Tanap Riana sedari ada dua pasang mata sedang memerhati tingkahnya malam itu. Tanpa Riana sedari ada hati yang sedang dilanda debar tatkala melihat dirinya yang tampil dengan pakaian serba ringkas itu.

“Kau ni sungguh-sungguh ke Rif, atau sekadar nak main-main?” Suara Rizal menyapa telinga Arif yang sedang memerhati tingkah Riana yang sedang berbicara dengan pelanggan sambil tersenyum. Manis senyuman Riana tetap sama seperti dulu. Manis bibir Riana masih terasa dia bibirnya sehingga saat ini.

“Rifff..” Rizal siku lengan Arif. Waktu itu, mereka sedang berdiri di tempat yang agak tersembunyi yang tidak membolehkan Riana melihat diri mereka.

“Kalau aku serius kenapa dan kalau aku nak main-main kenapa?” Arif berteka-teki dengan mata masih tidak lepas memandang ke arah Riana.

“Kalau kau serius, aku doakan kau berjaya. Tapi kalau kau nak main-main, aku orang pertama yang akan tumbuk muka kau dulu.” Jawapan  Rizal memanggil Arif menoleh pandang. Cahaya bulan yang agak terang membolehkan Arif menatap seraut wajah temannya itu yang nampak serius.

“Aku akan protect dia dengan apa cara sekalipun. Sebab... I do love her.”

“Whattttt??? Arif benar-benar terkejut.

“Yes! Tapi dia tak layan aku. Dia tolak cara berhemah. Katanya, keluarganya mahu dia kahwin dengan orang sekampung dan dia sudah bertunang dengan orang sekampung.”

“Hah???” Arif terkejut lagi. Kali ini, kejutan itu membawa getaran hebat ke dadanya. Adakah mungkin dia akan kehilangan Riana?

“Dia isteri aku.”

“Hah???” Rizal pula yang terkejut dengan penjelasan temannya. Wajah Arif dipandang dengan pandangan tidak percaya.

Tanpa suara, Arif keluarkan dompet dari dalam poket seluarnya. Sekeping kad nikah dihulurkan kepada temannya. Dia sudah menyelesaikan urusan pendaftaran perkahwinan mereka di Malaysia.

Rizal tarik nafas. Tak ingin percaya tetapi dia harus juga percaya. Arif yang dia kenal tak pernah menipu bila bercakap sesuatu yang serius.

“Ada cerita yang aku tak tahu ke?” Soal Rizal. Dia kenal Arif sejak dibangku sekolah. Mereka terpisah kerana berlainan Universiti dan bertemu kembali tatkala dia mencari rakan kongsi untuk melabur dalam pengambilalihan resort tersebut empat tahun lalu.

Arif anak jutawan dan dia sediri juga sudah boleh digelar jutawan muda. Dalam usia yang masih setahun jagung, Arif sudah punya rangkaian perniagaannya sendiri dan Ria Resort merupakan cabang perniagaan Arif tanpa ada apa-apa kaitan dengan keluarganya.

“Ceritanya panjang. Ada masa nanti aku jelaskan. Cuma satu, kau jangan beritahu dia yang Ria Damai ni milik aku dan...” Arif pandang ke wajah Rizal.

“Tolong jangan terfikir untuk rampas dia dari aku.”

Rizal gelak. Mana mungkin dia mahu merampas hak milik teman sendiri. Dia Cuma ‘terjatuh cinta’ tetapi Riana langsung tak layan dia. Itu bermaksud, dia memang tidak punya apa-apa peluang. Mungkin saja hati Riana sudah terisi penuh dengan nama Arif Zafuan, kerana itu ditolak semua lelaki mentah-mentah. Mungkin saja kisah bertunang itu hanya rekaan untuk mencipta alasan semata-mata. Tapi, apa sebenarnya kisah antara mereka?

“Adakah mungkin Ria itu adalah ringkasan nama Riana?” Rizal menyoal.

Ketika mahu menukar nama resort tersebut selepas pengambilalihan, Arif bermatian mahukan nama Ria dan anggukan Arif mengesahkan katanya di hati Rizal. Dia percaya, kisah Arif-Riana sangat menarik untuk dibongkar.

****************

RIANA sedang menulis sesuatu pada nota di meja depan lobi resort. Apa saja komen pelanggan di lakarkan di situ dan dia cuba mencari idea untuk mencadangkan pada pihak pengurusan bagi memperbaiki apa yang kurang. Walau dia hanya pekerja, dia sudah menganggap resort itu seperti rumahnya sendiri. Kalau boleh, dia mahu sesiapa saja yang datang ke situ akan pulang dengan kenangan membahagiakan.

Dia mahu berusaha untuk memberi bahagia di hati orang lain. Kata orang, manusia yang bahagia akan sentiasa membahagian hati orang lain dan dia mahu menjadi manusia seperti itu. Walau hati sendiri sudah kering dengan rasa bahagia, cukuplah orang lain bahagia dengan usahanya.

Sedang ralit menulis, tiba-tiba ada seseorang meletakkan sekeping kad di depannya. Memandang gambar dan tulisan pada kad tersebut, jantung Riana seakan terhenti berdenyut. Pantas kepalanya mendongak. Arif zafuan??

Kad nikah mereka berdua itu dipandang lama. Tiba-tiba air matanya bergenang. Kenapa setelah hatinya sudah tidak teruja untuk memiliki kad tersebut baru Arif datang untuk memberinya?

Tanpa suara, Riana bangkit dan melangkah untuk pergi. Arif yang berdiri berpeluk tubuh di situ tidak dipandang langsung.

“Ayu!!” panggilan Arif tidak dihiraukan. Langkah di atur menuju ke jalan untuk pulang ke rumah.

Arif mengekor dari belakang. Dia tidak tahu ke mana Riana mahu pergi tetapi dia dapat mengagak Riana menuju ke rumahnya. Mengikut Rizal, Riana menyewa di sebuah rumah kampung berhampiran Resort tersebut. Riana tidak mahu tinggal di quarters pekerja kerana tidak selesa berkongsi dengan ramai orang.

“Ayu!!” sekali lagi Arif memanggil saat kaki Riana sudah melangkah masuk ke laman sebuah rumah.

Tidak peduli, Riana teruskan langkah dan tergesa-gesa mengeluarkan kunci untuk membuka pintu rumah. Riana pantas melangkah masuk dan pintu terus di tutup laju, seperti orang yang sedang lari dikejar penjenayah.

Pun begitu, sebelum sempat daun pintu merapat, tangan Arif terlebih dahulu memegangnya. Akibat tolakan yang terlalu kuat, jemari Arif tersepit di situ.

Terkejut, Riana pandang tangan Arif yang tersepit itu dengan mata membulat. Buat seketika, masing-masing terdiam tanpa kata.

Sakit, Arif rasa seperti tulang tangannya hampir retak tetapi dia langsung tidak bersuara. Sakit itu tidaklah seberapa jika nak dibandingkan sakit yang dia hadiahkan ke hati Riana selama empat tahun ini.

Riana buka kembali pintu. Arif yang berdiri di situ menghulur senyuman sambil mengalihkan tangannya dan disembunyikan ke belakang. Rasa berdenyut tetapi dia tahan rasa itu. Dia tahu sekejap lagi tangannya pasti akan membiru.

“Ayu...”

“Baliklah.” Riana memintas dan pintu di tutup kuat.

Di sebalik daun pintu, air mata Riana gugur bertali arus. Macam-macam rasa yang datang menghujani hatinya. Tapi, rasa yang paling banyak ialah rasa cinta yang tak pernah mahu padam. Rasa sayang yang tidak pernah mahu pergi walau di halau dan semuanya hanyalah untuk Arif Zafuan.

Perlahan Riana buka kembali pintu dan Arif masih seperti tadi, berdiri tegak di depan pintu itu dengan kedua tangan disembunyikan ke belakang. Mata Arif yang kebiruan itu kelihatan berkaca disimbah cahaya bulan.

