FOLLOWERS

Sabar dan Syukur

Dua hari bercuti sakit, aku dikejutkan dengan berita yang kurang enak untuk didengar setelah kembali memulakan kerja. Salah seorang pekerja yang aku harapkan terpaksa berhenti kerja secara mengejut kerana dipukul oleh tunangnya menggunakan helmet dan disaksikan oleh beberapa pekerja lain. Alasannya kerana cemburu. Dengarnya macam tak masuk akal tetapi apa yang aku dengar itulah yang sering terjadi. Peliknya, wanita itu masih mampu bertahan dan sabar.....

Bersabar dengan ujian dan bersyukur dengan nikmat Allah s.w.t adalah dua perkara yang paling penting dalam hidup. Namun, kedua-duanya bukanlah satu anugerah yang datang bergolek dengan begitu mudah.

Kenapa ia tidak mudah?

Kerana kita harus menyusunnya satu persatu, mengutipnya dari pengalaman hidup dan mengikatnya menjadi benteng di dada kita. Untuk membina benteng bukan cukup sehari dua malah bertahun lamanya dan ia juga bergantung pada seketul daging yang bergelar hati di badan kita.

Ada orang yang masih muda belia tetapi sabarnya setinggi langit tetapi ada orang yang umurnya sudah melewati separuh abad tetapi barannya sukar dikawal. Kerana itu berlakunya penderaan, bukan tidak sayang tetapi telah hilang kesabarannya.

Kenapa terjadi begini sedang masa yang panjang memberi mereka banyak peluang menyusun kesabaran?

Kerana mereka tidak melihat kehidupan dengan mata hati, tidak pernah bersyukur dengan nikmat yang diberi. Rugilah bagi mereka yang melihat hidup ini dengan hanya menggunakan dua mata yang diberi sedang hati dan akal dibiarkan tidak berfungsi....

2 comments:

Anonymous said...

Perempuan lebih tinggi sabarnya, ttp adakalanya kesabarannya seperti tidak munasabah, sanggup didera, disebabkan perasaan sayang. Sanggup dilukai zahir dan batin, ttp tidak utk melukai yg tersayang...

Hani Fazuha said...

Mmg begitlah kak, Kalau bukan sbb sayang pun, mungkin sbb nak jaga hati banyak pihak.