FOLLOWERS

Lion Dance

Dah 10 tahun kerja, setiap tahun pun memang ada Lion Dance kat tempat kerja aku tu tapi aku tak pernah peduli pun. Entah kenapa hari ni aku suka menyibukkan diri turun ke bawah turut sama menonton.


Lion tengah makan daun salad yang disusun bersama limau


Yang ni duk tengah kopek Limau barli. Tengok limau tu, aku teringatkan si Tasha yang mengidam nak makan limau tu memaksa Zahim memandu sampai ke Ipoh


Kat depan pintu pejabat aku, tengah berebut nak masuk salam dengan aku..hahaha


Aku yang kat dalam duk tergelak jer sebab dah tak tahu nak buat apa.... sebelum tu, berlumba nga lion naik escalator nak masuk office...hahaha.


Lion tu bagi 'bendera merah'..entah nak disebut apa, aku panggil bendera merah jer. Tengoklah kat dinding bilik pejabat aku, kepala bear Mr Bean pun ada, semuanya orang bagi.


Ni lagi satu, pun ada orang yang bagi.

Tak tahu apa yang seronoknya, tapi tengok diorang macam suka sangat sampai terjerit-jerit. Ada satu staff tu, dia nak ambik gambar tapi lion tu kejar dia, lintang pukang dia lari....semua orang gelakkan dia....

Tengok muka sendiri masa duk tergelak tu, nampak macam budak-budak jer(Perasan!) tapi heran yer, kenapa ramai orang cakap aku garang? Muka aku ni muka garang ke? Baru dua hari lepas, ada yang menegur muka aku ni garang semacam jer, kenapa susah sangat nak senyum walhal ajar staff suruh sentiasa senyum. Aduh! spontan aku ukir sebuah senyuman...tapi aku sendiri rasa macam sumbang jer senyum aku tu. Nak tahu sebab apa? Sebenarnya.... masa tu otak aku tengah sarat dengan idea, tengah jalan laju nak masuk office nak coretkan sesuatu tapi dah kena tegur cam gitu, terus idea tu hilang ntah ke mana. Hampeh! btul....

Membaca dan Menonton...

Bila aku buka blog dan baca jejak yang ditinggalkan cermin kat ruangan sembang, aku senyum sendiri. Memang blog aku ni dah nampak penuh dengan sawang...

Nak tahu kenapa? Sekarang ni aku tengah gila menonton cerita Dysebel. Cerita si ikan duyung yang jatuh cinta dengan lelaki kacak yang sedang ditayangkan di Astro Prima. Lambat nak tunggu, aku tonton la You Tube. Ni semua adik aku punya pasal, dia yang heret aku melekat tengok cerita tu.


Tapi memang best, seronok tengok Marian Rivera dengan Ding Dong Dantes berlakon, sama cantik dan sama padan.

Pasangan yang serasi.

Habis cerita tu, aku sibuk pulak tengok Marimar versi Philipine, pun pasangan tu jugak yang berlakon.


Dah habis cerita tu, One True Love pulak. Pelakon yang sama, isk! memang dah kes gila neh!


Lepas gila menonton, gila membaca pulak. Sampai ke pejabat Alaf sana aku cari buku Aleya Aneesa - Aku Mahu Kamu.


Satu hari jer habis aku baca, sampai kul 3 pagi then bengkak2 mata nangis. Isk! dah rupa orang tak siuman pulak...hahaha.

Lepas tu dapat buku Kak Aina Emir- Terbanglah Sayang. Sebab susah nak dapat kat Kajang ni, aku kirim nga kawan suh dia beli kat Minerva KL.

Yang ni aku baca ambil masa 3 hari, sebab mungkin awal2 cerita dia slow sikit tapi boleh diletakkan dalam kategori best.

Then tak habis lagi, baca pulak buku Hanni Ramsul - Pergilah Air Mata. Yang ni pun aku kirim suh kawan beli jugak sebab susah nak dapat kat Kajang neh!



Percaya tak, buku yang setebal 858 muka surat ni aku boleh habiskan dalam masa 2 hari (maksud aku 2 malam sebab lepas balik kerja baru boleh baca). Dua malam berturut2 tidur kul 3 pagi.

Baca buku ni aku gelak sorang-sorang. Memang best ar, bila dah start tu susah nak letak. Ini buku pertama penulis ni yang aku baca walau dia sebenarnya dah ada 2 buku.

Then sekarang ni, mood aku untuk menulis kembali datang..hahahha... lepas ni, bersawang balik la blog ni...

Bebunga Kasih dalam Berita Harian 15 jan 2010...

Baru semalam bercerita tentang Bebunga Kasih di sirikan dalam majalah Seri Dewi dan keluarga, hari pepagi buta aku terima panggilanadacall dari wartawan Nurul Farina dari Berita Harian yang memberitahu aku tentang BK telah diulas di dalam BERITA HARIAN m/s 26. Rasa macam nak peluk cium dia dari jauhpeluk sebab dah lama sebenarnya dia minta aku emailkan biodata dan gambar.
Tak dapat nak gambarkan rasa teruja.... tak sabar nak tengok.

Bila dah baca tu, rasa segan pula sebab ada gambar sekali blushing. Penuh satu page promonya.... Dapat 4* lagi.

Thanks untuk Berita Harian dan Nurul Farina juga untuk pihak Alaf...terharu pulak bila apa yang kita hasilkan diberi perhatian sebegini.

Berita Harian 15 Jan 2010 - m/s 26

Hani Fazuha merungkai kasih gadis mangsa keadaanBEBUNGA Kasih karya Hani Fazuha menyajikan pembaca dengan erti kasih sayang, pengorbanan, penindasan dan tekanan emosi lewat konflik Ardyana, Zarif, Hairi, Syamir, Nasri dan Tengku Asyikin yang menjadi nadi penggerak jalan cerita novel ini. Ardyana atau Dya, gadis malang yang dinodai abangnya, Hairi atau Ari sejak berusia 10 tahun, tidak berani mendedahkan perangai buruk lelaki itu apabila ayahnya, Marzuki tidak pernah mengiktiraf Dya sebagai anak kandungnya.
Segala-galanya kerana Dya sering dianggap pembawa malang dalam keluarga dan selepas peristiwa itu, gadis terbabit menjadi seorang yang pendiam serta sering menyendiri di samping perwatakan sedemikian kekal sehingga dia melangkah ke sekolah menengah. Sungguhpun berperwatakan demikian, kehadiran Dya di sekolahnya menarik perhatian setingkatan, Zarif untuk mendekatinya tetapi penolakan gadis itu mengakibatkan pemuda terbabit yang asalnya berniat baik, berkesudahan dengan rancangan memalukannya dengan niat. Zarif sering memalukan Dya dan mengganggu masa rehat gadis itu hingga menimbulkan situasi tegang antara kedua-duanya sehingga tanpa diduga suatu hari, Dya menampar lelaki itu ekoran penghinaan yang dilemparkan terhadapnya.
Akibat kejadian itu, Dya dibelasah teruk oleh bapanya sehingga membuat keputusan menghantar gadis malang itu untuk tinggal dengan neneknya di kampung, tetapi tetap berjaya melanjutkan pengajian di Universiti Putra Malaysia (UPM). Bagaimanapun, kepulangan Ari dari luar negara mendatangkan gerun di hati gadis itu kerana tahu dia tidak mampu melarikan diri daripada nafsu ganas abangnya dan apa yang ditakutinya benar-benar menjadi kenyataan. Sifat binatang Ari berulang apabila cuba mengambil kesempatan dalam setiap ruang, masa dan tempat untuk mendekati Dya dan pembaca yang pada mulanya simpati kepada gadis itu akhirnya, bosan dengan sikapnya yang tidak bersungguh untuk menghentikan perbuatan abangnya itu. Bagaimanapun, pembaca akan kembali terpaku pada babak pertemuan semula Dya dengan 'musuh ketatnya', Zarif di UPM ketika jejaka itu menemani gadis genit, Tengku Asyikin dan seolah-olah berasa dirinya hebat dalam memenangi hati wanita.
Pertemuan secara tidak sengaja itu bukan saja menimbulkan rasa benci dan marah dalam diri Dya selain kenangan pahit yang dialami ketika menjadi sasaran penghinaan jejaka itu sering bermain di ingatan. Zarif pula yang bersyukur atas pertemuan itu, cuba mendekati Dya kembali, tetapi gadis itu semakin menjauhkan diri dan membencinya sehingga mula menggunakan teman baiknya, Syamir yang menyimpan perasaan terhadapnya bagi menjarakkan hubungan dengan Zarif. Tamat pengajian, Dya ditawarkan bekerja sebagai tenaga pelatih bahagian Sumber Manusia di sebuah syarikat yang mempunyai rangkaian pasar raya dan seolah-olah ditakdirkan untuk bertemu dengan ketuanya, Nasri yang sangat prihatin dan berbudi bahasa. Dya kemudian menjadi rapat dengan lelaki itu, tetapi masih menjaga batasan selepas mengetahui ketuanya itu sudah beristeri, lalu Nasri yang menyedari perubahan gadis itu mula berusaha lebih gigih untuk membongkar misteri hidup Dya. Pembaca pasti tidak akan lupa dengan episod menarik dalam novel ini apabila Dya bertemu pelanggan, Auntie Rina dan secara gurauan meminta wanita itu mencarikan jodoh untuknya ketika diajukan soalan berkenaan statusnya. Konflik mula berlaku, apabila Dya dipaksa bertunang dengan anak kenalan bapanya, tetapi pada majlis itu Dya menerima kejutan apabila mendapati bakal ibu mentuanya ialah Auntie Rina dan dia mula pasrah akan hakikat itu selepas dipujuk ibunya. Dya cuba mengatur janji untuk bertemu dengan tunangnya bagi membincangkan ikatan mereka, tetapi lelaki yang tidak dikenali itu seakan-akan cuba mengelak daripada bertemu sehingga akhirnya dia mengambil keputusan menghadiri kenduri di rumah bakal mentuanya. Siapakah lelaki yang menjadi tunangan Dya dan apakah reaksi gadis malang itu apabila melihat tunangannya serta mampukah menolak keinginan Syamir yang mahu memperisterikannya selain apakah tindakan Nasri apabila melihat gadis itu semakin jauh daripada dirinya? Hani Fazuha melalui Bebunga Kasih meskipun berjaya mengangkat kisah mengenai lumrah kehidupan wanita yang masih dipandang rendah sehingga sering menjadi mangsa keadaan, tetapi pengarang sewajarnya menggarap naskhah ini dengan lebih kemas! INFO: Bebunga Kasih

Pengarang: Hani Fazuha
Tebal: 502 halaman
Penerbit: Alaf 21 Sdn Bhd
Harga: RM19.90 senaskhah
Bintang: ****blushingsengih

Novel Bersiri..

Dua tiga hari lepas, ada rakan penulis mengkhabarkan bahawa BK telah dijadikan Novel Bersiri dalam sebuah majalah keluaran karangkraf tetapi dia tak pasti majalah apa. Terkejut gak la sebab aku memang jarang belek majalah.

Disebabkan terlampaulah banyak benda nak fikir, aku terlupa tentang hal tu dan hari ni tetiba aje jadi teringat kembali. So, aku cepat-cepat pergi kedai majalah dan belek-belek semua majalah karangkraf sampai kakak jurujual tu pandang-pandang aku malu.

Belek punya belek jumpa jugak kat dalam majalah SERI DEWI & KELUARGA dan aku terus saja beli..hahahah....sengihnampakgigi. Lepas tu aku ketawa sendiri. Nak tahu kenapa? Sebab aku tak pernah beli majalah ni. Selalu tu kalau beli majalah, aku suka beli Mingguan Wanita.

Menatap novel sendiri dalam bentuk yang berbeza, ada pelbagai rasa berbaur di hati. Tiba-tiba saja malah tersebut menjadi begitu bernilai di mata aku..hehehe..Tengoklah gambar yang aku tempekkan kat bawah ni.

Ini keluaran February 2010(siri 2) dan aku suka sangat dengan gambarnya. Nampak macam kena dengan ceritanya.


Buat semua yang bertanggungjawab dalam promosi ini, terima kasih yang tak terhingga aku ucapkan terutamanya pihak Alaf dan juga Karangkraf. Terima kasih sekali lagi...

Menemuramah Penulis Novel

ahaha..kelakar jer bunyi tajuk tu tapi itulah tajuk email yang aku terima dari Izzati, pelajar Diploma Komunikasi Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

Mulanya terkejut gak tapi bila dijelaskan apakah tujuan mereka, aku bersetuju aje. Sebenarnya mereka ni ditugaskan untuk menemuramah personaliti bagi tugasan kumpulan utk subjek yg bertajuk Penulisan Rencana. So mereka memilih penulis novel, dan penulis tu kebetulannya ialah aku...terima kasihwink.

So, aku fikir apa salahnya menolong apatah lagi bila Izzati cakap dia memilih aku kerana dicadangkan oleh mamanya yang sudah membaca buku MB dan BK. Oh! mak dia pun minat baca novel..hahaha..

Mulanya aku ingatkan 1 atau 2 orang jer tapi rupanya berlima...mmmm.. gamat seketika suasana.

Semuanya nampak mcm tekun jer mendengar cerita aku. Yang betul2 depan aku tu la Izzati

Sempat bergambar beramai-ramai di depan poster Camel Active


Untuk semua adik2, maaf kalau sepanjang sesi tersebut sekiranya jawapan yang akak beri tidak memenuhi 'piawaian' yang adik2 perlukan...hehehe... akak pun bukannya tahu sangat, hanay boleh bercerita dari pengalaman yang tak seberapa.


peacepeacepeacepeacepeacepeacepeacepeacepeacepeacepeace