Seawal pagi sesudah subuh Hani sudah berkemas untuk kembali
ke Kuala Lumpur. Sesuatu yang belum pernah dia lakukan sebelum ini tatkala
pulang bercuti tetapi terpaksa dia lakukan hanya kerana ingin mengelak dari
bersua muka dengan lelaki tersebut.
“Macamlah Kuala
Lumpur tu nak lari.” Puan Faridah membebel sambil mengekor belakang si anak
yang menjinjing beg pakaian menuju ke kereta. Tangannya pula menjinjing recyle
bag yang penuh dengan pelbagai makanan untuk dibekalkan pada Hani.
“Orang ada kerja
sikit la mak.” Itu hanya sekadar alasan. Kebenarannya, hanya dia dan Tuhan saja
yang tahu. Sungguh, dia memang tak mahu bersua dengan lelaki itu lagi. Cukuplah
pertemuan semalam. Itupun sudah membuatkan dia sukar melelapkan mata.
“Masak lemak ikan
keli tu, sampai sana terus hangatkan.
Kalau tak, nanti basi,” pesan Puan Faridah sambil menghulurkan ‘bekalan’
di tangannya setelah Hani melatkkan beg pakai ke dalam bonet kereta.
“Apa ni mak,
berat sangat.” Hani mengintai ke dalam bag.
“Macam-macamlah.
Timun, cili, kacang….”
“Mak ni… macamlah
Kuala Lumpur tu kurang makanan.” Hani sudah tergelak mendengar emaknya menyebut
satu persatu apa yang dibekalkan.
Setiap kali dia
pulang, tak pernah tak ada ‘bekal makanan’ yang dibekalkan. Paling-paling tak
ada, sambal ikan bilis pun dibungkusnya. Mak tak tahu yang anak dia ni jarang
sangat makan di rumah. Yang selalu menghabiskan semua bekal tu ialah Yatie dan
juga Ina, rakan serumahnya.
Sedang Hani sibuk
menyusun barang-barang yang bersepah di bonet keretanya, telinganya menangkap
suara orang bercakap-cakap. Pantas dia mendongak dan tidak jauh dari situ
kelihatan dua lembaga manusia berbaju melayu dan berkain pelikat bersama
songkok di kepala sedang melangkah makin menghampirinya.
Hani terus tahan
nafas. Nak lari, memang dah tak sempat kerana mereka berdua itu sudah
terperasan akan dirinya. Lagi pun, kalau dia lari sudah tentu emaknya yang
masih berdiri di situ akan menjadi pelik. Sudahnya, dia buat-buat sibukkan diri
mengemas lagi bonet keretanya.
“Awalnya kak,
takkan dah nak bertolak kut?” Azrul menegur.
Seorang lagi yang
berjalan seiring dengan adiknya itu turut berhenti dan berdiri di tepi kereta.
Mata tepat menuntas ke arahnya.
“Ha’ah. Kuala
Lumpur tu kalau akak takde, cuacanya jadi jerebu.” Hani balas dengan seloroh.
“Pooorrrahhh!!! Bukan Kuala Lumpur tu selalu jerebu sebab
akak yang menyemak kat sana ke?” balas Azrul, kembali mengenakan Hani. Mereka berdua memang selalu begitu, saling
mengena antara satu sama lain.
Sebelum sempat
Hani membalas, kelihatan Penghulu Haji Kassim berjalan seiring dengan ayahnya
dan di belakang mereka berdua ialah Makcik Bibah yang masih berbungkus
telekong. Pastinya juga baru pulang dari berjemaah subuh di surau.
Selalunya emaknya
juga akan pergi bersama tetapi disebabkan ‘penyakit perempuan’, terpaksalah
duduk di rumah. Dia tak usah cakap, memang malas bangkit pagi untuk ke surau
yang hanya beberapa langkah dari rumah.
“Dah nak balik
Kuala Lumpur ke Hani? Sekejap sangat baliknya.” Tegur Makcik Bibah, ibu pada lelaki yang masih terpacak
tidak jauh dari situ.
Eh! Kenapa dia
masih terpacak kat sini? Tak Nampak jalan balik ke rumah ke? Tapi serius,
Hazril di dalam pakaian baju melayu sangat kacak. Berkali-kali dia melarang
mata agar jangan memandang tetapi memang mata ni tak ada telinga. Asyik
menjeling mencuri pandang.
“Ada hal sikit
makcik.” Sopan Hani menjawab sambil menghulurkan tangan menyalami Makcik Bibah
tanda hormat.
Mulanya Hani
ingat salam biasa-biasa seperti selalu tetapi kali ini dia terkejut apabila
Makcik Bibah dengan selamban memaut bahunya rapat dan melagakan pipi.
Oh! Spontan
matanya terpandang Hazril yang kelihatan sedang tersenyum melihat kemesraan
itu.
“Hati-hati
memandu,” pesan Makcik Bibah.
Hani hanya
mengangguk. Rasa macam Makcik Bibah tu dah bertukar jadi mak dia. Parah
sungguh.
Kemudian, emak
dan Makcik Bibah berjalan seiring ke pintu rumah. Kata emak, dia nak bagi bekas
yang digunakan Makcik Bibah mengirim
makanan semalam. Emak ni pun satu, tak habis-habis dengan bekas plastik tu.
Serentak itu
juga, Penghulu Haji Kassim meminta diri untuk pulang dan ayah pula melangkah
masuk ke dalam rumah. Tinggallah Hazril, Azrul dan juga dia yang berdiri
seperti tiga bucu segitiga.
“Abang nak cakap
dengan akak ke?” Azrul tiba-tiba bersuara saat Hani sudah tidak tahu untuk
berbuat apa-apa.
Hazril sengih dan
mengangguk perlahan. Azrul senyum sebelum menjeling sekilas ke wajah si kakak
yang sudah berwajah blur.
“Jangan dekat
sangat bang. Akak ni ganas sikit. Hati-hati dengan kaki dia, suka menyepak
orang tu.” Azrul gelak sambil melangkah laju meninggalkan mereka berdua sebelum
Hani bertindak mengetuk kepalanya.
Bulat mata Hani
memandang langkah Azrul. Sempat lagi mengenakan orang. Dengus Hani sebelum
berpaling pada Hazril yang sedang menyimpan tawa, berdiri dengan kedua tangan
menyeluk saku baju melayunya.
Berduaan begitu,
Hani rasa seperti badannya seram sejuk. Udara pagi yang dingin menambahkan lagi
rasa tidak enak itu. Melihat wajah Hazril, segera ingatannya mengimbau kenangan
lama yang cukup memalukan dan mukanya jadi merah. Rasa seperti mukanya sedang
tertampal masker yang tebal.
Tolonglah! Pergi
dari sini. Hani berdoa dalam hati sambil menyibukkan diri mengemas bonet
keretanya yang sudah sedia kemas.
“Kenapa awal
sangat nak balik KL?” suara Hazril seperti desiran angin menyinggah ke
telinganya.
“Hah?” Hani
seperti orang terkejut. Pantas dia berpaling memandang Hazril yang masih tidak
berganjak, lebih kurang lima langkah dari tempat dia berdiri.
Hazril senyum.
Aduhhhh… Hani
rasa seperti jantungnya jatuh tergolek ke tanah. Nafasnya seperti tersekat. Dia
perlukan bantuan pernafasan untuk kembali normal seperti tadi. Kenapa ya, mata
dan hatinya tidak pernah nampak Hazril itu buruk di mana-mana walau sudah jenuh
dia menanam benih kebencian?
“Kenapa bila
bercakap dengan aku selalunya kau ada masalah pendengaran?” Selamba Hazril
mengenakan Hani.
Sejak di zaman
sekolah, dia perhatikan Hani akan menggelabah dan tidak pernah focus apabila
bercakap dengannya. Selalu mesti nak kena ulang baru faham. Tapi peliknya,
dengan orang lain elok saja.
“Oooo… sebab
suara kau tu, telinga aku tak boleh terima. Tak tahu kenapa,” balas Hani.
Wah! Hani sendiri
tidak tahu bagaimana dia boleh jadi sebegitu berani membalas kata-kata Hazril
dengan cara kurang sopan.
Tapi, kalau
difikirkan balik, untuk apa dia nak sopan atau control ayu dengan lelaki ini
sedangkan dia sudah tahu walau mukanya dipakaikan topeng Anjelina jolie
sekalipun, dia tidak mungkin mampu memikat Hazril.
Jadi, lebih baik
dia jadi diri sendiri dari mengawal diri berpura-pura jadi orang baik-baik
sedangkan dia sebenarnya bukanlah baik sangat pun.
Hazril gelak dan
Hani rasa anak telinga seperti meminta izin untuk menjenguk keluar. Alahai…
kenapa suara ketawanya kedengaran sungguh sedap? Kalaulah macam ni, nampaknya
dia perlu beli kapas banyak-banyak sebelum balik kampung untuk tujuan menyumbat
telinga.
Lagi, dia juga
kena beli cermin mata tiga dimensi agar matanya nampak Hazril panjang dan
lebar. Taklah kacak macam sekarang. Pakai baju melayu dengan kain pelikat pun
matanya asyik nak memandang.
“Tadi aku tanya,
kenapa kau nak balik KL cepat sangat.” Hazril ulang dengar soalannya sambil
senyum.
“Aku ada hal
sikit.” Pendek saja jawapan Hani. Dia ingin melangkah masuk untuk mengelak dari
Hazril tetapi kenapa kakinya bagai dipateri ke bumi?
