FOLLOWERS

Pesta Buku Alaf21




Pesta Buku Alaf kembali lagi dan aku seperti biasa suka jadi penyibuk pergi menyibukkan diri ke sana. Dah beberapa hari rancang, siap ambil cuti separuh hari semata-mata nak pergi ke sana.

Mulanya bersms kak meen ajak dia pergi tapi dia jual mahal. Tup tup pagi-pagi jumaat dia pula yang mengajak aku pegi. Katanya dia dengan Kak Iris nak pergi sana dan bolehlah kami jumpa.

Aku sampai dah agak lewat, jam hampir tiga petang. Tengkiu Kak Meen dan Kak Iris yang sporting tu sebab sanggup tunggu saya yang memang selalu banyak hal ni. Pertama kali jumpa Kak Iris, wah! tak sangka dia sudah bergelar nenek sebabnya, masih cun melecun lagi. Kak Meen tak usah cakaplah, maintain aje. Cuma aku aje yang makin kembang macam belon kena pam.

Mmm..sembang punya sembang tambah pula adanya pokcik yang baru sihat dari sakit 'cekutngunyah'nya tu, sedar tak sedar dah hampir jam lima petang. Sambil ngeteh tu, sempat juga melayan 'peminat' yang minta tandatangan.

Ikutkan hati nak lagi kami sambung sembang kat station kopitiam tapi memandang aku kena jemput anak balik sekolah, terpaksalah hampakan Kak Iris yang beria-ia tu. Ampun Kak Iris, ada masa kita jumpa lagi. Tapi Kak iris jangan lak marah sebab saya 'culik' Kak Meen gi Jusco Equine dan sementara menunggu waktu, sempat lagi kami lepak kat pizza hut..hehehe...

Maaflah tak ada gambar sebab aku terlupa nak bawa kamera. Mereka semua ada ambil gambar. Bila mereka dah posting nanti aku cilok sekeping dua untuk pastekan kat sini...Izinkanlah ya kak meen, kak Iris & Pokcik...

No comments: