FOLLOWERS

HKC - Bab 11

<!--[if gte mso 9]> Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE MicrosoftInternetExplorer4

Aku jadi tidak bersemangat untuk ke kelas. Mungkin benar semangatku hanya ada pada Zhafran. Mungkin benar hanya dia yang mampu membuatkan hidupku penuh warna warni bak pelangi. Tanpa dia, bagaimana untuk aku terus menghadapi cabaran hidup ini?

Hari jumaat, aku ponteng kelas dan pulang ke rumah. Cadangnya untuk mencari ketenangan tetapi lain pula yang aku dapat. Yalah! bila ada Nurin, semuanya akan menjadi tidak kena padaku.

Ibu ke Jusco membeli belah dengan abah. Dia belikan aku sehelai kemeja berwarna kuning cair jenama Tom’s Girl. Kata ibu, aku harus sesekali memakai baju berpotongan perempuan, bukan hanya berkemeja longgar straight cut dan berjeans lusuh. Pada Nurin juga dibelikan baju yang berjenama sama tetapi warna merah hati dan saiznya kecil sedikit. Tubuh Nurin lebih kurang sama aje denganku tetapi dia tu suka pakai baju yang melekat dan betul-betul ikut bentuk badan. Mungkin sebab itulah ibu belikan saiznya kecil sedikit.

Sedang aku membelek-belek kemeja tersebut, Nurin meminta untuk melihatnya. Dia menayang-nayang baju tersebut di depan matanya.

“Mak long, Rin rasa Rin suka yang nilah. Boleh tak kalau Rin ambil yang ni?” ujarnya, melentokkan kepala ke arah ibu dengan gaya manja. Naik menyampah pula aku melihat dia.

Saat itu, ibu pandang aku dan aku pandang abah yang juga berada di situ. Geramnya, aku rasa seperti ingin merampas kembali baju yang sudahpun berada di tangannya. Abah dan ibu tahu, warna kuning cair itu memang warna kegemaranku.

“Bolehlaaa.. mak long yer. Lya, bagi Rin yang ni yer, Lya ambil yang ni.” dia merengek manja, menghulurkan baju yang berwarna merah hati itu kepadaku dan yang kuning air itu dipeluknya erat.

Aku tidak menyambutnya. Makin naik menyampah aku dibuatnya. Dah tua bangkapun perangai macam budak umur sepuluh tahun. Rasa macam nak aje aku tenyeh muka dia.

“Lyaaa…” suara ibu mati di situ apabila melihat aku bangkit berdiri.

Aku terus melangkah meninggalkan ruang tamu itu menuju ke bilik. Tanpa mendengar pun aku sudah tahu apa yang akan ibu katakan. Lebih baik aku beredar sebelum sabarku hilang semuanya. Lebih baik aku tidak mendengar apa-apa kerana air mataku pasti akan tumpah nanti.

Petang itu aku mengambil keputusan untuk ke rumah along. Abah diam sejenak tatkala aku memberitahunya.

“Lya… Lya marah ibu ke?” ibu bertanya, sedih nada suaranya mengundang sebak di dadaku.

“Lya lupa, dah janji dengan kak long nak teman dia pergi kedai buku.” aku memberi alasan yang aku cipta sendiri tanpa menjawab soalan ibu. Jika aku berani menjawabnya, pasti air mataku akan gugur di situ.

“Along datang jemput atau nak abah hantarkan?” soal abah kemudiannya.

“Tak apalah, Lya dah call teksi. Hah! Tu pun teksi dah sampai.” kebetulan pula, teksi sampai tepat pada masanya. Aku terus berlari anak mendapatkan teksi yang sedang menunggu di luar.

“Marah sungguh dia bang, sampai pergi langsung tak salam kita.” kata-kata ibu pada abah walaupun perlahan tertangkap jua oleh telingaku dan air mataku gugur jua menyentuh pipi. Aku tidak pernah keluar rumah tanpa menyalami dan mencium tangan ibu juga abah, inilah kali pertama aku lakukan. Rasa kecil hati ini telah melupakan aku pada rutin yang satu itu.

Di rumah along, aku hanya melepak dengan Kak long. Satu persamaan aku dengan kakak iparku yang satu itu ialah membaca Novel. dia ada banyak koleksi Novel inggeris dan juga Novel melayu.

“Kak long tu kalau baca novel, along bawa perempuan lain balik rumah pun dia mungkin tak sedar.” along suka mengusik kak long begitu dan kak long pula akan tersengih malu sambil mencubit manja. Bahagia sungguh hati aku melihat kemesraan mereka. Adakah kemungkinan untuk aku temui lelaki sebaik along suatu hari nanti untuk menjadi teman hidupku?

Along tu lelaki yang sangat memahami bukan hanya pada aku adiknya tetapi juga pada isterinya. Dia tahu kak long suka baca novel, selalu diborongnya novel untuk kak long apabila dia singgah di kedai buku.

“Dik! apa jadi kat rumah tadi?” along tiba-tiba menyoalku ketika aku sedang membelek-belek koleksi novel kak long di raknya. Waktu itu, kak long ada di dapur.

“Jadi apa?” aku terkejut.

“Abah telefon tanyakan Lya.”

Aku diam. Kalau abah sudah menelefon, bermakna along pasti sudah tahu.

“Gaduh lagi?”

“Mana adaaaa…” mulutku sudah memuncung. Dahla sakit hatiku masih belum hilang, along pula mengasak begitu.

Along mengeleng melihat cemberut wajahku. Dia terus menggosok kepalaku sebelum berlalu meninggalkan aku. Tahu sangat dia dengan perangaiku yang tidak boleh diasak saat hati tengah dibakar kepanasan. Semua keluargaku tahu, hanya Zhafran seorang saja yang berani dan boleh mengawalku emosiku dalam apa jua keadaanpun.

Pernah aku tumbuk cermin sampai pecah apabila along mengasakku dengan pelbagai soalan tatkala cikgu melaporkan aku ditangkap oleh badan disiplin sekolah kerana menyimpan rokok di dalam beg sekolah sedangkan aku sebenarnya dianiaya oleh orang. Panas hati di sekolah aku bawa pulang ke rumah. apabila diasak, aku jadi hilang sabar. Waktu itu, Zhafran terus berlari datang dan menarik tanganku mengikut dia. Di bahu jalan depan rumahnya berlaku pertikaman lidah sehinggalah aku mengalah dan menangis di depannya.

“Kau tak cantik bila menangis. Tapi, aku tetap suka kau.” dia terus menghulurkan sapu tangannya untuk aku sapu air mata yang membasahi pipi. Ah! Kenangan, sangat indah untuk dibuang begitu saja.

“Lya… abah datang.” jeritan along di muka pintu utama kondo mewahnya itu memeranjatkan aku.

Kelihatan kak long bergegas dari dapur keluar ke ruang tamu menyambut dan menyalami abah. Perlahan aku ikut kak long dari belakang. Abah hanya datang sendirian tanpa ibu.

Ketika aku menyalami dan mencium tangannya, abah terus menarik aku duduk di sebelahnya. Dia hulurkan aku paper bag jusco yang dia bawa di tangannya.

“Bukalah.” abah bersuara apabila melihat aku teragak-agak menyambutnya.

Aku mengintai sebelum mengeluarkan isi kandungannya. Bergenang air mataku melihat tiga helai kemeja jenama Goggles warna kegemaranku. Adakah kedatangan abah ke rumah along di senja ini hanya untuk memujukku dengan baju-baju ini?

“Abah, tak perlulah beli semua baju-baju ni untuk pujuk Lya. Cukuplah abah datang dan hulurkan tangan abah untuk Lya cium. Tanpa baju-baju ni pun, Lya memang sayang abah.” ujarku sambil mengesat air mata yang sudah berjujuran tumpah ke pipi.

Ya! aku ni, walaupun dah besar panjang tapi manja mengalahkan budak-budak. Walau Zhafran selalu kata aku ni brutal macam lelaki tetapi bila dengan abah, manjaku mengalahkan budak perempuan yang baru masuk tadika.

“Sayang abah aje?” soal abah, menduga hatiku.

Aku diam tidak membalas. Aku sayang semuanya tetapi entah kenapa aku rasakan kasih ibu sudah berkurangan buatku.

“Ibu kirim salam.” beritahu abah dan salam ibu itu aku jawab dalam hati.

Melihat aku begitu, abah terus menggosok kepalaku.

“Abah dah beritahu Lya semuanyakan? So, Lya kena banyak-banyak bersabar. Walau macamana pun, ibu tetap sayang Lya kerana Lya satu-satunya anak ibu yang tidak boleh diganti dengan orang lain.” lembut suara abah cuba meraih hatiku.

Ya! aku ingat semuanya yang abah beritahu. Waktu itu, aku pulang berhujung minggu dan Nurin tiada di rumah. Dia yang kini sudah mendapat tempat meneruskan pengajian di sebuah kolej swasta di Kuala Lumpur dan tinggal di asrama tidak pulang hujung minggu itu.

