FOLLOWERS

Pergi Tanpa Alasan - Bab 2

Rihana lepaskan nafas lega. Seharian belajar tugas-tugas seorang setiausaha, tidaklah susah sangat kerana teorinya memang dia sudah ada. Dia pelajar cemerlang jurusan Corporate Admin di UITM. Dia menjadi pilihan ramai lecturer di UITM. Cuma, ketika menjalani latihan praktikal, dia terjebak le lembah dosa setelah kenal dengan seorang sahabat bernama Amiera.

Betul kata Yatie, dia cukup ilmu dunia dan akhirat. Sebelum menyambung pengajian, dia sudah khatam Al-Quran dua kali. Dulu,  ayatul Kursi sentiasa meniti di bibirnya. Surah Yassin, dia boleh baca tanpa menatap Al-Quran. Kurniaan Tuhan yang jarang orang lain dapat dan tentu ada sebab kenapa DIA berikan kelebihan itu pada dirinya.

Mak dan ayah bersusah payah membanting tulang di kampung bagi mendapatkan rezeki halal untuk memberi anaknya ilmu yang cukup tetapi kenapa hanya kerana godaan duniawi, dia sanggup mengenepikan soal dosa dan pahala.

Air matanya tiba-tiba bergenang. Bagaimana kalau tiba-tiba Tuhan tarik balik apa yang DIA beri? Sekarang ni pun, dia sudah merasainya. Dia sudah lupa bagaimana untuk membaca ayatul Kursi, dia sudah tidak mampu membaca Surah Yasin tanpa menatap Al-Quran. Paling menyedihkan, apabila dia mula kembali bersujud di tikar sejadah, dia jadi lupa dengan surah-surah pendek untuk dibaca selepas Al-Fatihah.

Ilmu kalau kau tak amalkan, Tuhan akan tarik balik sedikit demi sedikit.’

Itulah kata-kata Yatie apabila dia mengaku yang dia sudah lama tidak bersujud di tikar sejadah.

“Hana... kenapa termenung?” teguran Kak Wani, orang yang bertanggungjawab menunjuk ajarnya hari ini memanggil Rihana mendongakkan kepala.

“Tak ada apa-apa kak. Tengah fikir macam mana nak berdepan dengan bos esok.” Rihana tayang sengih, bagi menutup kecelaruan di hati.

Hari ini, bosnya tidak masuk ke pejabat kerana masih berada di Singapura. Esok, dia akan bertemu dengan bos barunya. Harap-harap tidak cerewet seperti yang selalu digambarkan di dalam kisah khayalan dalam novel.

“Jangan risaulah. Encik Nazreen tu baik orangnya. Tak cerewet pun. Setiausaha dia yang lama berhenti sebab berkahwin dan ikut suami. Bukan sebab tak tahan kerja kat sini.” terang Kak Wanie sebelum berlalu ke mejanya.

Rihana tarik nafas sambil menyulam jemari sendiri. Saat yang sama, matanya jatuh pada cincin di jari manis. Cincin white gold 18K itu pemberian paling bernilai dari Hakim. Bertatahkan sebiji Tiffany Diamond oval cut berwarna biru dan dihiasi dua baris butiran berlian sehingga ke bawah jari. Di bahagian dalam cincin tersebut tertulis True Love. Kata Hakim, itu rekaan khas yang ditempah di Paris bernilai ratusan ribu ringgit hadiah istimewa untuk dirinya.


Saat itu, dia sangat terharu. Hakim merupakan lelaki yang banyak sekali menaburkan duit untuknya. Setiap minggu Hakim akan muncul sekurang-kurangnya tiga kali untuk menemuinya. Jika tidak berkesempatan ke club, Hakim akan menghantar pemandu untuk menjemput dan membawanya ke mana-mana hotel lima bintang yang telah ditempah.

Di bilik hotel, dia hanya perlu menemani Hakim berbicara. Terkadang, jika Hakim keletihan, dia akan mengurut Hakim sehingga lelaki itu tertidur. Hanya untuk tugas sebegitu, Hakim akan membayarnya ribuan ringgit untuk satu malam.

Jika datang angin romantik, Hakim akan menempah penerbangan ke Bandung atau Bali dan juga Singapura sekadar untuk makan malam di sana. Selesai makan malam, terbang kembali ke Malaysia. Indah sungguh hidup, dilayan bagai puteri raja. Tapi kata orang, jika keindahan itu datang bersama dosa, lepaskan ia pergi. Dan... dia sudah melepaskannya kerana dia tidak ingin mati menempah neraka.

