FOLLOWERS

HKC - Bab 13

Pengajian sudah bermula tetapi aku rasa seperti ingin cuti buat selamanya. Aduhhh.. Kenapa aku tiba-tiba jadi manusia yang pendek akal hanya kerana cinta yang tak kesampaian? Kenapa aku jadi lupa nekadku yang satu untuk menjadi orang yang bijak pandai?

‘Sebahagian daripada keelokkan seorang mukmin ialah meninggalkan apa yang tidak berfaedah baginya.(H.R At-Tarmidzi dan Ibn Majah)

Ya! aku harus meninggalkan semuanya, membuang semua rasa yang tidak berfaedah itu. Apalah gunanya menyintai orang separuh mati sedang orang itu langsung tidak menyintai kita? Apalah gunanya mengikut kata hati yang dikuasai rasa sedih sedangkan ianya langsung tidak memberi apa-apa faedah? Cinta sesama manusia jangan melebihi cinta kita pada Yang Esa.

Beberapa hari berada di kolej dan menjalani rutin yang biasa, aku cuba menguatkan diri, cuba berlagak biasa-biasa di depan teman-teman. Tidak perlulah aku menghebahkan pada semua tentang apa yang aku rasa kerana semua orang pun tidak tahu apa yang berlaku antara aku dan Zhafran.

Tetapi, aku tiba-tiba jadi hilang sabar apabila suatu petang, ada panggilan masuk ke telefonku dari nombor yang tidak aku kenali.

“Assalamualaikum…” Sapa pemanggil di hujung sana.

“Waalaikumussalam, nak cakap dengan siapa?” serius aku bertanya. Suaranya macam pernah aku dengar tetapi otakku tidak mampu meneka.

“Lya..” pemanggil tersebut menyebut namaku membuatkan aku terperanjat. Maksudnya, dia memang mengenaliku.

“Siapa ni?” aku sudah sedikit cuak.

“Abang Hijaz.” Mendengar nama itu, aku terus terdiam. Dari mana dia mendapat nombor telefonku?

“Abang minta maaf kalau mengganggu Lya. Zhafran yang bagi nombor Lya pada abang.” Dia terus menjawab soalanku walau tanpa aku meluahkan bertanya.

“Oh! Sorry, tak cam suara tadi.” Aku berbasa basi sedang di hati sudah terpecik lahar kemarahan terhadap Zhafran yang sesuka hati memberikan nombor telefonku pada orang tanpa kebenaranku.

“It’s okey. Lya sihat?”

“Sihat, Alhamdulillah.” aku menjawab perlahan.

Alahai… ustaz ni, kalau setakat telefon nak bertanyakan khabar, buang kredit ajelah. Sedangkan dia boleh saja menunggu di depan pintu utama kolej untuk mengetahui keadaanku kerana setiap pagi memang aku melalui tempat tersebut untuk ke kelas.

“Lya… abang tak pandai nak bermadah pujangga.” Suaranya kedengaran berubah nada, jadi serius tiba-tiba.

“Zhafran dah beritahu tentang dia dan Lya juga tentang dia yang dah bertunang dengan sepupu Lya.”

Oh! Itu rupanya. Memanglah Zhafran dan Nurin sudah selamat bertunang seminggu selepas majlis merisik hari tu tapi, apa pula kena mengena dengan ustaz ni dan juga aku? Tiba-tiba lahar kemarahan yang memercik terhadap Zhafran tadi jadi melimpah-limpah memenuhi hatiku. Kalaupun dia sudah bertunang, tak perlulah nak menghebahkan cerita dan menjaja nombor telefonku.

“Abang masih mengharap Lya. Tak kiralah berapa lama masa yang Lya ambil, abang akan tetap menunggu sehinggalah Lya membuat pilihan. Abang hanya akan mengalah jika pilihan Lya nanti tidak berpihak pada abang.”

Aku jadi terkedu mendengar luahannya. Dari tadi, aku hanya tekun mendengar sambil cuba mengawal rasa.

“Abang bukan tidak berani berdepan dengan Lya untuk meluahkan semua ini tetapi abang tidak mahu ada suara-suara sumbang yang bercerita di belakang bila tengok kita bertemu. Cukuplah sekali dulu." ucapnya mengingatkan aku pada pertemuan kami yang penuh konstraversi dulu.

Hanya sekali itu kami bertemu dan berbicara berdua tetapi ceritanya mengalahkan aku dan dia ditangkap khalwat bersama. Yalah! Dia kan ustaz famos, aku ni pula boleh di kira hot juga sebab selalu dilihat bersama Zhafran yang popular seantero UM ni. Jadi, bila kami 'berdating', timbullah cerita sensasi.

"Mmmm.. Lya tak tahu nak cakap apa. Tapi, terima kasih sebab sudi 'pandang' Lya yang tak punya apa-apa ni. Cuma... Lya perlukan masa." aku cuba bermanis kata sedang hatiku sebenarnya sudah meluahkan kata penolakan. Pesan abah, kalau tidak suka, jangan terang-terang tunjukkan kita tidak suka kerana itu akan membuatkan orang berkecil hati.

