Ikhlas atau tidak? Itulah soalan yang paling mudah untuk dijawab dan jawapannya pastilah ikhlas. Persoalannya, betulkah apa yang diucapkan di bibir sama dengan apa yang terbisik di hati? Jawapannya hanya ada pada hati dan yang mengetahuinya adalah Tuhan Yang Esa.
Tidak ada sesiapa pun berhak menentukan ikhlas atau tidak seseorang itu kerana Ikhlas itu umpama seekor semut hitam di atas batu hitam di malam yang gelap gelita. Cuba bayangkan rupanya bagaimana. Tak nampak walau ia sebenarnya wujud di situ. Itulah ganbaran ikhlas pada sekeping hati.
Jadi, bila kita melakukan sesuatu, tak usahlah nak diwar-warkan pada semua yang kita ni ikhlas memberi/membantu. Atau...jika kita menerima sesuatu, usahlah dipersoalkan orang itu ikhlas atau tidak.
No comments:
Post a Comment