Abah tiba-tiba mengajak aku keluar. Katanya, saja nak jalan-jalan. Sudah terlalu lama kami tidak bersantai bersama seperti dulu-dulu.

Dengan berseluar track bottom dan T’shirt putih tertulis Pulau Langkawi yang aku beli dua tahun lepas ketika bercuti ke Pulau Lagenda itu, aku ekori langkah abah masuk ke keretanya.

Baru menghidupkan enjin kereta, ibu sudah melaung dari muka pintu bertanya abah hendak ke mana tanpa memaklumkan padanya.

“Saya nak ke gerai Cik Kiah janda, beli goreng pisang. Saja bawa Lya takut timbul fitnah, nanti awak cemburu pulak.” Jawab abah gaya mengusik sambil menyengih.

Ibu sudah mengeleng-ngeleng kepala sambil mencebir bibir. Di taman perumahan ini, gerai goreng pisang Cik Kiah janda memang popular sebab menjadi tumpuan ramai kaum lelaki sama ada yang teruna mahupun suami orang.

Lepas beli goreng pisang yang diasingkan kepada dua bungkusan, abah bawa aku ke taman permainan di kawasan perumahan tersebut. Abah ni, aku sudah sedewasa ini pun masih membawa aku ke taman permainan. Malu dilihat dek orang yang dikenali.

Kami duduk di bangku yang terdapat di situ. Di tengah-tengah kami abah letak bungkusan goreng pisang untuk kami kunyah sambil bercerita.

“Lya sekarang jarang balik rumah, kenapa?” soalan pembuka bicara abah aku sambut dengan helaan nafas panjang.

“Lya tak suka yer, Nurin tinggal bersama kita?” abah meneka dan ternyata tekaannya itu tepat sekali.

“Entahlah! Lya rasa ibu macam dah tak sayang Lya lagi sejak Nurin ada.” luahku mendatar. Goreng pisang di sebelah aku ambil dan kunyah perlahan

“Lya…. ibu sayang semua orang apatah lagi Lya anaknya sendiri. Cuma sekarang ni ibu perlukan pengertian Lya. Ibu tu sebenarnya sedang cuba menunaikan wasiat maksu dengan sebaiknya.” abah berhenti di situ.

“Sebelum meninggal, maksu meminta ibu berjanji untuk menjaga Nurin dan mendidik dia menjadi insan berguna. Maksu tak mahu Nurin tinggal dengan keluarga paksu sebab mereka semua tiada pegangan agama yang kukuh malah ada yang beragama kristian. Maksu tak mahu Nurin tersasar dan akhirnya jadi murtad. Sebab itulah ibu sangat bimbang jika Nurin berkecil hati dan lari pulang ke singapura sekali gus mengambil keputusan untuk tinggal bersama neneknya di sana.” panjang lebar cerita abah mengharapkan pengertianku.

“Bukankah keluarga paksu dah buang paksu?”

“Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, mereka sudah berbaik-baik semula.”

Aku cuba untuk meletakkan diriku di tempat ibu. Ya, mungkin ibu sedang tersepit tetapi, aku tetap berkeras tidak ingin berkongsi apa-apa pun dengan orang lain apatah lagi ibu kandungku sendiri. Ah! sulit sungguh.

7 comments:

hajar said...

erkkk.. x de citer pasal Zhafran pun... hehe.. mcmnye.... lebih sakit hati ngn Nurin berbanding Zhafran... huhu

Hani Fazuha said...

Hajar..hahahha... nnti awk akan lebih sakit hati pada kedua2 nya..

RauDhah aciPlis said...

xda pasal zafran pn.hehe..xsabar nk tau ending cite ni...gud luck ea..selamat berkarya..

DLa said...

Lya ..apa ssh ko longgokkan suma bju ko depan si Nurin tu..suh dia pilih mana dia nk..

manusia ni kan pelik ckit.. klu yg kita x kasi tu la yg dia nk sangat kan..senang crite bgi jer...

tp kan boss...aku lgi kesian kan MAK Lya tu..d persimpangan dilema..
antara jaga hati ank sendiri ngan tunaikan wasiat adiknya spya jaga si Nurin tu..

Hani Fazuha said...

RauDhah... takkan setiap bab nak cter pasal Zhafran kot, nanti org bosan pulak...

DLaaaa... miss U ar..mana ko ilang? Panjang btol komen ko yer. Dalam cerita ni, Lya akan jadi mangsa keadaan pada semua situasi...

aimie_afifah said...

Haniiiiiiiiii.....
dah baca..walaupun lambat...

orang gaya Nurin nie patut sumbat jer dlm gua....:)
geram aku...:(

Anonymous said...

nice...