FOLLOWERS

Cerita Seram.....Satu N3 Yang Agak Panjang

Suatu malam, aku memandu sendirian pulang dari rumah seorang kawan yang letaknya nun di hujung perumahan dekat penjara kajang. Hujan renyai-renyai menjadikan aku seram sejuk sejuk seluruh badan. Dek kerana rasa seram itu, aku kuatkan pemain CD yang ketika itu tengah putarkan lagu ayat-ayat cinta. Agaknya lagu tu yang berhantu atau tempat tu yang memang kawasan berhantu.

Tiba di rumah, aku disambut oleh Haikal, anakku yang kecil tu. Dia buat terkejutkan aku sembunyi di balik pintu. Oleh kerana waktu dah lewat malam dan esoknya anak-anak bersekolah, aku cepat2 arahkan mereka tidur. Dua beradik tu memang kalau aku tak ada mereka susah nak tidur, nak berteman dulu sebelum tidur.

Dalam keadaan yang sangat penat kerana pergi rumah kawan tu untuk acara masak memasak bagi majlis makan2 esoknya, aku terlupa nak cuci kaki dan tangan (orang tua pesan kalau pulang dari tempat yang kita tak pernah pergi, cuci kaki dulu) aku terus temankan mereka tidur.

Lepas mereka tidur, seperti biasa aku berpindah ke bilik sendiri. Tanpa mandi, aku terus aje terlelap(perangai tak senonoh kalau aku tengah letih). Hubby aku memang dah faham, kalau aku letih dia kena buat hal sendiri.

Tengah malam lebih kuram jam 3 pagi, aku dikejutkan oleh suara Haikal yang menjerit bagai orang histeria. Aku dan hubby terus terlompat turun dari katil. Haikal pula sudah berlari menonong keluar dari biliknya dan menjerit2 bagai orang dalam ketakutan. Waktu tu, bulu romaku tegak berdiri, bagai ternampak sesuatu yang ganjil.

Beberapa ketika aku peluk dia dan cuba sedarkan dia yang masih menjerit2 itu. Lepas tu dia menangis dengan muka yang pucat. Bila aku tanya dia kata dia nampak hantu nak cekik dia. Aku kata dia mengigau tapi dia kata tak. Aku bawa mereka dua beradik untuk tidur berhimpit empat orang di atas satu katil di bilikku. Tapi sampai ke pagi dia tak tidur dan dia juga tak membenarkan aku tidur.

Esoknya dia sudah jadi penakut, mengekor ke mana saja aku atau hubby pergi, pegang aje hujung baju atau kain yang aku pakai. Sewaktu aku masuk ke biliknya untuk bersiap ke tempat kerja, dia terus beritahu aku “kat situ ar adik nampak hantu tu berdiri. Hitam dan tinggi tapi adik tak nampak muka. Dia buat macam ni kat leher adik.” Lancar aje dia berkata sambil menggayakan dua tangan yang ingin mencekik orang.

Dengar aje itu, aku dah seram sejuk. Tetiba aje bulu romaku tegak berdiri apatah lagi hubby dan anak yang besar tu dah keluar, tinggal aku berdua aje dengan dia dalam rumah. Terasa-rasa ‘makhluk tu’ ada kat situ. Cepat2 aje aku bersiap dan keluar dari rumah.

Sejak malam tu, dua mereka beradik sudah berpindah bilik masuk ke bilikku dan empat orang berhimpit tidur sekatil. Sejak malam itu juga, boleh dikatakan selang semalam dia akan menjerit di tengah malam dan jeritannya itu lain dari jeritan biasa. Ia boleh buat aku meremang bulu roma.

Dah macam-macam tempat aku pergi, sampai ke Darul Syifa pun ia tetap berulang dan berulang. Terkadang di tengah malam dan terkadang di subuh pagi. Aku pula bagaikan trauma mendengar jeritannya. Rasa macam tak boleh tidur sebab duk ternanti-nanti bilakah dia akan menjerit apatah lagi kalau dia menjerit memang betul-betul di tepi telinga aku.
Macam-macam usaha kami buat sampai nak panggil orang surau datang sembahyang hajat kat rumah tapi waktu tu kami dah sibuk nak balik kampung. Dalam perjalanan balik kampung, aku terkejut apabila tiba-tiba dia menjerit ketika tengah tidur. Waktu tu memang dah pagi buta. Masa tu, aku terfikir juga, ‘makhluk tu’ ikut aku balik kampung ke?

Waktu di kampung, kakak ipar aku bawa kami jumpa satu pakcik untuk tengok2kan anak aku ni. Pakcik tu dia memang pandai bab2 macam ni. Aku hanya cakap perihal anak aku tapi dia dah boleh cerita ‘makhluk tu’ rupa macam mana. Ceritanya macam cerita anak aku. Katanya ‘makhluk tu’ kurus dan tinggi, hitam dan rambut kerinting, meninggal dalam keadaan yang tak elok dan rohnya tersesat untuk ‘ke sana’. Betul atau tidak, wallahualam..... aku Cuma cakap apa yang dia kata.

Katanya lagi ‘benda tu’ duk bergantung kat anak aku sebab anak aku ni lemah sikit. Perjanjian sejak azali memang begitu, siapa yang lemah memang milik dia. Sehingga saat itu pun, ‘benda tu’ ada kat sebelah anak aku. Waktu tu, seram juga aku dengar.

Lepas dia dah ubat dan ‘tangkap benda tu’ dan lepas kami dah balik ke Kuala Lumpur semula, memang anak aku dah pulih walau masih lagi takut-takut kalau tak ada orang dalam rumah. Tapi yang penting dia tak menjerit-jerit lagi di waktu malam.

Lama dah rasanya aku boleh tidur lena walau pun masih berhimpit empat orang di atas satu katil tapi tiba-tiba dua malam lepas ianya berulang lagi. Aku baru nak terlelap tetapi aku dengar dia macam bercakap-cakap sendirian di tepi telingaku sebab dia tidur peluk aku. Tiba-tiba dia menjerit bagai histeria dan menangis. Hubby aku yang duk tengah tengok TV cepat-cepat masuk bilik. Dia masih menangis dengan muka yang sudha berubah pucat. Dalam menangis tu dia kata ada pontianak gigi tajam duduk kat tepi hujung katil nak gigit dia. Aduhhhh...pontianak pula, hari tu dia kata hantu tinggi.

Aku terkedu kat atas katil, sampai ke pagi tak dapat tidur. Tension betul aku sekarang ni. Aku bising gak kat hubby sebab pulang rumah tengah-tengah malam. Kalau rumah sewa memang aku dah pindah dari sini tapi masalahnya rumah sendiri.

2 comments:

Anonymous said...

Kak pun pernah kena sekali sms di Langkawi. Balik dari Annual Dinner di Mutiara Burau dulu, Burau Bay Resort. Lalu di antara Pantai Kok dan Sheraton, laluan DC2 berliku2 sikit, kami berempat satu kereta. semua pompuan. Tetiba, jatuh sesuatu dari atas... driver apa lagi brek le.. keluar, tgk tak ada apa2. Yg akak ddk di depan tgk kat side mirror ada benda bertenggek kat belakang, punya le seram... akak senyap sampai umah sewa. Esok akak baru cerita...

nacha said...

eeee... takutnya. x cuba baca yasin ramai2 kat umah. mmg la bole je bc sendiri. tapi lg ramai lg bagus. dulu masa sy baru pindah umah pun ada 'penunggu' kat depan umah. alhamdulillah lps panggil org masjid utk baca yasin & wat tahlil dah ok. mak mertua sy pun ada gak wat sumthing utk 'memagar' umah.