Perkenalan ini....
Satu anugerah cukup bernilai
Mengikat kita dalam sebuah rasa
Mencipta keanehan
Yang harus kita selusuri maknanya
Dan hargai nikmatnya
Perasaan ini....
Hanya kita yang mengerti
Tidak dia dan tidak sesiapa
Kerana ruang itu
Hanya kita yang mengisinya
Kerana hati ini
Terlebih dulu merasainya
Namun.....
Detik-detik waktu
Bagai telah mencuri rahsianya
Merampas satu persatu
Apa yang pernah menjadi milik kita
Meninggalkan banyak tandatanya
Siapakah diantara kita,
Dengan rela menjadi pendusta?
Siapakah diantara kita,
Akan tergamak menamatkan segalanya?
Siapakah diantara kita,
Lebih rela memusnahkannya....
No comments:
Post a Comment