SEDANG sibuk dengan sesi lawatan outlet
baru di IOI City Mall, iPhonenya bergegar. Panggilan dari Haidar. Pantas Dania
melarikan diri keluar dari ‘rombongan lawatan’ mencari sudut yang agak
terpencil.
“You kat mana?”
Terus diterjah soalan sebaik panggilan dijawab.
Haih! teringat
lagu Taufik Batisah – Awak Kat Mana yang dia bincang dengan Hijaz di dalam
kereta tadi. Terus bibir Dania menarik senyum.
“IOI City.”
“Buat apa?”
Soalan Haidar kali ini memang buat Dania rasa nak ketuk kepala orang.
“Haidar...
sekarang kan waktu kerja. Haruslah buat kerja.” Dania simpan rasa geram.
Kadang-kadang, dia perlu banyak mengumpul sabar bila berdepan dengan Haidar.
Bukan sedikit tapi banyak sangat-sangat.
“Kenapa tak
cakap?”
Ya Allah! Tak
habis lagi ke?
“I ingat you
tahu. Kan Tan Sri dah sebut dalam meeting
semalam, hari ni dia nak ke sini. Pagi tadi tak nampak you masuk office, I ingat you terus ke sini.”
Kedengaran Haidar
lepaskan keluhan di hujung sana. Entah apa yang difikirkannya. Menghilangkan
diri, tak masuk office, lepas tu nak
soal siasat orang pula.
“You pergi dengan
siapa? I nampak kereta you ada kat car
park.”
Kali ini, Dania
terus terdiam. Nak cakap yang benar atau menipu? Kalau sebut nama Hijaz, dia
pasti akan banyak lagi soalan keluar dari mulut Haidar.
“Dania?”
“Haidar... you
datanglah. Tadi pun Tan Sri tanya kenapa you tak datang.” Dania ubah topik.
Tidak mahu diasak dengan soalan yang dia ragu-ragu untuk memberi jawapan. Bukan
sebab tak tahu jawapannya tapi mahu menjaga hati Haidar.
Tengoklah, betapa
kalau melibatkan soal hati, Dania masih ingin menjaganya walau hatinya remuk
Haidar kerjakan.
“You naik kereta
siapa, Dania?” Makin tegas, Haidar tidak berpuas hati selagi tiada jawapan
untuk soalannya. Itulah Haidar yang Dania kenal. Haidar yang akan dapatkan apa
yang dimahukannya.
“Hijaz.” Akhirnya
jawapan yang benar Dania berikan. Sejak dulu, menipu dengan Haidar hanya akan
membawa padah.
Diam. Haidar
terus terdiam buat beberapa ketika.
“Kenapa tak call I? Tunggu pergi dengan I?” Tegang
suara Haidar di hujung sana.
Kan dah cakap.
Sebut nama Hijaz, akan muncul banyak soalan dari bibir Haidar. Yang Dania tak
tahan, soalannya cukup mudah tetapi untuk memberi jawapannya teramatlah payah.
“Haidar... you
lupa ke I tak boleh ganggu kalau you tak ada kat office? Itu syarat you Haidar, bukan syarat I.” Dania pusing
alasan.
Yang benar, dia
memang sengaja tidak mahu menghubungi Haidar. Sejak Maya Laila muncul dalam
hidup Haidar, dia cuba untuk menjarakkan diri dari lelaki itu. Belajar untuk
sendirian sebagai persediaan.
“Lagi pun, you
tak mahu orang tahu kan? Sekarang ni ramai yang syak I ada sugar daddy sebab pakai kereta yang you bagi tu. Jangan sampai
orang tahu kebenarannya.” Dania sambung alasan.
“You tunggu sana
sampai I datang.” Hanya itu, sebelum Haidar putuskan talian.
Dania pandang
skrin telefon yang sudah gelap sebelum menggeleng perlahan. Haidar dengan
perangainya, dia sudah masak. Sama ada soal kerja atau pun soal peribadi, tetap
begitu. Yang Haidar tahu hanyalah hatinya. Hati orang lain belakang cerita.
Menyertai
kumpulan lawatan semula, fokus Dania lari berterabur. Entahlah! Sejak dia
terlibat dengan Haidar, rasa prestasi kerja menjunam jatuh. Hijaz pernah sekali
menegur dan dia kena beringat supaya tidak ditegur untuk kali kedua.
Habis sesi
lawatan dan setelah Tan Sri beredar, Hijaz mengajak untuk minum. Mulanya, Dania
menolak sebab takut Haidar tiba. Tapi setelah didesak, Dania ikut juga. Tak jauh, masih dalam kompleks yang sama di Lower Ground. Sekadar minum teh.
“Nampak dari luar
kompleks macam tak ada orang. Tapi, dalamnya ramai je.” Hijaz pandang
sekeliling.
Dania turut
memandang. Betul kata Hijaz. Orang merata tempat. Makan atau berjalan, shopping dan tak kurang juga yang window shopping.
“Trip ke Milan bila?”
“Belum confirm.” Dania picit pelipis. Banyak
yang dia plan jadi tergendala. Entah
apa yang disibukkan dia sendiri kurang pasti.
“Ikut plan bila?” Hijaz bersoal lagi. Pelik
melihat Dania yang sejak akhir-akhir ini macam agak slow. Selalunya aktif semacam. Kalau jam belum mencecah lapan
malam, ada je di pejabat. Tapi sejak kebelakangan ini, sentiasa balik awal. Ada
masalah kah dia?
“Next month.”
‘Tapi, macam kena
tukar plan.’ Dania sambung dalam
hati.
Banyak yang telah
berubah. Kalau sebelum ini dia boleh saja ke mana-mana tanpa perlu memikirkan
tentang keizinan sesiapa. Setiap tahun ada saja trip company ke oversea
dan dia tak pernah ketinggalan. Sekarang
ni, nak gerak ke mana pun kena beritahu dan mintak izin dulu.
“Kalau dah confirm, please let me know. I ingat nak
join tapi kena check jadual dulu.”
Dania diam. No komen. Lagi pun, itu trip company untuk team merchandising melihat pasaran luar. He’s the boss. Haruslah boleh ikut kalau nak pergi.
“Ehemmm...” Dehaman seseorang memanggil Dania kalihkan
pandangan.
“Eh! Haidar. Kau muncul dari mana ni? Uncle dari tadi cari kau.” Hijaz
menegur. Uncle yang Hijaz maksudnya
itu ialah Tan Sri Faris, papa Haidar merangkap bapa saudara Hijaz.
Tanpa menjawab soalan, tanpa dipelawa, Haidar terus saja
tarik kerusi dan duduk.
Cantik sungguh perangai!
Dania jeling si suami yang mencuka. Sahih mood tak berapa nak elok.
“Aku dah call tadi.”
Masih dengan wajah kelat, Haidar menjawab.
“Minum?” Hijaz berbasa basi.
“Thanks. But, no.”
Haidar angkat tangan.
“Aku cari Dania.”
Hijaz terus pandang Dania. Dan Dania pandang Haidar
sebelum gigi dikacip tanda geram dengan sikap terus terang Haidar. Tak
agak-agak sungguh!
“Encik Haidar...”
“I nak you ikut I jumpa seseorang.” Bicara Dania terus
dipotong Haidar. Tahu yang Dania mahu membantah, Haidar terus ambil jalan
pintas dan bangkit berdiri.
Jumpa seseorang itu hanyalah cerita kosong. Yang
sebenarnya, dia tidak senang bila melihat tautan mata Dania dan Hijaz. Seolah
ada sesuatu yang sedang disembunyikan. Sungguh, dia tak suka.
“Jom!” Haidar bangkit berdiri.
Dania serba salah.
“Nanti aku hantar dia balik ke office.” Kali ini bicara dituju pada Hijaz. Senang sungguh jadi
bos, main cakap saja, orang mesti kena ikut.
Melihat Dania yang masih teragak-agak, Haidar tunjukkan
tangan isyarat ‘Ladies first’ agar
Dania bangkit dan jalan dulu.
“Jaz, thanks.”
Dania tunjuk pada cawan teh di atas meja, berbasa basi sebelum bangkit berdiri.
Rasa bersalah pula meninggalkan lelaki itu minum sendirian.
Hijaz angguk.
“See you tomorrow.”
Dania atur langkah. Haidar jalan di sebelah, senyap tanpa
suara. Tatkala berdiri di escalator
untuk naik ke atas, baru dia berpusing memandang orang sebelah.
“Next time
kalau nak minum, jangan berdua dengan dia.” Nada arahan, Haidar mengeluarkan
suara dan itulah Haidar yang Dania kenal. Arahan dan amaran, dua perkara yang
sudah sebati dengan dirinya.
Dania diam. Tidak membantah dan tidak juga bersetuju. Mengenali
Haidar, kalau makin dijawab arahannya, makin banyak lagi yang akan keluar.
Jalan terbaik, diam dan dengar.
Diamnya Dania buat Haidar tak senang hati. Dia tak suka
keadaan ini. Tak suka bila melihat Dania tersenyum mesra bersama Hijaz. Tak
suka bila Dania seolah tidak pedulikan dirinya.
Tapi... kenapa mesti ada rasa itu kalau dia memang sudah
tahu antara dia dan Dania hanya untuk sementara waktu?
Haidar tarik nafas. Terus melangkah memandu arah menuju
ke car park. Remote ditekan dan pintu kereta untuk Dania dibuka.
“Nak pergi mana ni?” Dania akhirnya bersuara setelah
kereta bergerak keluar dari kawasan car
park.
Senyap.
“Haidar?”
“Tengok wayang.” Sepatah Haidar menjawab. Sebenarnya, dia
pun tak tahu nak bawa Dania ke mana. Yang pasti, mahu bawa Dania jauh dari
semua orang.
“You tak takut orang nampak ke?” Dania berpusing badan
menghadap si pemandu. Tak terjangka fikiran dengan jawapan Haidar.
“Dalam panggung tu gelap, orang tak nampak.”
“Itu I tahu, tapi luar panggung tu terang.”
Haidar berpaling sekilas.
“You bercakap sepatah lagi, I buat wayang dengan you tepi
jalan ni.” Nada amaran Haidar berikan.
Dania geleng kepala. Bercakap dengan Haidar memang tak
pernah menang. Sudahnya dia hanya diam sehingga kereta Haidar masuk ke
Alamanda.
5 comments:
Best.... dh abis bc :-D
Best..menarik. sambung lg sis..
Yeah... sambunglah 2/3 bab lagi.
Mmg nak pergi cari kat kedai buku pun....
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.
Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
Nak bc novel best ni tp dh hbs d jual... Hu hu
Post a Comment