FOLLOWERS

Menghayati Sesebuah Cerita.

Dua hari lepas ketika sedang menunggu waktu kerja bermula, aku menyambung baca sebuah buku cerita. Kisahnya sedih hingga buatkan aku menangis. Tanpa aku sedari pada masa itu ada mata yang sedang memandang. Lalu, ada yang bertanya, "Baca buku pun boleh menangis ke?" Waktu tu aku cuma senyum sebab tak tahu nak jawab apa, malu pun ada.
Sebenarnya, aku bukan hanya menangis bila baca buku cerita atau menonton filem sedih tapi waktu menulis bab sedih pun aku boleh menangis kat depan laptop. Bukan hanya menangis, kekadang tu boleh tersenyum sendiri waktu tengah menaip kalau watak yang diceritakan itu melucukan.
Untuk orang yang tak tahu apa-apa mungkin akan kata aku gila tapi itulah sebenarnya cara aku menghayati sesebuah cerita. Sebelum menulis, aku akan mengambil beberapa ketika duduk termenung kat depan laptop untuk mengajak hati aku masuk ke dalam cerita tersebut. Tetapi, kalau fikiran tengah bercelaru atau badan tersangat letih, satu perkataan pun takkan keluar walau berjam-jam duk termenung depan laptop tu.
Kekadang tu, bila aku dah betul-betul menghayati dan idea tu tengah datang, ada pula yang datang mengganggu, rasa macam nak menjerit marah. Siapa lagi yang suka mengacau kalau bukan anak-anak dan hubby aku sendiri.
Waktu mula-mula menulis dulu, aku hanya mengadap komputer bila semua orang dah bermimpi sebab waktu begitu memang banyak idea akan datang dan waktu tu juga aku menulis secara sembunyi-sembunyi. Aku tak berani nak hebahkan sebab aku sendiri tak yakin ia boleh betul-betul terhasil menjadi sebuah novel. Lepas dah siap manuskripnya, baru aku beritahu hubby. Waktu tu pun, dia macam tak percaya aku boleh buat.
Sekarang ni, semua orang seakan mengerti dan pengertian itu cukup berharga buat aku. Terima kasih untuk semua.......

2 comments:

Bikash Nur Idris said...

kak hani, terkenang zaman di kolej dulu. baca novel tergelak sampai kena tegur dengan jiran compartment sebelah. hehehe.

alaf21fc said...

Salam Aidilfitri, Salam Lebaran dan salam hormat. Semoga bahagia berhariraya bersama keluarga.