BERITA yang baru saja disampaikan ibu mertuanya melalui
telefon buat Zarif terdiam lama. ‘Abang Ari ditangkap khalwat.’
Satu-satunya
abang pada si isterinya itu memang nampak pelik dari sudut pandangan Zarif.
Apatah lagi bila dia perhatikan Dya sering cuba mengelak apabila berdepan
dengan lelaki itu. Berbeza sungguh jika nak dibandingkan dia dan adik-adik
perempuannya yang sering nak bermanja itu.
Tak cukup dengan
kepelikan itu, Zarif juga perasan si isteri seperti tidak bertegur sapa dengan
ayahnya sendiri. Entahlah! Banyak yang pelik tentang Dya dan keluarganya yang
menimbulkan persoalan di benak Zarif.
Sedang fikirannya
menerawang berkaitan
keluarga Dya, telefon bimbitnya berdering minta diangkat. Nama Dya yang tertera buat bibirnya spontan mengukir senyum.
keluarga Dya, telefon bimbitnya berdering minta diangkat. Nama Dya yang tertera buat bibirnya spontan mengukir senyum.
“Rindu saya ke
malam-malam telefon ni?” Zarif mengusik sebaik talian bersambung. Malam itu,
dia bertugas malam.
“Tak payah nak
perasan!” Di hujung sana membalas.
"Okey, I miss you too." Zarif membalas.
"Eh!
Bila masa saya cakap saya rindu awak?"
Zarif ketawa
perlahan. Memang sudah menduga jawapan yang sebegitu akan didengar.
Hubungan mereka
yang sesekejap panas dan suam masih belum menunjukkan jalan untuk berubah. Dya
yang keras tetap masih belum mampu dia jinakkan.
Cumanya, dia ada
peluang yang luas apabila Dya akhirnya mengalah untuk tinggal sebumbung di
kondo miliknya. Itupun, dia terpaksa menggunakan pelbagai helah berkait dengan
keluarga. Kalau tidak, harus saat ini dia sudah bergelar duda berhias.
“Tadi, ibu
telefon.” Dia bersuara perlahan.
“Tahuu... ibu dah
cakap.” Cepat sahaja Zarif membalas.
“Esok
kita bincang, ya sayang? Tak sesuailah cakap dalam telefon ni.” Zarif bersuara
lagi mematikan terus suara si isteri. Lembut tonasinya agar Dya tidak
membantah.
“Okey.”
Perlahan Dya bersetuju sebelum talian diputuskan.
Zarif
sedut nafas. Bercakap dengan seorang Ardyana, harus ada kepakaran yang tinggi.
Jika tidak, pasti akan dibahas dengan kata-kata yang akan menyakitkan hati
sendiri.
Bangkit
dari kerusi, Zarif berkemas apa yang patut. Dia perlu cari orang untuk
menggantikan tugasnya. Esok malam, dia harus menghadiri majlis perkahwinan
ringkas si abang ipar. Apa nak buat, hidup harus ada tanggungjawab pada semua
perkara termasuklah keluarga.
PULANG saja dari majlis pernikahan serba ringkas Abang Ari, Zarif rasa
hatinya bagai dirasuk. Lebih seminggu bergelar suami, tapi si isteri seperti
orang asing. Usahkan nak ‘sentuh’ sebagai suami, sentuh tangan macam pasangan
kekasih selalu buat itu pun susah nak dapat.
“Jom kita sembang
kat luar tu kejap.” Tanpa amaran, tangan si isteri ditarik menuju ke balkoni.
Waktu itu, mereka baru saja melangkah masuk ke dalam kondo sebaik pulang dari
majlis.
Tingkah dan
pandangan pelik si suami menimbulkan tanda tanya di hati Dya. Pun begitu,
keperihatinan suami yang sanggup bercuti kecemasan hanya untuk hal-hal berkait
keluarga buat hati Dya sedikit lembut. Lantas, dia menurut saja ajakan Zarif
walau ketika itu badannya penat sungguh-sungguh.
