DATANG jumpa si teman
asalnya nak bincang hal bisnes tapi topik lain pula yang keluar. Taufik kalau
diberi peluang bercakap, memang semua dia harung satu kali.
Dari topik
kawan-kawan, masuk ke topik adiknya yang kini dikatakan sedang rapat dengan seseorang
yang dia tak suka. Macam-macam cerita.
“Apa kata kau aje
yang pinang adik aku tu.” Ayat terakhir yang keluar dari bibir Taufik
membuatkan badan Haraz spontan menegak.
Pinang adik Taufik
yang nama Humaira tu? Otaknya terus berlari laju. Mencerna maklumat si empunya
diri yang dimaksudkan. Cantik manis tapi garangnya yang amat.
“Adik kau tu, pandang
aku pun macam nak telan orang! Tak berani aku.”
“Alah! kata kasanova
tersohor. Takkan nak tackle adik aku yang biasa-biasa tu pun tak berani,” provok
Taufik.
“Itu dulu. Sekarang
aku dah bersara.” Haraz geleng kepala. Kasanova tersohor tu, gelaran dulu-dulu.
Sekarang tak lagi.
“Atau kau masih ada
hati dengan Arissa?” Taufik angkat-angkat kening. Sengaja nak korek isi hati si
teman.
Bukan dia tak tahu apa
yang berlaku. Haraz pernah jadi manusia
serabai kerana kecewa dengan awek yang bernama Arissa tu.
Kemudian, tiba-tiba
saja berubah. Muka yang dulu jadi regular customer kelab-kelab mewah, kini dah
jadi pengunjung tetap masjid.
“Sudah-sudah la tu
bro. Orang tu pun dah beranak pinak dah.”
“Aku dah tak ingat dia
laaaa...” rendah suara Haraz.
Sejujurnya, dia
memang dah lupa pun kisah lama. Cuma, dia tak mahu terjebak dengan mana-mana perempuan
sebelum tiba seruan untuk berkahwin. Takut godaan kerana godaan paling dasyat
untuk lelaki adalah perempuan.
“Kalau dah tak ingat.
Buktikan.”
“Kau nak aku bukti apa
ni?”
“Tackle adik aku
sampai dapat. Aku teringinlah nak ada adik ipar macam kau.” Taufik gelak.
“Kau memang seorang
abang yang gila. Kalau aku jadi adik ipar kau, takut dengan aku sekali turut gila.
Dah la adik kau tu garang semacam.” Haraz bangkit berdiri.
“Kau buktikan yang
kau tak gila. Pikat adik aku sampai dapat!”
Haraz geleng kepala.
Taufik ni memanglah dah gila. Sebab tak suka adiknya berkawan dengan mamat yang
terkenal dengan perangai playboy zaman sekolah dulu, dia pula yang nak
dijadikan galang ganti.
Mana tahu orang tu
dah berubah? Hidayah itu kan milik DIA. Bila-bila masa saja manusia boleh
berubah.
12 comments:
Best
Nk lg...sikit sngat....huhuhu
Menarik...
Wooaaahhh... Best laaa.. Nak lagi boleh tak kak.. Hihi
The good news is that the G-Buss global business directory works with virtually any good or service.
retirement income planner
Boleh x hani bykkan citer d blog, akak x mrengikuti Facebook la cuma bc kat blog jer..
menarik cerita gila nie... hehe.
dah xde sambungan lg ke kak Hani.....Prolog dah best....
Salam semua...
Maaf sebab kebelakangan ni saya sangat busy. Jadinya tak sempat nak sambung
xper kak hani...saya tunggu kemunculan versi cetak SHD
Bile nak kuar cite ni...
Post a Comment