FOLLOWERS

PERGI TANPA ALASAN - NEW VERSION (LIMITED EDITION)





Kami buka order secara rasmi, Special Edition yang juga dicetak dalam jumlah terhad. Re-print dengan wajah baru, ada sedikit rombakan dan tambahan menjadi lebih tebal dari yang asal.
Penulis : HANI FAZUHA
Harga : RM 29.00 ( Semenanjung) + RM 6(postage)
RM 32.00 (Sabah/Sarawak) + RM 10(postage)
** Postage untuk combo RM8/RM10
*** Harga Combo RM 65 (SM) dan RM73 (SS)
ISBN : 978-967-0718-40-8
Sinopsis :
Rihana dan Hakim, dua nama dari dua dunia berbeza, ditemukan dalam kancah penuh dosa. Bagi Hakim, Rihana itu tidak ubah seperti pelacur kelas atasan. Bagi Rihana, Hakim itu sama saja dengan lelaki kaya raya yang harus dilayan untuk mengeluarkan duit dari poketnya.
“Kahwin dengan I Rin, I’ll pay you two million.” - Hakim
“Dua juta tidak cukup untuk membeli maruah I, Hakim”- Rihana
Segalanya berubah apabila Rihana bertemu hidayah-Nya dan meninggalkan dunia kelam untuk berubah ke arah kebaikan. Hakim jadi panasaran mencari Rihana yang hilang.
Bertemu kembali setelah enam bulan berlalu dan melihat Rihana yang ‘baru’, Hakim jadi sedar yang dia mahukan Rihana bukan kerana nafsu tetapi kerana rasa yang satu itu sudah meresap meracuni hatinya.
Namun, melihat Rihana makin rapat dengan Ridzwan, jutawan muda yang tidak kurang kacaknya buatkan Hakim rasa tergugat. Biarpun Ridzwan itu teman baiknya, tidak bermakna Rihana juga harus menjadi teman baik lelaki itu.
Bijaknya Hakim memerangkap telah mengikat Rihana dalam sebuah perkahwinan yang sangat rumit. Kerana Hakim itu sudah menjadi tunangan Nelly, Rihana harus menjadi isteri secara sembunyi. Namun, apa akan jadi bila kisah silam Rihana dibongkar dan dikorek hingga ke akar umbi?
“Hakim, I rasa macam tak layak untuk you.”- Rihana
“Walau I harus mati kerana memilih you, I tetap akan pilih you.” Hakim
Kalau mati pun dia sanggup untuk Rihana, apalah sangat jika dia harus kehilangan seluruh hartanya demi wanita itu.
Mampukah perkahwinan mereka bertahan bila hidup diuji kesusahan? Sanggupkah Hakim melepaskan Rihana ke tangan Ridzwan demi merungkai segala kerumitan?
~ Rin… your love is the only thing keeping me alive ~ Hakim
*
*
*
Nota :
1. Pergi Tanp Alasan pernah terbit tahun 2013 dan naskah ini adalah yang sama diterbitkan semula dalam bentuk Limited Edition dengan rupa baru dengan sedikit rombakan dann juga tambahan muka surat.
Kalau dah ada yang lama dan cukup dengan yang itu, tak beli pun takpe. Tapi, yang edisi ini tak akan ada reprint lagi.
2. Kalau yang boleh walk in pada 27hb Sept 2015, terus beli di IKP kerana ada harga special. Tapi, hanya untuk 300 early bird sahaja.
Kalau rasa tak sempat datang awal pada hari tersebut, baik beli online sebab takut stock habis( kang nangis bawah katil....)
3. Jangan cari novel ni kat MPH atau popular atau kedai buku sebab ia tak akan masuk ke sana. Hanya ekslusif di Opis IKP dan secara online melalui ejen terpilih sahaja.

8 comments:

Nor Syakinah said...
This comment has been removed by the author.
Peeqa Meera said...

novel ni masih ade lg x?
sy berminat nak beli.

Nurulsyazwani Tajuddin said...

how to buy this novel?

Mala Dan said...

assalamualaikum... novel ni ada lagi ke... sy bminat nak beli....

Ayu Dina said...

assalam novel ni ada lg x sbb sy brminat

Emma Zahra said...

assalamualaikum....nk tanya novel ni ada lagi x ...sbb berminat sgt nk beli...

Anonymous said...

Salam...mcmana nak beli novel ni n yg lain..sprti novel HKC...best btul...
Bru trjumpa blog hanifazuha trus jatuh cinta dgn novel2nya....

Anonymous said...

Asskum novel ni ada lg ke