FOLLOWERS

Pesta buku Alaf21

Gambar ni versi cetak dari pokcik di web Alaf FC

Dari kiri : Kak Meen, aku dan Kak Aisya Sofea sempat berposing dengan novel masing-masing
Pertama kali duduk di meja penulis melayan penggemar novel di Pesta Buku Alaf21 semalam(29/06/08), pelbagai rasa datang bertandang menjenguk ruang hati. Maklum saja, kali pertama apatah lagi bila duduk semeja dengan Diva, Kak Aisya dan penulis yang sudah mengukir nama, Kak Meen. Mmmm..best sangat, tak terluah dengan kata-kata dapat bersembang dan berkenalan lebih rapat dengan mereka. Dengan Kak Meen, memang kami dah lama kenal tapi tak berkesempatan untuk bersembang dan bercerita. Dengan Kak Aisya pula, inilah pertama kali aku jumpa dia face to face, penulis idolaku... !

Reaksi teman-teman



Kembali bekerja semula setelah bercuti panjang kelmarin(jumaat), heboh satu office bercerita tentang aku dan Mengukir Bahagia. Masing-masing datang cari aku semata-mata nak minta tandatangan, siap minta bergambar lagi. Dahlah masa tu waktu kerja, kat office pulak tu, sib baiklah bos tak ada.
Rasa macam segan dan malu pun ada. Semua tanya, masa bila pulak aku mengarang sedangkan kerja pun kekadang tak cukup tangan. Tu la..... aku pun tak tahu macam mana nak jawab sebab aku sendiri macam tak percaya, dalam sibuk dengan kerja dan anak-anak, boleh siapkan manuskrip.

Suratan atau kebetulan








Semalam Editor(Gee) call beritahu 'baby' pertama aku sudah selamat dikeluarkan. Kebetulannya semalam juga anakku admit di KPJ Specialist Kajang sebab nak operation buang tonsilitis dia yang dah terlalu besar.
Kebetulan yang sama juga berlaku ketika Gee call beritahu 'baby' tersebut baru selesai di edit, Waktu tu aku baru saja admit di Hospital Serdang sebab tiba2 kena serang apendik dan terpaksa dibedah. Cuma bezanya kes aku tidak dirancang tetapi kes anakku memang telah dirancang dari awal. Satu kebetulan atau memang suratan?
Tengoklah muka dia, macam sedih sangat. Bila sedar aje dia minta doktor pulangkan suara dia tapi yang hairannya lepas dah habis mamai ubat bius, dia boleh melompat-lompat dari atas katil turun ke bawah. Langsung tak rupa orang sakit. Aku pulak yang tak senang duduk tengok dia. Dah letih sangat, aku pula yang terlena atas katil tu, dia elok aje melompat-lompat main mainan yang Pak Usu dia belikan.
Esoknya, tak sabar nak tengok dan pegang, aku terus lari ke Alaf21 lepas discharge lebih kurang pukul 1.30tgh ini. Gembira...terharu..dan pelbagai rasa mewarnai hati tatkala melihat hasil kerja sendiri berada di depan mata.

Di bawah ni aku copy sinopsisnya untuk semua :

BUKAN kehendak Natasya menerima Zahim, tetapi itulah tanda pengorbanannya sebagai seorang anak. Perginya Zahim tanpa sepatah kata juga bukan pintanya, tetapi itulah hidup yang ditakdirkan ke atasnya. Bagi Natasya, andai takdir memisahkan mereka, takdir jugalah yang bakal menemukan mereka kembali. Jika diberi peluang meminta, akan dipinta agar mereka tidak dipertemukanlagi buat selama-lamanya. Mengapa perlu ada pertemuan lagi di saat hati sudah hampir merelakan perpisahan?
“Rasanya, ikatan ni langsung tak bererti buat kita berdua. Jalan yang terbaik, putuskan saja.”
Namun, takdir ALLAH tiada siapa yang dapat menduga. Kerana pengorbanan juga, sekali lagi dia terpaksa menerima Zahim kembali, tapi di saat dia mula mengecap rasa bahagia bersama, sekali lagi kepercayaannya dikhianati tanpa belas. Apakah semua pengorbanannya selama ini tidak memberi apa-apa makna pada Zahim? Lantas, apa sebenarnya yang dia mahukan? Kalau bahagia seorang suami bukan pada isteri, di mana letaknya bahagia itu?
Peliknya cinta... walau dilukai berkali-kali, hati masih mampu menyayangi. Sekalipun parut kelukaan itu mencacatkan, namun cinta di hati hanya akan berhenti bila nyawa dan roh diangkat ke langit. Dia percaya;
“Isteri yang baik akan menerima suami seadanya. Isteri yang solehah akan mengikut kemahuan serta kehendak suami setulusnya dan isteri yang sempurna akan sentiasa cuba menyempurnakan diri sendiri demi kebahagiaan suaminya.”






Cerita Lama
















Sebenarnya cerita ni dah lama, cerita minggu lepas tapi tak sempat nak post kat sini. Sabtu lepas kami adakan majlis makan-makan/jamuan perpisahan untuk beberapa orang pekerja yang akan meninggalkan pejabat tu...uhuk....ikutkan hati sedih sangat sebab mereka banyak membantu aku.
Yang pakai tudung putih bunga hitam duduk sebelah kanan tu nama Lin, practical Student dari Politeknik. Last day hari tu....Thanks Lin sebab banyak bantu akak.
Yang pakai tudung hitam berdiri sebelah kiri tu, Nurul Shuhada - aku ambil dia kontrak 3 bulan utk ganti pembantu aku yang sedang cuti bersalin tapi belum sampai habis kontrak dia dah dapat kerja gov...tak aci..dapat gading bertuah, tanduk nak ditinggalkan.
Yang pakai tudung putih dan yang duduh kat tengah-tengah sedang control cun tu masih bertapa kat situ.
Dua orang lagi yang akan last day kerja kat situ pada July nanti, Nizam dan Vino tapi tak ada dalam gambar.
Untuk semua, moga kalian sentiasa mendapat yang terbaik sebagaimana yang diimpikan. Hadirnya kalian, menambahkan warna warni hidup aku. Jika ada tersilap kata dan terkasar bahasa, sepuluh jari aku susun untuk kemaafan. Mulut aku yang macam mak nenek ni susah sangat nak kontrol. Moga-moga di akhirat nanti kita tidak berhutang apa-apa antara satu sama lain..0-0.
Jangan menangis dulu, belum habis lagi...makanan yang terhidang tu semua aku yang masak sampai sakit-sakit badan dan ideal nak buat jamuan ni datang spontan dari kepala aku. P/s: cuma sirap suam tu Wani yang buat, idea dari Ana. First time minum sirap suam..ahaks...
subtitle utk gambar kedua : Yang pakai baju coklat tu duduk macam bos tengah tengok anak buah buat kerja. Lain kali suruh dia masak baru tahu..he..he..












Cuti Sekolah







Cuti sekolah macam-macam rancangan tapi dah hampir nak habis cuti ni baru semalam sempat bawa anak-anak pergi Zoo. Lega rasanya sebab dah melunaskan janji pada mereka. Sebenarnya janji nak ke Zoo ni bukan untuk musim cuti ni tapi musim cuti yang lepas-lepas. Dah beberapa kali delay sebab tak sempat. Kerja! kerja! kerja!, itulah yang anak-anak selalu bebelkan bila janji nak ke sana dan sini tak tertunai.
Sedar tak sedar mereka sebenarnya sudah besar, sudah pandai bercakap dan sudah pandai mempertikaikan apa yang aku buat yang tidak kena di matanya. "Umi dah janji, tak baik mungkir janji. Tuhan tak suka orang mungkir janji." itu yang selalu diluahkannya. Sudahnya, aku terlopong,tak tahu macamana nak membalas kata-katanya. Aduhai anak, mengertilah...bukan sengaja memungkiri tapi terpaksa menundanya ke lain hari.
Lagi satu janji, nak tengok Kunfu Panda. Entah bila janji tu akan tertunai......