FOLLOWERS

Permulaan 2009....

Aku buka tahun 2009 dengan keadaan yang agak kelam kabut. 1hb, org semua bercuti tapi aku terpaksa melangkah ke tempat kerja setelah 3 hari bercuti ke Cameron Highland. Hari tu juga aku menyelam sambil minum air, bekerja sambil membeli belah peralatan sekolah anak2. Untung gak kerja kat tempat membeli belah ni, main cakap aje nak apa dan saiz apa, semuanya diuruskan oleh mereka yang pakar dan aku tunggu bayar aje.

2hb, sibuk dengan kerja-kerja yang tergendala dan pelbagai macam report.3hb pula melangkah ke sekolah untuk program orientasi murid darjah 1(anak aku yang kecik tu dah pun masuk darjah 1 tahun ni). Fuh! macam aku pulak yang masuk sekolah balik. Setengah hari melangut kat sekolah. Naik kejang jugalah kaki aku ke hulur ke hilir menjenguk anak manja aku tu.

Balik dari sekolah singgah pula ke nursery + KAFA di mana anak2 aku akan transit di situ. Selesai segala urusan, jam sudah hampir 3 petang. Mmm...terfikir juga aku, ni baru dua anak, kos peralatan sekolah dan juga nursery sudah cecah ribuan ringgit, macamana orang yang ada anak ramai? Aku tak tahu nak jawab soalan tu, nak kena tanya mereka yang ada anak ramai...

4hb, sekali lagi orang bercuti tapi aku terpaksa ke tempat kerja. Pertama kali dalam sejarah, auditor memaklumkan kedatangannya untuk mengaudit apa yang patut menjadikan kami semua kelam kabut mengemas kini apa yang diperlukan.

5hb, hari pertama sekolah dan aku sekali lagi melangkah ke sekolah untuk menghantar anak untuk hari pertama persekolahnnya. Hari tu, aku rasa mak bapak sama ramai dengan murid sekolah, menyibuk di kantin dan merata tempat di kawasan sekolah menyesakkan suasana sehingga cikgu terpaksa membuat pengumuman agar memberi ruang dan laluan pada murid2 dan aku serta hubby termasuk dalam golongan mereka itu..hehehe..

Awalnya, aku risau gak takut dia menangis tak nak masuk kelas sebab dia ni spesis yang manja dan kuat nangis, tak macam abang dia yang pandai berdikari. Tapi alhamdulillah... semuanya berjalan lancar, cuma kesian bila tengok dia tak dapat nak beli makanan sebab terlalu sesak.


*************Dah masuk tahun 1 tapi manjanya tak habis2


**Si abang dah masuk tahun 3,terpilih sebagai penerima anugerah cemerlang di tahun 2.

6hb, aku bercuti lagi dan sekali lagi aku melangkah ke sekolah tetapi kali ni aku tinjau dari jauh tengok dia balik naik van sekolah. Alhamdulillah.... segalanya berjalan bagai dirancang.

Esok, akan bermulalah kembali hari-hari aku yang makin sibuk....huhuhu...aku sendiri tidak tahu akan adakah masa untuk aku mengadap laptop ni....

No comments: