Bekerja dengan Encik Nazreen tidaklah susah sangat. Betul kata Kak
Wanie, Encik Nazreen sangat senang untuk dihandle.
Tidak cerewet dan mudah mesra. Duda muda tanpa anak yang tidak kurang kacaknya
itu, sangat senang untuk difahami apa kemahuannya.
Sedang Rihana duduk memuji dalam hati, Encik Nazreen tiba-tiba
terpacak di depan mejanya dengan senyuman manis. Aduhaii.. kalau hari-hari dia
pandang senyuman tu, mahu dapat kencing manis tanpa minum minuman bergula.
“Hanaaa... sekejap lagi you
ikut I pergi hotel.”
“Hah??” terkejut, Rihana hampir terlompat bangun mendengar arahan
Encik Nazreen. Apa ni? Tiba-tiba ajak pergi hotel?
“Eeerrkk....”
Encik Nazreen senyum meleret. Lucu tengok Rihana yang serba tidak
kena.
“Business appointment
sayangggg.” Encik Nazreen gelak perlahan.
Rihana telan liur. Encik Nazreen ni la. Tak agak-agak nak panggil
sayang. Kang orang dengar kata dia menggatal pulak. Tapi, kata Kak Wanie, mamat
ni memang mesra alam.
“Get ready, kejap lagi
kita bertolak. Takut traffic jam.”
“Okey!”
Dari Menara Citibank yang dulunya dikenali sebagai Menara Lion di Jalan
Ampang, mereka bergerak ke Swiss Garden Jalan Pudu. Trafik bergerak perlahan tetapi mereka masih sempat
sampai lebih awal dari waktu yang dijanjikan.
Encik Nazreen memang sudah menempah meja di ruang ‘sulit’ hotel
tersebut. Sementara menunggu ketibaan orang yang ditunggu, Encik Nazreen
bercerita serba sedikit tentang projek yang bakal mereka miliki.
Namun begitu, dari sepuluh yang Encik Nazreen cerita, hanya satu
yang masuk ke kepala Rihana. Sebabnya, dia sedang gementar. Dah rupa macam anak
dara nak jumpa bakal mertua pula gayanya.
“Datuk Adam tu owner Royal
Group. Dia kawan papa I dan dia kata dia akan tolong untuk berikan projek tu
pada kita,” ujar Encik Nazreen.
Hah! Sekejap, nama apa tadi? Datuk Adam? Royal Group? Bukankah itu
papa pada si Hakim?
Rihana jadi gelabah tiba-tiba. Dah rupa macam anak dara nak jumpa
bapa mertua pun ada.
Nak buat apa ni? Sempat lagi tak kalau dia nak lari? Boleh tak kalau
dia bagi alasan dia sakit perut dan minta balik? Otak Rihana bekerja keras. Apa
yang keluar dari mulut Encik Nazreen sudah tidak masuk ke kepalanya.
Sedang Rihana sibuk mencari alasan untuk keluar dari situ, orang
yang ditunggu telah tiba. Saat melihat lelaki yang dikatakan Datuk Adam itu,
Rihana hampir jatuh pitam. Bukan Datuk Adam yang datang tetapi Hakim, anak tunggal
kepada jutawan terkenal, pemilik syarikat pembinaan terbesar di Malaysia ini.
Rihana telan liur sambil perlahan bangkit berdiri, mengikut Encik
Nazreen yang bangkit menyambut ketibaan Hakim.
Hakim yang baru perasan tentang kewujudan Rihana di situ juga turut
terpaku. Oh! Kebetulan yang cukup indah. Setelah berperang besar dengan papanya
kerana tidak suka diarah berurusan dengan Coral Global di saat-saat akhir,
rupanya ada sesuatu yang Tuhan ingin tunjukkan.
Oh! Rihana... I miss you.
Bisik hati Hakim tatkala menatap sepasang mata milik Rihana yang sangat cantik
itu.
Selepas bersalaman dengan Nazreen, Hakim hulurkan tangan pada Rihana
tetapi gadis itu tidak menyambutnya, sekadar menunduk tanda menegur.
“Mmm... jemput duduk Hakim.” Nazreen pantas bertindak agar Hakim
tidak terasa malu dengan situasi itu. Dia memang dah tahu Rihana tidak
bersalaman dengan lelaki.
“Ingatkan papa you yang
datang,” ujar Nazreen berbasa basi. Dia memang kenal dengan Hakim tetapi
tidaklah rapat sangat. Hakim memang susah nak mesra dengan orang. Lagi pun,
mana nak sama taraf dia dengan taraf Hakim, anak jutawan terkenal ini.
“Papa I terpaksa ke Jepun.” Balas Hakim dengan mata tunak merenung
si cantik di depannya.
Memang sepatutnya pertemuan ini dihadiri oleh papanya tetapi malam
tadi dia diminta untuk menggantikan papanya yang terpaksa ke Jepun. Mulanya dia
enggan kerana hari ini dia punya program sendiri dan tercetuslah perang besar.
Sudahnya dia mengalah jua, mengikut arahan papanya.
Nazreen teranguk-angguk kepala sambil mencapai briefcase di tepi kerusi untuk mengambil dokumen yang diperlukan
untuk perbincangan tersebut.
“Tak nak kenalkan I dengan orang sebelah ke?” soal Hakim dengan
pandangan masih terhala pada Rihana yang diam dengan wajah bersahaja.
“Ouh! Sorry. Ni
secretary I, Rihana. Hana, ni anak
Datuk Adam, Hakim.” Nazreen yang tak tahu apa-apa terus perkenalkan mereka.
Tetapi, hatinya terdetik juga rasa curiga tatkala melihat Hakim asyik memandang
Rihana.
Siapa
yang tak kenal Hakim yang kaki perempuan ini? Pantang lihat perempuan berdahi
licin dan Rihana pula memang jenis yang ‘berdahi licin’. Apa nak dihairankan.
Cuma yang peliknya, takkan wanita bertudung seperti Rihana ni juga Hakim nak try? Sejak bila taste Hakim berubah?
Perbincangan
dimulakan tetapi Nazrin macam bercakap seorang diri. Rihana tak usah cakap
sebab dia memang tukang tulis tetapi Hakim, matanya hanya melekat pada wajah
Rihana sedangkan Rihana hanya menunduk memandang nota di tangan.
Seraut
wajah Rihana yang putih gebu itu Hakim teliti satu persatu. Dari mata yang
sederhana besar dengan bulu yang panjang melentik, tersangatlah sesuai dengan
wajah Rihana yang bulat itu. Hidungnya terletak cantik dan pipinya seperti pipi
Lisa Surihani nampak menonjol apabila dia tersenyum. Paling Hakim suka ialah
bibir ulas limau milik Rihana yang membuatkan dia ketagih dan termimpi siang
malam.
Tanpa
sedar, Hakim raba bibir sendiri. Otaknya mula bergerak jahat membayangkan
saat-saat manis yang pernah mereka lalui dulu. Aduhai....Hakim telan liur
berkali-kali.
Mata
Hakim terpejam sesaat dengan nafasnya tertahan membendung rasa. Rindunya pada
Rihana cukup menyakitkan dada.
“Okey ke
Hakim?” tiba-tiba telinganya menangkap suara Nazreen menyebut namanya.
“Hah!”
Hakim blur sekejap sebelum
membetulkan duduknya.
“Okey!
I setuju. Nanti I minta office
siapkan agreement.” Cukup mudah Hakim
membuat keputusan tanpa berfikir walau sesaat. Sebenarnya, dia tak dengar pun
apa yang Nazreen bentangkan.
Kalau
dulu dia tidak berapa setuju papanya ingin menyerahkan projek tersebut kepada
Coral Global di atas sebab persahabatan, Hari ni dia sudah mengubah
keputusannya. Ini bukan kerana pendiriannya telah berubah tetapi kerana Coral
Global punya aset yang sangat bernilai di matanya. Kalau boleh, saat ini juga
dia mahu membeli Coral Global.
“Thanks
Hakim.” ucap Nazreen dengan senyuman lebar.
“Excuse me, I nak pergi minta mereka
sediakan hidangan sekarang.” Nazreen bangkit dan keluar dari situ meninggalkan
Hakim dan juga Rihana yang sudah mula gelisah. Berduaan dengan Hakim buatkan
dia jadi sesak nafas seperti orang yang baru mendapat serangan asma.
“Dah
lama you kerja dengan Nazreen?” Hakim
memulakan soal jawab tanpa bertangguh. Banyak soalan di kepalanya yang ingin
diluahkan pada Rihana.
“Baru
sebulan.”
“Oh!
Kenapa I offer kerja you tak nak terima? Banyak sangat ke Nazreen
bayar you?” Hakim seperti tidak
berpuas hati. Syarikat kecil, takkan mampu bayar gaji pekerja mahal-mahal.
“Banyak
atau sikit bukan persoalannya.” balas Rihana.
Hakim
keluarkan name card dari wallet dan letak ke atas meja. Dengan
dua jari dia tolak name card tersebut
ke depan Rihana.
“Hari
ni you hantar notis 24 hours. Esok lapor diri di office I. Nanti I bayar Nazreen untuk
notis you.” ujar Hakim seolah memberi
arahan pada pekerjanya.
“Thanks
Hakim. But sorry, I tak berminat.”
Rihana tolak name card di depannya ke
arah Hakim kembali.
“I
bayar lima kali
ganda dari apa yang Nazreen bayar you.”
Hakim tolak semula name card tersebut
ke arah Rihana.
“Duit
bukan boleh beli semua benda Hakim.”
Rihana sekali lagi tolak name card
tersebut kembali ke depan Hakim. Tak pasal-pasal, name card pula yang jadi mangsa kena tolak sana sini.
“Yap ! I tahu duit tak boleh beli semua benda. Sebab tu I
tak boleh beli you walau pun dengan
duit dua million,” balas Hakim
bersahaja. Name card di atas meja di
biarkan saja di situ.
Sebelum
sempat Rihana membalas, Encik Nazreen muncul kembali. Tidak mahu Encik Nazreen
tahu kisah silam mereka, Rihana memilih untuk diam.
3 comments:
lagi?
Ala...sikitnye....rindu hakim....
BEST....
Post a Comment