Rihana lepaskan nafas lega. Seharian belajar tugas-tugas seorang
setiausaha, tidaklah susah sangat kerana teorinya memang dia sudah ada. Dia
pelajar cemerlang jurusan Corporate Admin
di UITM. Dia menjadi pilihan ramai lecturer
di UITM. Cuma, ketika menjalani latihan praktikal, dia terjebak le lembah dosa
setelah kenal dengan seorang sahabat bernama Amiera.
Betul kata Yatie, dia cukup ilmu dunia dan akhirat. Sebelum
menyambung pengajian, dia sudah khatam Al-Quran dua kali. Dulu, ayatul Kursi sentiasa meniti di bibirnya.
Surah Yassin, dia boleh baca tanpa menatap Al-Quran. Kurniaan Tuhan yang jarang
orang lain dapat dan tentu ada sebab kenapa DIA berikan kelebihan itu pada
dirinya.
Mak dan ayah bersusah payah membanting tulang di kampung bagi
mendapatkan rezeki halal untuk memberi anaknya ilmu yang cukup tetapi kenapa
hanya kerana godaan duniawi, dia sanggup mengenepikan soal dosa dan pahala.
Air matanya tiba-tiba bergenang. Bagaimana kalau tiba-tiba Tuhan
tarik balik apa yang DIA beri? Sekarang ni pun, dia sudah merasainya. Dia sudah
lupa bagaimana untuk membaca ayatul Kursi, dia sudah tidak mampu membaca Surah
Yasin tanpa menatap Al-Quran. Paling menyedihkan, apabila dia mula kembali
bersujud di tikar sejadah, dia jadi lupa dengan surah-surah pendek untuk dibaca
selepas Al-Fatihah.
‘Ilmu kalau kau tak amalkan,
Tuhan akan tarik balik sedikit demi sedikit.’
Itulah kata-kata Yatie apabila dia mengaku yang dia sudah lama tidak
bersujud di tikar sejadah.
“Hana... kenapa termenung?” teguran Kak Wani, orang yang
bertanggungjawab menunjuk ajarnya hari ini memanggil Rihana mendongakkan
kepala.
“Tak ada apa-apa kak. Tengah fikir macam mana nak berdepan dengan
bos esok.” Rihana tayang sengih, bagi menutup kecelaruan di hati.
Hari ini, bosnya tidak masuk ke pejabat kerana masih berada di
Singapura. Esok, dia akan bertemu dengan bos barunya. Harap-harap tidak cerewet
seperti yang selalu digambarkan di dalam kisah khayalan dalam novel.
“Jangan risaulah. Encik Nazreen tu baik orangnya. Tak cerewet pun.
Setiausaha dia yang lama berhenti sebab berkahwin dan ikut suami. Bukan sebab
tak tahan kerja kat sini.” terang Kak Wanie sebelum berlalu ke mejanya.
Rihana tarik nafas sambil menyulam jemari sendiri. Saat yang sama,
matanya jatuh pada cincin di jari manis. Cincin white gold 18K itu
pemberian paling bernilai dari Hakim. Bertatahkan sebiji Tiffany Diamond oval cut berwarna biru dan dihiasi dua baris
butiran berlian sehingga ke bawah jari. Di bahagian dalam cincin tersebut
tertulis True Love. Kata Hakim, itu
rekaan khas yang ditempah di Paris
bernilai ratusan ribu ringgit hadiah istimewa untuk dirinya.
Saat itu, dia sangat terharu. Hakim merupakan lelaki yang banyak
sekali menaburkan duit untuknya. Setiap minggu Hakim akan muncul
sekurang-kurangnya tiga kali untuk menemuinya. Jika tidak berkesempatan ke club, Hakim akan menghantar pemandu
untuk menjemput dan membawanya ke mana-mana hotel lima bintang yang telah
ditempah.
Di bilik hotel, dia hanya perlu menemani Hakim berbicara. Terkadang,
jika Hakim keletihan, dia akan mengurut Hakim sehingga lelaki itu tertidur.
Hanya untuk tugas sebegitu, Hakim akan membayarnya ribuan ringgit untuk satu
malam.
Jika datang angin romantik, Hakim akan menempah penerbangan ke Bandung atau Bali dan juga Singapura sekadar untuk makan
malam di sana .
Selesai makan malam, terbang kembali ke Malaysia. Indah sungguh hidup, dilayan
bagai puteri raja. Tapi kata orang, jika keindahan itu datang bersama dosa,
lepaskan ia pergi. Dan... dia sudah melepaskannya kerana dia tidak ingin mati
menempah neraka.
