M
|
ASUK ke bilik, pandangan Zarif jatuh pada sekujur tubuh yang tidur mengiring
membelakanginya.
Keningnya
berkerut. Rasanya tak sampai sepuluh minit si isteri masuk bilik, takkan dah
tidur kut. Letih agaknya, sepetang melayan kerenahnya yang demam. Minta itu dan
ini. Walau dengan muka tak puas hati, Dya tetap juga menurut.
Lampu terus
ditutup. Tapi bilik masih terang disimbahi cahaya lampu sisi katil yang
terpasang.
Badan direbahkan
ke katil. Sesaat dia diam menanti kalau-kalau si isteri mahu berpaling tapi,
tubuh yang terbaring tanpa sebarang selimut itu tetap kaku.
“Dya...” Zarif
memanggil perlahan.
Senyap. Tapi, dia
tahu si isteri masih belum tidur. Sebab selalu dia perhatikan, Dya amat susah
untuk lelap. Selalu gelisah dan resah. Mula-mula dia fikir Dya gementar melalui
fasa perkahwinan ini tetapi setelah lebih dua minggu, perlakuan Dya tetap sama.
Itu yang membuatkan dia jadi pelik.
“Dah tidur ke?”
Senyap lagi tapi
dia dapat rasakan tubuh si isteri mula menggigil. Cukup ketara sehingga dia
dapat rasakan getarannya.
“Kalau dah tidur,
boleh la kut nak peluk-peluk.” Zarif sengaja mahu menguji.
Terus saja ada
gerakan pada tubuh si isteri. Cuma sedikit tapi cukup untuk memberitahu yang
tubuh di sebelahnya masih belum terlena.
“Dya...” Zarif
memanggil lagi.
“Mmmm...” barulah kedengaran suara
bergumam. Cukup perlahan tapi masih mampu didengar oleh telingaya.
“Dah tidur ke belum
ni?”
“Dah.”
Zarif tergelak
perlahan mendengar jawapan pantas si isteri. Dah tidur pun boleh bercakap ke?
“Kenapa tidur
bagi belakang kat suami ni?” Sengaja lagi, mahu melihat reaksi si isteri. Sejak
petang tadi, dia nampak Dya hanya diam tapi tetap patuh dengan setiap
permintaannya. Muka tidak lagi ketat seperti sebelumnya.
“Mmm...errr.. Saya tak boleh pusing sana, bahu kiri sakit.” Dya
tergagap-gagap beralasan. Entah betul, entahkan tidak.
Zarif senyum.
Akalnya bergerak pantas. Sakit bahu ya, mari sini doktor ubatkan. Tangan
perlahan mencari hujung baju tidur si isteri dan diselak naik ke atas.
Tepat seperti
jangkaannya, si isteri terus terlompat bangun.
“Awak...awak..
buat apa ni?” Dya telan liur berkali-kali dengan mata membulat memandang Zarif
yang berwajah selamba.
“Cakap sakit
bahu. Saya nak check laaa...” Zarif
tayang sengih.
“Bahu kat sini!”
Dya tepuk bahu sendiri.
“Bukan kat sini!”
Ditunjuk pula pada belakang di mana bajunya diselak Zarif tadi. Gigi dikacip
kuat.
“Yerlah. Nak check bahu, kena buka baju dulu.” Kali ni Zarif buat-buat muka
serius. Walhal, dia memang nak tergelak melihat reaksi si isteri yang
menggelabah.
Seketika, Dya tak
bersuara tetapi hanya memandang ke arah si suami dengan pandangan curiga.
Dengan kening berkerut.
“Awak ni sebenarnya
doktor betul-betul atau doktor main-main?” Ringan mulutnya bersoal. Tiba-tiba
dia jadi curiga. Dia tahu Zarif seorang doktor, tapi kehidupan lelaki ini yang
sebenar, dia memang tak tahu langsung.
“Kalau dengan
awak, saya pilih main-main.” Sekali lagi Zarif tayang sengih.
“Awak jangan nak
main-main ya, saya nak tidur.” Dya mendengus dan kembali merebahkan badannya,
betul-betul tepi katil.
“Nak tidur
betul-betul atau main-main?” Zarif sengaja putar belit ayat yang Dya gunakan.
“Betul-betul!”
“Tak nak main-main
dulu?” Sambil gelak-gelak, badan dirapatkan ke arah si isteri. Sengaja mahu
melihat reaksi tuan empunya badan.
Sekali lagi Dya
bingkas bangun.
“Janganlah main-main.
Orang dah mengantuk ni.”
Zarif gelak lagi.
“Eeee... sakitnya
hati kita. Dia nilah!” Bahu Zarif jadi mangsa pukulan tangan kecilnya.
“Okey! Okey!
Tidurlah. Saya tak kacau.” Zarif mengalah akhirnya. Bangkit dan mengensot turun
dari katil.
Dia belum
mengantuk lagi sebenarnya, saja mahu mengusik si isteri. Malam ini dan esok dia
masih belum bekerja, sengaja meminta teman sekerja gantikan tempat, ingin rehat
dan pulihkan tenaga semula.
Sebaik Zarif
melangkah keluar, Dya hela nafas panjang. Jemari naik melurut rambut yang kusut
kemudian menekan-nekan dada yang sesak.
Zarif sering buat
dia begitu, sesak nafas tanpa perlu menghidap penyakit lelah.
Badan kembali
direbahkan. Fikiran bergerak perlahan. Sikap dan tingkah Zarif buat dia keliru.
Apa yang dia tahu, Zarif terima dia atas aturan keluarga. Demi patuh pada
permintaan mamanya. Sama seperti dia, yang terpaksa patuh dengan permintaan
ibu.
Cumanya, hari
ini, dia rasa lain. Manja seorang Zarif buat hatinya dilanda debar yang tiada
jalan penamat sehingga ke detik sekarang.
Masalahnya, saya hanya nak awak!
Saya cuma nak tumpang kepala di paha awak.
Saya cuma nak awak picit saya.
Ayat-ayat itu
berlegar di kepala sehingga dia tertidur. Sehingga dia terasa ada tangan yang
merayap di lengannya yang terdedah.
“Dya...”
“Arrrgghh!!!” Dya terus terjerit dan
terlompat bangun. Serius... dia betul-betul terkejut. Fobia dengan peristiwa
lama buat dia menggigil ketakutan.
Zarif yang
terkejut dengan jeritan dan tindak balas si isteri terus bangkit bersila. Si
isteri yang sudah berpeluk lutut sambil mengensot hingga ke kepala katil itu
dipandang penuh tanda tanya. Dalam samar cahaya lampu sisi katil, nampak jelas
wajah si isteri seperti ketakutan.
Tadi, ketika
merebahkan badan di katil, dia nampak si isteri sudah lena dengan dengkuran
halus. Tergoda dengan haruman yang menusuk ke hidung, tangannya spontan bergerak
memeluk. Mahu merasai kulit mulus seorang isteri. Tapi, tibat-tiba saja,
tangannya ditepis dan orang yang dipeluk terjerit kuat. Macamlah dia ni hantu
raya yang sedang mahu merogol mangsa.
“Dya??” Zarif
cuba memanggil.
Takkanlah sentuh
lengan pun takut sampai macam ni sekali? Sampai mengigil seluruh badan?
“Dya.... awak
jangan buat saya panik begini. Saya belum buat apa-apa lagi tau. Baru sentuh
lengan jer.”
“Aaa.... Awak...
awak buat apa tadi?” Seolah baru tersedar dari mimpi ngeri yang panjang, Dya
seperti terpinga-pinga.
“Saya sentuh
lengan awak je, belum sentuh tempat lain lagi, awak dah menjerit macam saya dah
buat benda yang pelik-pelik.” Zarif menggeleng perlahan sambil memerhati reaksi
si isteri yang sedang mengurut dada sendiri.
“Kalau saya buat
benda pelik-pelik, agaknya awak melompat terjun dari balkoni sana.” Zarif gelak
perlahan. Terasa lucu dengan kata-kata sendiri.
“Errkk....” Dya kehilangan kata. Syukur
kerana yang ada di depannya ini ialah Zarif, bukan bayangan yang selalu
mengganggunya selama ini.
“Boleh saya tidur
sekarang?” soal Dya. Liur ditelan berkali-kali.
“Nak tidur dah?”
Dya angguk.
“Dah ngantuk ke?”
Angguk lagi.
“Tak nak teman
saya sembang-sembang?” soal Zarif lagi, sengaja mahu memancing. Mana tahu
umpannya mengena.
Tapi gelengan
kepala si isteri mematikan harapan. Takpelah, takkan lari gunung dikejar.
Anggap saja belum bersedia.
2 comments:
Assalamualaikum Hani... klu sy nk bli novel Kasih itu Cinta ad lg ke??
Salam, novel kasih itu cinta ada lagi tak, hari itu tak beli, adakan printing lagi untuk yang mana pembeli ter miss ...terima kasih
pengemar novel
Post a Comment