****** Bab 6
S
|
EDANG lena dibuai mimpi, terasa bahunya digoncang dan namanya dipanggil
perlahan. Seolah masih dalam mimpi, ada lelaki yang mengejutkannya.
"Raimi."
Tengah ting tong, nama itu yang
tersebut di bibir Dania.
"Raimi mana
pulak ni?"
Suara Haidar?
Pantas Dania buka mata. Betul, Wajah Haidar yang berdiri rapat di sofa tempat dia terlena.
Pulang ke rumah
dari Alamanda tadi, Haidar terus keluar. Ada hal katanya. Pastilah hal dengan buah
hati. Sebabnya, dalam perjalanan tadi, ada panggilan telefon dari Maya.
Ingatkan dah tak tahu jalan balik.
"Kenapa
tidur macam ni?" Tangan Haidar sudah menyentuh kakinya.
"Tengok,
kaki pun dah sejuk. Kalau nak tidur tu boleh tak cari selimut?"
Dania pejam celik
mata. Masih mamai. Mengingati apa yang berlaku sebelum dia tertidur di sofa
ruang tamu itu.
Kerana kebosanan,
dia baring di sofa sambil baca novel Kekasih Cadangan Hati. Oh! Matanya terus
melilau mencari novel tersebut.
Mana pergi?
"Cari ni
ke?" Haidar tunjuk novel di tangan.
"Kenapa baca
cerita pasal kekasih semua ni?" Soalan ditanya lagi.
"Raimi tu
siapa?" Lagi soalan menerjah masuk ke telinga Dania. Kali ini ada nada
cemburu dari suaranya.
"Raimi tu
duda." Jawapan geram Dania berikan dan bangkit berdiri.
Ya! Duda yang dah
hempap muka dia malam tadi. Sambungnya dalam hati sebelum tersenyum.
Tapi... senyumnya
buat Haidar membara. Pantas lengan Dania ditarik kuat. Sehingga terjatuh ke
atas ribaannya yang sudah pun melabuhkan punggung ke sofa.
“Haidar!” Dania
terjerit kuat
“Cakap
betul-betul,” tekan Haidar.
Dari lengan,
Tangannya sudah beralih memaut pinggang si isteri. Mendengar nama lelaki yang
keluar dari bibir Dania, dia memang tak senang duduk. Apatah lagi bila lelaki
itu dikatakan duda.
“Betullah. Memang
dia duda.” Sengaja, memang Dania sengaja mahu melihat reaksi Haidar.
“Dia tu siapa?”
Nada tak puas hati makin menyerlah.
“Duda.” Dania
simpan senyum.
“Kenapa? You
cemburu ke?” Soalan provokasi Dania buat Haidar terdiam. Cemburu tak pernah
wujud dalam kamus hidup dia. Itu kata bibirnya. Kata hatinya? Entah!
Tapi, kenapa dia
seperti tak suka? Kenapa hatinya bagai digugat? Sebelum ini, yang selalu dia
dengar dari bibir Dania hanya Hijaz. Dania mana pernah rapat dengan lelaki lain
selain Hijaz. Dari mana pula datangnya nama Raimi sehingga Dania termimpi?
“Boleh lepas
tak?” Dania cuba leraikan pautan Haidar dan cuba untuk bangkit. Namun Haidar
makin mengeratkan pelukannya.
“Kalau I tak nak
lepas?” Jemari Haidar sudah mula bergerak sana sini.
Dania tepis
perlahan dan cuba untuk bangkit. Pun begitu, Haidar lebih bijak. Tubuh di atas
ribaannya ditarik rebah ke sofa bersamanya.
“Haidar!” Tidak
bersedia, Dania terjerit kecil.
“I tak suka you
sebut nama lelaki lain.” Nada amaran terbit dari bibir Haidar. Kali ini mata
saling bertentang.
Dania senyum
sinis. Mengaku sajalah kata cemburu, kan senang. Haidar dan egonya, tak siapa
yang mampu menyangkal.
“Kalau you sudah
berniat untuk melepaskan I, kenapa perlu ada rasa tak suka?” Soalan Dania
sekali lagi buat Haidar terdiam tanpa jawapan.
Ya! Kalau sudah
ada perancangan yang ikatan antara mereka akan terputus dalam masa terdekat
ini, kenapa Haidar masih mahu mengongkongnya?
“You fahamkan,
maksud tak suka? Atau I perlu beli kamus untuk you?” Ayat sarkastik sudah
keluar dari bibir Haidar.
Haih! Pasal hero
novel saja, asalnya hanya mahu main-main saja tapi sekarang sudah menjadi
serius.
“Kenapa tak
boleh...” Soalan provokasi yang ingin ditanya Dania terus termati tatkala bibir
Haidar melekat di bibirnya.
“Kan I dah cakap
banyak kali, I tak suka you curi-curi ceroboh bibir I macam ni.” Dania ketap
bibir geram sebaik Haidar melepaskan bibirnya.
Haidar tarik
senyum.
“Jom teman I
mandi.” Bersahaja seolah apa yang Dania luahkan kata tak suka itu satu nyanyian
indah di telinganya.
“Dah tengah malam
Haidar.”
“Macam tak
biasa.” Haidar sudah bangkit dan menarik Dania bangkit bersamanya.
“I tak ada mood.” Dania menolak dan duduk kembali.
Memang sejak Maya
muncul dalam hidup mereka, moodnya
tak pernah mahu muncul tatkala bersama lelaki ini.
Haidar turut
duduk.
“I boleh pulihkan
mood you.” Sengaja menggoda, Haidar
berbisik perlahan di telinga si isteri. Rambut Dania yang kusut menutupi
separuh wajahnya diselak dan diselit ke tepi telinga.
Dania baru mahu
bergerak bangun, Haidar pula menahan. Wajahnya dipalingkan. Lima jemari Haidar melekat di
pipinya dan ibu jari bermain di bibir.
“Nice lips....”
Haidar dekatkan wajah, rapat sehingga hujung hidung mereka hampir bertemu.
Dania pejam mata. Sudah terasa yang rajuknya tidak akan
memberi apa-apa makna.
“And... I want to kiss them?” bisik Haidar lagi dan bibir terus berlabuh di
situ. Di tempat yang sering buat dia sasau.
‘Dania... you’re
such a good kisser yang boleh buat I gila. You’re such a good wife yang boleh buat I tak mampu melangkah jauh.’
Bisik hati Haidar. Bagaimana nanti kalau dia harus melepaskan Dania?
Relakan, itu yang Dania bisik ke hati, kerana Haidar
tidak perlukan jawapannya.
Dan akhirnya, dia kalah jua. Kalah dengan godaan Haidar.
Sesungguhnya, cinta itu memang melenakan. Mampu melupakan dia pada semua
perkara kecuali Haidar.
Rasanya, kalau ditakdirkan ingatannya hilang, nama Haidar
dia tak mungkin akan lupa. Begitu sekali kuatnya ‘dadah’ yang Haidar suntik ke
tubuhnya.
1 comment:
Ade lagi ke jual novel ni di pasaran? Tajuk sama jugak ke?
Post a Comment