Rihana pejam mata. Saat manis penuh dosa itu datang mengaburi
fikirannya. Malam itu, dia dijemput oleh pemandu Hakim dari club ke hotel Palace
Of The Golden Horses. Di situ dia dibawa ke Presidential
Suite dan Hakim sudah menunggu di dalamnya.
Tanpa baju, hanya berseluar slack.
Tubuh tegap dan sasa itu Rihana pandang dengan nafas tertahan. Ini yang paling
dia tidak suka bila berduaan dengan Hakim kerana tarikan lelaki itu sangat
kuat. Ramai lelaki yang dia dampingi, perasaan ini tidak pernah muncul kecuali
bersama Hakim.
“Come.” Hakim tarik tangan
dia.
“I have something for you.”
ucap Hakim sambil melangkah diikuti oleh Rihana di belakangnya.
Masuk ke bilik, Hakim capai kotak baldu yang terdapat di atas meja
solek. Kemudian dia bergerak ke katil dan melabuhkan punggung di situ. Ditarik
Rihana rapat berdiri di depannya.
Kotak baldu dibuka. Sebentuk cincin dengan kilauan berlian menyapa
pandangan Rihana.
“Suka?” sua Hakim ke arah Rihana.
Rihana senyum, cuba
mengawal rasa gembira agar tidak nampak keterlaluan di mata Hakim yang dia suka
cincin tersebut. Sangat-sangat cantik.
Dalam Rihana kagum dengan kecantikan rekaan cincin tersebut, Hakim
sudah bertindak memaut jemarinya dan sekelip mata ianya sudah tersarung ke jari
manis miliknya. Tak dapat Rihana bayangkan apa yang dia rasa saat itu.
“Duduk sini.” Hakim tarik Rihana duduk di sebelahnya. Tubuh Rihana
dipeluk dari sisi. Dagunya disangkut ke bahu Rihana yang terdedah. Mmmm...
wangian Rihana buat gelora lelakinya bergelombang tiba-tiba.
“Errrkk... Hakim, let me...”
Rihana leraikan pelukan Hakim dan menunjuk arah ke bilik air.
Dia rimas dengan make-up
tebal menampal muka. Tabiatnya apabila keluar dari club, dia akan membersihkan wajahnya. Rimas dengan foundation yang tebal seinci. Satu bonus
apabila bersama Hakim kerana lelaki itu juga tidak suka dia bermake-up tebal. Hakim lebih suka wajahnya
yang cantik asli.
Hakim hanya mampu memandang lenggok Rihana menghilang ke bilik air
sambil menggeleng. Rihana yang bijak. Rihana yang pandai mengelak. Rihana yang
sentiasa tahu bagaimana untuk menyimpul gelora di dadanya dan Rihanalah
satu-satunya perempuan yang mampu membuatkan detak jantungnya sentiasa berubah
irama. Tetapi, Rihanalah juga satu-satunya perempuan yang sangat sukar untuk
dia jerat.
Keluar dari bilik air, wajah Rihana kelihatan segar. Itu yang dia
suka pada Rihana. Walau tanpa secalit foundation,
wajah Rihana nampak cantik dan berseri.
Selesai mengelap wajah, Hakim gamit Rihana datang dekat padanya yang
masih tidak berganjak duduk di katil. Akur dengan arahan Hakim, Rihana atur
langkah mendekati lelaki itu.
Hakim paut pinggang Rihana dan wajahnya dilekatkan ke perut wanita
itu yang masih berbaju. Nafanya disedut dalam-dalam. Geloranya datang kembali
tatkala jemari Rihana naik membelai rambutnya.
Tanpa amaran Hakim tarik Rihana rebah ke katil bersamanya. Kali ini
Rihana tidak membantah sebaliknya membiarkan apa saja yang dia lakukan.
Namun, saat Hakim hampir-hampir berjaya menakluki Rihana, wanita itu
seolah tersedar dari mimpi yang panjang. Tubuhnya ditolak kasar dan Rihana
pantas bangkit. Baju yang sudah terdampar di lantai pantas dicapai Rihana.
“Rinnn...Please...” Hakim
merayu. Lengan Rihana yang cuba
melarikan diri dipaut kemas.
“Hakimmm...”
“Please Rinnn.... sekali saja. I’ll
pay you two million, just for one night.” Hakim memintas, memberi tawaran
yang cukup lumayan untuk Rihana serahkan mahkotanya. Tapi, tahukah Hakim bahawa
nilai dirinya tidak cukup dengan hanya
duit sebanyak dua juta?
“No! untuk tawaran you. Ambil balik cincin ni.” Rihana
menolak. Saat yang sama dia lucutkan cincin dijari dan meletakkan ke tapak
tangan Hakim.
“Rihana!!” suara Hakim sedikit keras.
“Ini hadiah dari I. Kalau you
tak sudi, jangan pulangkan, buang saja ke longkang.” Hakim sedikit marah.
Dia tidak pernah belikan hadiah yang semahal itu pada mana-mana perempuan
yang pernah dia dampingi. Hanya Rihana satu-satunya wanita yang dia sanggup
habiskan duit untuk belikan apa saja walaupun Rihana sendiri tidak pernah
memintanya.
“I’m sorry.” ucap Rihana
perlahan.
Pelik tetapi benar. Suara Rihana yang begitu dengan hanya memohon
maaf, hati Hakim yang panas terus jadi sejuk. Dia tarik tangan Rihana dan
kembali menyarungkan cincin tersebut ke tempat tadi.
“Kahwin dengan I Rihana?” Hakim tiba-tiba melamar Rihana. Dia tahu
itu idea gila dan dia tahu idea itu sudah pasti akan membuatkan Datuk Adam naik
hantu kerana majlis pertunangan dia bersama Nelly, anak manja Tan Sri Idham
akan berlangsung dua bulan dari sekarang. Namun, dia tahu bagaimana ingin
menyorokkan Rihana.
Rihana terdiam. Jika dia terima lamaran Hakim, dia tentu akan hidup
senang. Tak perlu bersusah payah layan lelaki lain selain Hakim. Tapi, dia tahu
ianya sangat rumit. Dia bukan tidak tahu kisah hidup anak jutawan ini. Dia
bukan tidak tahu Hakim akan bertunang. Jadi, kehadirannya nanti tentu akan
membuatkan keadaan jadi kucar kacir.
“Syaratnya, I tak mahu kahwin sembunyi sembunyi dan you tak boleh jadi suami pada wanita
lain selain dari I.” Rihana letakkan syarat walaupun dia tahu Hakim tidak
mungkin akan memenuhi syarat tersebut.
Kali ini Hakim pula yang terdiam. Jemarinya naik melurut rambut di
kepala. Wajahnya nampak resah dan gelisah. Sudahlah jiwanya tersiksa kerana
malam ini dia gagal lagi. Lepas tu, Rihana letak pula syarat yang rumit.
“Mari I urut you. Biar
kurang sikit stres.” Rihana memberi tawaran beriring sindiran kerana dia tahu
syaratnya buatkan Hakim stres.
Tanpa menunggu jawapan Hakim, Rihana tolak Hakim agar berbaring
meniarap. Dia duduk bertenggek di birai katil. Pantas jemarinya bertindak seperti
selalu, mengurut leher dan bahu lelaki itu.
“Rinnn...”
“Mmmm...”
“Kalaulah I dapat bertemankan you
setiap malam kan bagus,” ucap Hakim dengan mata yang sudah terpejam, menikmati
urutan dari jemari Rihana. Benar... jari Rihana punya magis yang boleh
membuatkan segala stresnya hilang melayang. Itulah yang dia suka sangat dengan
Rihana.
“Hana, tak nak balik lagi ke? Teguran Kak Wanie yang sudah berdiri
dengan beg tangan terjinjit di bahu mengejutkan Rihana.
Astaghafirullahazimmmm.... panjang Rihana beristighfar. Kenapa
dengan dia hari ini? Semakin dia ingin melupakan dosa semalam, semakin kenangan
itu datang menggamit ingatan.
“Kejap lagi la kak.” Rihana kerling jam di tangan.
“Okey! Akak balik dulu. Jumpa esok.”
Rihana lambai tangan, mengucap selamat pada Kak Watie. Jemarinya
naik memicit dahi. Benarlah kata orang, dosa yang terpalit, tidak mungkin mampu
dihapuskan dengan hanya menutup semua aurat. Sejarah yang terlukis, tidak
mungkin akan terpadam walau jasad sudah hancur ditelan bumi.
3 comments:
Sian rihanna..dibayangi dosa semalam
♥
Adress kilang plsss kak Hani
Post a Comment