FOLLOWERS

Ramadhan Al-Mubarak....

Selamat berpuasa buat semua umat islam di seluruh dunia. Hayatilah keindahan Ramadhan yang mulia ini dengan penuh keinsafan.

************************
### Jika semua HARTA adalah RACUN, maka ZAKAT-lah penawarnya. Jika seluruh UMUR adalah DOSA, maka TAQWA dan TAUBAT-lah ubatnya. Jika seluruh BULAN penuh dengan NODA, maka RAMADHAN-lah PEMUTIH-nya. ####

*************************

Majlis Novelis Prolifik - Aleya Aneesa

Petang semalam, bertempat di Hotel UITM Shah Alam, Alaf21 telah meraikan penulis Prolifik- Aleya Aneesa dan majlis tersebut telah dirasmikan oleh pelakon dan penyanyi, Erra Fazira. Malas nak cerita panjang sebab dah penat sangat, aku tempekkan separuh dari gambar-gambar yang sempat aku rakamkan untuk tatapan semua.


Sebelum majlis bermula, aku dah sambar Aleya untuk bergambar. Cantik sungguh cik adik yang diraikan hari ni sampai aku tak kenal dia waktu mula-mula masuk ke dewan tersebut. Ketika berbalas pandang, dia senyum menyapa tapi sebab aku tak kenal jadi aku jalan jer terus. Lepas tu bila Kak Meen cakap tu la Aleya, aku pon menjerit panggil dia. Dia punya la angin dengan aku..hehehe..sorry Aleya, awak cantik sangat (confius akak, ingatkan Erra Fazira dah bertudung..hahaha)

Ini pun sebelum majlis bermula kami dah buat kecoh dalam dewan, bergambar mengalahkan orang yang diraikan.

Ketika Majlis sedang berlangsung

Di sudut Kanan dewan di mana majlis akan dirasmikan

Erra Fazira sedang merasmikan majlis

Sejurus selepas majlis dirasmikan

Aleya Aneesa bersama Erra Fazira

Lepas makan-makan, sekali lagi bergambar bersama Aleya

Sempat juga bergambar bersama si cantik Erra Fazira

Ini pula sesi bergambar bersama Aleya dan semua penulis yang hadir

Ini last sekali sebelum balik dan gambar ni paling aku suka. Nak tahu hubby aku cakap apa bila tengok gambar ni... 'Macam kenal jer yang rendah sekali kat tengah tu..hahaha' melampau la tu..

Sakit.....

Sejak hari isnin lagi aku diserang batuk dan selsema. Makin hari makin teruk sampai kepala pun naik berpusing:031: tapi kaki masih kuat melangkah ke pejabat. Terfikir gak nak cuti tapi banyak sangat benda yang harus diselesaikan...

Sampai hari khamis, keadaan makin teruk, aku melangkah juga ke klinik. Cadangnya hanya untuk ambil ubat tapi sebaik saja aku beritahu yang aku batuk dan selsema, nurse yang ada di meja pendaftaran tu terus hulurkan mask, suruh aku pakai jam tu jugak:009:. Isk! aku bukan kena H1N1 laaa...aku tak demam:029:. Aku membebel dalam hati.

Masuk bilik pemeriksaan pula, doktor terus bagi aku MC dua hari.

"Awak balik, makan ubat dan tidur. Jangan dekat dengan anak-anak. Tidur asing-asing, awak tidur sorang-sorang. Kalau dua hari tak elok lagi, datang semula."

Hah! tidur asing-asing? Biar betul doktor ni. Aku dapat penyakit ni pun dari hubby, dia nak suruh aku tidur asing-asing nga hubby. Aku gelak sendiri dalam hati:018:

Balik rumah, lepas makan ubat jer aku terus tertidur tak ingat dunia:028:. Dari hari khamis sampai hari sabtu, kerja aku cuma tidur, bangun makan dan telan ubat, lepas tu tidur balik sampai muka pun naik sembab. Entah ubat apa yang doktor tu bagi kat aku, dasyat betul sampai nak buka mata pun tak boleh. Bila ada orang telefon, mulut aje yang bercakap tapi mata terpejam rapat:021:.

Sampai petang sabtu, hubby kejutkan aku, mengajak aku beriadah ke Putrajaya.

"Jom! saya bawa awak sedut udara segar di tepi tasik. Asyik tidur aje sampai muka pun da sebiji macam bantal."

Amboi! sedapnya mengata aku. Mentang-mentang la dia ada projek di putrajaya dan tiap-tiap hari ke situ, berlagak la tu.

"Cepat la...saya nak pergi tengok bebudak saya kerja ni."
Dengan mata yang masih terasa mengantuk:016: aku ikutkan juga ajakannya.

Mula-mula dia bawa aku ke presint 6 dan 7. Wah! udara tepi tasik tu memang betul-betul segar. Mata aku yang mengantuk tadi terus saja terbuka luas. Badan yang lemah pula rasa sihat serta merta.

Mmm..aku terus cakap kat hubby

"Nanti setiap hujung minggu awak bawa saya ke sini, saya nak bawa laptop sekali, nak duduk tepi tasik ni dan menaip..hahaha"

Hubby aku sengih aje. Apa tak nya, dia da lama mengajak aku joging kat situ tapi macam-macam alasan aku bagi, mengantuk la, penat la.... tapi petang tu, aku rasa macam tak nak balik pulak. Sempat la bergambar dan berposing sakan..hahaha..

Presint 6 : Tengok la pemandangan di belakang sana tu, memang cantik.

Presint 6


Presint 6 : Nampak tak PICC kat belakang tu


Kami berjalan menyusur tepi tasik dari presint 6 hingga ke presint 7



Di atas jeti di Presint 8. Boleh nampak masjid Putrajaya dari arah belakang


Di atas jeti yang sama. Boleh nampak feri dan juga jambatan yang panjang tu


Di atas jeti tu juga boleh nampak Pejabat Perdana Menteri dari arah belakang


Feri sedang menurunkan penumpang. Waktu ni da hampir maghrib tapi suasana masih terang benderang.

Nota kaki : Tak sempat nak ke presint 10. Katanya, kawasan tasik di situ agak menyeramkan kalau waktu malam.

Kalaulah.....

Kalaulah apa yang kita ingini boleh menjadi milik kita tanpa perlu berkorban, hidup ini pastinya sudah tidak ada manisnya lagi.


Kalaulah apa yang ada di hati setiap insan itu mampu kita baca, alangkah mudahnya mentafsir tindakan.


Kalaulah kelahiran kita kedunia ini kerana satu kebetulan, kasih sayang sudah tidak bernilai di hati manusia.


Kalulah kita mampu menerima takdir Tuhan dengan hati penuh redha, betapa nikmatnya sebuah kehidupan.




Di Hujung Ranting



Satu perkembangan yang baik apabila aku berjaya memghabiskan DHR dalam masa 6 jam. Bermula pukul 11 malam, aku habiskan sampai pukul 5 pagi baru tidur...hahaha...memang satu kerja gila tapi aku dah melakukannya malam tadi. Nak tahu ceritanya menarik atau tidak, kenalah beli dan baca sendiri.