FOLLOWERS
Birthday Boy
Hari ini, anak pertamaku genap usianya sembilan tahun. Cepat benar masa berlalu. Pejam celik rupanya sudah sembilan tahun aku bergelar ibu. Rasanya masih baru aku merasai sakitnya melahirkan satu nyawa. Betapa aku hampir separuh nyawa bertarung di bilik bersalin selama 12 jam sakit tanpa henti.Terpaksa pula menghadapi saat-saat genting ditolak masuk ke bilik pembedahan tanpa sesiapa pun di sisi dan terpaksa juga menandatangani borang pembedahan tersebut dengan tangan sendiri.
Aduh! kerana itu, dua nyawa yang Tuhan amanahkan padaku itu cukup berharga buat aku. Kerana itu juga, aku sering cuba untuk membahagiakan mereka walau seringkali kesibukan membatasi masa antara kami.
Seawal tahun baru, dia sudah menanyakan aku bila tarikh hari jadinya dan apa hadiah yang akan aku berikan. Mmmm.. anak-anak zaman sekarang. Ketika aku kecil dulu, tak pernah ingatpun tarikh hari lahir. Dah tua bangka ni pun, terkadang lupa juga sehingga ada yang sms wish Happy birthday, barulah teringat.
Selalunya aku raikan birthdaynya di nurseri dan tahun ini juga begitu. Selalunya, bila beli hadiah mesti beli dua, kalau tidak mesti bergaduh. Bila turn adiknya birthday juga jena beli dua. Maknanya, setahun aku kena beli empat hadia walau hanya ada dua anak. Huh! itu baru dua, kalau empat? Fikir-fikirlah sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment