L
|
ANGKAH Dania terhenti. Bicara
Haidar buat jantungnya terpaksa bekerja keras. Nama yang disebut Haidar sangat familiar di telinganya.
“It’s up
to you.” Suara Haidar kedengaran lagi berbicara dengan ‘si dia’ di talian.
Dania masih di situ, berdiri tegak di belakang
sofa yang Haidar sedang duduk.
“No!
Maya...I dah tak kisah.”
Ya! Memang dia tak silap dengar. Nama yang
disebut-sebut Haidar itu Maya. Cumanya dia jadi tertanya, adakah ia orang yang
sama yang dia terlihat gambarnya di dalam wallet
Haidar? Adakah Maya itu adalah Maya Laila yang pernah Hijaz sebut sebagai
kekasih atau bakal tunang Haidar?
“Okey! You nak balik sekarang atau nak balik
kemudian, I tak ada halangan.”
Dania tahan nafas. Kenapa tiba-tiba hatinya terasa lain?
Tidak mahu lagi mendengar lebih lanjut, dia berpusing masuk ke bilik.
Bilik yang menjadi saksi detik-detik indah dia dan Haidar
selama dua bulan yang lepas. Sofa kulit panjang di tengah bilik menjadi tempat
punggungnya berlabuh.
Tiba-tiba lagu mewangi di kaca TV menyapa telinga.
Selamanya.....
Hati
ini akan selalu memujamu
Menyintaimu...
Seumur
hidupku hanyalah padamu
“Dania...” Suara Haidar yang tiba-tiba menyapa terus
melenyapkan bait-bait lirik yang Dania dengar.
Belum sempat berpaling, Haidar sudah duduk di sebelahnya.
Seperti biasa, tangan Haidar menarik jemarinya dan diletak ke atas paha
sendiri.
“Maya tu siapa?” Terus terlepas soalan tersebut dari
bibir Dania.
Haidar nampak tersentak. Tapi cuma seketika sebelum kembali
mengawal reaksi. Nafas ditarik panjang.
“You dengar?”
Dania angguk dan nafas yang panjang Haidar lepaskan.
Jemari Dania di atas pahanya diangkat dan di bawa ke bibir. Lama ciumannya
singgah pada jemari itu.
“Mungkin masanya sudah tiba.” Perlahan saja suara yang
Haidar tutur tetapi ia seperti bom jangka yang meletup di hati Dania. Hancur
semuanya.
“I berikan you penthouse
ni. Kereta tu you boleh terus guna. I takkan ambil apa yang telah I berikan
pada you.”
Apa maknanya? Adakah Haidar sedang sampaikan yang
perjanjian tanpa hitam putih ini akan berakhir? Adakah ini bermakna akan
terlerainya sebuah ikatan?
Ya! ikatan sebuah perkahwinan yang tak pernah dirancang,
yang tiba-tiba terjadi hanya kerana dia dihimpit kesulitan.
Dania telan liur. Terasa kesat. Kenapa dia tiba-tiba mahu
menangis? Apalah gunanya Penthouse
mewah ini kalau tanpa kehadiran Haidar? Apalah gunanya Audi Q7 itu kalau dia
harus sentiasa membalut luka di hati saat memandunya?
“Dia akan pulang. Dan antara kita...” Haidar matikan kata-katanya
di situ. Badan dipusing menghadap Dania. Kenapa ya, sangat payah untuk
diluahkan?
Wajah putih gebu Dania ditatap oleh mata ‘jantan’ Haidar.
Lama. Sehingga dadanya tiba-tiba berdebar.
“Haidar?” Nama itu tersebut di bibir Dania. Dia senyum
tapi hatinya sedang menangis tanpa air mata.
Kalau tanpa cinta, kenapa harus ada duka tatkala mahu
berpisah? Bibirnya boleh berkata dia bersama lelaki itu hanya untuk
‘melunaskan’ hutang. Tapi hakikatnya, dia tidak dapat menipu diri sendiri. Ada
sesuatu di sudut hatinya yang mahu dia sentiasa dekat dengan Haidar.
Memang tatkala dia menerima lamaran Haidar, dia tahu
detik ini akan tiba. Cuma dia tidak menyangka sebegini pantas. Baru dua bulan.
Terasa belum puas lagi menikmati hangatnya malam bersama Haidar. Belum cukup puas merasai indahnya siang
bersama lelaki ini.
“Semua orang tak boleh tahu apa yang berlaku. Anggap saja
antara kita tak pernah jadi apa-apa.”
Dania tunduk, sembunyikan wajah. Mahu berkata-kata tapi
tiada suara. Lidahnya menunjal-nunjal ruang dalam mulut. Menahan sebak.
“I tahu you tak pernah sayang I. Tapi...” Liurnya terasa
sangkut di kerongkong sendiri.
“Cara you ‘buang’ I ni, buat I rasa terhina.”
“I tahu you kuat.” Suara Haidar bagai memujuk. Tangan
naik menyentuh pipi si isteri.
Dania pejam mata. Cuba sebaik mungkin merasai sentuhan
jemari Haidar tetapi kenapa hanya sakit yang dia rasa?
Apalah gunanya pujukan itu kerana sebaris ayat tadi sudah
mampu menjadikan rasa di hatinya mati tanpa nisan.
Tapi, Dania angguk jua. Ya! Dia harus kuat.
Lagu mewangi kembali menyapa telinga. Syahdu...
Satukanlah
hati.....
Jadikan
malam ku lebih indah
Jadikan
siang ku lebih terang
Tak mungkin! Sampai menutup mata pun, malamnya tidak
mungkin lagi akan indah. Siangnya tak mungkin lagi akan terang.
No comments:
Post a Comment