Riana melangkah menghampiri, lengan kanan Arif yang tersepit tadi ditarik dan telapak tangan dibelek perlahan. Segaris kesan kebiruan dan sudah membengkak di situ buatkan hati Riana jadi bergalau. Matanya terus jadi kabur dengan air jernih dan menitis jatuh menyentuh kesan kebiruan tersebut. Rasa bersalah menyerap ke hatinya.

“Saya ambil minyak gamat.”  Riana berpusing untuk masuk ke dalam tetapi lengannya ditarik Arif.

“Air mata awak sudah mampu menyembuhkannya.” Ucap Arif buatkan Riana kaku di situ.

Selangkah Arif ke depan dan bahu Riana ditarik. Sekelip mata, tubuh Riana dibawa ke dalam pelukannya.

“I miss you.... so.. so much.” Bisik Arif perlahan. Matanya dipejam rapat dan dua titis air jernih mencuri keluar dari kelopaknya. Terasa kesakitan di tangannya terus hilang entah ke mana.

Riana tidak bertindak balas sebaliknya hanya kaku berdiri seperti tugu negara. Bukan tidak rindu tetapi hatinya sudah menjadi beku.

Perlahan Riana leraikan pelukan Arif dan dia bergerak masuk kedalam. Seketika kemudian, Riana keluar kembali bersama minyak gamat di tangan.

Dengan bahasa isyarat, Riana meminta Arif duduk di bangku yang terdapat di laman rumahnya. Minyak gamat di sapu pada kesan kebiruan pada tangan Arif.

Dalam samar cahaya bulan, Arif perhatikan tingkah Riana. Wajah Riana yang putih bersih dan bertutup itu di sapu matanya. Cantik! Riana sentiasa cantik di hatinya.

“Ayu... saya tumpang rumah awak malam ni, boleh?” Arif bertanya sebaik Riana bangkit berdiri setelah selesai menyapu ubat.

Seketika memandang ke wajah Arif yang mempamirkan riak simpati, Riana mengeleng.

“Tak boleh.” Terus Riana melangkah masuk ke dalam rumah. Pintu di tutup rapat dan dikunci dari dalam.


******************** 

DUDUK sendirian di bangku tepi pantai, Riana sedut udara petang sebanyak mungkin. Setiap petang, dia akan duduk di situ memerhati mentari jatuh ke perut bumi melalui lautan dalam.

“Merah warna langit, semerah cinta saya pada awak.”

Riana kerut kening. Ayat itu pernah dia ucapkan pada Arif ketika di hotel dulu tetapi kenapa telinganya sedang mendengar suara Arif mengulangi ayat tersebut?

“Adakah cinta awak pada saya masih semerah warna itu?”

Riana pantas menoleh. Benar, Arif sedang berdiri di tepi bangku tempat duduknya. Tanpa dijemput Arif melabuhkan punggung di sebelahnya.

“Saya dah tak suka warna oren lagi. Saya suka merah kerana merah warna cinta awak pada saya.” Arif berjeda.

“Tapi....” Arif toleh memandang sisi wajah Riana.

“Saya masih suka awak macam dulu. Cinta saya pada awak masih tetap tidak berubah macam dulu.”

Riana tunduk merenung jemari di ribaan sendiri. Haruskah dia gembira dengan kata bicara itu sedangkan luka di hatinya cukup dalam untuk disembuhkan?

Arif bergerak dari duduk dan melutut di depan Riana. Jemari Riana di capai dan di bawa ke bibirnya.

“I’m really sorry for everything I had done. Memang saya salah tapi saya tidak pernah bermaksud untuk melukakan awak. Saya juga terseksa dengan apa yang saya lakukan.” ucap Arif. Mengingati kepayahan yang dia lalui untuk memujuk hati sendiri ketika meninggalkan Riana, terasa tidak sanggup untuk mengulanginya lagi.

Mata Arif bergenang lagi. Kalau boleh dia tidak ingin menangis di depan Riana tetapi dia tidak mampu. ‘Tuhan.. bantulah aku. Bukakan pintu hati Riana untuk memaafkan aku. Kembalikan Riana padaku.’ Hati Arif merintih sendiri. Kepalanya ditundukkan dan jatuh di riba Riana.

Menangis! Dada Riana jadi sesak melihat Arif yang selama ini dia anggap kuat tetapi hari ini sangat lemah di depannya. Perlahan jemari Riana bergerak mengelus rambut Arif yang masih melekat di ribaannya.

Arif mendongak. Mata Riana yang basah menjadi sasaran matanya yang juga sedang kebasahan.

“Cinta saya masih merah seperti warna langit itu. Senja di sini tidak pernah berwarna jingga.”

Segera tubuh Riana jatuh ke dalam pelukan Arif. Sungguh! Cinta mereka masih merah seperti warna langit senja yang indah.


 ****************************


RIANA sedang menyapu losyen di lengan depan cermin solek apabila Arif datang menghampiri. Tanpa amaran, pinggangnya dipaut Arif.

Sebelum sempat Riana berbuat apa-apa, badannya dipusing Arif dan bibir Arif terus menjamah bibirnya. Dari bibir turun ke leher dan dari leher turun ke dada.

“Rifff..” Riana menolak wajah Arif yang melekat di dadanya. tuala yang terikat di situ hampir terungkai.

“I can’t”

Arif mendongak. Mata Riana dicari. Rasa kecewa seperti air mencurah ke hatinya.

“It’s okey. I can wait. Empat tahun saya boleh tunggu, kalau empat tahun lagi pun saya masih mampu untuk tunggu sehingga awak betul-betul boleh terima saya kembali.” Nada kecewa tetapi Arif tetap menghuur senyuman.

Riana turut tersenyum. Tangannya bergerak memegang tuala yang sudah hampir terlondeh.

“Tak payah empat tahun. Selalunya tujuh hari saja.”

Arif kerut kening. Cuba mencerna apa yang ingin disampaikan Riana.

“Saya period.”

Oh! Arif geleng kepala. Terkena dia dengan Riana. Pantas tubuh Riana dicempong menuju ke katil.

“Rifff... saya serius laaa...” Riana sudah terjerit kecil.

“I know. Tapi, atas sampai pusat masih boleh. I think I  can’t wait for that.

Riana tergelak perlahan. Arif tetap sama macam dulu. Teringat kenangan indah sewaktu mereka menjadi suami isteri yang bahagia sebelum berpisah. Arif yang pandai membelai, Arif yang pandai memujuk membuatkan dia sentiasa tewas.

“Sayang...”

“Mmmm...”

Arif berjeda. Kepala Riana diangkat ke atas lengannya. Dulu-dulu, Riana suka tidur di lengannya. Bangkit pagi, kepala Riana sudah berpindah keatas dadanya. Setiap pagi dia akan usik Riana, mereka tak perlu beli bantal  banyak, cukup hanya satu bantal saja.

Riana hanya tergelak menyambut usikannya. Ketawa Riana di pagi hari sudah cukup menghantar rasa bahagia di hatinya.

“Kepala saya tak suka bantal tapi kaki saya perlukan bantal.” Itulah jawapan Riana. Memang Riana tidur dengan kaki berlapik bantal. Kepala tak ada bantal tak kisah, janji kakinya berlapik bantal. Pelik sungguh!

“I love you.” Bisik Arif perlahan.

Riana angkat kepala dan bertongkat dagu di atas dada Arif. Mata arif di tenung lama.

“I don’t like blue but I like your eyes. I hate you for leaving me without any reason but I love you more.” Bibir Riana terus melekat ke dada Arif. Sebuah ciuman hangat di hadiahkan di situ. Moga kehangatan cinta mereka terus kekal selamanya.

16 comments:

adela said...

argghhhh!! Bestnye arif-riana... Kak, bila nak publish anak no 5? Rindu nak pelok novel akak...

Hani Fazuha said...

Adela...anak tak matang-matang..hahaha

asnierin said...

simple jer tp best!!

Unknown said...

Best la kak.bila nak sambung ni rindulah.

Ruunna Qizbal said...

best2.. ♥

Unknown said...

Hani,bole tak novelkan cerpen ni,arif so sweet. Tk puas bca.

