RASANYA baru saja dia terlelap, terasa tangannya ditolak kasar. Pantas Zarif
membuka mata. Masih mamai, kelopak mata ditenyeh. Kabur tapi dia nampak si
isteri sedang duduk bersila di sebelahnya, di atas katil. Perlahan dia bangkit
separuh badan.
“Kenapa
ni sayang?” soal Zarif dengan mata yang mengecil. Perkataan sayang itu memang
spontan keluar dari bibirnya. Ya! Itu kenyataan. Dia memang sayangkan Dya.
Sejak dulu. Cuma Dya saja yang tak tahu.
“Kenapa
sayang?” Dya ulang balik soalan yang ditanya dengan memek dan nada mengejek
buat Zarif hampir tergelak. Lawak apakah di pagi hari begini.
“Awak
tanya saya kenapa? Patutnya saya yang tanya awak kenapa.” Suara Dya naik
sedikit. Nada marah dan tayang muka tak puas hati.
“Kenapa
awak tidur kat sini? Kenapa tak tidur depan TV sana? Kenapa peluk saya?
Kenapa...”
“Huarghhh...” Zarif pura-pura menguap,
sengaja mahu mematikan soalan bertubi-tubi si isteri. Dia sudah dapat menangkap
apa yang menyebabkan Dya berangin pagi-pagi buta begini. Pasti sebab kena
peluk.
Haih!
Baru peluk sikit. Belum buat-apa-apa lagi.
“Saya
mengantuklah. Beri saya masa tidur sekejap. Dah bangun nanti, saya jawab soalan
awak.” Bersahaja Zarif menjawab sebelum kembali merebahkan kepalanya ke bantal.
“Eee...
sakitnya hati kita.” Dya mendengus sendiri.
Zarif
yang mendengar sudah tergelak dalam hati.
“Bangunlah!
Subuh dah nak habis, tahu tak?” Tangan Dya sudah menolak kasar bahu si suami.
Geramnya jadi berganda. Buka mata, terkejut bila Zarif sedang elok memeluknya.
Sekarang ni, Zarif buat drama.
Terkejut
ditolak kasar begitu, Zarif bangkit bersandar ke katil. Langsung rasa kantuknya
hilang.
“Kasarnya
kejut suami! Mana awak belajar semua ni?” Wajah si isteri dipandang tepat.
Kalaulah mama atau adik-adik yang buat dia begitu, haruslah dah kena marah.
Tapi entah kenapa, dengan wanita di depannya ini, dia tidak pandai untuk marah.
Bening mata si isteri walau dalam keadaan berangin, sangat menggetarkan
hatinya.
Dya berdecit
perlahan sebelum mengensot turun dari katil menuju ke bilik air. Rasa bersalah
tiba-tiba hadir di hatinya. Terkesan dengan kata-kata Zarif tentang kekasaran.
Entahlah! Berdepan dengan lelaki itu, dia jadi hilang punca. Sabar seorang
Zarif buat dia hampir gila. Kenapalah
dia harus terlibat dengan rancangan gila ini?
Menerima
Zarif sebagai suami demi taat pada seorang ibu bukanlah sesuatu yang gila
tetapi kenapa dia rasa dia akan jadi gila jika berdepan dengan lelaki itu dalam
tempoh yang lama. Jadi, harusnya bagaimana?
Sementara
menunggu Dya di bilik air, Zarif duduk berjuntai kaki di birai katil. Mata
tepat merenung pintu bilik air seolah di pintu itu ada terlukis wajah si
isteri.
Terasa dia sedang
buat kerja gila. Mengejar dan mengikat Dya dalam ikatan perkahwinan tanpa
kerelaan si gadis. Dia sendiri tidak mengerti mengapa hatinya begitu taksub
untuk memiliki seorang Ardyana?
Sebelum mereka
ditemukan kembali setelah bertahun Dya hilang jejak, sudah bersusun wanita
disarankan oleh si mama, namun dia tetap menolak. Tapi, bila tiba-tiba nama
Ardyana di sebut, tanpa melihat orangnya dia terus kata setuju.
