Prolog
L
|
ANGKAH Hani Suraya terhenti tatkala beberapa orang pelajar wanita menghadang
perjalanannya. Hari itu dia sendirian tanpa Liza. Sahabatnya itu tidak hadir ke
sekolah kerana demam campak.
“Ada apa?” Entah
pada siapa ditujukan soalan tersebut tetapi satu persatu wajah yang pelbagai
reaksi di depannya diteliti dengan kening berkerut.
Siapa yang tidak
kenal dengan Nurlily Dato Hamdan and the gang di sekolah ini? Gangster perempuan yang juga digeruni
pelajar lelaki. Tetapi persoalannya, kenapa Nurlily tiba-tiba menghadang
langkahnya dengan wajah seribu kebencian.
“Aku tak nak
cerita banyak dan tak minat nak cakap banyak kali. Aku nak kau dengar
baik-baik.” Nurlily hentikan bicaranya di situ. Wajahnya didekatkan ke wajah
Hani sehingga gadis itu terpaksa melarikan kepalanya ke belakang.
“Hazril tu hak
milik kekal aku dan kau jangan sesekali bermimpi untuk merampasnya. Apa saja
yang berkaitan dengan dia tidak layak sama sekali untuk kau puja termasuklah
gambarnya.” Nada perlahan tetapi penuh amaran keluar dari bibir mungil Nurlily.
Saat itu, Hani
rasa wajahnya sudah tidak berdarah. Secepat inikah berita tersebar? Rasanya,
baru petang semalam dia dimalukan di depan
rakan sekelas 5A1 oleh Hazril Redza dan hari ini, Nurlily and the gang sudah mengetahuinya. Dia
percaya, kalau beberapa wajah di depannya ini sudah tahu, bermakna seluruh
pelajar sekolah ini juga pastinya sudah tahu. Sungguh memalukan.
Sekali lagi Hani
memanggung kepala, memandang empat lagi wajah lain yang bersama Nurlily itu.
Semuanya tersenyum sinis dan berbisik sesama sendiri.
“Lily, aku rasa baik
kau beli cermin besar-besar bagi budak ni. Biar dia cermin diri dia dulu
sebelum bermimpi nak ada hati pada Hazril. Mungkin lepas tengok cermin tu dia
akan jadi sedar diri.” Saranan salah seorang dari teman Nurlily yang berada di
situ disambut oleh semua orang termasuklah Nurlily dengan gelak besar.
Sungguh! Saat itu
dia rasa terhina sekali. Buruk sangatkah dia sehingga harus diberi cermin untuk
menilik diri sendiri? Dia seperti ingin mencari Hazril dan memaki lelaki itu
cukup-cukup. Kalau bukan kerana lelaki
itu, pastinya semua orang tidak akan tahu.
Memang Hazril itu
sangat kacak dan menjadi pujaan ramai pelajar wanita di sekolah ini. Memang
juga Nurlily itu cantik dan dikatakan
sangat sepadan dengan Hazril. Mereka juga sering dilihat sentiasa bersama ke
mana-mana saja.
Tetapi, kalau
semua yang cantik pasangannya adalah yang kacak, bagaimana pula dengan yang
kurang cantik sepertinya?
Ah! Memang dia
sedar diri. Dia tidak langsung berniat untuk merampas Hazril dari Nurlily.
Hatinya saja yang sudah terlanjur jatuh suka dan sering memuja. Namun, mulai
saat ini, dia akan cuba menanam benih benci untuk lelaki itu.
No comments:
Post a Comment