ONE MOMENT IN TIME said...

HF...a sweet piece to read. Keep up the excellent job!!!

Unknown said...

bestnya cerpen ni..bila nk jdkn novel kak hani?

ikha18 said...

Best ! Cerpen ni !

celoretcute said...

syahdunye....leh jdikn novel ni...msti best..

Anonymous said...

best citer

itasukri said...

Dearest Hani

Kisah Arif dan Ria @ Ayuriana ni tak nak di panjang kan ke e-novel or novel ke... menarik ceritanya

nak tahu kesudahannya.. apakah datin seri menerima ria sbg menantu or byk lagi dugaann, ujian juga cabaran untuk mereka mengapai bahagia...

thanks
kak itasukri

Unknown said...

Hanya dengan download aplikasi di HP android, sobat bisa mendapat uang tambahan.
Caranya, install aplikasi WHAFF di google play store atau di https://play.google.com/store/apps/details?id=com.whaff.whaff
Setelah diinstall, buka aplikasinya. Login dengan akun Facebook sobat. Masukkan PIN = AP61027 agar sobat bisa langsung mendapatkan dollar $0.30. Jangan sampai tidak dimasukkan PINnya, karena sayang $0.30 sobat akan hilang.
Uang bisa dicairkan ke rekening Paypal sobat lalu ke rekening bank sobat masing2.
Semoga Bermanfaat...

Unknown said...

Best sgt,walaupun dah baca 10 kali pun still tak bosan,bila bukak internet bnde first cari cerita ni♥♡,i hope i can be like writer,keep it up🙌💕

Pipi Pau said...
This comment has been removed by the author.
Ritual Aki Sadewa said...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
bismillahirrahmanirrahim
AHLI SPRITUAL, ANTI GAGAL DALAM MELAKSANAKAN RITUAL ISLAMI
BIDANG PESUGIHAN ISLAM DAN ILMU PENGOBATAN PROSES CEPAT
KATEGORI RITUAL ISLAMI AKY SADEWA
JIMAT PELARIS UNTUK USAHA DAGANG
PELET AMPUH ISLAMI PEMIKAT HATI
RITUAL ANGKA TOGEL PUTIH
TUYUL PUTIH ISLAMI
UANG BALIK ISLAMI
ATM GHAIB ISLAMI
PENGASIHAN KARIR
DANA GHAIB ISLAMI
KAWIN DENGAN JIN ISLAM
TRANFER JANIN ISLAMI
MINYAK PELET BATU SASAR
PENGOBATAN SANTET HITAM
PENGOBATAN SEGALA MACAM PENYAKIT
UNTUK KONSULTASI HUB: AKY.SADEWA ON CALL: 0823'9966'6829
"GARANSI UANG KEMBALI BILA TIDAK TERBUKTI"








YANG PUNYA ROOM SALAM SEJATERA (-WASSALAM-)

























Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
bismillahirrahmanirrahim
AHLI SPRITUAL, ANTI GAGAL DALAM MELAKSANAKAN RITUAL ISLAMI
BIDANG PESUGIHAN ISLAM DAN ILMU PENGOBATAN PROSES CEPAT
KATEGORI RITUAL ISLAMI AKY SADEWA
JIMAT PELARIS UNTUK USAHA DAGANG
PELET AMPUH ISLAMI PEMIKAT HATI
RITUAL ANGKA TOGEL PUTIH
TUYUL PUTIH ISLAMI
UANG BALIK ISLAMI
ATM GHAIB ISLAMI
PENGASIHAN KARIR
DANA GHAIB ISLAMI
KAWIN DENGAN JIN ISLAM
TRANFER JANIN ISLAMI
MINYAK PELET BATU SASAR
PENGOBATAN SANTET HITAM
PENGOBATAN SEGALA MACAM PENYAKIT
UNTUK KONSULTASI HUB: AKY.SADEWA ON CALL: 0823'9966'6829
"GARANSI UANG KEMBALI BILA TIDAK TERBUKTI"


























YANG PUNYA ROOM SALAM SEJATERA (-WASSALAM-)