Haih! Hati,
kenapa jadi pelik begini?
Zarif bangkit,
serentak itu pintu bilik air terbuka dan si isteri keluar dengan badan yang
sudah lengkap berpakaian. Mata saling bertentang.
“Lepas
ni, tolong hantar saya ke rumah sewa. Esok saya dah mula kerja.” Tegas suara
Dya sebelum mengalihkan pandangan dan melangkah ke arah ruang yang disediakan
khas untuk bersolat di dalam bilik tersebut.
“Tak
boleh ke awak sambung cuti dua atau tiga hari lagi?” Zarif cuba berdiplomasi.
Terkejut juga dengan permintaan si isteri. Mana ada pengantin baru yang mula
kerja sehari selepas majlis. Kecuali kalau perkahwinan itu memang bermasalah.
“Awak
ingat company tu bapak saya punya?
Sesuka hati nak sambung-sambung cuti?” Pedas dan tajam suara Dya mematahkan
permintaan Zarif.
Terkejut
mendengar jawapan balas si isteri, pergerakan Zarif terhenti. Hati, sila
bersabar. Kepala tergeleng perlahan.
“Kalau company tu bapak awak punya, awak dah
jadi bos kat situ, bukan kuli macam sekarang ni.” Sinis Zarif membalas, sengaja
memberi serangan psikologi.
“Kalau
dah tahu saya kuli, kenapa tanya lagi?” tingkah Dya, geram! Mengata dia ‘kuli’
adalah satu penghinaan yang tak boleh diterima akal. Tambah pula wajah
bersahaja Zarif telah menyalakan api untuk memanaskan cecair di seluruh tubuhnya.
Entah kenapa lelaki ini sering membuatkan darahnya cepat mendidih.
“Awak
kan dah jadi isteri saya. Apa saya nak jawab dengan mama kalau kita duduk
berasingan?” Zarif merendah suara,
melencongkan topik perbualan. Tak mahu bertelingkah di subuh hari.
“Awak
tinggallah dengan saya di kondo tu. Saya janji takkan kacau awak,” pintanya
penuh mengharap persetujuan si isteri.
“Tinggal
dengan awak? Kat kondo awak?” Dya ajukan soalan. Nada terkejut.
Dan
pantas Zarif angguk kepala, masih mengharap persetujuan. Perkahwinan mereka
tanpa perbincangan hati ke hati. Jadinya, perancangan belum lagi dipersetujui.
Cuma kepalanya saja yang berfikir itu dan ini. Di pihak Dya, dia belum pasti.
“Tunggulah
bila akal saya dah tak waras nanti.” Jawapan Dya buat Zarif terngadah. Teruk
sangat kah dia sehingga Dya perlu menjadi manusia tak waras untuk tinggal
bersamanya? Anginnya naik tiba-tiba.
Tanpa
suara, Zarif melangkah menghampiri si isteri, lebih dekat dan dekat hingga Dya
terpaksa berundur beberapa tapak. Bila kaki sudah tersekat di dinding, dia
segera menghimpit tubuh kecil itu.
“Zarif!
Saya belum solat.” Tidak berupaya lari ke mana-mana, kedua belah tangan Dya
bertindak menolak dada si suami yang masih berlapik.
Namun, Zarif peduli apa. Bilik air dekat saja, boleh berwuduk lagi. Pantas saja tangannya bertindak menangkap lengan si isteri dan dilekatkan ke dinding. Tajam renungannya bagai menembusi belakang kepala Dya.
Namun, Zarif peduli apa. Bilik air dekat saja, boleh berwuduk lagi. Pantas saja tangannya bertindak menangkap lengan si isteri dan dilekatkan ke dinding. Tajam renungannya bagai menembusi belakang kepala Dya.
Wajah
Zarif yang memerah buat Dya telan liur. Marah si suami buat dia takut untuk
memandang ke mata. Pantas wajahnya dipalingkan ke sisi.
“Kalau
nak, saya boleh saja suntikkan ubat untuk menghilangkan kewarasan awak dan
kalau nak, saya boleh saja paksa awak mengikut kehendak saya. Tapi... lafaz
akad yang saya ikrarkan di depan kadi dengan nekad memikul tanggungjawab
sebagai suami tidak memungkinkan saya berbuat semua itu.” Perlahan, tetapi
tegas sekali suara Zarif menusuk ke telinga Dya.
“Bercakap
tu jangan gunakan suara dan perasaan aje, ambil kira akal dan fikiran sekali,”
sambungnya lagi masih dalam nada yang sama.
“Faham
maksud saya?” Zarif menyoal, masih tidak bergerak dalam posisi yang sama.
Rasa
takut yang menyelubungi diri membuatkan Dya pantas mengangguk beberapa kali.
Serentak dengan anggukan itu, satu ciuman ringkas singgah di pipinya.
“Upah
untuk satu kemaafan.” Saat itu, bibir Zarif sudah mula tersenyum nakal.
Marahnya sudah mengendur melihat taat si isteri.
Dari
pegangan di tangan, dia kemudian bertindak memeluk pinggang. Tanpa mempedulikan
rontaan, berkali-kali pipi si isteri menjadi sasaran ciumannya.
Penat
meronta, akhirnya Dya bekukan diri, membiarkan sahaja Zarif memperlakukan
sesuka hatinya. Benar... jika mahu, Zarif boleh sahaja memaksa dia menurut
kemahuan lelaki itu seperti apa yang sedang berlaku sekarang ini. Entah kenapa,
dia rasa mahu menangis. Seperti dejavu,
peristiwa ngeri yang berlaku berkali-kali lama dulu datang kembali. Peristiwa
dia diperlaku seperti hamba seks oleh darah daging sendiri datang menyesakkan
dadanya.
Sedar
si isteri sudah tidak melawan, bibir Zarif terhenti mencari sasaran.
Pandangannya tepat dihalakan ke wajah si isteri. Pun begitu, pandangan Dya jauh
ke hadapan, tidak sedikit pun menyapa wajahnya.
“Kenapa
berhenti? Tak susah untuk memaksa kan?” Sinis sekali Dya menyoal dengan suara
yang berbaur sebak.
Tiba-tiba
Zarif dihurung rasa bersalah. Memang tak susah memaksa tapi dia bukan jenis
yang begitu.
“I’m sorry,” ucapnya ringkas. Beberapa kali dia
menelan liur, memandang wajah si isteri yang sudah berubah keruh.
Dya
diam tak berkutik. Pandangannya jauh ke depan menembusi lapisan dinding yang
mengelilingi mereka, jauh merentasi sejuta lapisan udara yang memenuhi ruang
dunia. Perlahan-lahan kelopak matanya membahang panas. Air jernih sudah mula
berkumpul di situ. Detik kekalahan ini terasa begitu memeritkan.
“Dya...
I’m sorry... saya...”
“Tolong
lepas, subuh dah nak habis.” Dya memintas sambil menarik tangan daripada
pegangan dan menolak tubuh si suami agar menjauh.
Air
mata yang mula mahu gugur dia sembunyikan dari pandangan Zarif. Dia sudah kalah
tatkala terpaksa menerima lelaki ini. Dan dia yakin, kekalahannya akan jadi
berganda apabila Zarif tahu segalanya. Segalanya tentang kesucian seorang
wanita yang tidak mampu diberikan pada sang suami.
Di
bilik air, air mata Dya tumpah jua. Dunia ini bukan milik kita dan takdir juga
bukan hak kita. Yang ada pada kita hanyalah harapan. Dan dia berharap, suatu
hari nanti akan ada sinar menyuluh jalannya. Supaya langkah kakinya tidak
pincang.
1 comment:
Sy sgt suke karya hani fazuha.sgt ringn mdh dfhmi ape y dsmpaikn dan mdlm mksdnye..mst k.hani bnyk pnglmn hdupkn smpai thslnye krya2 y sgt best...truskn bkrya kak sy akn trus mnjd pmnt nvl akk..insyaallah
Post a Comment