Yang luar biasa, lunchnya
sampai ke Concorde Shah Alam. Tapi Arissa ikut saja, diam tak membantah. Kata
Zhariz, lunch sambil jumpa kawan dia
untuk bincang tentang bisnes.
Beberapa ketika duduk sambil menunggu pesanan
sampai, tiba-tiba Zhariz bangkit dan melambai sambil menjerit nama seseorang.
Isk! Main jerit-jerit pulak, dah rupa macam hotel ni dia yang punya.
Arissa berpaling, mahu melihat gerangan manusia yang
digamit Zhariz. Dan… matanya tiba-tiba tak pandai berkelip. OMG! Mamat tolak
pintu laju. Betul ke? Sungguh ke? Atau mata dia sedang menipu?
“Kenalkan, Haraz Iskandar.”
Ohmaiii…memang betul dia. Arissa rasa nak menyorok
dalam baju. Tapi sebab baju dia dah ngam-ngam dengan ukuran badan, tak bolehlah
nak buat gaya hantu tak ada kepala. Tapi melampau tak kalau dia tarik langsir
hotel yang cantik tu untuk bungkus kepala dan badan sekali?
Dek kerana sibuk nak menyorok, suara Zhariz
memperkenalkan lelaki itu pun tenggelam timbul saja di telinga Arissa. Yang dia
dengar nama lelaki itu Haraz Iskandar.
“Adik Yana ke?” soal Haraz seperti terkejut apabila
Zhariz memperkenalkan Arissa sebagai sepupunya.
Dalam serba salah, Zhariz angguk kepala.
“Hai!Nice
meeting you.” Haraz hulurkan salam perkenalan. Wah! Suara husky, sungguh seksi di telinga Arissa. Kenapa
masa berlanggar hari tu tak perasan ya?Agaknya sebab sibuk menahan sakit dan
marah.
“Hai!” tak terluah kata-kata dari bibir Arissa untuk
membalas. Harap-harap lelaki ini tak ingat, harap-harap dah lupa. Mudah-mudahan
lelaki ni hilang ingatan.
Haraz mengambil tempat bertentang dengan Arissa.
Isk! Meja ni ada empat kerusi, kenapa pilih depan, tak pilih tepi sebelah kanan
berdepan dengan Zhariz?
Arissa hanya menunduk, buat-buat sibuk mengacau hot
chocolate dalam cawan.
“Bakal adik ipar kau ni masih single ke?” soalan direct
dari Haraz itu memanggil Arissa mendongakkan wajah dan senyuman senget dari
bibir seksi lelaki itu buat jantungnya histeria sesaat. Seksi dan menggoda!
Zhariz toleh pandang pada Arissa di sebelahnya
sebelum mengalihkan pandangan pada si teman yang sedang merenung si sepupu. Komunikasi
senyap dua manusia di sisinya ini menimbulkan curiga di hatinya. Mereka sudah
saling kenal ke?
“Kalau single
pun, aku akan warning dia jangan
layan kau.” Bersahaja tetapi ada nada kurang selesa dari Zhariz.
“Aik! Kenapa pula? Tak teringin nak jadi biras aku
ke?” Haraz gelak perlahan.
Oh! Gelaknya pun menggoda anak telinga. Tolonglah
Arissa, kenapa suka sangat nak jatuh suka pada lelaki yang dah berpunya ni?
“Kasanova dengan perempuan keliling pinggang macam
kau, rasanya tak ngam dengan family
aku.”
“Tapi, aku rasa aku suka dia. Dan… kalau dia pun
suka aku, kau tak boleh nak halang kan?”
Hah! Arissa panggung kepala dan Haraz kenyit mata.
Oh! Mana nak cari balang oksigen? Dia rasa sesak nafas dengan tiba-tiba.
Saat yang sama, telefon Zhariz berdering minta
diangkat. Dia ni la, telefon non-stop
dua puluh empat jam.
Zhariz berdiri dengan isyarat meminta diri menjawab
panggilan. Mesti panggilan peribadi. Kalau panggilan bisnes, takkan nak pergi
jauh-jauh untuk menjawabnya. Tiba-tiba Arissa jadi hilang mood.
Lama dia memerhati Zhariz dengan ekor mata. Masa
yang sama dia perasan Haraz sedang merenungnya.
“Kenapa pandang I macam tu?” sergah Arissa.
“Sajaaaa….you nampak elegant bila pakai formal macam ni. Hari tu pakai Tshirt sendat
dengan skirt pendek, nampak macam pom pom girl.” Haraz senyum meleret.
Cis! Dia ingat. Dia tak lupa rupanya. Tapi mulut dia
memang nak kena beli insuran harga dua juta sebab sangat-sangat tak bertapis.
Ada ke patut cantik manis macam ni dikatakan pom pom girl. Sungguh tak boleh
diterima akal.
“Tapi peristiwa hari tu buat I selalu termimpikan you. Rasa macam mata I dah mencabuli
you.”
Arrrggghhh!!! Memang betul-betul mulut cabul. Arissa
jeling geram. Geram sungguh sungguh!
“Boleh tak jangan cakap benda mengarut?”
“Tak boleh!” Haraz gelak lagi. Suara huskynya buat anak telinga Arissa
terlompat suka.
“You pernah makan pasu bunga macam ni tak?” soal
Arissa sambil menunjuk ke arah pasu
bunga kristal yang terdapat di atas meja.
Gelak Haraz makin kuat.
“You know what?”
Haraz rapatkan badan ke meja agar kedudukan lebih rapat dengan Arissa.
“You make me
forget how to breathe.” Haraz sengaja menggoda.
“Nak I panggilkan doktor tak? Buat check
up,” balas Arissa pura-pura bersahaja. Walhal dalam dada dah dup dap! Duhai
hati, jangan sesekali kau tergoda!
Haraz sambung gelak buat hati Arissa makin tak
tenteram.
“Hati I kata….I
like you.”
Arissa tak tahu nak balas apa. Lelaki ni datang dari
planet mana sebenarnya? Baru dua kali jumpa, terus cakap dah suka. Bukan dia
tak pernah kena goda begini. Malah ketika di luar negara dulu, selalu pun kena
goda. Usahlah orang lain, Adam sendiri pun tiap hari menggodanya. Cuma hatinya
langsung tak terusik. Tapi, kenapa dengan lelaki ini, hatinya seperti jelly yang terlebih air? Bergetar walau
terkena tiupan angin.
Nasib baiklah waktu itu Zhariz sudah menamatkan
perbualan dan kembali duduk. Seketika kemudian, makanan yang dipesan pun tiba
dan mereka terus makan sambil bercerita.Yang bercerita sebenarnya hanya Zhariz
dan Haraz. Arissa hanya diam mendengar.
Dari cerita tersebut, Arissa faham yang Haraz sedang
mencari company yang boleh
menguruskan pembinaan projek villa kepunyaannya di atas tanah seluas 4 hektar.
Fuh! Bapak besar. Kaya gila. Umur masih muda. Bisnes apa dia ni?
“So, confirm
aku nak bagi ZNZ uruskan projek Villa Cinta tu dan aku nak cik adik manis ni
yang uruskan.” Tiba-tiba Haraz buat keputusan.
“Dia masih baru Razz,” bantah Zhariz, memandang
sekilas ke arah Arissa yang masih membatu sejak tadi.
“Tak kisah. Aku nak semua ikut citarasa dia. Sebab
nanti kalau ada jodoh, aku dan dia yang akan tinggal kat situ.” Haraz senyum
meleret sambil melirik ke wajah Arissa.
“Kami selalu tak ambil projek kecik Razz.” Zhariz
cuba mencari helah.
“Kau tengok dulu ukuran tanahnya dan baru kau decide kecik ke besar.”
Zhariz geleng kepala. Tak tahu nak bagi alasan apa.
Sebenarnya, dia tak suka Arissa terlibat dengan apa jua urusan dengan lelaki
ini. Entah kenapa dia rasa tergugat.
“Aku sanggup bayar berapa saja. Just name the price.”
Zhariz mati kata untuk memberi helah.
“Okey! Aku blah dulu. Kena attend meeting kejap lagi. Hari ni aku belanja.” Haraz bangkit
berdiri. Wallet di poket belakang seluar ditarik. Sekeping kad nama dikeluarkan
dan dihulurkan pada Arissa.
“Just in case
you miss my voice…call me.” Mata dikenyit nakal. Selamba! Zhariz yang
memandang hanya mampu mengeleng kepala. Pesaing yang akan menggugatnya dan dia
takkan mengaku kalah dengan mudah.
“Jangan layan dia.” Tegas suara Zhariz tatkala
melihat Arissa leka membelek namecard di
tangan setelah Haraz menghilang.
“Kenapa?” Spontan soalan tersebut keluar dari bibir
Arissa.
“Boleh tak kalau tak tanya kenapa pada setiap arahan
abang.”
“Tak boleh!”
Zhariz mendengus perlahan dan terus bangkit berdiri.
Moodnya sudah hilang dan dia tak berminat untuk berbalas cakap.
Di dalam kereta kembali ke pejabat, Zhariz tetap
diam. Tak berani nak cakap apa-apa, Arissa juga turut diam sehinggalah sampai
di lobi ZNZ Holding.
“Terus masuk bilik abang dulu, nak tunjuk contoh
projek macam tu.” Mendatar tanpa nada Zhariz memberi arahan. Malas nak cari
pasal, Arissa ikut saja langkah kaki lelaki itu.
Sampai di bilik, Zhariz terus menekan butang
interkom di atas mejanya dan memberi arahan pada Anita, Project Manager di situ agar menghantar beberapa fail yang diingini
ke biliknya.
Sementara menunggu Anita tiba, Zhariz sibukkan diri
dengan dokumen yang bertimbun di atas meja. Arissa yang duduk di depannya macam
tak wujud. Telefon bimbit yang berdering empat lima kali dia buat-buat tak
dengar. Benar… Cara Haraz goda Arissa buat moodnya langsung hilang. Rasa nak
marah semua orang.
Lama menunggu, Anita tidak juga muncul. Arissa pula
yang naik gelisah.Apa taknya, dia di situ macam makhluk asing yang tak nampak
di mata Zhariz.
Ketika Arissa berniat untuk meminta diri, pintu
bilik tiba-tiba dirempuh dari luar. Dan…
melihat manusia yang muncul di depan pintu tersebut buat ruang yang besar itu
bagai kekurangan oksigen.
“Boss… I dah cuba cakap tapi…” Bicara Sasimala, cik
setiausaha Zhariz terhenti sebaik lelaki itu mengangkat tangan tanda berhenti.
“It’s okey.You
boleh keluar,” ujar Zhariz mengisyaratkan agar setiausahanya keluar.
Zhariz tarik nafas panjang, mengawal rasa yang
bergelumang di dada. Sikap Ryana yang paling dia tak suka, main redah ikut suka
saja. Tahu la syarikat ni milik keluarga mereka tapi takkan tak boleh nak respect orang lain. Langsung tak ada
tatasusila. Agaknya sekolah dulu tak belajar sivik.
“Darlingg….. I
call you banyak kali, tapi tak angkat. Tak return call.” Dengan riak selamba tanpa ada rasa bersalah, Ryana
sudah melangkah mendekati Zhariz yang masih berdiri tegak di depan mejanya.
“I tengah busy.”
jawab Zhariz senada.
“Sibuk sangat ke sampai tak ada masa nak return call I.” Ryana sudah memuncung.
Zhariz hela nafas panjang. Kadang-kadang tengok muka
Ryana saja boleh buat dia stres belum lagi nak layan kerenahnya.
“Okey! You cari I ni kenapa?”
“Eh! Nak cari tunang sendiri pun tak boleh ke?”
soalan bernada sinis dari Ryana membalas soalan Zhariz.Arissa yang masih berada
di situ jadi serba salah pula.
“Yanaa..sekarang kan waktu kerja.”
“I tak peduli. Bukan company orang lain, company
bapa sendiri. Nanti pun akan jadi company
kita juga kan? Siapa yang berani nak marah?” dijeling Arissa sekilas.
“Kau buat apa lagi kat sini? Blahlah!!”
“Yanaaa!!! You tak berhak halau Rissa keluar dari
sini. Ni pejabat I dan sekarang waktu kerja. Kami sedang bekerja,” tegas
Zhariz. Wajah Arissa yang sudah berubah dipandang menghantar isyarat senyap,
jangan-peduli-apa-dia-cakap.
“Kerja apa? BUAT DRAMA??” selar Ryana.
“Apa yang tak kena ni Yana??” tone suara Zhariz dah naik setakuk.
Arissa bangkit berdiri.tarik nafas panjang. Memang
pun dia nak keluar.Tak hadap pun nak dengar Romeo dan Juliet bertelingkah.
“Kalau tak halau pun, orang memang dah nak keluar. Tak
kuasa nak dengar manusia bergaduh.” Pantas langkah diatur menuju ke pintu
sambil menjeling Zhariz, menghantar isyarat jangan-suka-suka-panggil-aku-lagi!
Segera langkah diatur menuju ke bilik pejabatnya. Kali
ini dia benar-benar rasa ingin menangis. Rasa sakit datang pada setiap penjuru.
Air mata sudah tidak mahu mendengar kata. Mendesak
mahu keluar dari kelopaknya. Dan… pertama kali dia menangis untuk sebab yang
dia sendiri tidak tahu puncanya.
Ah! Bodoh sungguh. Arissa mengutuk diri sendiri. Jemari
sibuk menyapu pipi yang sudah basah dek air mata.Hati… kenapa measti Zhariz?
Kenapa tidak Adam atau… Haraz.
Tiba-tiba dia teringatkan lelaki bersuara husky itu.
Saat yang sama telefon di atas meja berdering. Mula-mula dia malas mahu
menjawab tetapi deringan yang tidak putus-putus panggilan dari luar itu memaksa
tangannya mengangkat gagang.
“Hello!”
“Hai!dear…”
Suara husky di hujung sana buatkan badan Arissa menegak. Liur ditelan kasar.S atu
kebetulankah ini?
“Haraz?”
Kedengaran ketawa di hujung sana. Dan..Arissa tahan
nafas sesaat.
“Risssaaa….” Suara yang begitu, memanggil namanya
dengan nada yang sebegitu, buat Arissa terus kaku.
“If you only
knew how much I still think about you.” Suara seperti orang mengeluh tapi
kenapa Arissa rasa dia yang ingin mengeluh. Kenapa dia? Kenapa dia yang Haraz
pilih untuk menjadi mangsanya?
Tapi, kalau dia layankan Haraz untuk mengubat
garis-garis luka di hatinya, apa agaknya yang akan terjadi? Soalan ini, hanya
hati yang ada jawapannya.
Arissa pejam mata. Lama. Suara Haraz yang manis
bergula di hujung sana cuba dicerna mindanya tetapi semuanya bagai bercampur
aduk. Wajah Zhariz, wajah Adam dan wajah Haraz berpusing membentuk awan dan
naik ke langit.
“Rissaa…” suara lain pula yang kedengaran. Arissa
buka mata dan wajah Zhariz menjadi sasaran.
Terkejut! Ganggang telefon terus terlepas dari
pegangan. Sejak bilakah Zhariz beraada di depannya?
Zhariz ngeleng kepala. Keruh wajah si gadis
dipandang tepat. Sungguh… kasihnya tumpah pada gadis di depannya tetapi dia
hilang kata laluan untuk menjelaskan.
“I’m sorry…”
hanya itu yang terluah dari bibir Zhariz. Dia tahu dia bersalah melibatkan dua
beradik dalam kemelut hatinya. Tetapi, melepaskan Arissa adalah perkara
terakhir yang akan dia lakukan jika terpaksa.
Arissa tahan nafas. Tahan air mata yang tiba-tiba
meminta izin untuk kembali merembes. Untuk apa Zhariz? Jika kemaafan itu mampu mencabut rasa yang
bercambah di hatinya saat ini, dia sanggup membelinya walau dijual dengan harga
yang paling tinggi. Bukalah tender, dia
akan beli kemaafan itu supaya rasa sakit yang sedang dia alami saat ini tidak
perlu lagi dia rasai selepas hari ini.
9 comments:
Best nak lagi.
ala.. putus je dngan yana 2.. lgpun arissa still family tu..
dlema la plak nk plh spe ek..
Best sgt2 x sbr nk tnggu part 8 ni...
Part 8 dah takde yer yunk....
nak tahu selanjutnya, dapatkan edisi cetak di pesta buku nanti,
hanya dijual di pesta buku dan online sahaja
Mcm mana nak beli online dear? Saya nak booking satu. Pleaseeeeeeeeeeeee
Pesta buku 11 dis ni ke???
sedih campur kasihan menjadi Arissa yang berada di antara zhariz dan ryana..
Ada lagi x jual novel ni?
Post a Comment