Duduk saling
menghadap di balkoni, lebih sepuluh minit, hanya sunyi menemani mereka. Lama
Dya menanti namun ‘sembang’ yang dimaksudkan Zarif tadi hanyalah bicara bisu.
“Awak nak sembang
apa ni? Kalau setakat ajak saya duduk kat sini untuk menghadap muka awak tu,
baik saya masuk tidur!” Mulut Dya mula petah berkata-kata.Kasar bahasanya.
Zarif senyum
paksa. Dia tak tahu nak cakap apa sebenarnya tapi hatinya mula mahukan sesuatu
yang lebih dari sekadar lihat dan tengok.
“Saya nak tahu
sampai bila hubungan kita harus begini? Awak tak rasa ke masa yang saya beri
sudah terlalu lama?” Soalan yang keluar dari bibir Zarif buatkan Dya terpana.
Terasa darah di seluruh tubuhnya terhenti mengalir.
“Awak tak rasa ke
yang masanya dah tiba untuk awak berikan hak saya yang sepatutnya?” sambung
Zarif lagi sekali gus buat denyutan nadi Dya terhenti sesaat.
Apakah
perkahwinan Abang Ari tadi mendorong dia menuntut haknya? Mungkinkah malam ini
akan terbongkar segalanya? Hati Dya tertanya sendiri.
“Saya... saya
belum bersedia.” Tergagap-gagap Dya memberi jawapan.
“Tapi sampai
bila?” Nada suaranya cukup bersah
“Awak tahu tak
berapa banyak dosa yang awak dah kumpul jika menolak permintaan seorang suami?”
Zarif timbulkan persoalan yang sangat rumit untuk dijawab.
“Kalau macam tu,
apa kata awak lepaskan saja saya? Senang!” Terpacul kata-kata tersebut dari
bibir Dya. Dia tertekan sebenarnya.
Zarif terpempan.
Bulat matanya merenung wajah gelisah si isteri.
“Awak sedar tak
permintaan awak tu boleh menjauhkan awak dari pintu syurga?” provokasi berbaur peringatan
Zarif bentangkan.
“Kalau tak mahu
saya masuk neraka, tolong jangan mintak
yang bukan-bukan.” Mulut Dya makin berani berhujah sedangkan hatinya makin
mengecut memikirkan persoalan ini. Dia sedar, sudah banyak dosa yang terkumpul
sepanjang tempoh perkahwinan ini.
Zarif mengeluh
berat.
“Okey! Tapi secara
jujur dari hati awak, tolong beritahu saya apa sebenarnya yang awak takutkan?”
Soalan lagi, mendesak agar Dya berterus terang. Benar, dia keliru dengan tahap
ketakutan Dya. Macamlah dia ni harimau belang yang boleh menyebabkan sebuah
kematian bila didekati.
“Saya tak takut
apa-apa!” Ego! Dya pura-pura berlagak seakan tiada apa-apa yang merisaukannya.
Sedang sebenarnya dia sangat risau. Bimbang terbongkar satu cerita yang dia
sembunyikan berbelas tahun dulu.
“Jadi...”
“Ia takkan
terjadi apa-apa selagi awak tidak mendesak.” Dya bingkas berdiri. Dadanya sesak
tiba-tiba tatkala ingatannya kembali ke zaman silam. Benar... bencinya pada
lelaki itu sangat menebal dan Zarif harus menerima tempiasnya.
Zarif
yang melihat hanya mampu memandang. Sudahnya, dia sendirian di situ, merenung
ke langit kelam. Malam itu, tiada bulan dan bintang seperti juga langit di
hatinya.
Entah
kenapa dia jadi gundah begitu. Bimbang jika mahligai yang dia bina dengan susah
payah harus diakhiri dengan mudah.
No comments:
Post a Comment