FOLLOWERS

Pergi Tanpa Alasan - Prolog

Rihana berpeluk tubuh. Tanpa segaris senyuman, dia pandang lelaki yang sedang berdiri di depannya itu. Lelaki yang selama ini dia hanya kenal namanya saja melalui teman-teman sekerja. Definasi yang sesuai untuk menggambarkan lelaki ini ialah Perfect! Cukup segala pakej.

“So?” soalan lelaki tersebut menerjah telinga Rihana.

“Kalau nak I escort, ada banyak syarat, sanggup ke?” Rihana memulakan sesi ‘urus niaga’.
Si lelaki angkat kening, seperti bertanya lanjut.

“Tak boleh lebih selain dari peluk-peluk. Kalau you setuju, deal. Kalau tak setuju, bye! bye!” Rihana lambai tangan gaya ratu cantik dan ingin bergerak pergi.

“Eh! tunggu laaaa...” panjang meleret suara lelaki itu. Lelaki yang dibawa dan diperkenalkan kepadanya oleh Ray, bos club tersebut. Lelaki yang menjadi kegilaan hampir semua pelayan Rootz Dance Club itu

Siapa yang tidak gila kalau sekali escort boleh dapat ribu ribu? Siapa yang tidak mahu mendampingi lelaki kacak dan hebat bernama Hakim Mukhriz, anak tunggal kepada usahawan terkenal, Datuk Adam Hakimi itu?

“Cium boleh tak?” soal Hakim dengan kening terangkat sebelah.
Rihana julingkan mata ke atas. Soalan yang memang dia sudah jangka.

You nak cium kat mana?” Soalan berbalas soalan. Malas dia nak melayan. Kalau orang lain tergedik-gedik nakkan lelaki ini, dia sikit pun tak berminat. Yang dia berminat cuma duit sahaja.

Hakim ketawa kuat mendengar soalan straight forward Rihana. Brutal sungguh! Tapi tetap manis dan seksi. Patutlah Rihana menjadi tumpuan lelaki kaya yang masuk ke sini. Nasib baik tuan punya club ni dia kenal dan dia diberi peluang untuk bertemankan gadis ini malam ini

“Mana tempat yang I suka, you kena bagi.” Hakim pula menetapkan syarat. Rihana nak main tarik tali, dia akan simpul tali tersebut supaya tidak terlepas dari tangan.

Rihana terus berpusing, ingin pergi dari situ tetapi lengannya dipaut Hakim.

“Nak pergi mana? Kita belum habis bincang lagi kan.”

“Setuju atau tak? Cuma dua pilihan.” Dalam lembut, ada tegasnya Rihana bersuara. Dia tak suka nak berurusan dengan orang yang banyak soal. Biarlah lelaki ini dikatakan teman baik bosnya, dia tak takut sikitpun. Kalau dibuang kerja, banyak lagi tempat lain yang boleh terima dia.

“Okey! Setuju.” Balas Hakim

“Tapi, boleh buka baju tak?” Hakim menyambung dengan soalan lagi. Dia tak pernah berurusan dengan perempuan yang letak syarat segala macam ni. Kewibawaannya rasa tercabar.

“Baju you, suka hati youlah nak buka ke tak.” Selamba Rihana menjawab, sengaja mahu mengenakan Hakim. Tanya lagi soalan tak cerdik begitu.

Hakim senyum senget. ‘I like this girl’ hatinya berbisik. Ada rasa teruja menerjah ke jiwa lelakinya.

“Selain peluk, apa yang boleh I buat?” Hakim bersoal lagi.

You nak apa?” soal Rihana kembali.

Senyum Hakim makin melebar sambil mengenyit sebelah mata. Nampak nakal dan menggoda.

You rasa apa yang lelaki suka pada seseorang perempuan.” Hakim angkat-angkat kening dengan senyuman masih di bibir.

“Entah! I tak tahu. Kerja I cuma escort. Kalau nak lebih lagi, you pergi cari pelacur.” tajam kata-kata Rihana bagai sebilah pedang buatkan Hakim terdiam.

Brutal sungguh perempuan ni. Di hatinya menanam nekad, dia harus ajar Rihana sehingga wanita ini sedar yang dirinya dan pelacur tidak punya apa-apa perbezaan.

“Okey! I setuju. Untuk malam ni satu malam, you nak berapa?”

Rihana tidak menjawab, hanya tangan kanannya diangkat menegakkan lima jari.

Hakim keluarkan wallet. Sepuluh keping duit  seratus ringgit dikeluarkan. Tanpa amaran, dia selitkan duit tersebut ke dalam baju Rihana di bahagian dada yang agak terdedah.

“Saguhati, tidak termasuk charge yang you kenakan,” ujar Hakim.


Rihana yang terkejut kerana tidak menyangka Hakim akan bertindak selamba begitu hanya diam mematung. Oh! Degup jantungnya tiba-tiba saja menjadi tidak normal. Apa ni? Kenapa tiba-tiba kekebalannya seakan tergugat?


7 comments:

Ruunna Qizbal said...

Yazreina said...

Bleh bgtau kilang cetak PTA kat mana??

baby mio said...

DAH NAK KELUAR VERSI CETEK KE KAK X SABAR SAYA SEMUA NOVEL AKAK MEMANG BEST. BAGI TAHU YA BILA NAK KELUAR X SABAR NAK SERANG KEDAI BUKU.

Hani Fazuha said...

hahahaha.. Yaz,

PTA ni cetak sendiri,

Kat umah..kakakka

Hani Fazuha said...

Baby Mio...

inshaallah, hujung bulan

Anonymous said...

Best! Ske hsil yg dbuat. lain dr yg lain. Thniah kak! -aira riea z-

Anonymous said...

first time saya rasa nak beli novel bila baca cerita ni.kat mana nak cari novel ni.???