|
MATA terasa mengantuk tetapi
nak tidur memang tak boleh lena. Tak tahu nak buat apa, sudahnya Dania
termanggu sendiri di dalam gelap. Merenung keindahan bandar raya Kuala Lumpur melalui
dinding cermin.
Haidar... nama itu tersebut di bibirnya.
Rindu?
Siapa yang tak rindu kalau hampir setiap malam diulit
lelaki itu dengan bahagia tapi tiba-tiba segalanya berubah.
Dia yang merasa, dia yang menjadi mangsa,
kadangkala sangat-sangat tersiksa. Tapi, itulah cinta. Sesuatu yang kita tak
jangka, sesuatu yang kita tak duga, tiba-tiba ia ada.
Cintanya pada Haidar, di luar rasa sedar. Dari
benci dan geram, dari tak suka dan menyampah, rasa itu bertukar. Dan sekarang,
untuk membuang rasa itu merupakan sesuatu yang amat sukar.
Sejak hari di mana Haidar luahkan tentang hubungan mereka
yang harus ditamatkan, lelaki itu sudah jarang pulang ke penthouse tersebut. Hanya dia yang masih setia menjadi penunggu.
“I sibuk untuk beberapa hari ni.” Itu pesan Haidar. Dan
mengikut perjanjian, dia tak boleh ambil tahu ke mana Haidar pergi.
Sadis sungguh!
Hari ini, dia tahu Haidar menghadiri dinner keluarga, bersama keluarga Maya Laila sempena menyambut
kepulangan gadis itu. Dia tahu semua itu pun dari mulut orang lain.
Sakit?
Isteri mana yang tidak sakit bila suami sendiri sedang
meraikan wanita lain. Lebih sakit lagi bila semua cerita itu dia terpaksa
dengar dari mulut insan lain.
Maya Laila, wanita yang Haidar inginkan sejak dulu. Itu
cerita yang dia dengar. Cerita Haidar dia tidak tahu.
Tapi yang peliknya, jika Maya Laila yang Haidar mahukan,
kenapa dia yang Haidar kejar? Sekadar untuk berseronok?
Mungkinkah benar, Haidar memang menunggu gadis tersebut
untuk diangkat sebagai isteri yang sebenar-benarnya. Sebab bila Maya Laila
muncul, Haidar terus luahkan kata putus. Haidar juga semakin jarakkan hubungan
mereka.
Dania tarik nafas. Sesak! Dadanya bagai menyempit.
Serentak itu, telinganya terdengar alarm
pintu dibuka.
Haidar pulang? Terus Dania berlari masuk ke bilik dan
menyelinap masuk ke dalam comforter,
pura-pura tidur.
Seketika kemudian, telinganya terdengar seseorang menapak
masuk ke bilik, menghampiri katil.
“Dania...” Suara Haidar memanggil. Comforter yang menyelimut hingga ke kepalanya terasa ditarik.
“Mmm...” Dania bergumam. Comforter ditarik semula, menutup muka. Dia tak mahu tengok muka
Haidar, nanti kelak hatinya yang akan terluka.
“Dania, pandang sini.” Haidar tarik semula comforter yang menutup muka si isteri.
“I mengantuk la Haidar.” Dania pura-pura. Sebenarnya, dia
tak sanggup untuk berdepan dengan Haidar malam ini. Tiga hari menghilang, tanpa
khabar atau pesan, tiba-tiba muncul mencarinya. Apa yang Haidar fikirkan tentang
dia sebenarnya?
“Lima minit.” Haidar tarik tangan si isteri agar bangkit.
“Pleaseee...”
Dia sudah bernada rayuan apabila Dania seakan enggan.
“Ada apa Haidar?” Dania tiba-tiba jadi cuak.
“Tu, tengok I beli apa untuk you.” Haidar memuncungkan
bibirnya ke satu sudut di dalam bilik tersebut.
Comforter. Warna merah! Dania
kelip-kelip mata.
“You suka merah kan? I tempah khas tau.” Senyum terlukis
di bibir. Tapi, mata masih pada seraut wajah isteri. Ada rindu dalam hati, yang
masih bergantung belum mahu gugur.
Dania pula hanya pandang Haidar tanpa kelip.
‘I tak perlukan apa-apa, Haidar. I cuma mahu you.’ Bisik
hati Dania.
Tapi, hanya mampu terluah di hati. Dia tidak mahu menjadi
wanita yang tak tahu malu. Menyorongkan pipi sedang hidungnya sikit pun tak
mancung.
“You kata dah jemu guna selimut yang sama kan?” Haidar
bangkit mendapatkan comforter yang
dibeli. Kemudian, dikeluarkan dari sarungnya dan ditebarkan ke depan mata
Dania.
Cantik! Warna merah dengan corak bunga 3D. Dia pernah
nampak orang jual di internet.
“Tapi, jangan bermimpi untuk tukar orang yang berada di
bawah selimut yang sama dengan you.” Nada bergurau, Haidar hamparkan selimut
tersebut ke katil.
Nampak riak Haidar cuma biasa-biasa tapi ayat amaran dari
mulut lelaki itu buat Dania terfikir sesuatu. Kalau Haidar sudah berfikir untuk
menukar ‘selimutnya’, kenapa dia tidak dibenarkan berfikir yang sama?
“Haidar...” Dania memanggil.
Haidar yang sedang menanggalkan butang baju terus
berpaling. Baju dilolos dari badan dan dibaling ke dalam bakul.
“I dah biasa tidur berteman. Kalau you dah tak boleh nak
temankan I lagi, apa salahnya...” Bicara Dania mati di situ apabila tiba-tiba
Haidar sudah menghenyakkan diri ke atas katil.
Serentak itu juga, tubuh Dania ditarik rebah bersamanya.
“Malam ni, kita guna selimut merah ni. I temankan you.”
Haidar berbisik perlahan, dekat di tepi telinga Dania.
“Sampai pagi...” sambungnya sebelum bibir melekat di pipi
si isteri.
“Haidar....” Dania menolak tubuh sasa yang sudah
menghimpitnya.
“I tahu, you mesti nak suruh I mandi dulu kan?” Haidar
kenyit mata. Faham benar dengan setiap peraturan Dania.
‘Sebelum tidur, mandi dulu. Kalau tak, tidur di sofa. I
tak lalu nak peluk.’
Haidar gelak mengingat semua itu sedang Dania yang
memandang sudah tidak bersuara. Ketawa gembira Haidar buat dia sesak nafas.
Yalah! Baru bertemu buah hati, mana tak gembira. Cuma dia yang terpaksa memendam rasa.
Sebabnya, dia tak mampu memujuk hati untuk turut gembira dengan kebahagiaan
sang suami.
Haidar bangkit dan dengan selamba membuka seluar di depan
itu juga. Dania yang memandang terus geleng kepala. Haidar kalau depan dia, memang
tak pernah tahu erti malu.
Memandang Haidar yang melangkah ke bilik air, Dania pejam
mata. Dia ingin sangat tahu apa yang ada di hati dan fikiran Haidar ketika ini.
Andai ada kanta yang boleh nampak hingga tembus ke dalam, dia sanggup untuk
mendapatkannya.
No comments:
Post a Comment