Mata Hazril
berterusan menatap sekujur tubuh Hani yang kaku berdiri. Entah kenapa, dia
nampak Hani hari ini sangat berbeza. Bukan baru kenal malah sejak kecil mereka
berjiran.
Namun, selama ini
dia tidak pernah berminat untuk rapat dengan Hani kerana baginya, Hani gadis
polos dan pendiam, tiada yang menarik pun untuk dijadikan teman istimewa.
Tetapi berbeza
pula dengan semalam dan hari ini.
Semalam, saat matanya melihat Hani tanpa tudung dengan rambut panjang mengurai, matanya terus terpaku. Dadanya jadi bergetar,
seolah hatinya sudah ditarik keluar.
Dan saat ini,
melihat Hani berbaju kurung kain kapas dan bertudung, matanya terlupa untuk
berkelip. Sungguh manis. Tiba-tiba ada keinginan untuk lebih dekat dengan gadis
ini.
“Kenapa bila
bercakap kau tak pernah nak pandang muka aku?”
Hani pantas
panggung kepala. Sesaat pandangan mereka beradu sebelum Hani kembali
mengalihkan pandangannya.
“Bagi aku no
telefon kau.”
“Hah!” sekali
lagi Hani panggung kepala. Bukan tidak dengar tetapi dia tidak percaya Hazril
boleh meminta nombor telefonnya.
“Sejak tadi dah
berapa banyak kau keluarkan perkataan hah! Tu?” selar Hazril
“Bagi nombor
telefon.” Sekali lagi Hazril mengulang. Dia sudah mengeluarkan telefon bimbit
dari poket baju melayunya.
Amboi! Pergi
surau pun bawa telefon bagai.
“Nak buat
apa?” soal Hani
Hazril pandang
Hani dengan kening berkerut.
“Agak-agak kau,
nombor telefon tu boleh buat apa? Buat masak gulai campur tempoyak boleh tak?”
Hani buntang mata
sambil ketap bibir. Kalau Azrul, memang betis sudah kena sepak atau kepala
sudah kena ketuk. Tapi, agak-agaknya kalau dia ketuk kepala HAzrul ni, kira
halal tak?
“Kak! Mak tanya
nak tempoyak tak?” tiba-tiba kedengaran suara Azrul melaung dari depan pintu
rumah.
Serentak
pandangan mereka terarah pada Azrul dan kemudian saling memandang satu sama
lain. Kebetulan yang sangat unik.
“Boleh jugak,”
balas Hani
“Teringin rasanya
nak makan masak gulai tempoyak nombor telefon,” sambung Hani lagi dalam nada
yang perlahan agar hanya dia dan Hazril saja yang dengar.
Terus terletus
tawa hazril. Dia suka. Bukan suka masak gulai tempoyak nombor telefon tapi suka
cara Hani menjawab kata-katanya. Nakal dan selamba. Itu yang dia suka.
Buat seketika,
Hani terpaku di situ. Melihat Hazril yang sedang ketawa, bagai melihat pemandangan
indah di depan mata. Kening yang lebat,
matanya yang hampir tertutup tatkala ketawa, hidungnya yang terletak dan
bibirnya yang seksi, semuanya buat Hani rasa sesak nafas tanpa sebab. Rasa yang
pernah dia bungkus dan buang dulu hadir kembali menyusup ke hatinya.
Dulu...suatu
ketika dulu, dia jatuh suka dengan lelaki ini hanya kerana mendengar tawanya.
Mungkinkah hari ini dia harus menanggung beban yang sama? Tersiksa kerana
menyimpan suka pada lelaki yang langsung tidak memandangnya. Sangat-sangat sakit.
Tidak!
Dia tidak mahu lagi merasai semua itu. Dia harus mencari sejenis kain yang
kalis segala bunyi untuk membalut hatinya sekali lagi.
10 comments:
Really nice n3! Saya suka dgn jln criter ni & gaya bahasa yg simple tapi menarik. Do continue cepat2 ye Cik Writer!
best sgt2...
memang best..cepat2 sambung ye... (nurshalinda)
start baca Bab 1 terus jatuh cinta. Hehe jarang sangat nak layan, tapi sebab bahasanya ringan dan mudah faham buat saya jadi watak Hani lak.. hehe cepat2 update ye.
Best2..nk smbungan nya lg...x sabau nk baca ni..:)
Best2..nk smbungan nya lg...x sabau nk baca ni..:)
Great commodity comes from afflatus and frequently ceremony the latest ceremony and online autograph about a accountable and accrue up the adequate plan in this website.
wholesale gold necklaces & bracelets
best.. suka watak hani yang kelakar, nakal dan spontan.
hihikk gulai tempoyak telefon..
Thanks for sharing..Eastern Voyage Pvt. Ltd. is one of the leading Travel Agents & Tour Operators in India with branch & associate offices all over India and in Nepal.
Luxury Indian Train Tours
best la kak bila nak sambung ni?
Post a Comment