FOLLOWERS

Hari Ini.....


Hari ini, bagai ada sesuatu yang tidak kena, tidak lengkap dan tidak sempurna. Tetapi aku tidak tahu apa sebenarnya yang kurang itu.

Emosi bagai bergerak laju tetapi tanpa arah untuk dituju. Minda pula bagai tidak berupaya mencerna maklumat, menjadikan fikiranku buntu dan bercelaru.

Banyak yang ingin diselesaikan tetapi tidak tahu dari mana harus dimulakan. Sudahnya, aku jadi manusia pemalas yang hanya tidur, duduk dan termenung sepanjang hari tanpa melakukan apa-apa.

No comments: