Salam....
Semua orang bercerita tentang pesta buku. Lantas aku juga tidak mahu ketinggalan untuk bercerita perkara yang sama sebba aku sudah menjejak kaki ke sana pada sabtu(18hb) lepas.
Ramainya org tak usah cerita, rasa macam sesak nafas. Aku sampai dah agak lewat, lebih kurang pukul 11.30 pagi. Turun LRT je, aku rewang dulu dalam The Mall, cari member kat office Parkson.
Jam 12.30 baru aku menapak ke PWTC. Masa tu orang dah ramai, nak masuk pun bersesak-sesak.
Aku menapak ke booth Fajar Pakeer dulu dan jumpa Bikash kat situ. Untuk pengetahuan semua, itulah pertama kalinya aku jumpa Bikash. Sebelum ni, kami hanya saling berhubung melalui telefon.
Kemudian, aku menapak pula ke booth NB Kara dan jumpalah 'Kakakku' Cik Sarnia Yahya ataupun Sania Yasmin yg seawal pagi sudah bersms menunggu aku. Kat situ juga aku jumpa peminat buku yg sentiasa ada mukanya setiap kali ada pesta buku, Kak Uda dan Kak nOOr. Masa tu Kak Lily Haslina dan Rose Harissa tengah sibuk melayan peminat dan sempatlah kami bergambar untuk kenang-kenangan
No comments:
Post a Comment