Part
3
Yang luar biasa hari minggu itu, Arissa memilih
untuk lepak di rumah. Lagi luar biasa apabila dia mengenakan baju kurung kain cotton berbunga halus, sesuatu yang
belum pernah dilakukan sebelum ini. Baju kurung selalunya dia pakai apabila ada
majlis-majlis kesyukuran yang terpaksa dihadiri.
Ini semua gara-gara nak sembunyikan calar di siku
dari mommy dan daddy. Kalau mommy tahu,
berbakul bebelannya nanti. Mujur juga tak kena dahi, kepala aje yang bengkak
sikit sebab terkena pintu tersebut.
Isk! Sampai sekarang
Arissa masih tak boleh lupa rupa mamat yang menolak pintu dengan laju itu.
Duduk bersimpuh atas sofa di ruang tamu sambil
membelek note3 di tangan, tiba-tiba
matanya ternampak kelibat lembaga manusia melangkah masuk ke dalam rumah. Siapa
lagi kalau bukan Zhariz yang sekarang ini makin kerap datang berkunjung ke situ.
“Abang ingat tersalah masuk rumah tadi.” Suara Zhariz nada mengusik.
Masuk saja ke situ, dia terkelip-kelip pandang
Arissa. Macam tak percaya, gadis yang dia kenal sejak zaman kanak-kanak, yang
memang tak suka baju kurung tetiba pakai baju kurung. Tersampuk hantu baju
kurung ke?
“Daddy
keluar. Kak Yana masih tidur kat atas,” Arissa bersuara tanpa mengangkat wajah
dari telefon di tangan.
“Abang cari Rissa.”
Kali ini Zhariz berjaya menarik Arissa mendongakkan
wajah. Dia hulurkan senyuman. Entah kenapa, melihat Arissa yang manis berbaju
kurung begini, hatinya jadi sejuk, sesejuk udara selepas hujan. Entah kenapa sejak
akhir-akhir ini, setiap kali matanya melihat Arissa, hatinya jadi tenang,
setenang tasik yang tidak berkocak.
Sudah angaukah dia? Entah! Yang pasti dia tidak
pernah merasai perasaan sebegini terhadap Ryana. Rasa aneh sering melanda
hatinya saat fikirannya terlintas seraut wajah Arissa. Rasa debar sering
melanda hatinya saat berada dekat dengan Arissa. Apa maknanya?
Semuanya bermula apabila dia kerap mengunjungi
Arissa ketika gadis itu berada di perantauan. Dan ianya makin parah setelah
peristiwa tertidur di sebelah Arissa di apartment gadis itu tempoh hari.
“Abang cari orang buat apa?”
Zhariz tarik nafas. Entah! Dia pun tak tahu kenapa
dia cari gadis ini. Sebenarnya, dia main redah aje datang ke rumah bapa
saudaranya ini. Satu kredit apabila dia memang sudah terlalu biasa di sini.
Rumah ini sudah seperti rumah keduanya.
“Bila nak masuk kerja?” soalan random keluar dari bibir Zhariz
“Tengoklah, bila orang rasa nak masuk nanti.”
“Pak long suruh abang pujuk Rissa cepat-cepat masuk office.”
Pujuk? Euuwww! Tak sesuai. Macamlah mereka tu
pasangan kekasih nak main pujuk-pujuk. Daddy
pun satu, dia baru lagi habis belajar, dah sibuk suruh jenguk pejabat ZNZ
Holding tu. Kak Ryana yang sibuk terbang sana sini tak pula disuruhnya.
“So, nak
abang pujuk cara macam mana ni? Pak long dah bagi greenlight.” Zhariz kenyit mata, sengaja mahu mengusik.
“Eeee.. tak kuasa main pujuk-pujuk.” Arissa bangkit berdiri. Langkahnya terus diatur
ke dapur. Layan Zhariz, boleh buat
perutnya seperti ada buih-buih sabun yang berterbangan. Mual tetapi
mengasyikkan.
Duduk di meja makan, roti yang sudah dibakar diambil
dan disapu butter. Baru sekali gigit,
kelihatan Zhariz melangkah masuk dan duduk di depannya.
“Buatkan abang nescafe boleh?”
“Tu, kan banyak lagi air yang bibik buat.” Arissa
memuncungkan mulut ke arah teko air di atas meja makan.
“Tak nak yang bibik buat. Abang nak Rissa buat, pleaseeee…” Nada merayu sudah keluar
dari bibir Zhariz. Terasa meremang bulu tengkuk Arissa. Apa kena dengan mamat
ni? Dah lupa ke dengan siapa dia sedang bercakap sekarang ni? Bakal adik ipar
kot. Bukannya bakal isteri.
Arissa gelisah di tempat duduk apabila Zhariz
berterusan merenungnya. Nak tak nak, Arissa terpaksa juga bangkit menuju ke
dapur. Hanya itu cara untuk lari dari menjadi sasaran mata menggoda Zhariz.
Sangkanya, dia dah selamat di situ sebab Zhariz
masih di meja makan. Tapi sangkaannya silap apabila tiba-tiba Zhariz menapak
menghampirinya.
“Kurang manis ya, sayanggggg…..” perkataan sayang sengaja
dileretkan Zhariz. Rasa selesa bila memanggil Arissa begitu. Ryana? Dia tak
pernah panggi Ryana begitu.
Oh! Tiba-tiba Arissa rasa hatinya dilanda debar. Apa
sebenarnya yang Zhariz telah buat pada hatinya. Racun apakah yang telah Zhariz
suntik ke hatinya sehingga dia jadi lemah apabila berdepan dengan lelaki ini?
“Riz, bila sampai?” Suara teguran mommy yang muncul tiba-tiba mengejutkan
Arissa. Cepat-cepat dia memasukkan susu ke dalam mug yang sudah terisi nescafe.
‘Kurang manis sayang’. Ayat itu berlegar di kepalanya.
“Baru lagi mak long. Baru nak minum, minta Rissa
buatkan air.”
“Ryana mana?”
“Belum bangun.” Arissa menjawab bagi pihak.
Langkahnya di atur keluar ke ruang makan bersama mug yang masih berasap di
tangan
“Pak long mana?” Kedengaran suara Zhariz bertanya.
Tentulah soalan itu ditujukan pada mommy.
“Mmm..…pak long kamu tu apa lagi, hari minggu ukur
padang golf aje kerja dia. Macamlah kamu tak tahu.”
Seketika kemudian, Zhariz dan mommy turut melangkah ke ruang makan dan duduk di meja. Arissa buat-buat
tak peduli, mengunyah roti bakar yang tergendala tadi.
“Kamu dengan Ryana ni apa cerita Riz? Cuba kamu
bertegas sikit, suruh Yana tu stop
buat kerja tak berfaedah. Tak ke mana kerja modelnya tu.” Mommy sudah bermukadimah.
“Biarlah dulu mak long, biar dia enjoy puas-puas dulu,” balas Zhariz.
Nescafe yang dibancuh Arissa dihirup penuh nikmat.
“Mak long bukan apa, risau tengok korang macam ni. Sorang
ke hulu, sorang lagi ke hilir. Bilanya nak bersatu. Tok Ma kamu pun dah sibuk
tanya bila nak langsung, dah lama sangat dah bertunangnya.”
“Alaaa… kami muda lagi mak long. Tiba masa nanti
kami bincang. Janganlah risau.”
Jangan risau? Tapi, kenapa Arissa rasa dia pula yang
risau bila dengar topik begini di bicarakan?
Mengelak dari terus mendengar sesuatu yang
merisaukan hatinya, Arissa bangkit
menuju keluar. Hati yang awalnya tadi rasa tak mahu keluar tiba-tiba berubah
mahu keluar. Note3 di tangan cuba mencari nama Fetty.
Belum sempat menghubungi sahabatnya itu, panggilan
dari Fetty sudahpun masuk ke telefonnya.
“Guess
what? Siapa ada dengan aku sekarang ni?” Fetty sudah terjerit. Teruja!
Minah ni, suka sangat main terjah tanpa salam. Nama
Fatimah Anum tapi tak mahu orang panggil Anum. Panggil Timah lagilah dimarahnya.
Perasan nak jadi minah saleh.
“Malas nak main teka teki.” Arissa hilang mood.
“Adam Khalif.”
Adam Khalif? Sebaris nama itu tersebut di hati
Arissa. Kami bertiga saling kenal ketika sama-sama menuntut di MRSM dulu.
“Dia kata sejak balik Malaysia, kau macam nak
menjauhkan diri dari dia, tak layan dia,” sambung Fetty lagi.
“Bila masanya kami pernah dekat? Bila masa pula aku
pernah layan dia?” balas Arissa.
Seraut wajah lelaki kacukan Melayu Arab itu terlayar
di mindanya. Adam bukan tidak kacak. Malah lelaki itu boleh disenaraikan dalam
10 lelaki terkacak yang pernah dia kenali. Di zaman belajar, dari MRSM
hinggalah sama-sama ke Ausie, Adam sentiasa menjadi perhatian student perempuan.
Adam yang sentiasa ada di mana saja dia berada. Adam
yang sentiasa mengambil berat di saat dia perlukan pertolongan ketika di rantau
orang. Tapi peliknya, hatinya hanya biasa-biasa saja. Terkadang dia cuba juga
mencari titik rasa di hatinya. Mana tahu ada tersembunyi di celah-celah relung yang
berselerak di situ. Namun, sehingga ke hari ini ‘rasa itu’ tidak pernah ada.
Tak pernah ditemui titiknya.
“Dia tu suka kau, takkan itu pun kau tak faham.”
“Biarlah aku terus tak faham. Kalau dah faham nanti,
takut semak kepala otak.”
“Eeee… susah betul cakap dengan kau ni. Nah! Cakap
dengan dia sendiri.”
“Fetty…”
Senyap. Hanya deru nafas yang kedengaran. Nafas
siapakah itu?
“Rissss…” suara Adam Khalif.
“Adam….”
“Is that the same Adam?” Suara lain tiba-tiba
kedengaran di belakang Arissa. Pantas dia berpusing. Zhariz sedang berdiri
hampir di belakangnya dengan renungan tajam.
Ouh! Zhariz memang kenal Adam. Apa tidaknya, setiap
kali lelaki itu datang melawatnya ketika di Ausie dulu, mereka sentiasa
bertemu. Zhariz dengan sifat caringnya
dan Adam dengan sifat cemburunya, sering buat dia serta tak kena.
“Siapa tu?” kedengaran pula suara Adam di hujung
sana.
Belum sempat Arissa menjawab, telefon yang melekat
di telinganya sudah dirampas. Siapa lagi kalau bukan Zhariz yang buat kerja tu.
“Adam…Zhariz sini. Sekarang ni kami ada FAMILY
discussion. So, kalau boleh jangan ganggu
dia.” Talian terus diputuskan. Perkataan Family sengaja ditekankan Zhariz.
Amboi! Sesuka jiwa dia aje buat rampasan dan mereka
cerita. Ini boleh menimbulkan kemarahan.
“Apa kena dengan abang ni?” Arissa naik angin
tiba-tiba.
“Abang tak suka Rissa rapat dengan dia.” Ayat
penyata dari Zhariz buat mata Arissa membulat. Dia kenal Adam sejak dari MRSM
lagi. Dah sah-sah memang rapat pun.
“Apa masalah abang sebenarnya?”
Zhariz angkat kening.
“Abang cakap tak suka bukan abang cakap ada
masalah.”
Eeee… Arissa naik buntu. Berlawan cakap dengan dia
ni, bukan boleh menang.
“Bak sini telefon tu.”
Zhariz ngeleng kepala. Sengaja mahu mengusik, tangan
diangkat tinggi agar Arissa tidak mampu mencapai note3nya.
“Darlingggg….” Suara sengau baru bangun tidur
menyeru ‘tunang tersayang’ dari anak tangga membantutkan niat Arissa yang mahu
merampas handphonenya.
Zhariz berpaling. Kesempatan itu Arissa ambil untuk
merampas note3nya dari tangan Zhariz. Segera dia berlari mendaki anak tangga
untuk naik ke atas. Kalau ada Ryana dan Zhariz, Arissa memang berbulu anak
mata. Tak tahu kenapa, dia menyampah bila Ryana merengek manja dengan Zhariz.
4 comments:
rissa ada bunga2 cemburu ke.. tp betul la..menyampah ngan ryana yg suka merengek tu..
best sambung lagi ya tq.
X suka Rissa ngan Zhariz...nk ngan jumpa kat stesen minyak tu..heheheh...- Lisha -
Best hani... Teruskan tau
Post a Comment