Pertemuan di
Lemon Garden Cafe, Shangri-La Hotel pagi itu seakan pertemuan jejak kasih dua
sahabat yang telah lama terputus hubungan sejak pulang dari bumi UK lama dulu.
“Hei! Bro...”
Shahrul
Rezza yang sudah sedia menunggu terlebih dulu menyapa Hareez yang
baru tiba. Pantas mereka bersalaman dan berpelukan buat seketika.
Setelah
pelukan terlerai, Hareez sekali lagi menarik sahabatnya itu untuk dipeluk erat.
Rindu pada kenangan lama dan rindu juga pada keakraban mereka. Sejak dari zaman sekolah berasrama
penuh hingga ke bumi UK, Shahrul adalah sahabat susah
dan senangnya. Tinggal serumah, makan sepinggan dan tidur sebantal, Shahrul satu-satunya sahabat yang tahu
semua perkara
tentang dirinya.
Cuma selepas dia
menikahi Melisa, hubungan mereka jadi renggang dan terus
terputus apabila dia mengambil keputusan mengejut pulang ke Malaysia tanpa
pengetahuan sesiapa termasuklah Shahrul.
“So,
apa cerita?” soal
Shahrul.
Dia tidak
menyangka dapat bertemu kembali dengan sahabatnya ini. Ternyata usahanya menjejak
Hareez di FB membuahkan hasil. Dia ingin sangat tahu kenapa Hareez tiba-tiba
menghilangkan diri.
“Macam
nilah, masih bujang and still avaliable.” Hareez angkat bahu dan
membuka kedua telapak tangan sambil melabuhkan punggung ke kerusi.
“Hah!
Bujang konon. Macam kau ni, bukan bujang lagi, tapi duda hot.”
“Eh!”Hareez
gelak.Duda hot ke?”
Shahrul
rapatkan badannya ke meja.
“Kata
orang, duda lagi laku dari bujang sekarang ni,” ujar Shahrul seperti berbisik.
“Patutlah
kau tak kahwin-kahwin sampai sekarang ya?” selar Hareez mengundang tawa
Shahrul.
Bagi Shahrul,
Hareez adalah sahabat sejati yang paling rapat dengannya. Hareez yang kacak,
Hareez yang kasanova, yang mendapat perhatian wanita walau ke mana saja kakinya
melangkah. Pakejnya lengkap. Mulutnya sentiasa manis bergula, perempuan manalah
yang tak terpikat. Senyumannya saja pun boleh buat mata jadi lupa nak berkelip.
Tetapi,
Hareez berubah seratus peratus apabila berkahwin dengan Melisa. Sahabatnya itu
jadi sangat pendiam dan semakin menjauh dari kawan-kawan. Dunianya hanyalah
kerja dan kerja. Kebetulan pada waktu itu Hareez baru menjawat jawatan yang
bagus di sebuah syarikat terkemuka di UK dan Melisa pula masih belum
menghabiskan pengajiannya.
“Lisa
kat mana sekarang?” soal Shahrulsementara tangannya
menggamit pelayan untuk membuat pesanan.
“Tolong jangan
sebut nama dia depan aku boleh tak?” wajah Hareez berubah serius. Dengar saja
nama perempuan itu, dia jadi hilang mood dengan tiba-tiba. Sudahlah semalam
mamanya buat drama air mata kerana perempuan itu. Ah! Serabut.
“Eh!
Takkan dengar nama pun fobia kot?” Shahrul gelak kuat dengan
reaksi Hareez.
Dulu lagi dia
pernah berkali-kali menasihati sahabatnya itu agar jangan jadi bodoh untuk
memikul tanggungjawab yang tidak sepatutnya dipikul itu kerana dia tahu Hareez
tidak bersalah. Dia tahu Melisa memasang perangkap Hareez. Semua orang tahu
betapa taksubnya Melisa terhadap sahabatnya yang seorang ini.
Namun
begitu, Hareez tetap dengan keputusannya untuk bertanggungjawab. Entah racun
apa yang telah Melisa gunakan sehingga otak Hareez jadi tak betul dengan
tiba-tiba. Dia bukan tak kenal dengan Melisa kerana mereka belajar di tempat
yang sama.
Berada di bumi
asing, berapa kerat sangatlah rakyat Malaysia. Kerana itu, mereka secara
automatik menjadi akrab. Melisa itu memang cukup pandai berlakon dan memujuk
rayu. Kalau Rashid Sibir tengok, tentu diambil sebagai pelakon utama drama
arahannya.
“Aku
confuse. Kau tiba-tiba hilang tanpa jejak. Lepas tu, Melisa pula menghilangkan
diri.” Shahrul
masih ingin memanjangkan kisah tentang Melisa. Lama juga dia cuba menjejaki
mereka tetapi baru hari ini berjaya menemui Hareez.
Walau saling
kenal sejak di zaman asrama penuh dan membesar di negeri yang sama tetapi
mereka tidak pula pernah ke rumah masing-masing. Melisa pula, setahunya berasal
dari Seremban.
Hareez
tidak membalas sebaliknya menyibukkan diri membelek menu dan membuat pesanan.
Bercerita tentang Melisa buatkan otaknya semak dan serabut.
“Reez,
kalau kau tak selesa aku bertanya tentang Lisa, aku minta maaf,” ucap Shahrul.
Dia jadi bimbang apabila
melihat wajah Hareez berubah mendung dengan tiba-tiba. Sejak Hareez berkahwin
dengan Melisa, dia perasan sahabatnya ini amat sensitif. Tidak seperti
sebelumnya, Hareez yang dia kenal suka mengusik dan suka ketawa.
Hareez
senyum. Memang dia tidak selesa tetapi tidaklah sampai marah. Dia tahu,
menerima setiap ujian Tuhan dengan hati lapang dan redha, balasannya adalah pahala
dan dia ingin mengumpul pahala tersebut.
“Aku
tak apa-apa laaaa....” Panjang meleret jawapan Hareez. Dia perasaan juga wajah
bimbang sahabatnya itu.
“Cuma.... sebab
kami dah tak ada apa-apa, aku tak suka lagi nak bercerita pasal dia,” sambung
Hareez lagi.
“Okey!Aku tak
sebut lagi pasal dia,” Shahrul angkat kedua tangan
seperti orang menyerah kalah.
“Kau pula
macamana? Bila nak kahwin? Takkan masih dengan tabiat lama?” Hareez pula
menyoal balas.
Setahu dia, Shahrul
kalau dengan perempuan macam lampin pakai buang. Hebatnya, sampai boleh bermain
cinta dengan tiga perempuan dalam satu masa.
“Eh! Aku dah
insaf la bro.” Shahrul
gelak-gelak.
“Mmmm..... yer
la tu. Kalau Shahrul
Rezza dan ‘kaki perempuan’ boleh berpisah, aku rasa papa kau harus buat pulut
kuning.”
“Amboiii!
Statement, macam nak bersarapan dengan kaki kerusi jer gayanya.”
Hareez
gelak kuat. Bicara Shahrul
memang tak pernah berubah. Kedengaran agak kasar tetapi hatinya baik.
Sejak dulu,
mereka suka cabar mencabar dalam memikat perempuan.Shahrul
pantang dicabar kalau bab-bab perempuan. Akan buat macam-macam untuk
mendapatkan perhatian perempuan. Anak datuk, poket pun tebal, perempuan mana
yang tak suka.
“Kau
ingat lagi Fazura?” Shahrul
menyoal setelah ketawa Hareez reda.
“Fazura?” Hareez kerut kening.
“Kau jangan buat muka blur macam tu. Fazura Amylia, takkan
kau lupa kot.”
“Oh!” Hareez terangguk-angguk.
Mana mungkin dia lupa pada pemilik nama tersebut, gadis
kelahiran Johor Bharu, satu negeri dengan Shahrul dan juga dirinya. Gadis yang
juga pernah akrab dengan mereka ketika berada di bumi UK dulu. Tapi, setelah
dia mengahwini Melisa, Fazura seakan menjauhkan diri darinya.
Apa yang dia dengar dari kawan-kawan, Melisa yang membuat
onar dan Fazura terpaksa menjauhkan diri darinya. Tetapi, apabila ditanya tidak
pula Melisa mengaku. Ah! Melisa tu, penuh dengan muslihat.
“Dia selalu tanya aku pasal kau.” Lanjut Shahrul
“Apa yang dia nak?” acuh tak acuh Hareez bertanya.
“Aku tak perlu jawab soalan tu pon kau tahu apa dia nak dari
kau kan?”
Hareez lepaskan keluhan panjang.Bukan hanya dia tetapi semua
teman-teman mereka tahu bahawa Fazura memang ada hati padanya. Memang dulu
mereka pernah rapat tetapi tidak sampai menjalinkan hubungan cinta.Tetapi
semuanya jadi pincang setelah kemunculan Melisa.
“Dia dah tahu kau dah berpisah dengan Lisa.”
“So!” Hareez angkat kening.
“Maybe dia ingat dia masih ada peluang. Kan aku dah cakap,
duda hot!”
“Ceh!”
Mereka sama-sama ketawa. Panggilan duda hot yang Shahrul
berikan padanya itu terasa lucu di pendengaran Hareez.
“Kau tak nak cuba dengan dia ke?”
Hareez senyum sambil mengeleng kepala. Kata orang, jangan
sesekali cuba untuk membuatkan hati wanita jatuh cinta pada kita seandainya
kita belum bersedia untuk menyintai dia. Kesimpulannya, baiklah jangan.
“Kau cakap kat dia, aku dah ada pengganti Lisa,” ujar Hareez
kemudiannya.
“Kau serius ke ni?”
Hareez terdiam. Bagaimana untuk dia katakan ya sedang Melisa
tak pernah ada di hatinya? Melisa tidak pernah ada dalam agenda hidupnya. Cuma
selepas ini kalau ada mana-mana perempuan yang boleh masuk ke hatinya, orang
itu bukannya pengganti Melisa tetapi penggati Lya.
Ya! Kalau dia ingin mencari pun, wanita itu mestilah
selayaknya seperti Lya atau lebih dari Lya. Jika kurang, dia tidak mahu. Itu
yang hatinya demand.
“Fazura tu, betul-betul sukakan kau.” Provok Shahrul. Dia
tahu, Hareez tidak serius dengan apa yang diucapkannya tentang pengganti itu.
Apa yang dia tahu, Hareez masih sendiri hingga ke saat ini.
“Masalahnya, aku tak sukakan dia.”
Shahrul geleng kepala dengan jawapan Hareez. Tak tahulah
Melisa dah guna ubat jenis apa sehingga hati kawannya ini bertukar menjadi
batu. Dulu tu, kalau sebut pasal mana-mana perempuan yang cantik lawa seperti
Fazura, Hareez suka aje nak berkirim
salam.
Dulu pun, sahabatnya ini sering juga ‘bermain mata’ dengan
Fazura sebelum terjebak dengan Melisa. Dia ingat lagi Hareez pernah kata Fazura
tu cantik dan lemah lembut. Sebab tu dia suka dekat dengan Fazura. Dah tu,
tiba-tiba saja sekarang ni kata tak cantik pulak. Adakah Melisa juga telah berjaya
mengubah taste sahabatnya ini?
“Dulu kau pernah kata sukakan dia. Apa salahnya kau beri dia
peluang.”Shahrul bersuara lagi dalam usaha ingin menyatukan dua sahabat.
Dia sebenarnya kesian dengan Fazura. Ada rupa, ada harta
tetapi masih keseorangan kerana menunggu keajaiban yang Hareez akan muncul di
depan matanya. Huh! Sadis sungguh orang yang taksub pada cinta ni.
“Suka tu meluas definasinya Rul. Dan.....” Hareez mendongak
memandang Shahrul.
“Aku tak suka nak hidu makanan yang tak kena dengan selera
aku. Takut nanti aku terus hilang selera untuk makan.” Penuh simbolik Hareez
meluahkan.
Shahrul terus terdiam. Dalam sungguh maknanya. Mungkin benar
Hareez telah berubah. Mungkin juga Hareez sedang menyembunyikan rasa kecewanya.
Siapa tahu?
“Kalau Fazura yang cantik lawa macam tu pun kau tak
berselera, kau cuba cakap kat aku selera kau yang macam mana? Anak Tan Sri tu
bro. Harta bapak dia, tujuh keturunan pun tak habis nak makan,” Shahrul sengaja
ingin menguji sejauh mana sahabatnya ini telah berubah.
“Aku mahu yang sejuk mata memandang supaya setiap kali aku
memandangnya, hati aku akan nyaman dan damai. Aku mahu yang tahu menjaga batas
pergaulan dan menutup auratnya supaya dia tidak mengheret aku untuk masuk ke
neraka yang panas. Aku mahu yang kaya dengan kasih sayang supaya nanti hidup
aku akan penuh dilimpahi kasih dan sayangnya. Aku mahu yang...”
“Cukup! Kalau begitu, kau perlu cari ustazah.”
“Aku tak mahu ustazah sebabnya aku bukan mencari orang untuk
mengajar aku tetapi aku mencari isteri untuk disayangi.”
Jika dari rupa paras dan penampilan, Fazura itu lebih cantik
dari Lya tetapi seperti yang selalu hatinya kata, cantik saja tidak memberi
apa-apa makna. Dia tidak mahu yang cantik luaran kerana semua itu hanyalah
topeng yang boleh dibuka bila-bila masa.Dia cuma mahu yang cantik dalaman
kerana cantiknya seseorang wanita itu adalah terletak di hatinya, bukan
parasnya.
Shahrul terdiam. Pandangannya tepat ke wajah Hareez sebelum
mengeleng perlahan.
“Aku sekarang percaya yang kau benar-benar dah berubah,”
ucap Shahrul kemudiannya dan Hareez terangguk perlahan.
Benar, dia memang telah lama berubah. Cuma yang Shahrul
tidak tahu siapa sebenarnya yang telah betul-betul mengubah dirinya. Nantilah,
suatu hari nanti dia akan beritahu Shahrul tentang wanita istimewa itu.
No comments:
Post a Comment