FOLLOWERS

Hari Terakhir Pesta Buku (PWTC)

Hari terakhir Pesta Buku, sekali lagi aku menjejakkan kaki ke PWTC. Sekali lagi aku menyaksikan lautan manusia yang bersesak-sesak untuk merebut peluang mendapatkan buku yang ditawarkan dengan harga murah. Peluang ini hanya sekali dalam setahun.

Di tengah lautan manusia itu, aku jadi terharu melihat ibu bapa yang mengheret anak-anak kecil untuk merasai betapa meriahnya 'pesta ilmu' tersebut. Sewaktu di dalam tren lagi, aku terperanjat apabila melihat seorang lelaki bersama 5 orang anak, yang paling kecil aku agak dalam usia 1 tahun lebih. Mulanya aku menyangka mereka dalam perjalanan pulang ke rumah tetapi rupa-rupanya dari perbualan yang aku dengar, mereka sebenarnya menuju ke destinasi yang sama denganku, Pesta Buku PWTC. Aku yang datang sendirian mengeleng kepala bagai tidak percaya.

Di tengah lautan manusia itu juga aku merasa bangga kerana menjadi salah seorang dari kalangan manusia yang sedar betapa pentingnya ilmu. Kegawatan ekonomi global bukanlah satu penghalang.



Orang ramai keluar masuk di pintu utama Dewan PWTC di Tingkat 1


Di dalam Dewan di Tingkat 1, berjalan pun berhimpit-himpit



Bergambar kenangan bersama Kak Meen dan kak Sania Yasmin


Sempat menarik Kak Wan untuk bergambar bersama Pokcik, Aleeya Anisya, Fatin Nabila, Kak Sania Yasmin


Bergambar kenangan bersama Aleeya Anisya, Fatin Nabila dan Kak Sania Yasmin



Kak Meen Zulaikha, Kak Anis Ayuni, Kak Sania Yasmin

No comments: