Yang luar biasa selepas itu, bila Arissa turun
semula ke bawah untuk keluar, telinganya menangkap suara orang sedang bertekak.
“You ni, kalau I ajak banyak sangat alasannya.” Itu suara Ryana. Tentu sedang marahkan encik
tunang tersayang.
Langkah Arissa mati di anak tangga paling bawah.
“Bukan banyak alasan. I dah kenyang sarapan kat
dapur tu, you baru nak bangun.” Suara Zhariz membalas.
“Tengok tu, nak salahkan I bangun lambat pulak. You
ada call I nak datang sini?”
“Yana, rumah ni dah macam rumah I. Bila-bila masa I
suka I datang, tak payah nak call bagai buat appointment. Masalahnya you tu,
kalau dah tidur tak ingat siang atau malam. Solat subuh entah ke mana.” Tenang-tenang
saja suara Zhariz. Ya! Dia harus akui, Zhariz memang sentiasa tenang dalam apa
jua keadaan sekali pun.
“You ni nak cari pasal dengan I ke apa? Kalau tak
nak keluar dengan I cakap aje tak nak keluar. I boleh ajak orang lain temankan.
Tak payahlah nak berceramah macam ustaz pulak.” Suara Ryana sudah melengking.
Arissa menggeleng. Perangai si kakak memang dia
sudah maklum sejak dulu. Pantang ditegur akan membentak. Sudah biasa
dimanjakan, begitulah jadinya. Tapi yang dia pelik, Zhariz tu boleh pula tahan
dengan perangai begitu.
Kata orang, sabar itu ada hadnya. Tapi dalam kes
mereka ini, Arissa rasa sabar Zhariz terhadap perangai Ryana macam tak ada had.
“Macamlah you
tu baik sangat!” Ryana mengomel. Dengan hentakkan kaki dia melangkah ke arah
tangga.
Arissa yang tercegat di situ tak sempat nak bergerak
lari apabila Ryana sudah memandang dia dengan pandangan tajam.
“Kau buat apa kat sini?” Ryana menyergah. Kali ni, Arissa
pula yang menjadi mangsa.
“Dengar orang bergaduh.” Arissa menyengih, sengaja
menyimbah minyak pada api yang sedang marak. Dah tertangkap, baiklah berterus
terang.
Tanpa diduga, tangan yang sedang memegang palang di
tangga ditepis Ryana dan tubuhnya terus ditolak. Tidak bersedia, Arissa jatuh terduduk.
“Rissa!!” Zhariz menerpa ke arah mereka.
“You ni kenapa, Yana?”
Ryana mendengus kasar sebelum berlari naik ke atas.
Geramnya pada Zhariz sengaja dilepaskan pada si adik. Dia tahu Zhariz memang tak
akan berdiam diri kalau dia ‘usik’ Arissa. Sejak kecik, Zhariz memang protective kalau melibatkan Arissa dan
adik perempuannya, si Zalia Irdina tu. Kalau nak bagi Zhariz naik angin,
usiklah merek berdua.
Arissa bangkit. Handbag
yang sudah terlondeh diangkat semula ke bahu.
“Nak ke mana?” soal Zhariz. Serius sekali wajahnya.
“Keluar.” Sepatah Arissa menjawab.
Langkahnya diatur menuju ke pintu. Baru mahu
menyarung kasut, lengannya ditarik.
“Jumpa Adam?”
“Kenapa abang nak sibuk?”
Tiba-tiba kunci kereta di tangan Arissa dirampas
Zhariz. Dan.. Arissa hanya mampu memandang apabila BMW X6 Zhariz mengundur
keluar dari perkarangan rumah.
Arrrghhh! Rasa macam nak menjerit sebab geram dan
marah. Tapi kalau dia jerit sekarang, tentu mummy kata dia gila.
Telefon di dalam handbag dicapai. Nombor telefon
Zhariz dicari. Skrin telefon ditekan-tekan penuh geram seolah wajah Zhariz yang
dicucuk dengan telunjuknya.
“Abang!!!”
“Ya, sayanggg..”
Uhuk! Suara Arissa terus tersangkut mendengar suara
Zhariz yang begitu. Hati, tolonglah jangan mengada-ngada nak mencair bagai.
Ingat! Dia bakal abang iparmu.
“Kunci kereta… orang nak keluarlah!”
“Dengan syarat, abang hantarkan.”
Hah? Apa kena dengan Zhariz ni? Takkan gaduh dengan
tunang terus jadi tak betul kot?
“Orang nak keluar sekarang!” tegas Arissa.
“Sekarang abang pusing balik.”
Arissa terlopong. Bukankah tadi bakal abang iparnya
ini bergaduh dengan tunangnya hanya kerana malas mahu keluar? Kenapa sekarang
ini rajin pula menawarkan diri mahu menjadi drivernya?
Arissa pelik sendiri.
Cuma seketika talian diputuskan, panggilan dari
Zhariz masuk semula.
“Abang dah ada kat depan pagar. Cepat keluar!”
Zhariz terus bersuara sebaik talian bersambung. Belum sempat Arissa membalas,
talian diputuskan kembali.
Huh! Arissa serba salah. Nak pergi ke tak nak? Belum
sempat akal berfikir memberi jawapan, kaki sudah menghala ke pintu pagar.
Harap-harap tak ada sesiapa dalm rumah ni yang nampak.
“Nak ke mana ni?” soal Zhariz sebaik Arissa masuk ke
dalam kereta.
“Pavillion.” Sepatah Arissa menjawab. Memang itulah
tempat yang Fetty sebut apabila dia menghubungi sahabatnya itu tadi.
Tapi, dia nak jumpa Adam. Apa kata Adam kalau dia
datang bersama Zhariz? Akan ada drama swasta atau sinetron Indon?
SEJAK tadi Adam hanya diam membisu. Sejak dia muncul
bersama ‘bodyguard’ tak rasminya.
Sejak tadi juga Arissa hanya mampu memandang, wajah Adam yang keruh dan wajah
Zhariz yang bersahaja, tanpa apa-apa riak.
Minum di Dome Café, Adam lebih banyak berdiam
manakala Zhariz pula rancak bersembang. Fetty memang pandai melayan. Sembanglah
topik apa pun, gadis kecil molek kelahiran pantai timur itu memang boleh aje ‘masuk’.
Lagipun, Fetty memang kenal Zhariz melalui cerita-ceritanya.
Fetty memang tahu Zhariz itu bakal abang ipar dia.
Tapi, kenapa Arissa rasa tak senang bila Fetty mula menemuramah Zhariz? Kenapa
dia rasa seperti Fetty mahu menarik perhatian lelaki itu? Cemburukah dia? Ah!
Tak mungkin.
“Risss… Boleh tak kalau I nak cakap dengan you?”
tiba-tiba Adam bersuara dalam keriuhan suara Fetty berceloteh.
Arissa pandang Adam. Kemudian Zhariz dan Feety
sebelum beralih kembali ke wajah Adam.
“Just me and
you.” Adam berikan pencerahan.
“Dam.. Rissa datang dengan I. So, kalau nak cakap
apa-apa, boleh cakap depan I.” Zhariz memintas sebelum sempat Arissa keluarkan
suara.
“You ni siapa dengan Arissa sebenarnya?” Nada tak
puas hati sudah keluar dari bibir Adam. Sejak dulu, tatkala Zhariz datang
melawatnya, Adam memang selalu tak puas hati
“She’s my
cousin, that’s for sure.” Zhariz senyum. Pandangan ditala pada Arissa yang
nampak gelisah sejak tadi.
“And… for sure,
kami juga masih sah nikah.”
Arissa buntang mata. Apa hal tetiba sebut pasal sah
nikah bagai ni. Dah namanya sepupu, memanglah sah nikah. Kalau tak, takkanlah
boleh bertunang dengan Ryana.
“Riss….. I dah beritahu family I tentang kita.” Adam berterus terang. Bicara Zhariz sudah
mampu dia teka arah tujunya.
Sejak dulu lagi hatinya meneka. Pandangan mata Zhariz, bukan
pandangan biasa seorang abang terhadap adiknya. Dia lelaki dan dia yakin sangat
tentang itu. Cuma, Arissa yang sering menafikan setiap kali dia bertanya.
“Tentang kita?” Arissa bersuara. Pelik! Mana pernah
ada kita antara dia dan Adam
“Ya! I tak mahu cakap melalui phone. Hal begini lebih baik cakap depan-depan. You berikan saja
tarikhnya, family I akan datang
merisik. Kita tunang dulu.” Adam berterus terang. Dia sudah penat dan lelah
mengejar. Lagi pun, dia harus pantas memintas sebelum Zhariz mencantas.
Gulp! Arissa telan liur. Sungguhlah ‘gentleman’ seorang Adam Khalif tetapi
kenapa dia tak rasa apa-apa pun? Kenapa dia rasa anak tauke kontraktor pasir
dari utara ini seperti mahu menunjuk pada Zhariz? Tahukah Adam bahawa Zhariz
itu adalah bakal abang iparnya? Tiada yang lebih atau kurang dari itu?
“Mmm.. benda macam ni kena bincang dulu Adam. Bukan
main redah aje.” Zhariz mencelah.
“Rissa… abang rasa hal begini tak sesuai nak dibincang
di sini.” Kali ini, wajah Arissa pula menjadi sasaran matanya. Hatinya
tiba-tiba membara tatkala Adam mengeluarkan topik hangat itu. Cemburu? Ya! Dia
sedang cemburu.
‘Tapi, kenapa dia harus cemburu sedang Arissa itu
hanyalah seorang adik sepupu yang bakal menjadi adik iparnya?’ Satu suara
tiba-tiba bertanya.
Hati, sila jawab dengan jujur.
Okey! Sebabnya.. Arissa bukan hanya sekadar itu.
Hati dia yang satu ini memang sudah lama sukakan Arissa, bukan Ryana. Tetapi
perancangan keluarga melencong dari arah hatinya. Waktu itu, dia masih mentah
dan dia tidak mampu membantah.
“Kalau di sini tak sesuai, I nak pinjam Arissa.”
Adam bangkit berdiri. Niatnya mahu mengajak Arissa mengikutnya ke tempat lain
untuk berbincang lebih serius dari hati ke hati. Dari utara dia terbang ke KL
semata-mata untuk berbincang dengan Arissa tentang hal ini.
Dan.. melihat Zhariz yang begini, hatinya makin kuat
meronta mahu menyelesaikan hal mereka secepat mungkin. Selagi Arissa tidak
memberi jawapan pasti, selagi itulah hatinya tidak mampu bertenang.
“Adam, mungkin lain kali. Sekarang ni kami kena
balik dulu sebab kami keluar tadi, mummy Arissa tak tahu.” Pantas saja Zhariz
mencari alasan.
Memanglah masa keluar tadi Arissa tak beritahu
siapa-siapa. Tapi, mummy atau daddy mana ada kisah dia pergi mana. Janji balik
sebelum malam. Kalau lewat, telefon beritahu.
Zhariz bangkit. Wallet
dari poket seluar dikeluarkan dan not seratus ditarik keluar.
“I belanja. Nanti tolong bayarkan.” Duit diselit ke
bawah cawan Fetty.
Belum sempat Arissa buat apa-apa, lenganya ditarik
Zhariz. Handbag di atas meja juga
sudah dicapai lelaki itu.
“Kami balik dulu.”
Arissa hanya mengikut. Mahu membantah tetapi dia
seperti tidak berdaya. Entah kenapa, hatinya seakan dipukau. Merelakan apa saja
yang dilakukan Zhariz walau kelihatan agak melampau. Ubat apa yang sudah Zhariz
suntik ke hatinya? Ubat bius yang mengkhayalkan atau pil kuda yang merosakkan?
Masuk ke dalam kereta, Arissa pejam mata. Haruman
Black Rose Paco Rabanne yang Zhariz pakai makin kuat masuk ke hidungnya bila
berada dalam ruang yang kecil begitu. Oh! Dia khayal lagi.
“Abang….”
“Mmmmm…”
Arissa tarik nafas. Zhariz ni suka sangat buat suara
dalam kelambu begitu. Hakikatnya, mereka sekarang ini dalam kereta, bukan dalam
kelambu.
“Sebenarnya, apa yang abang tak suka dengan Adam
tu?”
“Bila masa abang cakap abang tak suka dia?” wajah
Arissa ditoleh sekilas.
“Habis tu, yang abang tak suka orang rapat dengan
dia tu?”
“Abang tak suka Rissa rapat dengan dia, bukan tak
suka dia.”
“Sebab?”
Zhariz diam. Nanti abang beritahu Rissa. But, not now. Masanya tak sesuai.
4 comments:
Best.
Akhirnya...yg kutunggu-tunggu. Tq...best sangat
Bessttt sgt... Suka suka..
I hate Zhariz!!!!!!!! suka kawal orang bencinya!! bak bunuh dia!
Post a Comment