SELESAI segalanya, aku duduk merehatkan badan di
dapur. Penat! Majlisnya walau
tergesa-gesa, sangatlah meriah sehingga rahangku naik lenguh untuk tersenyum
setiap masa pada tetamu yang hadir.
|
“Pergilah
naik atas rehat Dira. Muka tu dah letih sangat umi tengok.”
Mataku
yang kuyu kembali segar mendengar suara umi menegur.
“Yalah.
Dira naik dulu ya, umi.” Aku bangkit meminta diri.
Kaki
terus melangkah keluar dari ruang dapur tapi tidak pula menuju ke atas. Entah
kenapa gatal saja mahu menjenguk ke luar.
Dari
muka pintu utama, kelihatan ada lagi tetamu yang terdiri di kalangan kaum
kerabat masih melepak di bawah khemah. Tapi, tidak kelihatan pula Haris di
situ.
Aku
atur langkah menjenguk ke pintu sebelah kanan pula. Banglo ni, gila punya
besar. Kalau main sorok-sorok pun, satu hari takkan jumpa.
Berdiri
di pintu menuju ke taman mini, telingaku terdengar suara orang bercakap-cakap.
Perlahan aku menghampiri untuk mendengar. Macam suara papa mertuaku.
“Perkahwinan
bukan sekadar untuk seronok-seronok. Perkahwinan adalah satu tanggungjawab.”
Memang suara papa mertuaku.
Melalui
celahan daun pintu, aku lihat papa mertuaku sedang berdiri selari dengan Haris
yang berdiri berpeluk tubuh. Haris Aryan yang kini sudah berstatus suami pada
seorang Adira Imani.
“Selepas
ni papa nak Ris tumpukan pada syarikat dan rumah tangga. No more enjoy dan
perempuan sana sini.”
“Pa...
kawan saja tak salah kan?” Haris menjawab.
“Memang
tak salah. Tapi kalau berdua antara lelaki dan perempuan itu, orang ketiga
ialah syaitan dan janji syaitan ialah akan sentiasa menghasut anak adam
sehingga tersesat. Papa bimbang jika Ris tersilap langkah. Nafsu lelaki
walaupun satu, kuatnya mengalahkan sembilan nafsu perempuan.”
“Insya
Allah tak, pa.”
“Yang
akan membuatkan seseorang lelaki itu kuat dan berjaya dalam hidup ialah
perempuan dan yang mampu membinasakan lelaki dalam sekelip mata juga
perempuan. Dira itu walaupun
keturunannya kita tidak tahu, papa yakin dia perempuan baik-baik yang mampu
menjadi isteri yang menyenangkan suami. Jaga dia selayaknya.”
“Baik,
pa.”
Cuma
itu yang aku dengar sebelum langkah aku undur ke belakang. Sebabnya, dadaku
tiba-tiba jadi sebak mendengar bicara bapa mertuaku. Benar, keturunanku tidak
diketahui. Jadinya, aku harus bersyukur kerana masih ada manusia yang sanggup
‘mengambil’ aku menjadi sebahagian dari keluarga mereka di saat ibu dan bapaku
sendiri membuangku macam sampah.
Kerana
itu juga, aku harus jadi manusia yang sedar diri. Walau pun mungkin Haris
mengahwiniku bukan kerana cinta, cukuplah dia sanggup menjagaku dengan baik.
Aku
terima Haris dan menolak desakan Abang Ikmal agar aku berkahwin dengan dia juga
atas alasan yang sama. Aku anak yang tidak tahu asal usul. Cukuplah keluarga
mama dan abah membela dan mencurahkan kasih sayang selama aku hidup di bumi
Tuhan ini. Tidak sanggup pula aku melukakan hati mama dan abah untuk
membatalkan semuanya dan berkahwin dengan abang sendiri. Ianya pasti akan
menjadi sejarah yang melukakan dalam keluarga.
Sambil
menyeka air jernih yang gugur jua ke pipi, aku atur langkah laju naik ke atas.
Cepat-cepat mandi dan tukar pakaian sebelum bersolat isyak.
Selesai
saja solat, pintu bilik di kuat dari luar dan Haris muncul di situ. Masih
berbaju melayu dan bersongkok di kepala, Haris melangkah masuk.
“Kenapa
solat tak tunggu I?” soal Haris.
“You
tak cakap, mana nak tahu.”
Haris
ngeleng kepala mendengar jawapanku. Langkah diatur melencong ke arahku yang
sedang melipat marhana.
“Wahai
isteri tersayang. Dah jadi suami isteri, seeloknya solat berjemaah. I bukan
saja nak jadi imam you dalam rumah tangga tapi nak jadi imam you ketika solat
juga.”
Aku
telan liur mendengar kata-kata Haris. Indah dan nyaman tapi, adakah hakikat
sebenar perkahwinan kami seindah ayat yang diucapkan tadi?
“Mari
duduk sini, I nak cakap sikit.” Haris tarik tanganku menuju ke katil. Saat itu,
rasa debar sudah mula berlegar di dada. Serius saja bunyinya.
Haris
duduk di birai katil dan menarik aku agar duduk sama seiring dengan duduknya.
Kemudian, dia berpusing dan menarik sebelah kaki bersila menghadap ke arahku.
Jemariku dicapai dan digenggam erat.
“I
nak terus terang.” Bicara Haris menarik aku mendongak ke wajahnya menanti ayat
seterusnya.
“I
sebenarnya dah ada isteri.”
“Hah??”
Aku
terkebil-kebil memandangnya, cuba mencerna apa yang telah diucapkan.
“You...”
aku tak pandai lagi untuk meneruskan kata tapi aku yakin Haris faham apa yang
mahu aku tanyakan.
Haris
angguk kepala dan aku rasa seperti langit yang tujuh jatuh menghempas kepalaku,
menghancurkan semuanya. Tiba-tiba aku terasa mahu menangis. Takdir apakah ini?
“Kalau
dah ada isteri, kenapa kahwin lagi dengan I?” aku tahan tangis.
“Sebab
I nak you.” Mudah jawapannya semudah apa yang telah dia lakukan sebelum ini
untuk mendapatkanku.
“I
tak suka lelaki tamak. Lebih-lebih lagi dalam soal beristeri lebih.”
Haris
gelak. Entah apa yang lucunya. Rasanya aku tak buat lawak dan nada aku juga
bukan nada melawak tapi nada marah.
“Untuk
dapatkan you, I harus jadi tamak.” Haris terus bangkit, mencapai tuala dan
berlalu ke bilik air meninggalkan aku yang sudah bergenang air jernih mengaburi
mata.
Haris..
apa sebenarnya yang you nak cuba lakukan? Dendam apakah yang mahu you lunaskan?
Menyeka
air mata yang sudah turun ke pipi, aku melangkah ke balkoni, termenung sambil
menenangkan hati di situ. Menyesal? Sudah tidak berguna lagi untuk disesalkan
apa yang terjadi.
Baru
saja aku sematkan dalam hati, jika Haris boleh menerimaku dan menjagaku dengan
baik, akan kusemai benih cinta untuk dia tapi belum apa-apa lagi, dia sudah
membunuhnya dengan kejam.
“Jom
tidur.” Suara yang tiba-tiba kedengaran hampir di belakangku buatkan badanku
menegak dan mengeras.
Sesaat
kemudian, terasa bagai ada haba menghangatkan udara. Belum sempat berbuat
apa-apa, tangan Haris sudah melingkar di pinggang dan melekat di perutku.
“Kalaupun
kita kahwin bukan atas dasar cinta, tak semestinya kita tak boleh tidur bersama
kan? Tanggungjawab tetap tanggungjawab.” Suara itu berbisik perlahan hampir di
tepi telinga buatkan bulu roma di tubuhku tegak berdiri.
Kemudian,
terasa dagu mendarat di bahu kananku dan hembusan nafas menampar cuping
telinga.
Oh!
Ke mana hilangnya semua udara? Kenapa sukar sangat untuk menyedut nafas?
Haris
pusing tubuhku menghadap ke arahnya. Kedua pipiku dipegang dan wajahku yang
menunduk di dongakkan. Tanpa amaran, satu kucupan diberikan di dahi, satu lagi
di pipi kiri dan kemudian beralih ke pipi kanan. Saat bibirnya mahu mendarat di
bibirku, Aku pusingkan wajah dan menolak dadanya agar menjauh.
Pantas
langkah aku atur menuju ke katil. Tak perlu tunggu dia ajak tidur, baik aku
tidur sendiri. Dah ada isteri, tak payahlah nak beria macam tak pernah
beristeri.
Aku
rebahkan tubuh ke tilam dan tarik comforter menutup sehingga ke muka. Beberapa
ketika kemudian, lampu tertutup. Sudah tentulah kerja Haris.
Aku
tahan nafas saat terasa tilam di sebelah bergerak tanda Haris turut naik ke
atas katil yang sama. Yalah, takkan dia nak tidur di sofa seperti dalam cerita
novel tu kan?
Aku
pusingkan badan membelakanginya. Tiba-tiba comforter yang menutup kepalaku diselak
hingga ke bawah. Aku tarik semula naik ke atas tetapi Haris tarik pula turun ke
bawah hingga ke pinggang. Beberapa kali main tarik atas bawah, akhirnya aku
mengalah, diam dan bekukan diri.
Tiba-tiba
jemari Haris singgah di lenganku yang terdedah. Tapi, aku masih bekukan diri.
Tapi, saat jemarinya menjalar dari lengan naik ke bahu, aku tepis tangannya
kasar.
Saat
itu, kedengaran dia tergelak perlahan.
Kemudian,
terasa Haris merapatkan tubuhnya dan sebelah tangan sudah melingkar di
pinggangku. Sebelah lagi tangan mengangkat kepalaku dan diletakkan ke atas
lengannya.
Aku
ingin mengensot untuk menjauh tetapi pelukannya yang kuat itu membataskan
segalanya.
“Malam
ni I bagi peluang you layan perasaan. Tapi malam esok, you kena layan I.” Bisik
Haris perlahan di tepi telingaku.
Dan...
air jernih yang sejak tadi kutahan, gugur lagi.
3 comments:
Awat la haris kejam sangat, sian kt Dira
tul ke dia kwin?? cm saje nk uji dira je..
:(
Alahaiii..knapa haris ni ? Cpt2x smbung yer cik penulis
Post a Comment