FOLLOWERS

Getaran di Hati...

Melangkah ke sekolah esoknya, aku jadi resah tidak menentu. Malu dan segan datang bertindih rasa. Kenapalah aku betindak menghubungi Razak Ashraf malam tadi sedangkan sebelum ini aku begitu sombong menolak salam perkenalan yan dihulurkannya? Entah di mana ingin kuletakkan muka ini bila berdepan dengan lelaki itu nanti.
Di hati kecilku berharap agar hari ini dia menjadi manusia yang hilang seluruh ingatan sekali gus melupakan apa yang berlaku malam tadi. Tetapi, mana mungkin semua itu akan berlaku kerana dari kejauhan aku sudah melihat dia yang masih seperti manusia normal seperti hari-hari sebelumnya. Dia yang sampai lebih awal kelihatan sedang berbual dengan rakan-rakan sekelas kami.
Semakin mendekati kelas, langkahku makin perlahan. Terasa bagai ada seketul batu yang amat berat terikat di kakiku saat itu. Sebaik tiba di muka pintu, dadaku mula di serbu rasa debar yang maha hebat. Lirikan mata Razak Ashraf yang bagai menyapa ketibaanku menjadikan rentak jantungku bertukar rancak. Dari ekor mata, aku perasan pandangannya tidak lepas dari memandangku membuatkan langkah kakiku jadi canggung dan bersimpang siur.
Sepanjang hari itu, aku jadi serba tidak kena. Terasa sepasang mata Razak Ashraf yang duduk di barisan belakang asyik memerhati tingkahku. Walau tanpa melihatnya, aku dapat merasakan semua itu.
Apa yang diajar oleh cikgu sepanjang hari itu bagai tidak mampu menembusi mindaku. Nadia yang duduk di sebelah sudah mula perasan perubahanku.
“Kau ada masalah ke?” Dia menyoalku ketika ada waktu senggang.
Aku hanya menyengih ke arahnya sambil mengeleng. Minta-mintalah dia tidak bertanya lanjut. Terasa suaraku berat sekali untuk keluar hari itu. Selalunya akulah yang paling kecoh sekali di dalam kelas.
“Habis tu, termenung jer dari pagi.” Nadia bagai tidak berpuas hati.
Sebelum sempat aku membuka mulut untuk memberi jawapan, tiba-tiba aku perasaa ada seseorang berdiri di sebelahku.
“Pinjam pemadam kejap.” Suara Razak Ashraf walau pun perlahah sudah cukup untuk membuatkan aku tersentak. Kehadirannya di situ bagai satu kuasa ajaib mengalirkan arus memasuki tubuhku tanpa perlu bersetuhan anatar satu sama lain.
“Weh! pinjam pemadam kejap.” Sekali lagi dia mengulang kata apabila melihat aku hanya memandangnya tidak berkelip.
Entah bagaimana tiba-tiba saja timbul idea nakal di kepalaku. Pemadam yang sebesar gedabak dari pensel case aku keluarkan dan pantas aku potong pemadam tersebut menjadi empat. Kemudiannya aku letakkan kesemuanya ke atas meja.
“Pilih nak yang mana?” ucapku tanpa memandangnya. Mataku terus tertancap pada kepingan pemadam di atas meja.
Dia gelak perlahan melihat kenakalanku. Tanpa aku menduga, jemarinya mengambil semua keempat-empat bahagian pemadam tersebut dan berlalu ke tempat duduknya.
“Weh! ambil satu cukup laaa...” aku menjerit perlahan namun dia terus saja melangkah pergi.
Aku pantas bergerak bangun mengekorinya sehingga ke tempat duduknya. Dia duduk dengan wajah selamba. Kedua jemarinya digenggam dan ditunjukkan ke arahku.
“Pilihlah! Kalau yang kau pilih tu ada tiga ketul, kau boleh ambil tapi kalau yang kau pilih ada satu, kau ambil satu, aku ambil tiga.” Dia pula memberiku pilihan.
“Eh! mana boleh?” Spontan aku terjerit kecil. Dia ketawa melihat reaksiku.
“Cepat pilih!” Dia mendesak dalam tawanya.

Eh! ini dah lebih. Aku punya pemadam, dia pulak yang bagai tuan punya. Namun, dalam tidak puas hati itu, aku memilih juga salah satu genggaman tangannya. Sebaik dia membuka jemarinya, hanya ada satu pemadam di situ dan dia tergelak lagi.
“Eeeee...” Aku mula geram dan spontan tanganku memegang jemarinya yang masih menggenggam tiga lagi bahagian pemadam tersebut.
Saat yang sama tangannya sudah bertindak menyambar jemariku. Buat seketika jemari kami saling bertaut menjadikan aku kalut tidak menentu.
Aku cepat-cepat menarik jemariku dari genggamannya. Dia bagai tergamam melihat ke wajahku yang tentunya sudah bertukar warna.
“Sorryyy....” Ucapnya perlahan sebelum aku melangkah laju menuju kembali ke tempat dudukku. Banyak mata yang memandang tingkah kami waktu itu menjadikan wajahku tebal beberapa inci.
Seketika kemudian, Razak Ashraf datang kembali ke mejaku dan memulangkan kesemua pemadam yang diambilnya tadi.
“Thanks.” Hanya sepatah itu saja yang diucapkannya tetapi kenapa hatiku bagai disuntik ubat bius?
Senyuman yang dihulurkannya sebelum berlalu pergi buatkan mataku bagai tidak ingin berkelip untuk beberapa ketika. Baru hari ini aku parasan adanya sebiji tahi lalat yang melekat di atas bibirnya, menambah perisa pada senyumannya. Ah! sudah gilakan aku?
“Weh! kau ada apa-apa ke dengan si Ash tu?” Soalan Nadia yang berlainan nada itu hampir membuatkan aku tercekik liur sendiri. Ada apa-apa? Apa yang ada pada dia yang mampu membutkan dada dan hatiku bergetaran tidak menentu?

Model Free....

Hari ni aku dengan suka dan relanya menjadi model free untuk acara make up di tempat kerja..hahaha..macam dah tak ada kerja lain, walhalnya tengah sibuk...
Tengoklah wajah-wajahku yang telah di ubah-suai...




Adib Daniel...





Tiba-tiba aku teringatkan dia yang pastinya semakin nakal...

Award Lagi...


Ini award dari KAK SARNIA, seorang kakak yang boleh berkongsi banyak perkara....

Katanya.....

1. copy award di atas dan letak di blog anda;
.: Dah letak da:.

2. nyatakan 5 fakta ttg pemberi award ini;

i. Dia yang aku kenali melalui dunia penulisan dan menjadi ngam dalam masa yang cukup singkat...
ii. Dia seorang pendengar yang baik, yang suka mendengar mulut kepoh aku bercerita...hehehe..
iv. Dia juga suka bercerita dan kami boleh bercerita apa saja mengenai dunia penulisan...
v. Dia bersuara lunak merdu dan lembut bila berbicara...


3. setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta atau hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya;
- suka mengusik
- suka termenung
- suka memerhati
- suka menulis
- suka ketawa
- suka mendengar
- suka membaca
- suka berceloteh
- suka warna merah
- suka marah..hehehe..

4. anda perlu memilih 10 penerima seterusnya dan describe ttg mereka ;
- KATRINA ANIS seorang 'adik' yang hatinya terasa dekat di hatiku...
- FATIN NABILA Seorang adik yang cukup aku kagumi dengan kesungguhannya dalam penulisan..
- POKCIK Seorang tua yang tak berapa tua yang tinggal di sebuah pondok usang...isk! isk!..kesiannyer...
- KAK MEEN ZULAIKHA seorang kakak yang juga boleh berkongsi banyak perkara...
- BIKASH NUR IDRIS seorang yang berpangkat adik, yang cepat mesra walau hanya pertama kali berjumpa..
- ALEYA ANEESA Seorang yang berpangkat adik yang juga aku kagumi kejayaannya dalam bidang penulisan
-MURNI AQILA, seorang yang suka ketawa dan aku suka mendengar ketawanya

# Cukuplah, tak tau nak bagi kat siapa lagi..hehehe

Istimewanya Wanita...


Ketika diciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang sangat istimewa.

Bahunya cukup kuat untuk menopang dunia namun, cukup lembut untuk memberikan kenyamanan.

Punya kekuatan dari dalaman untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya.

Punya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.

Punya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya.

Punya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalan dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya.

Punya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu.

Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada.

Cinta Bergelora...

Deringan telefon yng tersadai di tepi telinga mengejutkan aku yang baru saja terlena. Huh! dah pukul satu pagi baru teringat nak telefon? Aku mendengus marah, bukan hanya kerana tidur terganggu tetapi kemarahan itu bercampur aduk dengan penantian yang sudah melewati lebih tiga jam.
“Hello!” keras aku menjawab panggilannya.
“Hai! Sayang.” Bersahaja sekali suaranya. Tiada langsung rasa bersalah, seolah membiarkan aku menunggunya selama lebih tiga jam itu adalah satu perkara yang menyeronokkan.
“Hah! Nak apa neh!? Tengah malam buta call orang.” Suaraku masih bernada keras. Saat itu, marahku sudah menghampiri garisan maksima.
“Eh! kenapa nak marah-marah ni? Baru pukul satu, bukannya tak biasa.” Nada selambanya makin menaikkan darahku.
“Memang saya biasa tidur lambat tapi, tidur lambat saya sebab study, bukan buat kerja tak berfaedah merewang sana sini macam awak.” Semburku dalam senafas.
“Wei! Yang awak nak naik darah tak tentu pasal ni kenapa?” Suaranya sudah meninggi sama dengan nada suaraku tadi.
“Saya keluar makan dengan kekawan, takkan itu pun awak nak kecoh. Gelabah betullah awak ni. Janganlah buat saya rimas.” Ayatnya yang terakhir itu bagai panahan petir membakar hangus hatiku yang sekeping itu.
“Oh! Okey... baru saya tahu rupanya saya ni merimaskan awak. Orait, Mungkin awak tak nak terikat dan saya pun tak nak ikat awak. Mulai saat ini, awak bebas buat hal sendiri. Kita bawa haluan masing-masing.”
“Kat....” hanya itu yang aku dengar sebelum talian aku putuskan dan telefon aku tutup terus.
Dadaku terasa berombak kuat. Sudah terlalu banyak ruang yang aku berikan tetapi jika itu pun dikata merimaskan, hanya ini jalan yang terbaik untuk kami. Aku cuba merubah diri untuk memahami dia. Aku tutup dua telinga dari mendengar bicara manusia sekeliling tentang keburukannya dan aku cuba menarik dia agar tidak terus hanyut dalam dunia penuh kepuraan tetapi jika itu dianggap merimaskan, apa lagi yang boleh aku buat?
Bukan mudah malah terlalu memeritkan untuk mengikis namanya dari fikiran apatah lagi untuk membuang dia terus keluar dari hati nurani. Sehingga ke pagi aku tidak mampu melelapkan mata.
Kecil hati...memang hati kecilku menjadi semakin kecil dengan kata-katanya sehinggakan aku malas lagi untuk mengaktifkan telefon bimbit. Telingaku ini juga seakan tidak ingin lagi mendengar suaranya yang menyakitkan itu.

Lebih tiga hari aku menutup talian dan selama itulah juga aku tidak mendengar suaranya. Ketika kembali mengaktifkan telefon bimbit, aku tidak mampu menipu diri sendiri yang sekeping hatiku ini mengharapkan ada pesanan ringkas yang dihantar olehnya untuk memujuk seperti selalu tetapi untuk kesekian kalinya, dia langsung tidak mengirimkan aku sebarang pesanan. Maknanya, dia memang benar-benar menerima kata-kataku itu dan pastinya dia sudah menganggap antara kami sudah tiada sebarang ikatan lagi.

Arrrrghhh...aku ingin menjerit tetapi suaraku hanya tersangkut di kerongkong. Tiba-tiba aku terasa hidup ini kosong dan malap, bagai bumi yang telah kehilangan cahaya mentarinya. Pada dasarnya bibirku sendiri yang meminta agar hubungan kami ditamatkan di sini tetapi hakikatnya, hatiku tidak pernah menginginkan begitu.

Sepanjang hari aku jadi resah tidak menentu. Apa yang aku buat terasa serba tidak kena. Skrin telefon yang kehitaman itu aku renung lama. Tiba-tiba, ada cahaya bersinar menukar warna gelap skrip tersebut menjadi terang menandakan adanya pesanan ringkas masuk ke talian.

‘Sayang... seronokkan hidup tanpa saya.
Tak payah gaduh-gaduh. Tak ada orang
nak marah-marah, tak ada orang nak
membebelkan awak. Ya! Saya pun seronok
tapi, saya tak boleh tipu diri sendiri ....
saya tak mampu lupakan awak, saya sayang
awak sangat2 dan saya tak nak hilang awak.’


Membaca pesanan itu, hatiku jadi tersentuh. Terasa kelopak mataku mula bergenang air jernih. Benar.... aku juga tak mampu melupakan dia. Seluruh cinta yang ada di hatiku sudah diambil olehnya.
Aku tidak membalas sebaliknya hanya mengulang baca pesanan tersebut dengan hati penuh dengan pelbagai rasa. Beberapa detik kemudian, ada lagi pesanan ringkas masuk ke telefonku.

‘Sayang....saya ada benda nak cakap dengan awk.
nanti awak balas balik mesej saya ni yer...’


Keningku spontan berkerut sebaik membaca pesanan tersebut. Apa benda yang dia nak cakap ni? Sekilas aku toleh ke arah jam yang melekat di dinding rumah. Jarumnya sudah menunjukkan hampir jam 3.30 pagi, sudah menghampiri ke dinihari. Apa dia buat di waktu-waktu begini tak tidur lagi? Tanpa sedar jemariku bergerak membalas mesejnya.

‘Hah! Nak cakap ape?’

Seketika saja, dia sudah membalas kembali.

‘Saya happy sangat hari ni.’

Pendek saja jawapannya membuatkan aku tertanya-tanya sendiri. Rasa marah dan sengketa yang tercipta terus saja terhapus oleh rasa ingin tahu yang membuak-buak itu.

‘Happy sebab apa?’

Aku bertanya lagi dan dia mengambil masa yang sedikit lama untuk menjawabnya membuatkan hatiku terasa tidak sabar untuk mengetahuinya.

‘Happy sebab awak balas mesej saya....
Muuuuah!!!.. lama tak kiss awak..hahaha’


Ya Allah! Hidup-hidup aku tertipu. Dia ni memang boleh buat aku jadi sakit mental dengan tiba-tiba. Selepas dari itu, bertubi-tubi pesanan ringkasnya masuk ke telefonku.

‘Ya Allah! Saya rindu awak sangat2,
Hidup saya tiba-tiba rasa kosong,
Saya memang tak mampu hidup tanpa
awak sayang....’


‘Semalam saya jumpa awak dalam mimpi
Tapi awak tak perasan saya....huhuhu.. sedihnya.’


‘Sayang...kenapa saya call awak tak nak jawab?
Saya call awak sekarang erk?’

Baru saja aku habis membaca mesej yang terakhir itu, panggilan darinya sudah menembusi talian telefonku. Lama juga aku biarkan ia berdering sebelum menyambutnya.
“Hai! Sayang.... awak okey ke ni?” Suaranya yang gemersik dan sedikit sengau itu sudah mampu meluruhkan beban kerinduan yang bergantungan di hatiku.
“Okeyyyy...” perlahan dan meleret suaraku menjawab soalannya.
“Awak marah saya lagi?” Dia bertanya, lembut nada memujuk. Sekeping hatiku yang kosong dan sunyi seketika tadi mula dipenuhi irama indah yang begitu mengasyikkan.
“Marah! Marah sangat-sangat. Rasa macam nak cekik aje leher awak.”
Dia terus ketawa mendengar jawapanku dan ketawanya bagai air dari pergunungan menyejukkan hatiku. Ya Tuhan.... apa sebenarnya kuasa yang dia ada sehingga aku tidak mampu untuk pergi jauh dari dirinya?

Selamat Hari Guru...

SELAMAT HARI GURU buat sesiapa yang bergelar Guru dan juga pada semua yang ibu bapa yang menjadi guru sepanjang hayat pada anak-anak....Kalau nak cerita tentang jasa dan pengorbanan seorang guru, sejuta perkataan pun tak mungkin mampu untuk menghuraikannya.
Kalau nak tanya aku, cikgu yang paling aku ingat sampai ke hari ini namanya Cikgu Rosli. Dia cikgu kelas aku masa F4. Dia ajar math dari F4 sampai F5. Masa tu aku duduk kelas pandai tetapi aku budak yang paling nakal. Setiap hari dia akan bebelkan aku dan aku sentiasa cari alasan untuk ponteng kelas dia(sebab aku rasa tak payah belajar subjek tu, dah pandai sangat).
Sampai satu tahap, bila dia tengok aku tak ada dalam kelas, dia akan suruh bebudak pergi cari aku dulu sebelum dia mengajar. Kalau aku tak masuk kelas, dia tak akan mengajar hari tu. Sebab aku, semua orang kena marah. Sebab aku, semua orang rugi masa menunggu.
Dia taklah garang sangat sebab tu bila dia marah, aku main-main aje dengan dia. Tapi dia tak boleh marah aku lebih sebab soalan dia memang aku boleh jawab. Cuma dia sering tegur tentang perangai aku yang tak serupa ‘orang’ tu. Suka melepak dengan murid-muird yang bermasalah, ponteng kelas dan pelbagai masalah lagi.
Ada satu ketika tu, aku ponteng sekolah sebab ikut kekawan pergi tengok wayang. Masa tu panggung wayang hanya ada di Kota Bharu je dan waktu tu, kalau bebudak perempuan yang masuk panggung wayang dah di kira berani gila. Sebenarnya aku pun takut juga tetapi sebab terpengaruh, buat-buatlah berani.
Nak dijadikan cerita, keluar panggung masa nak cross jalan, terserempak dengan cikgu tu. Dia cuti agaknya hari tu...then, dia terus sound aku “Dah dekat-dekat SPM ni awak masih tak insaf-insaf lagi.” Sambil mengeleng dan dia sambung lagi. “ Kalau awak lulus exam ni, nasib awak memang baik la.” Lebih kurang gitu la maksudnya. Dia cabar aku tuuu..
Masa tu aku bengang gila. Lepas hari tu aku perang dingin dengan dia. Dia buat lawak pun aku langsung tak senyum. Kerana rasa tercabar, aku pulun habis study dan hafal segala formula, hampir nak bengong juga la masa dekat-dekat SPM tu.
Masa ambil result, aku terkejut gila sebab cikgu tu yang pegang slip result aku. Mulanya aku takut juga, ingatkan dia nak fire aku lagi sebab gagal tapi rupanya nak ucap tahniah. Result tahun tu ada beberapa kerat je yang dapat A subjek math dan aku salah seorang daripada beberapa kerat tu. Nak tahu dia cakap apa?
“Tahniah! Saya tahu awak ni budak pandai Cuma kekadang tu awak lalai dan cepat hanyut. Nak kena jaga selalu dan nak kena cabar baru nak sedar.”
Wah! Bagus punya ayat. Tapi aku harus berterima kasih juga pada dia sebab kalau dia tak sound aku hari tu, memang aku terus hanyut entah ke mana.
Buat Cikgu Rosli... Jasamu, Hanya Dia yang mampu membalasnya. Buat semua Cikgu di seluruh dunia.....Jasa dan pengorbananmu takkan terbayar walau digadaikan seluruh harta dunia..

AWARD...



Award... aku tak tahu apa benda ni. Orang suruh ambil, aku ambil je. Orang yang bagi aku ni namanya Katrina Anis. Alaaa... yang namanya aku pinjam untuk novel terbaru aku tu.

Kami kenal secara kebetulan kerana dia suka buku MB aku tu. Kami tak pernah jumpa tetapi sering berhubung, dah seperti adikku sendiri. Tengok gambar dia, cumel je orangnya.

Dia nak aku listkan 10 orang tapi aku malas nak bagi 10, separuh dari 10 cukup yer dik...

So, orang-orang yang kat bawah ni boleh ambil Award ni...lepas tu kena buat posting tentang Award ni dan juga tentang orang yang bagi Award ni. listkan 10 orang lain untuk menerima Award Bertuah untuk Tahun 2009 ni..


Sarnia Yasmin/Sarnia Yahya
Fatin Nabila
Kak Azah Khaliza
Kak Indah Hairani
Kak Meen Zulaikha

Hati Yang Terusik...

Bosan! Tak tahu apa nak buat, aku belek novel-novel lama yang menjadi koleksiku. Nak study, rasa seperti otak tak berfungsi. Lantas, aku pilih salah satu novel yang telah kubaca untuk di’ulangkaji’ sambil berbaring di katil.
Sedang hanyut dalam cerita yang aku baca, tiba-tiba telefon yang berada di hujung kepala berbunyi menandakan ada pesanan ringkas masuk.

'Weh!..kau turun kejap, duduk kat sofa tepi pintu tu
dan on bluetooth telefon kau.'


Pesanan ringkas dari Razak Ashraf buat aku tertanya-tanya. Dah la panggil orang main weh! aje. Hish! aku mengeleng kepala. Dia memang jarang panggil nama aku. Entah-entah nama penuh aku pun dia tak tahu. Tak senonoh betul! Aku pun dah jadi terikut sama memanggil dia begitu.

Dia memang tahu aku tidak mungkin dibenarkan keluar lewat malam begini tapi, apa hal pula dia suruh aku duduk tepi pintu ni? Dalam tertanya-tanya itu, aku balas juga pesanannya

‘Kenapa?’

Seketika menunggu, tiada tindak balas darinya. Dengan rasa pelik, aku melangkah turun ke bawah dan mengikut saja apa yang disuruhnya. Sambil menuruni anak-anak tangga, aku tekan-tekan butang telefon untuk mengaktifkan signal bluetooth.
Tiba-tiba ada lagi pesanan ringkas darinya masuk ke telefonku.

‘Ada laaa...kau turun la cepat. Aku nak bagi kau something,
tolong on bluetooth tu.’


Waktu tu, aku sudah duduk di sofa yang berdekatan dengan pintu utama rumahku dan signal bluetooth telah aku aktifkan. Seketika kemudian, telefonku berbunyi lagi dan pesanan yang masuk meminta aku menerima atau menolak data yang dihantar. Lantas, aku menekan butang yes untuk menerima penghantaran tersebut.
Sebaik saja proses menerimaan data selesai, sekali lagi dia menghantar pesanan ringkas.

‘Okey laaa... aku balik dulu.’

Eh! apa hal mamat ni? Aku jadi makin pelik. Pantas aku buka file MP3 yang dihantar olehnya seketika tadi. Lagu Kiss Me terus berkumandang menghangatkan perasaanku malam itu.

Kiss me, out of the bearded barley
Nightly, beside the green, green grass
Swing, swing, swing the spinning step
You wear those shoes and I will wear that dress
Oh, kiss me beneath the milky twilight
Lead me out on the moonlit floor
Lift your open hand
Strike up the band and make the fireflies
Dance silver moon’s sparkling, so kiss me
Kiss me down by the broken tree house
Swing me upon its hanging tire
Bring, bring, bring your flowered hat
We’ll take the trail marked on your father’s map
Oh, kiss me beneath the milky twilight
Lead me out on the moonlit floor
Lift your open hand
Strike up the band and make the fireflies
Dance silver moon’s sparkling, so kiss me
Kiss me beneath the milky twilight
Lead me out on the moonlit floor
Lift your open hand
Strike up the band and make the fireflies
Dance silver moon’s sparkling, so kiss me
So kiss me
So kiss me
So kiss me
So kiss me


Berkali-kali aku ulang dengar lagu tersebut. Sehingga ke pagi, lagu itu menjadi teman tidurku. Sehingga ke pagi juga aku jadi tertanya-tanya kenapa tiba-tiba saja dia tergerak hati untuk ‘memberikan’ aku lagu tersebut.

Keesokan paginya, aku jadi bersemangat untuk ke sekolah. Seperti biasa, seawal pagi dia sudah menunggu aku di depan rumah untuk ke sekolah bersama-sama. Jarak rumahnya dengan rumahku dekat saja dan dia akan melalui depan rumahku untuk ke sekolah kami.
Dia senyum padaku sebaik aku melangkah keluar dan aku balas senyumannya seperti biasa. Setiap pagi, senyumannya itulah yang memberikan aku semangat dan menjadikan aku ‘hidup’ sepanjang hari.

“Aku tanya kau boleh?” Aku memulakan bicara saat kaki kami sama-sama melangkah menuju ke sekolah.
Dia menoleh pandang dan tersenyum lagi sambil mengangguk. Sepanjang mengenalinya dan kini sangat rapat dengannya, suara seraknya itu sangat mahal di telingaku. Di dalam kelas, dia seorang yang sangat pendiam, hanya bercakap ketika perlu sahaja.

“Kenapa kau tiba-tiba terfikir nak bagi aku lagu Kiss Me tu malam tadi?” Soalku sambil menoleh sekilas ke arahnya.

“Tak de…saja jer…” Jawapannya terus menghentikan langkahku. Serentak dengan itu, langkahnya juga turut terhenti di situ. Dia terpinga-pinga memandangku yang sudah berdiri mengadap ke arahnya.

“Kau datang depan rumah aku malam buta sebab saja-saja jer?” Aku menyoalnya dengan mata membulat.
Dia pantas melepaskan tawa melihat reaksiku. Kemudian tangannya bergerak memegang lenganku yang berlapik baju kurung dan menarik aku untuk meneruskan perjalanan.

“Malam tadi aku terdengar lagu tu dan tetiba aje aku teringatkan kau. Aku suka lagu tu dan aku nak kau dengar apa yang aku suka.” Penjelasannya memanggil aku untuk menoleh pandang ke arahnya.

“Sebab… irama dan liriknya cukup unik, macam kau juga.” Dia menyambung kata dengan wajah bersahaja sedang aku yang mendengarnya sudah disajikan dengan pelbagai rencah rasa.
Dia hanya akan bercakap untuk sesuatu yang perlu sahaja tetapi apabila dia mengeluarkan suara, kesannya sering larut sampai ke hatiku.

Dialah Ibuku....

Bila terima hadiah dari anak-anak, aku mula teringatkan mak aku yang jauh berada di kampung. Dah lama aku tak contact dia sehingga dia pula yang menghubungiku lebih kurang dua minggu yang lepas. Bila aku tanya, dia kata saja telefon sebab lama tak dengar suara aku..huhuhu...tersentuh hati aku.

Hari ni aku cuba hubungi rumah tetapi tak dapat sebab hari tu mak cakap kabel telefon kat kampung kena curi (tak silap aku ini dah kali kelima perkara ni berlaku)

So, aku sms adik aku, tanya dia dah bagi ke hadiah yang aku suruh dia belikan untuk mak. Dia kata dah bagi..maksudnya mak aku pun dah terima hadiah yang aku kirimkan untuknya. Biarpun aku tahu bukan itu yang dia harapkan tetapi sekurang-kurangnya hadiah itu sebagai tanda dia sentiasa di hatiku. Bukan harganya yang penting tetapi nilai pemberian tu yang paling bermakna.

Masa aku muda remaja dulu, ramai orang kampung cakap muka aku sebiji macam mak aku waktu dia muda...Tapi sekarang rasanya dah tak sama.. tengoklah gambar kami berdua

Gambar ni diambil ketika ketika kami ke Cameron Highland tiga bulan yang lepas.


Aku anak kedua dari enam beradik. Kami hanya ada dua perempuan dan aku paling banyak mengikut acuan mak berbanding adik aku dalam hal-hal kerja rumah, memasak, menjahit dan macam-macam lagi.

Nak tahu? Mak aku pandai menjahit dan dia mengambil tempahan menjahit baju di kampung. Mungkin kerana aku anak mak, maka aku juga boleh menjahit..bukanlah pandai sangat tetapi cuba tanya Fatin Nabila, Kak Azah Khalida atau Kak Indah Hairani, macamana rupa langsir kat rumah aku...Semua tu aku jahit sendiri.

Mak aku memang tak tahu membaca kerana dia tak dibenarkan bersekolah. Orang tua zaman dulu fikirannya kolot sikit, anak perempuan tak payah sekolah tinggi, tempatnya di dapur saja. Arwah ayah aku juga tak sekolah tinggi tetapi dia mahu anak-anaknya belajar tinggi-tinggi.

Kerana semangat mereka, aku berjaya juga menjejakkan kaki ke Universiti. Namun, ketika aku sedang bercuti sementara nak menyambung pengajian ke peringkat Ijazah, Arwah ayah aku dijemput Tuhan secara mengejut. Kami adik-beradik langsung tak bersedia waktu tu.

Lepas tu, mak aku cakap dia mungkin tak mampu nak tanggung aku belajar lagi sebab adik-adik semuanya masih bersekolah dan dia pun tak bekerja, harapkan duit hasil kebun getah yang arwah ayah tinggalkan. Kalaulah harga getah waktu itu semahal hari ini, tentulah keadaan akan menjadi sebaliknya.

So, aku mengalah untuk memberi peluang pada adik-adik menuntut ilmu. Nasib baik waktu tu aku sudah diterima bekerja. Walau gaji tak seberapa, aku bantu mana yang perlu.

Menjadi perantau dalam usia muda tanpa saudara mara di kota besar ini, hidup menjadi terlalu sukar. Sehingga sampai ke satu tahap, aku terasa ingin menyerah kalah, ingin berhenti kerja dan terus pulang ke kampung. Namun begitu, kerana semangat mak yang ada dalam diri aku, banyak perkara sukar aku tempuhi dengan tabah.

Hari ini, sempena hari untuk semua ibu, aku ingin mengalungkan sejuta penghargaan buat insan bernama Sakinah Mamat kerana dialah ibuku.....

Hadiah Hari Ibu...

Sejak seminggu yang lalu, anak-anakku yang berdua tu sudah sibuk bertanya "Hari Ibu nanti Umi nak hadiah Apa?" Wah! anak-anak zaman sekarang..zaman aku dulu mana tahu semua benda ni.

Aku cakap "Apa yang anak-anak bagi, umi terima aje." Tapi yang besar tu tetap mendesak "Umi cakap la apa umi punya favourite, Boboy tak tahu la nak bagi apa."....

Selepas hari itu, mereka berdua sibuk berbincang nak belikan hadiah tersebut di kedai buku di sekolah mereka. "Tapi, macamana nak simpan duit? Dah tak sempat ni?" tanya si abang.."Hah! kita guna duit tabung, kita kongsi, mesti cukup."..huhuhu..aku jadi terharu mendengar perbualan mereka.

Aku cuba risik tanya berapa harga hadiah tu. Dia cakap adalah RM10.. aku senyum, ingatkan mahal. So, aku cakap "Nanti umi bagi duit tu, bila boboy nak beli." Dia cakap " Alaaa... kalau macam tu dah jadi umi yang beli sendiri hadiah untuk umi, mana boleh." So, aku cakap "Nanti minta dari papa."

Malam tadi, sebelum dia nak tidur lebih kurang pukul 11.30 malam, dia dah tanya "Umi nak hadiah Hari Ibu tu malam ni ke atau esok?" Aku cakap "Esok laaa...boboy tidur dulu."

Pagi ni, aku terjaga bila hubby aku kejut "Umi,bangun laaa... tengok anak dah letak hadiah atas meja tu." So, aku terus bangkit dan inilah hadiah yang diletakkan di atas laptopku...


Kuntuman bunga bersama sebungkus hadiah yang tertulis : Umi,Terima Kasih... Harap-harap Umi suka apa yang Boboy bagi : Aku jadi terharu, air mata hampir menitis saat itu.



Ada 7 kuntum bunga yang sangat cantik



Di dalam bungkusan tersebut, ada frame gambar yang sangat kute




Dua hadiah yang aku terima dari seorang anak...bukan harganya yang jadi ukuran tetapi nilai pemberiannya.


Bila aku tanya berapa semua harga hadiah tu, dia cakap duit yang papa bagi tak cukup dan dia tambah duit belanja sekolahnya. Hari itu, dia hanya belanja RM1.... Apa lagi yang lebih bernilai daripada pemberian ini? Menitis jua air mataku saat menulis N3 ini....

Selamat Hari Ibu

Ini hadiah menjelang hari ibu yang aku dpt dari seorang penggemar novel - Azrin. Aku copy and paste kat sini..thanks Azrin


Ibu, Mama, Emak dan umi....

Ibu,

Kasihmu sesegar salju
Sayangmu sehalus baldu
Cintamu semanis madu
Tak terhitung kasih, sayang dan cintamu.


Mama,
Melayani anakmu kau tak pernah lelah
Mendidik anakmu kau tak pernah kalah
Menasihati anakmu kau tak pernah salah
Mengajar anakmu kau tak pernah berbalah.

Emak,
Betapa agung kasihnya
Sungguh tinggi sayangnya
Sangat dalam cintanya
Mereka bagai ratu bagi anaknya.

Umi,
Kaulah segalanya di hidup ini
Kaulah permaisuri dalam hati
Kaulah insan yang sentiasa berada disisi
Kaulah bonda yang sejati
Kasih, sayang dan cinta padamu ini
Takkan terhenti hingga akhir nafasku nanti.

Jawab Tag Dari Bikash

Salam untuk semua....

Tak tahu berapa banyak dah aku terhutang tag. Entah kenapa aku malas sangat nak menjawab tag. Entah kenapa juga aku jadi 'ter' rajin hari ni nak menjawab tag dari Bikash....Mungkin ia sangat senang kot.. Mungkin juga aku nak bagi tahu peel aku yang sebenarnya..



...10 Facts About Me...

1) Gila membaca..tersangat gila sebenarnya..apa saja yang ada kat depan mata termasuklah surat khabar lama pembungkus nasi lemak.

2) Cepat naik angin kalau ada yang mencabar atau kurang ajar...

3) Pendiam.. langsung tak 'mesra alam' kalau bukan dengan orang yang tidak sekepala.

4) Suka memendam...apa yang terasa sakit tu, telan sendiri setakat mampu.

5) Suka memerhati tingkah laku orang.

6) Tak suka campur hal orang..sebab tu ramai yang cakap aku sombong(kurang asam betul siapa yang cakap tu)

7) Kalau berjalan mesti menunduk..mungkin malas nak sedekah senyum.. kalau selisih aku tak tegur tu, jangan cakap aku sombong pulak. Tolonglah tegur kalau kenal.

8) Kalau memandu, kalah pelesit.. dah tu tak suka pakai tali pinggang keledar..rasa macam tercekik aje...kalau yang membaca ni seorang polis trafik, tolong jangan tahan aku..hahaha..

9) Pendengar dan penasihat yang baik...tetapi kekadang aku sendiri macam orang 'sengal'.... (nak nasihat orang konon)

10) Kalau marah, mulut aku jadi jahat dan hati terus jadi kering...sabarlah wahai hati kerana..Harta yang paling bernilai ialah SABAR. Bahasa yang paling manis ialah SENYUM. Teman yang paling baik ialah AMAL.




Detik Perpisahan....

Mendengar berita itu, hatiku sudah berlainan rasa. Hanya sekadar satu berita, aku sudah merasai kehilangannya. Bagaimana nanti kalau dia sudah betul-betul pergi dari sekolah ini dan meninggalkan aku meneruskan perjuangan sendirian?
Sepanjang hari di dalam kelas aku hanya mampu termenung dan mengeluh sehingga Nadia yang duduk di sebelah jadi tertanya-tanya. Malah, bukan hanya Nadia yang perasan kegelisahanku tetapi Razak Ashraf yang duduk di bangku belakang juga turut menyedarinya.
“Kenapa dengan kau ni, dari pagi monyok aje?” soalan itu sudah beberapa kali diajukan padaku. Saat ini, tatkala berdepan dengannya di medah bacaan, dia bertanya lagi
Aku pandang wajahnya dengan pandangan sayu. Aku ingin menatap wajahnya sepuas hatiku. Aku ingin merakamkan segala yang ada pada wajahnya untuk disimpan di setiap sudut hatiku supaya apabila kerinduan, ukiran wajahnya itu boleh dijadikan penawarnya.
“Kau akan pergi tinggalkan aku kan?” Sebak dadaku mengeluarkan kata-kata itu.
“Hish! Cakap mengarut apa ni?” pantas saja dia memarahiku.
“Ye laa.... Kau kan dah nak pergi Sekolah Alam Syah. Nak tinggalkan aku sorang-sorang kat sini.” dadaku makin sesak dihimpit rasa sedih.
“Ak eleh! gelabah la kau niiii… aku kan nak pergi belajar, bukan nak tinggalkan kau.” Dia seperti biasa dengan keselambaannya. Tidak berperasaankah lelaki ini? Tidakkah dia merasa sedih dengan perpisahanyang bakal terjdi?
“Tapi…..”
“Apa sedih-sedih niiii?” dia pantas memintas.
“Nanti kau dah pergi, aku tak ada kawan. Siapa nak temankan aku pergi dan balik sekolah? Siapa nak temankan aku study? Siapa nak ajar aku add math?” Dalam senafas aku meluahkan. Air jernih sudah bergenang di tubir mata. Dia yang tadinya nampak selamba mula berubah air muka, diam dan termenung seketika.
“Nadiakan ada. Nanti bila aku balik cuti, aku ajarlah kau.” dia cuba memujuk membuatkan dadaku makin diasak rasa sebak.
“Nanti lepas kau pergi, kau mesti lupakan aku.” Aku mula membuat ramalan.
“Boleh tak kalau tak cakap benda-benda mengarut macam tu? Kau ni paranoid sangat laaa…Cuba fikir positif sikit.”
“Aku nak fikir positif macamana? Dah memang kau akan pergi tinggalkan aku.” Sedikit meninggi suaraku membalas kata-katanya. Saat itu, air mata hanya menunggu masa untuk gugur ke pipi.
“Katttt….” dia memanggil namaku lembut, nada ingin memujuk.
“Kau pergilah. Kau tak usah lagi fikirkan tentang aku. Biarkan aku sorang-sorang kat sini.” Sehabis menghamburkan kata-kata, aku terus bangkit meninggalkan dia di situ sambil mengesat mata yang sudah basah dek air mata.
“Kat!!!” dia mengejarku.
“Katrina!!!” jeritannya tidak aku endahkan. Aku terus pulang ke rumah dan menangis semahunya.
Sebenarnya, aku juga mempunyai peluang yang sama sepertinya. Namun, tawaran ke sekolah berasrama penuh itu terpaksa aku tolak gara-gara mama.
“Adik jangan pergi ya? Teman mama, mama tak ada kawan laaaa.... nanti SPM adik mesti akan pegi jauh dari mama.” Itulah pujukan mama sebaik mengetahui aku mendapat tawaran ke sekolah menengah Sains Pokok Sena.
Ah Mama, keranamu aku harus menguburkan impian untuk merasai cabaran bersekolah berasrama penuh. Masih aku ingat suatu ketika dulu, selepas peperiksaan UPSR, aku pernah sekali menolak tawaran istimewa itu juga kerana mama.
“Adik tak payah pergi la.... Adikkan kecil lagi, duduk rumah dengan mama. Nanti lepas PMR mama bagi adik pergi.” Itu janji mama tetapi semua itu hanya tinggal satu janji.
Walau terasa sedikit ralat, aku tolak jua tawaran istimewa itu kerana aku lebih sayangkan mama dari segalanya yang ada di dunia ini. Apa pun yang terjadi, dialah mamaku dunia dan akhirat.