"Sebagaimana yang abang cakap tadi, ambillah masa sehingga Lya betul-betul pasti dengan hati sendiri." lembut dan lunak suaranya memanggil aku untuk berfikir, kenapa hatiku langsung tidak bergetar? Kata Fatin, lunaknya suara Abang Hijaz tu tatkala bercakap atau mengalunkan doa mampu menyejukkan hati dan mendamaikan jiwa.

Ah! kalau tentang ustaz yang satu itu, semuanya elok belaka di mata Fatin. Kalaulah dia tahu tentang semua ini, entah apalah reaksinya. Mahunya dia histeria tiga hari tiga malam.

Selepas menamatkan perbualan dengan Hijaz, aku termanggu sendirian. Sejak akhir-akhir ini, Fatin jarang lekat di bilik. Maklum saja, orang sudah ada teman istimewa. Lainlah aku ni, masih sendiri begini mengharapkan cinta yang tidak mungkin mampu aku gapai. Zhafran! Aku tiba-tiba teringatkan dia dan nombor telefonnya terus aku hubungi.

"Aku nak jumpa kau." aku terus ‘menerjah’ sebaik dia menjawab panggilanku.

“Telefon orang tu boleh sopan sikit tak? Cubalah bagi salam ke apa dulu.” Bidasnya, menegur.

“Assalamualaikumm… Aku nak jumpa kau.” Aku pantas membetulkan kesilapan, masih serius tetapi dia pula tergelak kelucuan dihujung talian.

"Bila?" soalnya santai.

"Sekarang!" tekanku.

"Sekarang?” dia bagai terperanjat

“Mmm….."

"Tak ada tapi atau alasan, aku tunggu kat bawah sekarang." Aku memintas bicaranya dan terus memutuskan talian. Dia cuba menghubungiku kembali tetapi aku biarkan tidak berangkat.

Pantas aku bersiap dan melangkah turun. Rasa hati yang membuak ingin tahu apa motif dia memberikan nombor telefonku pada Hijaz membuatkan aku ingin segera menemuinya. Sikapku yang satu ini, Zhafran memang telah masak. Jika ada sesuatu, aku tidak suka bertangguh dan aku juga lebih suka bercakap berdepan daripada bercakap melalui telefon.

14 comments:

niz said...

tak betul juga si zhafran ni....dh tak mahu dkt lya tak yah le...pass dkt org lain....bukannya barang permainan....

RauDhah aciPlis said...

btl 2...xpatut btl..xpyh la pass2.ustaz 2 nape berterus trang sgt.bt Lya xselesa je..just berdoa n berharap agar jodoh ye adalah Lya..

yanie azyani said...

sekarang dh jdi benci dkat zhafran...
sanggup dia buat lya cam 2...
nurin 2 pn satu...
kak hani,buat lya tggalkn zhafran..
lya pergi jauh dari sume 2...
biar zhafran menyesal...
kesian kt lya...
post cpat2 ye kak hani...

niz said...

btul jga tuu....hani buatkan zhafran rasa kecewa dgn apa yg tlh dilakukan terhadp lya...
jdkan lya seorg gadis ayu..... baru pdn mka dia......

Hani Fazuha said...

hahaha... penuh dengan pelbagai perasaan yer awk semua ni...
Sabar Niz, raudhah & yanie... kata org jgn membenci sgt nnti jadi suka... apa pun, kita tngoklah nnti sama ada rasa benci dan menyampah awk sume pada si Zhaf tu boleh tak saya tukarkan jadi rasa suka...tungggguuu

aimie_afifah said...

wahhhhhhhhhh...hani..berkobar2 mereka ni..jd ko harus sentiasa update n3 baru..heheheh

Hani Fazuha said...

aimie..aku mmg nak update selalu tpi klu ari2 aku tampal... xpayahlah aku publish HKC ni.. baca kat sini jer..hehehe

DLa said...

dah2..boss...stop jer kat cni...aku dengki ni..slalu jer jd org terakhir bc...publish cepat2..pastu post kat aku dulu.. biar aku jd org pertama yg bc...

hak3...sungguh la aku ni dengki...

Hani Fazuha said...

DLa.. ko tu mmg.. slalu trtinggal ketapi..slalu jadi org last baca..entah2 esok2 aku dah publish HKC ni satu bulan ko baru tahu..hahah.. mmg melampau la tu..

Anonymous said...

kak... aduh, x sbr nk tahu.. bencinyew ngan zhafran.. x kn la x de sedikt rse hati kat lia... dulu, berkepit aje, tp skrg... benci2..... ble , nk smbg kak?? x sbr nk tau cter selanjutnya.. n ble kat nk buat jd buku?? x sbr nk bli..

Hani Fazuha said...

Untuk sesiapa yg bagi komen kt atas ni....sabar yer, nnti akak sambung, jgn bimbang... nnti akan jadi buku jugak..akan akak usahakan secepat mngkin...
Perasaan Zhafran? harus disedarkan dgn satu kenyataan...

niz said...

cepat le hani sambung.......

Anonymous said...

nk sgt tgok zhafran menyesl n memendam rse kat lya... n lya wat jual mhl skit.. pdam muka...

*perasaan zhafran? harus disedarkan dgn satu kenyataan.... *

( kenyataan?? kenyataan pe?? aik.. kak nk main teka teki la plak...)

pape pon... cepat2x tau kak...

Nurul QisDhira said...

kak hani... best la story nie.. cpt2 la smbung.. biar zhafran tu menyesal.....