Rihana pejam mata. Saat manis penuh dosa itu datang mengaburi fikirannya. Malam itu, dia dijemput oleh pemandu Hakim dari club ke hotel Palace Of The Golden Horses. Di situ dia dibawa ke Presidential Suite dan Hakim sudah menunggu di dalamnya.

Tanpa baju, hanya berseluar slack. Tubuh tegap dan sasa itu Rihana pandang dengan nafas tertahan. Ini yang paling dia tidak suka bila berduaan dengan Hakim kerana tarikan lelaki itu sangat kuat. Ramai lelaki yang dia dampingi, perasaan ini tidak pernah muncul kecuali bersama Hakim.

Come.” Hakim tarik tangan dia.

I have something for you.” ucap Hakim sambil melangkah diikuti oleh Rihana di belakangnya.

Masuk ke bilik, Hakim capai kotak baldu yang terdapat di atas meja solek. Kemudian dia bergerak ke katil dan melabuhkan punggung di situ. Ditarik Rihana rapat berdiri di depannya.

Kotak baldu dibuka. Sebentuk cincin dengan kilauan berlian menyapa pandangan Rihana.

“Suka?” sua Hakim ke arah Rihana.

Rihana senyum, cuba mengawal rasa gembira agar tidak nampak keterlaluan di mata Hakim yang dia suka cincin tersebut. Sangat-sangat cantik.

Dalam Rihana kagum dengan kecantikan rekaan cincin tersebut, Hakim sudah bertindak memaut jemarinya dan sekelip mata ianya sudah tersarung ke jari manis miliknya. Tak dapat Rihana bayangkan apa yang dia rasa saat itu.

“Duduk sini.” Hakim tarik Rihana duduk di sebelahnya. Tubuh Rihana dipeluk dari sisi. Dagunya disangkut ke bahu Rihana yang terdedah. Mmmm... wangian Rihana buat gelora lelakinya bergelombang tiba-tiba.

“Errrkk... Hakim, let me...” Rihana leraikan pelukan Hakim dan menunjuk arah ke bilik air.

Dia rimas dengan make-up tebal menampal muka. Tabiatnya apabila keluar dari club, dia akan membersihkan wajahnya. Rimas dengan foundation yang tebal seinci. Satu bonus apabila bersama Hakim kerana lelaki itu juga tidak suka dia bermake-up tebal. Hakim lebih suka wajahnya yang cantik asli.

Hakim hanya mampu memandang lenggok Rihana menghilang ke bilik air sambil menggeleng. Rihana yang bijak. Rihana yang pandai mengelak. Rihana yang sentiasa tahu bagaimana untuk menyimpul gelora di dadanya dan Rihanalah satu-satunya perempuan yang mampu membuatkan detak jantungnya sentiasa berubah irama. Tetapi, Rihanalah juga satu-satunya perempuan yang sangat sukar untuk dia jerat.

Keluar dari bilik air, wajah Rihana kelihatan segar. Itu yang dia suka pada Rihana. Walau tanpa secalit foundation, wajah Rihana nampak cantik dan berseri.

Selesai mengelap wajah, Hakim gamit Rihana datang dekat padanya yang masih tidak berganjak duduk di katil. Akur dengan arahan Hakim, Rihana atur langkah mendekati lelaki itu.

Hakim paut pinggang Rihana dan wajahnya dilekatkan ke perut wanita itu yang masih berbaju. Nafanya disedut dalam-dalam. Geloranya datang kembali tatkala jemari Rihana naik membelai rambutnya.

Tanpa amaran Hakim tarik Rihana rebah ke katil bersamanya. Kali ini Rihana tidak membantah sebaliknya membiarkan apa saja yang dia lakukan.

Namun, saat Hakim hampir-hampir berjaya menakluki Rihana, wanita itu seolah tersedar dari mimpi yang panjang. Tubuhnya ditolak kasar dan Rihana pantas bangkit. Baju yang sudah terdampar di lantai pantas dicapai Rihana.

“Rinnn...Please...” Hakim merayu. Lengan Rihana yang cuba melarikan diri dipaut kemas.

“Hakimmm...”

“Please Rinnn.... sekali saja. I’ll pay you two million, just for one night.” Hakim memintas, memberi tawaran yang cukup lumayan untuk Rihana serahkan mahkotanya. Tapi, tahukah Hakim bahawa nilai dirinya  tidak cukup dengan hanya duit sebanyak dua juta?

No! untuk tawaran you. Ambil balik cincin ni.” Rihana menolak. Saat yang sama dia lucutkan cincin dijari dan meletakkan ke tapak tangan Hakim.

“Rihana!!” suara Hakim sedikit keras.

“Ini hadiah dari I. Kalau you tak sudi, jangan pulangkan, buang saja ke longkang.” Hakim sedikit marah.

Dia tidak pernah belikan hadiah yang semahal itu pada mana-mana perempuan yang pernah dia dampingi. Hanya Rihana satu-satunya wanita yang dia sanggup habiskan duit untuk belikan apa saja walaupun Rihana sendiri tidak pernah memintanya.

I’m sorry.” ucap Rihana perlahan.

Pelik tetapi benar. Suara Rihana yang begitu dengan hanya memohon maaf, hati Hakim yang panas terus jadi sejuk. Dia tarik tangan Rihana dan kembali menyarungkan cincin tersebut ke tempat tadi.

“Kahwin dengan I Rihana?” Hakim tiba-tiba melamar Rihana. Dia tahu itu idea gila dan dia tahu idea itu sudah pasti akan membuatkan Datuk Adam naik hantu kerana majlis pertunangan dia bersama Nelly, anak manja Tan Sri Idham akan berlangsung dua bulan dari sekarang. Namun, dia tahu bagaimana ingin menyorokkan Rihana.

Rihana terdiam. Jika dia terima lamaran Hakim, dia tentu akan hidup senang. Tak perlu bersusah payah layan lelaki lain selain Hakim. Tapi, dia tahu ianya sangat rumit. Dia bukan tidak tahu kisah hidup anak jutawan ini. Dia bukan tidak tahu Hakim akan bertunang. Jadi, kehadirannya nanti tentu akan membuatkan keadaan jadi kucar kacir.

“Syaratnya, I tak mahu kahwin sembunyi sembunyi dan you tak boleh jadi suami pada wanita lain selain dari I.” Rihana letakkan syarat walaupun dia tahu Hakim tidak mungkin akan memenuhi syarat tersebut.

Kali ini Hakim pula yang terdiam. Jemarinya naik melurut rambut di kepala. Wajahnya nampak resah dan gelisah. Sudahlah jiwanya tersiksa kerana malam ini dia gagal lagi. Lepas tu, Rihana letak pula syarat yang rumit.

“Mari I urut you. Biar kurang sikit stres.” Rihana memberi tawaran beriring sindiran kerana dia tahu syaratnya buatkan Hakim stres.

Tanpa menunggu jawapan Hakim, Rihana tolak Hakim agar berbaring meniarap. Dia duduk bertenggek di birai katil. Pantas jemarinya bertindak seperti selalu, mengurut leher dan bahu lelaki itu.

“Rinnn...”

“Mmmm...”

“Kalaulah I dapat bertemankan you setiap malam kan bagus,” ucap Hakim dengan mata yang sudah terpejam, menikmati urutan dari jemari Rihana. Benar... jari Rihana punya magis yang boleh membuatkan segala stresnya hilang melayang. Itulah yang dia suka sangat dengan Rihana.

“Hana, tak nak balik lagi ke? Teguran Kak Wanie yang sudah berdiri dengan beg tangan terjinjit di bahu mengejutkan Rihana.

Astaghafirullahazimmmm.... panjang Rihana beristighfar. Kenapa dengan dia hari ini? Semakin dia ingin melupakan dosa semalam, semakin kenangan itu datang menggamit ingatan.

“Kejap lagi la kak.” Rihana kerling jam di tangan.

“Okey! Akak balik dulu. Jumpa esok.”

Rihana lambai tangan, mengucap selamat pada Kak Watie. Jemarinya naik memicit dahi. Benarlah kata orang, dosa yang terpalit, tidak mungkin mampu dihapuskan dengan hanya menutup semua aurat. Sejarah yang terlukis, tidak mungkin akan terpadam walau jasad sudah hancur ditelan bumi.


3 comments:

aisyah said...

Sian rihanna..dibayangi dosa semalam

Ruunna Qizbal said...

Yazreina said...

Adress kilang plsss kak Hani