Beberapa bulan Razak Ashraf pergi meninggalkan aku, hanya beberapa kali dia menelefonku bertanya khabar. Entah kenapa aku rasakan dia tidak lagi seikhlas dulu, menghubungiku hanya sekadar untuk memenuhi tanggungjawab sebagai seorang kawan yang pernah rapat sebelum ini.
Semakin lama panggilannya semakin jarang. Alasannya, dia tidak dibenarkan menggunakan handphone dan telefon awam pula sangat susah, terpaksa beratur panjang untuk membuat panggilan. Benarkah begitu atau itu hanyalah satu alasan?
Ah! aku ingin sekali mempercayainya tetapi akal logikku sering menafikan semua itu. Semakin hari aku makin tidak bersemangat untuk meneruskan perjuangan hidup. Melangkah ke sekolah hanya kerana terpaksa dan menghabiskan waktu-waktu di sekolah dengan rasa bosan yang teramat sangat.
Dalam keadaan yang serba tidak kena itu, aku dikejutkan lagi dengan pemindahan mama ke Kedah. Sungguh... aku terasa ingin saja meminta mama agar menolak tawaran tersebut sebagaimana dia meminta aku menolak tawaran ke asrama penuh. Namun, mana mungkin sama situasi yang berlaku antara kami. Sudahnya, aku harus jua akur pada satu hakikat bahawa takdir Tuhan memang tidak terjangka dek akal fikiran kita.
Sedih... hanya itu yang mampu aku ungkapkan tatkala berpisah dengan Nadia. Dialah satu-satunya sahabat yang paling baik pernah aku ada, sangat memahami segalanya yang ada pada sekeping hatiku ini.
Ah! tempat baru, segalanya baru. Sekolah Menengah Dato’ Syed Omar itu bagai tidak serasi dengan jiwaku. Terasa hati dan perasaanku masih berada di sekolah lama. Terasa kenangan di Sekolah Menengah Bagan Serai masih segar dalam ingatan.
Tiada apa yang paling mengembirakan hidupku selain dari berpeluang sesekali pulang ke kampung tatkala mama bercuti di hujung minggu. Tiada orang lain yang aku cari sebaik menjejakkan kaki di kampung itu selain dari Nadia.
“Aku tengok kau makin hari makin teruk” Nadia mengomel sambil menilikku sebaik kami bertemu.
“Apa yang teruknya?” aku tidak mengerti dengan maksud kata-katanya.
“Semuanya yang ada pada kau.”
“Teruk sangat ke?” Aku cuba menilik diri sendiri. Apa yang teruknya? Aku makin tidak mengerti.
“Kau pernah tak tengok ayam kena tungau?” tiba-tiba dia sudah beralih topic bicara. Aku hanya menganggukkan kepala bagai orang bodoh yang tidak tahu apa-apa.
“Macam tulah rupa kau.” Selamba dia mengataku.
“Kurang asam kau.” Aku marah sambil menepuk lengannya.
“Kurang asam atau kurang garam, kenyataannya memang begitu.” Serius suaranya membuatkan aku terdiam buat seketika.
“Dia ada contact kau?” Nadia menyoalku.
“Sesekali.” jawapanku mengundang senyum sinis dibibir Nadia.
Memang itulah kenyataannya. Saat ini, dia hanya sesekali menghubungiku dan bercakap pun bagai ingin segera menamatkan perbualan.
“Kau rasa dia contact kau sebab rindu atau sebab terpaksa?” Nadia menyoal lagi.
“Aku tak tahu." jawabku sambil mengeleng kepala. Soalannya itu membuatkan aku mula terfikirkan sesuatu.
“Kalau kau tak tahu, biar aku bagi tahu. Dia sebenarnya sudah semakin lupakan kau. Dan....aku percaya akan tiba masanya nanti dia terus lupakan kau.” Dia terhenti di situ dan merenungku seketika sebelum menyambung kata.
“Supaya kau tidak tergila bayang dan angau sorang-sorang, kau fikir-fikirkanlah kata-kata aku ni.” Tajam sindirannya terasa menyucuk hingga ke ulu hati.
Sampai ke malam pesanan Nadia terngiang di telingaku. Saat ini, aku mula terfikir akan kebenarannya. Mungkinkah kami bukan tercipta untuk satu sama lain dan tuhan sedang membisikkan aku tanda-tandanya?
Kerana hati yang tidak tenteram dengan pelbagai persoalan yang tidak terjawab, aku mengambil kata putus yang cukup drastik apabila dia menghubungiku malam itu.
“Wei! Kita break ajelah. Kau pun macam dah lupakan aku. Contact aku pun macam terpaksa aje. Lagi baik kita break kat sini dan anggap yang kita tak pernah kenal antara satu sama lain. Lepas ni, kau jangan call aku lagi.” Laju saja aku meluahkan kata. Dia terdiam seketika mendengar permintaanku itu.
“Okey!” Itu saja yang kedengaran keluar dari bibirnya dan jawapannya itu sesungguhnya mengejutkan aku. Sekeping hatiku bagai ditusuk belati tajam. Tanpa rasa, darahnya mengalir perlahan dan seluruh ruang yang menempatkan dirinya di hatiku bertukar warnanya.
Pantas saja jemariku terus bergerak menekan butang merah menyebabkan talian terputus terus. Tanpa sedar dua titis air jernih gugur dari celahan kelopak mataku.
Sakitnya sekeping hati ini hanya tuhan saja yang tahu. Andai kesakitan itu boleh disembuhkan, bukan sedikit masa yang diperlukan. Kenyataannya, Luka yang terpalit ini meninggalkan parut yang cukup dalam.
Selepas peristiwa hari itu, dia tidak lagi menghubungiku. Memang benar itu adalah permintaanku tetapi, tahukah dia bahawa hatiku ini tidak pernah menginginkan begitu?
Berbulan lamanya aku masih mengharapkan sebuah keajabain tetapi pertemuanku dengan sahabat akrabnya yang pulang bercuti telah merungkaikan segalanya.
“Setahu aku, dia ada rapat dengan satu perempuan tapi sejauh mana hubungan mereka aku tak tahu.” Jelas Akim, sahabat sekelas Razak Ashraf di Sekolah Menengah Alam Shah. Kebetulannya, lelaki itu tinggal sama daerah dengan kami di Alor Star dan aku mengenalinya melalui Razak Ashraf ketika baru mula-mula berpindah ke sini.
“Cantik sangat ke perempuan tu?” Tanpa sedar soalan tersebut keluar dari bibirku.
“Cantik giler tapi terlalu sosial.” Jawapan Akim menyedarkan aku bahawa keajaiban yang aku harapkan itu tidak mungkin akan berlaku. Aku kini bukan lagi siapa-siapa di hatinya kerana dia sudah punya wanita lain yang lebih segalanya dariku.

Segalanya Mungkin

Sehabis waktu sekolah, kami sama-sama beriring menuju ke ‘port’ melepak. Medan bacaan yang dibina untuk murid-murid berehat sambil mentelaah sudah seakan menjadi tempat melepak aku dan Razak Ashraf serta kawan-kawan yang lain.
Sementara menunggu waktu perjumpaan kelab petang itu, kami duduk-duduk sambil bersembang kosong. Nadia sudah menghilang entah ke mana. Penat dan bosan membuatkan aku hampir-hampir saja melelapkan mata apatah lagi dengan cuaca yang agak panas terik itu.
Tanpa mempedulikan Razak Ashraf yang berada di depan, aku melentokkan kepala ke meja beralaskan beg sekolah sambil menguap beberapa kali.
“Kau bila menguap dan nganga mulut besar-besar macam tu buruk benar rupanya.” Selamba saja dia mengutukku membuatkan kepalaku yang sudah terlentok kembali tegak. Mata yang terasa kuyu terus saja luas terbuka. Tak guna punya boyfriend, mengutuk aje kerjanya. Boyfriend? Bolehkah dia digelar sebagai boyfriend aku sedang kami tidak pernah declare begitu?
“Mulut aku, aku punya sukalah.” Aku membalas kutukannya.
“Tapi, aku pun suka dengan mulut kau.” Dia sudah mula merapu dan spontan saja kakiku terus menyepak kakinya di bawah meja tempat kami duduk itu.
“Auchh!! Sakitlah!” Dia menjerit kesakitan dengan wajah terperanjat, mungkin tidak menyangka tindakan spontanku itu. Melihat wajahnya yang begitu, aku melepas tawa kuat.
Berdepan dengan Razak Ashraf aku tidak pernah tahu rasa malu. Bersamanya aku bebas menjadi diriku yang sebenar dan aku tidak perlu berpura-pura menjadi wanita ayu untuk menarik perhatiannya. Dia menyukaiku kerana aku adalah aku, bukan ingin menjadikan aku sebagai orang lain mengikut citarasanya.
“Kau ni nampak je manja tapi kalau bab menyepak kaki dan mencubit, betul-betul berutal.” bebelnya sambil menggosok betis sendiri.
“Kau cakap lagi benda yang bukan-bukan, buat perangai macam hantu kalau nak tengok aku naik hantu.”
“Takpe....kalau kau naik hantu, aku naik flight. Rasa-rasanya, hantu boleh tak kejar flight yang tengah terbang tu?”
Kali ini jemariku bergerak pula mencubit lengannya. Geram betul aku dengan perangainya yang suka main-main dan tak pernah serius itu.
“Aduhhhhh....isshhhh.... sakit siot.” Mukanya berkerut seribu manahan sakit. Jemarinya berpindah pula menggosok lengan bekas cubitanku. Aku tersenyum lucu melihat gelagatnya.
“Kau ni suka betul dera aku. Nanti aku nak telefon teledera buat aduanlah.” Lawaknya mengundang tawaku dan buat seketika ketawa kami beradu bersama.
“Atau pun..... balik nanti aku nak cakap dengan mak aku, anak dia selalu kena dera dengan bakal menantu dia.” Kali ini gurauannya membuatkan wajahku berubah rona. Tiba-tiba aku jadi malu dan segan. Rapatnya hubungan kami sehingga satu sekolah menggelarkan couple yang secocok tetapi hakikatnya kami tidak sekali pun berbicara soal hati dan perasaan. Lantas, bila sesekali dia bergurau sesuatu yang menjurus ke arah itu, aku jadi hilang perkataan untuk membalasnya.

Bosan....

Alkisahnya aku sangat bosan hari ni. Sejak dua menjak ni aku dijangkiti wabak 3M (malas, mengantuk, merapu). Disebabkan malas dan mengantuk, aku buat kerja merapu..hahaha..


Ni gambar pemandangan dari koridor rumah aku. Mak aku cakap rumah aku macam penjara kat atas awan...terkurung dan sunyi..hahaha...




Ini pula pemandangan sebelah kiri, boleh nampak Jaya Jusco. Nak tahu..dah lebih tiga tahun tinggal di sini, boleh dikira dengan jari berapa kali aku melangkah masuk ke situ.




Ni pula rak buku kat rumah aku. Masa Fatin Nabila datang rumah hari tu, dia terperanjat tengok 'bekalan' buku aku, ada lagi dua lapis kat belakang tu. Nak tahu...aku terperanjat tengok dia terperanjat begitu...hahaha.. aku ingat semua penulis gila membaca macam aku, rupanya tidak. Nak tahu lagi..semua buku tu aku dah baca dan boleh cerita satu persatu jalan critanya.




Ini aktiviti di hujung minggu, bawa anak-anak mandi kolam. Aktiviti ni bermula sejak aku dijangkiti wabak 3M tu. Sebelum ni, aku sering tak cukup masa sebab 24 jam asyik mengadap laptop. Selama lebih 3 tahun duduk di sini, boleh dikira dengan jari berapa kali aku masuk ke dalam kolam tersebut.




Ini anak aku yang pertama tu, kalau dapat air macam anak duyung. Dia berupaya mengapung diri walau pun badan agak berisi. Berlagak nak mandi kat kolam orang dewasa.




Ni pula si kecil yang penakut tu. Nama aje mandi kolam tapi sebenarnya dia hanya berani duduk di tangga dan tepi2 kolam saja.

Lagi kisah Katrina Anis...

Aku betul-betul sakit hati. Sakit yang teramat sehinggakan seluruh semangatku bagai telah hilang semuanya. Kalau bukan kerana mesyuarat penting yang harus aku hadiri hari ini, pastinya waktu ini aku masih melingkar di atas katil. Semuanya gara-gara Razak Ashraf.
Arrrggghh!!! Aku terasa ingin menjerit. Kalau boleh aku membenci, dialah orang pertama yang ingin aku benci. Tetapi, setiap kali aku cuba untuk membencinya, setiap kali itu juga rasa sayang makin bertambah dan melimpah ruah.
Mungkinkah benar kata orang, bila kita menyayangi seseorang, bermakna kita sudah melerakan hati kita disakiti dan dilukai? Rasanya inilah perkara paling bodoh yang berlaku dalam hidupku, disakiti dan dilukai berkali-kali tetapi hati masih tetap menyayangi.
“Hoi! Termenung panjang nampak? Boyfriend kena kebas orang ke?” Mulut celupar Mira menyergahku tanpa salam.
“Mulut jangan celupar, kan ada yang makan penampar hari ni?”
“Amboi! garangnya. Ni mesti si Ashraf tu buat hal lagi.” Tekaan Mira tepat mengena sasaran.
“Enkau kalau pasal Ashraf, angin sepoi-sepoi bahasa pun boleh bertukar jadi ribut taufan dalam sekelip mata. Yang aku pelik tu, tak serik-serik juga.” Selamba dia menempelakku.
“Jomlah! Kita pergi makan, lagi baik dari duduk melayan emosi kau yang tak menentu tu.” Dia sudah bertindak menarik tanganku untuk berdiri. Tanpa banyak bicara, aku turutkan saja ajakannya apatah lagi perutku juga sudah berlagu irama keroncong.
Baru saja melangkah melepasi pintu utama pejabat, Razak Ashraf sudah tercegat berdiri disitu, bagai jaga yang sedang menjaga pintu pulak lagaknya.
Tanpa mempedulikan kehadirannya, aku terus mengatur langkah. Namun, dia bertindak menyambar tanganku.
“Kalau nak berperang, tolong pergi jauh dari tempat awam. Nanti aku tak mengaku kawan.” Mira menyindir sebelum berlalu meninggalkan kami berdua di situ.
“Lepaslah!” Aku membentak kasar sambil menarik kembali tanganku yang di genggamnya.
“Aku call kau banyak kali, kenapa off phone?” Dia terus menyoalku dengan pandangan tepat ke wajahku.
“Aku punya phone, suka akulah nak off atau nak on.” Kasar bahasaku menjawab soalannya. Saat ini, dia memang layak dilayan begitu.
Dia mengeluh perlahan, menarik nafas panjang dan merenungku lama, renungan yang mampu mengganggu gugat jiwa wanitaku.
“Apa lagi yang tak kena niiii?” Lembut suaranya bertanya. Suaranya yang sebegitulah yang sering membuatkan aku lemah dan lemas ditenggelami perasaan sendiri.
“Kau tak perlu tanya aku soalan bodoh tu, sebab….. kau sendiri tahu jawapannya.” Kata-kataku membuatkan dia terpinga-pinga seketika. Keningnya berkerut memikirkan sesuatu.
Ah! Dia memang pandai berpura-pura. Sudah berkali-kali aku katakan bahawa aku tidak ingin lagi dia mempunyai apa-apa kaitan dengan ‘perempuan perosak’ itu, dia tetap tidak ingin mengerti hatiku. Kerana perempuan itu, kami pernah terpisah bertahun lamanya. Kini, apabila kasih kami bertaut kembali, perempuan itu muncul kembali bagai parasit yang sedang menghancurkan segalanya secara perlahan-lahan.
“Sayanggg….”
“Kau sayang aku ke?” Pantas aku memotong bicaranya.
“Kalau kau sayang aku, kau takkan keluar dengan perempuan gedik tu.” Marahku mula berapi-rapi. Memikirkan perempuan itu sudah cukup membuatkan bara di hatiku marak menyala apatah lagi tatakala melihat mereka berdua duduk semeja di hotel bertaraf lima bintang malam tadi.
“Ooo… Pasal Dania la niiii…..” Dia seakan baru mengerti punca kemarahanku saat ini.
“Come on la sayang…. Aku kan ada urusan business dengan dia. Business tak kenal perempuan tu gedik atau alim.” Jawapan selambanya makin menaikkan darahku. Pantas aku bergerak laju meninggalkan dia di situ.
“Kat!” Dia menjerit memanggil namaku.
“Katrina Anis!!! Dia mengejarku dan sekali lagi sempat menyambar tanganku membuatkan langkahku terhenti dan berpusing mengadapnya.
“Okey! Okey! Kalau aku melukakan kau, aku minta maaf tapi aku tak pernah berniat begitu.” Dia bagai ingin memujuk.
“Waktu kau mencurangi aku dulu pun, kau juga tak pernah berniat begitu kan?” Semburku dengan rasa geram yang bergumpal di dada. Entah kenapa, kalau hal-hal yang berkaitan perempuan itu, darahku cepat saja menyirap ke muka.
“Kau nak tahu satu perkara tak?” Suaraku masih bernada geram.
“Kalaulah sekeping hati aku ni boleh dilihat, kesan calar dan parut lukanya sudah terlalu banyak terukir di situ kerana kau. Dan..... satu perkara yang harus kau ingat, jika sekali lagi kau cabut keluar perasaan yang ada di hati aku ni, akan aku kuburkan semuanya....waktu tu, kau hanya mampu melihat nisannya saja.” Turun naik dadaku melepaskan apa yang terbuku di hati namun, dia hanya mempamerkan wajah selamba.
“Tapi sayang.... batu nisan tu biarlah batu nisan yang cantik yer, supaya bila aku lihat benda alah tu, aku akan teringat kau sebab kaulah wanita tercantik di mata aku.” Dia masih boleh berlawak di saat api kemarahan sedang marak membakar hatiku. Itulah Razak Ashraf, lelaki yang tidak pernah mampu aku keluarkan dari ruang hatiku ini.
Sepantas kilat jemariku sudah melekat di lengannya dan satu cubitan kejam aku hadiahkan padanya.
“Aduhhh!! Aduhhh..sakit yang...sakitttt!!!” Dia menjerit kesakitan.
“I’m serious.” Tegasku dalam usaha menahan ketawa.
“Okey! Okey! Sorry!. Sumpah sayang....aku takkan buat sesuatu yang akan menyakitkan hati kau. Datanglah bidadari syurga keliling aku pun, aku tetap sayang kau sorang aje.”
Ah! manis betul janji setianya. Kalaulah kemanisannya itu boleh dirasai, pastinya semua semut akan datang menghurungnya. Namun, bolehkah dipercayai janji manis dari bibir seorang lelaki? Tepuk dada, tanyalah hati.

Cerita Baru...

Ini kisah yang sedang aku garap...kisah perjalanan hidup seorang gadis bernama Katrina Anis...

Malam yang dingin itu seharusnya aku tidur dengan lena tetapi kenapa mataku langsung tidak ingin lelap walau sesaat pun?
"Tak pe laaa... Orang dah tak sudi, nak buat macamanaaa..." Suara Razak Ashraf yang kedengarn sayu dan perlahan itu tergiang-giang di telingaku sejak siang tadi.
Kenapa lelaki yang aku anggap poyo dan langsung tidak menarik itu tiba-tiba saja mampu menggangu gugat hati dan perasaanku saat ini? Kenapa tiba-tiba saja bayangan wajahnya bagai menari-nari di ruang mataku. Sudah mabukkah aku?
"Kau tak nak balas surat dia ke?" Soalan Nadia kembali menerjah ingatan.
"Surat mamat tu? Eee...tak ingin aku...poyo jer." Jawapanku mengundang gelak Nadia. Suasana yang sudah sedia gamat di dalam kelas 1 Kenanga menjadi semakin gamat. Nadia kalau ketawa, mengalahkan pontianak mengilai ketika sedang mengejar mangsa.
"Kau jangan takbur bila bercakap Kat, takut nanti Tuhan terbalikkan hati kau. Mana tahu esok-esok kau pula yang tergila-gilakan dia." Kata-kata Nadia mengundang gelakku pula. Walau mungkin ada kebenarannya, aku tidak ingin sekali percaya yang aku boleh tergila-gilakan lelaki yang bernama Razak Ashraf itu.
Namun begitu, saat ini aku sudah terasa kelainannya. Mungkinkah kata-kata Nadia sudah menjadi satu kenyataan? Gelisah dan resah, tanpa sedar jemariku sudah menekan-nekan nombor telefon lelaki itu.
"Hello!" Suara Razak Ashraf yang menyambut panggilan membuatkan degupan jantungku berubah rentak.
"Hello! Siapa ni?" sekali lagi suaranya menembusi talian makin melajukan rentak jantungku.
"Aku..." cuma itu yang mampu terkeluar dari bibirku.
"Aku tu siapa? Janganlah main-main, dah tengah malam ni." suaranya kedengaran serak dan agak tegang di hujung talian.
"Aku... Katrina Anis. Kau...kau kenal aku kan?" Tergagap-gagap aku memperkenalkan diri.
Selepas itu, suasana menjadi sunyi dengan tiba-tiba. Mungkin dia terperanjat menerima pangggilan dariku dan mungkin juga dia tidak menyangka aku akan menelefonnya setelah menerima 'surat yang tidak ikhlas' dariku sebagai membalas ‘surat ihklas’ salam perkenalan yang dihulurkan olehnya.
Usah katakan dia, aku sendiri juga terperanjat dengan apa yang aku buat saat ini. Entah bagaimana aku boleh bertindak menghubunginya. Akalku bagai tidak mampu berfungsi dengan normal.
"Ya, Kenal! Memang kenal! Ada apa-apa ke telefon malam buta ni?" Dia bersuara kemudiannya. Soalannya membuatkan aku sedikit terasa. Kedengarannya macam 'kerek' semacam aje.
"Tak ada apa. Tak boleh ke aku telefon ni?" Jawapan berupa soalan dariku membuatkan dia ketawa perlahan dan ketawanya itu bagai irama merdu menusuk ke telingaku. Tiba-tiba aku terbayangkan wajahnya, kening yang lebat dan bertaut di tengahnya, mata yang redup bila memandang dan bibir yang manis dengan sebiji tahi lalat di sudut atas sebelah kanan bibirnya
"Bukan tak boleh tapi pelik. Tak tidur lagi ke?" Dia menyoalku dihujung tawanya.
"Tak! Kau ganggu tidur aku." Aku semakin berani bermain kata.
Sekali lagi kedengaran ketawanya di hujung talian. Oh! Aku sudah jadi tidak tentu arah mendengar tawanya itu. Cukup mengasyikkan.
"Kenapa ketawa?"
"Pelik! Tegur kau pun aku tak berani, macamana kau boleh cakap aku ganggu tidur kau?" Dia tergelak lagi dan aku sudah kehilangan punca untuk meneruskan kata.
Tiba-tiba aku teringatkan sesuatu. Sudah lama aku ingin bertanyakan soalan tersebut tetapi keadaan bagai tidak mengizikan.
“Aku nak tanya kau satu soalan boleh?”
“Tanyalah, Banyak pun boleh.” Selamba dia mengenakan aku.
“Dalam surat yang kau tulis tu, kau cakap kau suka aku. Boleh bagi aku satu alasan kenapa kau suka aku?”
“Itulah seni namanya.” Dia menjawab sambil tergelak.
Seni? Apa yang seninya? Apa yang ada pada aku yang dikatakan seni itu? Aku hanya gadis biasa-biasa yang tak ada keistimewaan untuk dibanggakan. Bercakap tak pernah tahu nak kontrol apatah lagi ketawa. Kalau beradu dengan Nadia, rasanya pontianak pun boleh lari bila mendengarnya...Apa yang seninya?


***** Ini kisah yang berlaku lebih lima tahun dulu.....