FOLLOWERS

Pergi Tanpa Alasan - Bab 6

Pantas Rihana undur keretanya dan keluar dari ruangan parking. Sempat lagi Rihana jeling kereta Hakim yang terparking di sebelah keretanya. Porsche Panamera warna putih berkilat. Pasti kereta baru sebab dia tak pernah lagi nampak Hakim bawa sewaktu mereka selalu keluar dulu. Patutlah dia tak perasan.

You tinggal kat kondo yang sama lagi ke dah pindah? Kenapa I pergi ke situ banyak kali guard kata you tak ada dan tak benarkan sesiapa masuk. You sepakat dengan guard tak nak jumpa I ya?” Hakim tegakkan badan pusing ke depan. Hatinya rasa bahagia bila Rihana jadi lembut hati begini.

Ketika Rihana tiba-tiba menghilangkan diri dulu, boleh dikatakan setiap hari dia ke Parkview Condo untuk mencari tetapi security guard tidak membenarkan dia masuk kerana Rihana tiada di rumah. Entah Rihana betul-betul tiada di rumah atau memang Rihana sudah sepakat dengan security guard dia tidak pasti.

Tidak membalas soalan Hakim, Rihana hanya diam memandu. ‘None of your business’, bisik hati Rihana.

Memang selepas dia berhenti dari club, dia pulang ke kampung lama. Jemu di kampung, dia ke Penang mencari Yatie dan tinggal di rumah sewa Yatie hampir sebulan sebelum dia kembali ke Kuala Lumpur kerana panggilan kerja.

“Rin... boleh tak kalau kita jadi seperti dulu?” Hakim bersuara setelah tayar kereta Rihana mencecah jalan raya.

Rihana jeling. ‘Dah ada tunang masih ada hati nak menggatal dengan aku’. Cemuh hati Rihana. Saat ini dia sedang tahan sabar. Sekejap lagi dia akan ajar Hakim cukup-cukup.

Jalan masih sesak walau waktu sudah hampir Maghrib. Tiba di jalan besar, Rihana himpit kereta ke kiri dan berhenti di tepi jalan. Tanpa suara, dia keluar dan bergerak ke arah pintu penumpang.

You keluar!.” arah Rihana pada Hakim sebaik membuka pintu kereta penumpang.

Hakim yang tak tahu apa-apa dan masih tercengang-cengang dengan tindakan kilat Rihana, hanya menurut perintah melangkah keluar.

“Rin...”

Dum!!! Bunyi pintu kereta yang dihempas Rihana menghentikan bicara Hakim yang ingin bertanya apa sebenarnya yang Rihana mahu lakukan.

Tanpa suara, Rihana melangkah untuk ke tempat memandu. Dia ingin tinggalkan Hakim di situ. Namun, langkahnya termati tatkala Hakim menyambar tangannya.

You sanggup nak tinggalkan I kat tepi jalan ni?” Soal Hakim dengan suara yang entah untuk diceritakan bagaimana Rihana sendiri tidak tahu. Yang pasti, soalan Hakim dengan nada yang begitu buatkan hati Rihana jatuh melurut.

Look at me Rin.” Pinta Hakim setelah Rihana diam membisu. Lengan Rihana yang berlapik baju masih dipegang tangan Hakim.

“Setelah apa yang kita lalui bersama. Setelah apa yang I lakukan untuk you, sanggup you nak tinggalkan I kat tepi jalan ni?” Hakim seperti tidak percaya. Kepalanya menggeleng beberapa kali.

Oh! Rihana rasa bersalah yang amat sangat. Luluh hatinya mendengar kata-kata Hakim itu dan air jernih tiba-tiba sudah bergenang di tubir meminta izin untuk menitis ke pipi.

“Okey! You baliklah.” Hakim lepaskan lengan Rihana. Dia bergerak sedikit menjauh.


“Hakim!” Rihana memanggil.

“Masuklah. I hantar you balik ke kereta you.” Perlahan suara Rihana sambil menyembunyikan wajah ke kanan, tidak mahu Hakim melihat dia sedang menangis.

Rihana angkat tangannya berpeluk tubuh dan bersandar ke kereta. Dia jadi lemah untuk berdiri. Kan dia dah kata, dengan Hakim dia sentiasa akan jadi wanita lemah.

“It’s okey! You baliklah. I boleh panggil driver I.” Hakim keluarkan telefon bimbit dari dalam poket. Sungguh, dia benar-benar terasa hati dengan apa yang Rihana ingin lakukan padanya. Sungguh! Tidak tercapai dek akalnya yang Rihana sanggup memperlakukan dia begitu.

“Hakim!” Rihana tarik lengan Hakim.

Please... I’m really sorry.” Rihana seakan memujuk. Air matanya sudah gugur menyapa pipi. Sungguh, dia tidak sanggup untuk berlaku kejam begini pada Hakim.

Hakim larikan wajah ke kanan. Nafasnya ditarik panjang. Kalau perempuan lain yang buat dia begini, tahulah dia nak ajar macam mana.

Tapi yang buat ini adalah Rihana dan dia tidak pernah sanggup untuk melakukan sesuatu yang tidak elok terhadap wanita ini. Rihana seperti ada ‘saka’ yang menjaganya yang membuatkan dia rasa tidak berupaya untuk melakukan sesuatu tanpa kerelaan Rihana.

Please get inside, I hantar you ke kereta and I’m sorry for everything” ucap Rihana sambil mengesat pipi yang basah.

Pleaseeee...” Rihana merayu lagi setelah melihat Hakim diam tidak berganjak. Lengan Hakim ditarik dan pintu kereta dibuka.

Tanpa suara, Hakim ikut kemahuan Rihana. Tak mengapalah Rihana, hari ini dia mengalah. Esok lusa, dia akan pastikan Rihana tidak punya pilihan. Kalau hari ini dia tidak dapat ‘membeli’ Rihana dengan wang ringgit dan pujuk rayu, esok lusa dia akan beli Coral Global dengan apa cara sekalipun. Dia akan cari jalan supaya Rihana tidak punya pilihan selain dari bekerja dengannya.

Waktu itu, tahulah dia bagaimana nak takluki Rihana. Kerana Rihana, dia sanggup ketepikan soal keluarga dan juga Nelly. Kalau Rihana sudi menjadi suri hidupnya, dia sanggup memutuskan pertunangan dengan Nelly walau kemungkinan dia akan dibuang keluarga.
            Petang itu, Hakim tidak pulang ke kondonya. Dia harus bertindak cepat, harus berbincang dengan papanya secepat mungkin. Arah pemanduannya terus ke rumah keluarganya.
Memang nasibnya baik apabila papanya sudah ada di rumah ketika dia . Masuk saja ke rumah, tanpa lengah dia terus berdepan dengan papanya.
"Pa, Hakim nak beli Coral Global."
Datuk Adam kerut kening, memandang Hakim yang baru melangkah masuk ke rumah dan baru melabuhkan punggung ke sofa di depannya dengan pandangan pelik. Baru balik rumah terus cerita pasal business.  Ada apa-apa yang dia tak tahu ke ni?
"Sejak bila kamu berminat dengan company kecil ni?"
Pelik! Selama ini Hakim memang tak pandang syarikat kecil. Fokus Hakim hanya untuk business juta-juta. Setakat projek kecil-kecil, Hakim memang tak mahu ambil tahu.
"Bukan ke sebelum ni kamu tak pernah berminat dengan syarikat tu?"
Hakim capai surat khabar di atas meja dan angkat sedikit tinggi agar wajahnya terlindung dari renungan papanya. Sebenarnya, dia bukan nak baca surat khabar pun tetapi bimbang jika papanya dapat meneka apa yang ada di kepalanya saat ini.
"Hari tu Hakim jumpa Nazreen. Dia dah brief pasal projek tu dan bila tengok profile Coral Global, Hakim rasa syarikat tu ada potensi untuk dikembangkan." Hakim berjeda sejenak.
"Hakim ada perancangan menarik.  Cuma papa perlu pujuk Uncle Nizam jual saham dia bagi kita." Surat khabar di tangan diturunkan dan wajah papanya dipandang menanti jawapan.
Seketika berfikir, Datuk Adam angguk kepala. Kalau soal business dia memang percaya seratus peratus pada Hakim. Sejak Hakim ambil alih menerajui Royal Group, banyak perubahan yang dibuatnya dan semua itu banyak memberi keuntungan pada syarikat. Hakim kalau bekerja memang serius.
"Kalau Uncle Nizam tu susah sikit tapi papa cuba pujuk partner dia. Ada dua lagi pemegang saham yang papa kenal." akhirnya Datuk Adam setuju dengan permintaan Hakim.
"Hakim, bila sampai?" Datin Azura yang baru turun dari tingkat atas terus menyapa sebaik terpandangkan anak bujangnya yang satu itu.
"Baru lagi ma."
"Dah makan?" soalan seorang ibu.
Seorang wanita, bila nampak muka anak, soal makan yang ditanya dulu. Bila nampak suami, makan juga yang ditanya dulu. Kenapa lelaki tak boleh buat benda yang sama?
"Dah makan, ma." Jawab Hakim. Sebenarnya, dia belum makan lagi tetapi perutnya rasa kenyang serta merta sebaik mendengar jawapan positif dari papanya. Di kepalanya sudah ada perancangan dan Rihana tak mungkin ada pilihan lagi.
"Kenapa mama tengok badan dah makin susut?" Soal Datin Azura lagi. Agak lama dia tidak bertemu Hakim. Sejak sibuk dengan kerja, Hakim beli kondo sendiri dan jarang sangat pulang ke banglo mereka.
"Jangan kerja aje dua puluh empat jam Hakim. Kesihatan kena jaga juga. Bawa bawa rehatkan otak dan badan. Pergi bercuti, ajak Nelly tu sekali sambil survey barang untuk majlis kamu tu."
"Mmm...  yerlah." Jawab Hakim malas. Sebut saja nama Nelly, dia jadi hilang semangat.
"Nelly kata dah banyak kali ajak kamu pergi Bandung, tapi kamu asyik bagi alasan sibuk. Papa kan ada, takkan tak boleh cuti sekejap?"
"Ma, we’ll talk about that later boleh tak? Hakim penat ni, nak naik atas mandi." Hakim bangkit. Sengaja untuk mengelak sebenarnya. Mama ni kalau bab merancang, dia boleh jadi rimas dan lemas. Buat waktu sekarang, kalau hal-hal yang berkaitan dengan Nelly memang boleh buat dia naik semput.
"Ish! Orang baru nak tanya pasal majlis dia. Sampai bila nak tangguh, takkan nak bertunang sampai bertahun." ngomel Datin Azura. Namun, Hakim diam tidak menjawab. Langkahnya terus diatur naik ke atas.
"Biarlah Zura, mungkin dia belum puas enjoy lagi." Datuk Adam membela. Dia bukan tak tahu aktiviti Hakim yang selalu usung perempuan sana sini. Selagi belum berkahwin dan selagi Hakim tak abaikan kerja, dia tak kisah.


8 comments:

Ruunna Qizbal said...

:)

Unknown said...

Best.

didielife said...

tak sabaqnyaaaaaa nak tunggu HAKIM sampaiiii ke pelukkan ku...sis cepatlaaa sikit yer...

Unknown said...

KAK NOVEL DAH ADA KAT PASARAN KE.

Mel said...
This comment has been removed by the author.
Mel said...

bestlah citer ni...

Anonymous said...

asal laki kaya jer..mesti playboy,,,

Unknown said...

to writer saya nak Tanya macam mana nak beli novel ni secara online yea?